Tuesday, August 31, 2010

SONYUM SOKOJAP 18 - PENYUSUN KITAB ...!


Sekilas Penyusun Kitab Bulughul - Maram.


Sementara menunggu berbuka puasa kat surau, Che Ngang dengan Che Wel bersembang.

Che Ngang: "Menantu Che Ngok tu hebat betul .. bertuah dia"

Che Wel: "Kerja apa ?"

Che Ngang: "Penyusun kitab ...!"

Che Wel: "Banyak ke kitab yang dia dah susun ?"

Che Ngang: "Tengoklah ... kalau banyak kitab baru sampai, banyaklah yang dia kena susun"



Lihatlah betapa kemasnya kitab-kitab
yang telah disusun oleh menantu Che Ngok.

.....................................................................................................................

Kad raya dari Maiyah yang kalau ndak, kena pergi ambil sendiri.


Terima kasih Maiyah. Kueh raya tak ada ke ?


.
.

Monday, August 30, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 13 - M.E.D.A.N, INDONESIA.





SESUNGGUHNYA BANGSA YANG MERDEKA,
BERJIWA BESAR DAN TIDAK CEPAT MELATAH !


..........................................................................................
Saya tahu ramai dari tuan/puan telah melawat Medan, Indonesia. Mungkin dah banyak kali. Saya nak cerita versi saya pula.



Gambar 1: Selamat Datang Ke M.E.D.A.N. Kata Pak Din pemandu pelancong kita (orang Indonesia), nama MEDAN itu adalah singkatan Masuklah Engkau Dalam Api Neraka.Itu Pak Din yang kata, bukan saya yang kata. Nanti ada pulak yang tunjuk perasaan.



Gambar 2: Inilah bas yang membawa kami berpariwisata selama 4 hari 3 malam.




Gambar 3: Nun jauh di belakang, terbentang Danau Toba.



Gambar 4. Di Prapat kami menginap di Prapat View Hotel menghadap danau Toba.


Gambar 5: Sempat bergambar lagi sebelum masuk ke bilik.
Terpesona dengan keindahan Danau Toba.


Gambar 6: Kelihatan 3 orang budak menghibur kita tanpa di undang.

Sedekahlah setakat mana ikhlas. Sebelum bot bertolak di pengakalan,

ada pengalaman yang sangat menarik dimana anak2 orang di sana

berenang didalam air disisi bot kita menunggu kita melontar

wang untuk mereka sambut beramai-ramai

Duit-duit yang berjaya di sambut, di masukkan ke dalam mulut mereka dan

dalam pada itu menggesa "ayuh baling lagi pak, baling lagi buk".

Saya bener2 kaget melihat mereka sambil berasa

cukup khawatir mereka tertelan uwang itu !


Gambar 7: Berhenti Minum Petang dan makan goreng pisang dan

kopi panas di Simarjarunjung.



Gambar 8: Dalam perjalanan, masih di sekitar Danu Toba lagi.



Gambar 9: Berkereta kuda di Brastagi. Cuaca waktu malam sungguh dingin dan bersih.

Ngak perlu pasang airkon.


Gambar 10: Singgah melawat dan mendengar taklimat di salah sebuah pusat pemulihan dadah di Sibolangit. Untungnya penagih kita di Malaysia kerana penagih sana kena bayar.

Itu pun masih nak lari.




Gambar 11: Kelihatan jauh dibelakang adalah air terjuna Si Piso Piso.


Gambar 12: Ifa bergaya di depan hotel tempat kami menginap di Brastagi.

Seluar dan topi dia 'matching' dengan bunga, cat bangunan dan tembok tu !

........................................................................................................

Suatu kenangan yang amat indah sebenarnya. Banyak lagi yang boleh di ceritakan.

Banyak lagi gambar yang boleh di tunjukkan.

Tetapi tiba-tiba saya menjadi sebak+sedih+jauhati+terkilan+marah+terhina+rasatakpercaya dan pelbagai perasaan lagi bercambur baur dengan tindakan segelintir rakya mereka

yang tanpa berfikir panjang telah melontar najis serta memijak dan membakar Jalur Gemilang. Lebih memedihkan lagi ia dilakukan menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan kita dan dibulan puasa yang penuh barakah ini.



Memang amat sukar untuk memaafkan perbuatan mereka ini,

kerana kita merasa selama ini kita mempunyai hubungan istimewa dengan mereka.

Mungkin luka ini akan sembuh jua akhirnya, namun parutnya terlihat jua.

.

.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke 53.



MERDEKA !

.

.

Sunday, August 29, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 12 - LAWATAN KE EMPAT NEGARA DALAM TEMPOH DUA MINGGU ... ALA ALA JEJAK RASUL !

Kadang2 seronok juga berjalan2 (di samping urusan rasmi)
 kena tanggung dek orang ni.
Tapi Makngahnya saya yang tanggung tau.


Gambar 1 - Mula-mula nak tunjuk dulu  part yang rasminya.
Di antaranya melawat dan mengadakan perbincangan
dengan pegawai di Kementerian Waqaf di Mesir.
Lepas tu baru boleh tunjuk part yang tak berapa rasminya.


Gambar 2 - Ini hotel tempat kita menginap di Damsyik, Syria.
 Ada cerita di sini.
Kita tanya guide kita, adakah makanan di hotel ini halal.
Dia kata "jangan bimbang, semua hotel di sini makanannya halal".
Besoknya masa sarapan pagi ada
 hidangan yang kita tengok was-was.
Kita tanya manager. Dia kata "daging ba alif ba ya".
Kemudian bila guide kita tiba, kita pun tanya
kenapa semalam dia kata semua makanan hotel2 di sini halal.
Dengan selamba jer dia jawab "... kecuali hotel ini"


Gambar 3 - Makngahnya di hadapan makam Salahuddin al-Ayyubi -
seorang panglima Islam yang tersohor.


Gambar 4 - Kesan tembakan askar Yahudi memenuhi
dinding bangunan salah sebuah hospital di "Golan Heights".


Gambar 5 - Bosra - panggung dulu-dulu. Cuaca sangat sejuk.
Tu yang duduk rapat-rapat tu !
Saya pernah buat entri mengenainya di sini


Gambar 6 - Di depan makam Sahibul Khafi. 


Gambar 7 - Di Jordan kita menginap di sini.
Kawalan keselamatan macam nak naik kapal terbang.


Gambar 8 - Dihadapan bangunan Perbendaharaan kerajaan dulu2
 yang dipahat dari batu gunung - Petra, Jordan.


Gambar 9 - Saya tidak berupaya menenggelamkan diri di Laut Mati.
 Kelihatan berbalam-balam di belakang adalah negara orang Yahudi.


Gambar 10 - Kita menginap di sini semasa di Kaherah.
Diberi kawalan keselamatan 24 jam oleh polis di sini.
Mereka bergilir-gilir menunggu dekat lif tingkat kami menginap.
 Sampai waktu sembahyang, mereka sembahyang atas karpet sebelah lif.
Tak ada nak sibuk-sibuk cari sejadah ke, tikar ke, kopiah ke !


Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.


Gambar 12 - Di hadapan salah sebuah piramid.
Piramid tak payah ceritalah kan.
Semua orang tahu piramid tu kat Bangladesh.
Suhu masa itu belasan darjah calcius.
Awas penipu dan pengambil kesempatan berkeliaran.
Kami nyaris kena .. nasib baik ada pak polisi mengiringi kami.


Gambar 13 - Dalam bot menelusuri Sungai Nil sambil
makan malam dan menengok tarian gelek.
Saya terkedu bila melihat ada pak Arab yang berjubah
dan berkopiah ghairah menari sama !


Gambar 14 - Di Dubai, United Arab Emirates.

Tolonglahjanganbandingkanperutsayadenganbangunandisebelahkiriitu!


Kesimpulan.

Lawatan ini walaupun banyak memberi pengalaman tetapi amat-amat meletihkan. Letih kerana banyak kali bertukar-tukar penerbangan, hotel, kenderaan darat dan letih kerana banyak berjalan kaki serta menaiki kuda. Alangkah seronoknya bila  balik semula ke rumah dan tidur di rumah sendiri walaupun rumah kita 'blur' .



* Malaysia lagi best !
.

.


Friday, August 27, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - KENAPA 3 ?

notakepala: sepatutnya entri ini diposkan hari Jumaat minggu lepas semasa insiden ini masih hangat di perkatakan, tetapi tak dapat sebab masa tu saya bertugas di Kota Bharu. Tak apa lah lewat sikit kan !



Tragedi Ramadan: Tiga maut ribut di bazar juadah Jasin.

Menurut seorang peniaga, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

"Angin kencang berlaku tiba-tiba ... tiada sebarang tanda ribut akan melanda" katanya

Kenapa:

1.  tragedi ini berlaku pada hari ke 3 Ramadhan.
2.  tragedi ini telah meragut 3 nyawa.
3.  tragedi ini terjadi semasa umat Islam menjalani rukun Islam ke 3.

*  dan senarai diatas pun 3 jumlahnya !

Mungkin ada yang tidak kena. Atau mungkin banyak yang tidak kena
sehingga ia mengundang murkaNya. Mungkin ada mesej yang ingin di bawa.
Mari kita fikirkan dan renungkan bersama kenapa 3. Mungkin kebetulan.


Dan kita patut bersyukur kerana ia berlaku hanya di Jasin sahaja dan tidak di seluruh negara. Dan kita juga patut bersyukur kerana angin kencang itu tidak bertukar menjadi ribut taufan yang bertiup berhari-hari lamanya sehingga meranapkan segala harta benda kita.  Dan adakah sesiapa yang dapat atau boleh menghalang jika Allah ingin berbuat demikian. Sesungguhnya Allah itu masih sayangkan kita semua. Terima kasih Allah.

Entri saya bertajuk 3 "B" Di Bulan Puasa  dan yang bertajuk  Katanya Puasa ..!  baru-baru ini mungkin berkaitan.


Mungkin semua orang dah tahu bahawa pada tahun ini banyak betul hari besar berkaitan keagamaan berlaku pada hari Jumaat. 1. Hari Keputraan Nabi Muhammad s.a.w.  2. Hari Vesak.  3. Nuzul Quran. 4. Hari Raya Puasa (dijangka). 5. Deepavali. 

Kenapa 5 ?  Prinsip Rukun Negara juga 5. Rukun Islam pun 5. Kebetulan lagi juga kah !

notakaki : Hari ini cuti Nuzul Quran. Bolehlah saya merayau2 ke alam impian  blog kengkawan dan qadha mana-mana entri yang tertinggal.

Thursday, August 26, 2010

KAD RAYA YANG MEMBAWA REZEKI.



Setiap tahun sejak beberapa tahun lalu saya dapat kad hari raya dari  "Asrama Anak Yatim Al-Tawqa, Pengkalan Hulu, Perak". Saya baru menerima kad raya tersebut semalam.  Kiranya kad yang pertamalah (selain dari kad kedai tempat saya buat cermin mata).  Di samping itu di selitkan rayuan membeli tanah untuk di wakafkan.  Seperti tahun-tahun sebelum ini, adalah juga saya memberi sedikit sumbangan.

Kali ini saya berniat untuk beri lebih sedikit, kerana beban pun kian berkurang sebab anak ke tiga saya "As" sudah tamat belajar dan mula bekerja.

Saya pun mengisi borang untuk pembelian tersebut tetapi tak dapat nak pos sebab buku cek tertinggal kat rumah.

Tak lama kemudian, saya mendapat berita semua kakitangan kerajaan dan pesara akan diberi duit raya RM500 seorang.

Lihat tu, belum pun sempat saya mengirimkan sumbangan  tersebut, Allah telah pun menggantikannya. Allah Akbar.

-------------------------------------------------------
Sub-entri: Rezeki Ramadhan Lagi.

Sebelah paginya seorang rakan sepejabat saya Miss Ann (bukan nama sebenar)
yang sangat cun (sungguh) yang baru balik dari tugas luar datang ke bilik saya
membawa sebeban keropok lekor yang saya pesan.  Saya tanya ...

"Berapa ?"

"Tak payahlah Tuan Haji, saya niat sedekah. Ikhlas ni". 

"Saya pun ikhlas nak bayar" 

"Tapi saya yang niat dulu"...  jawab dia sambil tersenyum manis.

"Kalau gitu terima kasih aje lah"

Saya terimalah sedekahnya. Malas saya nak gaduh2 fasal keropok lekor !




Tengok gambar ni harus Azieazah buat keputusan untuk berjiran dengan saya !
.
.

ORANG TATAU

v
v
v



" Orang Tatau: Kaum ini di ambang kepupusan, hanya tinggal
lapan orang yang masih berdarah Tatau tulen "


Wa pun tatau ada Orang Tatau di negara kita.
Wa ingat lu olang pun tatau ada Orang Tatau kat Malaysia !

Tahu ke tak tahu apa sebab kita tatau ?



Januari 2004


* ENTRI INI ADA KENA MENGENA DENGAN ENTRI SAYA SEMALAM DI MANA SAYA TELAH BERTANYA TENTANG CARA-CARA UNTUK "UNFOLLOW" DAN SAYA TELAH PUN MENDAPAT JAWAPANNYA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBANTU.

Tuesday, August 24, 2010

SEJUK KE ?

Perhatian. 

Tuan-tuan dan puan-puan. Ini bukan entri lagi. Tetapi pertanyaan.

Bila saya nak follow balik 3-4 follower baru di blog saya, keluar kenyataan seperti di bawah.

"You are already following the maximum number of blog (300). Unfollow some other blogs first"    ... pulak dah !

Persoalannya:

1) Bolehkah dinaikan jumlah blog yang boleh kita follow dari 300 sekarang ? Kalau boleh, bagaimanakah caranya ?

2) Kalau tak boleh, macam mana caranya nak  ambil tindakan untuk "unfollow" ?

Tolonglah beri nasihat kat warga emas ni  (masa ni nak mengaku sangat warga mas)



"You are already following the maximum number of blog (300).  Unfollow some other blogs first"
...........................................................................................

Sekarang mari kita masuk entri hari ini.

Surau kat taman saya ada airkon atau pendingin hawa. Sekarang ni musim hujan dan puasa pula, dia orang tetap pasang airkon.
 Bahkan kadang-kadang waktu Subuh pun dia orang pasang.


Tak cukup lagi, dia orang bukak kipas angin pulak.
Saya memang tak tahan sejuk.
Sudahlah sehari suntuk berbungkus kat pejabat.

Lalu saya pun pakailah jeket keselamatan bila pergi ke surau.
Tapi saya jadi rimas. Jemaah lain asyik bertanya.


"sejuk ke ?"


Letih nak menjawabnya.  Malas pun ia. Rasa nak tulis kat belakang dan depan jeket tu macam ni "Ya .. saya memang sejuk. So what ?"


Apalah dia orang ni ! Tak bagi peluang langsung orang nak lain sikit dari dia orang. Lainlah kalau saya tak pakai baju.


Lalu saya teringat entri saya ini fasal sejuk di pejabat, semasa saya mula-mula berjinak dengan dunia blog dulu. 
Saya perasan gaya bahasa dah berubah sikit sekarang.
Kalau nak tahu beza pendingan hawa dengan penghawa dingin, sila klik.

+++++++++++++++++++++++++

Sub-entri: Rezeki Ramadhan.


Balik dari kelas Ahad lalu, selepas mandi dan bersiap-siap nak berbuka, ada bunyi ting-tong. Ini mesti jiran nak beri kuih ni fikir saya. Rupanya Amir kawan lama datang bawa ikan - masih segar, belum kena air batu. Punyalah banyak. Saya rasa dekat 20 kilo. Antaranya ikan tengalan, baung  (ikan mayong kata Makngahnya)  dan berpuluh-puluh ekor ikan lais. Alhamdulillah. Terima kasih Amir. Dulu dah bagi dah. Saya memang hantu makan ikan sungai. Tapi kalaulah sebanyak ni memang tak boleh habis. Kenalah juga beri jiran-jiran terdekat. Kepada Amir saya beri 4 biji buah durian yang orang beri kat saya sebelum ini.



Lihatlah saiz ikan itu berbanding dengan botol sos itu. Besar kan ? Itu baru sebahagian !


Antara ikan-ikan yang ber"posing" maut..


Haifa dengan dua ekor ikan.  Dia pun nak enter frame jugak !
.
.

Monday, August 23, 2010

MENCHOLEK DAN SEMBAHYANG TASMIH DI KOTA BHARU.

1. Pengenalan.

Pagi hari Rabu minggu lepas  saya ke Kota Bharu, Kelantan bukan atas urusan peribadi. Aduh Saleha  malasnya. Tapi oleh kerana S.Y.M.P .. harus pergi juga.  Kerana itu minggu lepas saya berada di Sibuk Tahap 1.


Gambar 1. Kat KLIA untuk menaiki keretapi  pesawat.

2.  Belum "check-in" dah shopping.

Dalam perjalanan dari airport Kota Bharu, kami diberitahu  bilik di hotel belum siap. Lalu kami buat keputusan nak menengok-nengok dulu.


Gambar 2. Kedai batik ni tempat pertama kami tengok-tengok
 sebelum pergi ke Rantau Panjang.
Saya tertarik dengan kehalusan dan keindahan ukiran perahu itu.

Di Rantau Panjang saya tak beli apa-apa. Gerai-gerai menjual barang (kebanyakkan dari Siam) nampak lesu tanpa pengunjung. Penjual cuba memujuk untuk membeli barang mereka. Kadang-kadang tu rasa nak beli, bukan sebab perlu tetapi sebab kasihan melihat mereka. Apa jadi kalau seharian tiada siapa yang membeli. Alangkah beruntungnya saya -  hujung bulan, duit masuk. Hujan ke,  panas ke, banyak kerja ke, tak ada kerja ke,  duit tetap masuk. Syukur.

Baliknya singgah pasar Buluh Kubu, belilah batik sehelai dua. Makngahnya pesan baju kelawar see thru. Oleh kerana masa ini bukan musim cuti sekolah, memang mewah dengan layanan. Saya dilayan oleh 5 orang Che Meks. Tunjuk saja kain atau baju mana, habis dibuka dan diperagakan. Saya larang supaya tidak membuka terlalu banyak. 

 "Tak po, abe" jawab mereka.



3. Berbuka dengan 99 jenis makanan.

Walaupun sebelum ini saya pernah buat entri malas nak berbuka puasa kat hotel, nampakanya tak dapat nak elakkan. Saya agak ada tak kurang 99 jenis makanan - pelbagai kueh mueh, lauk pauk, buah-buahan, minuman dsb. Tetapi tidak ada satu pun, yang kena dengan tekak saya kecuali buah rambutan seperti yang kawan saya makan tu. Masa ini teringat masakan Makngahnya.


Gambar 3. Berbuka puasa di hotel ditepi suangai Kelantan.

4. Terawih di Masjid Muhammadi

Malamnya saya terawih kat masjid Muahammadi. Jalan kaki saja dari hotel ikut lorong belakang kedai. Terasa aman sebab tak nampak budak-budak berpeleseran. Selepas azan Isyak ada kira 20 minit lagi baru sembahyang. Kira sempatlah jemaah yang belum mandi tu, mandi dahulu atau yang berniaga memuktamadakan jual beli mereka.


 Gambar 4: Lepas 8 Rakaat saya pun balik. Dan ramai juga yang balik.

5. Mencolek selepas Terawih

Malam pertama saya selepas terawih saya di jemput untuk pergi “mencholek”. Sebelum ini saya tidak tahu apa maksud mencolek itu. Rupanya pergi makan-makan makanan ringan seperti gambar di bawah. Dia orang kata, aktiviti mencholek ini memang menjadi satu kegiatan yang popular selepas terawih di Kelantan.


Gambar 5: Rupa makanan yang di maksudkan.
Sebut "cholek" tu kena sengaukan sikit.


Gambar 6: Antara bahan-bahan untuk di cholek.

6. Sembahyang "Tasmih"

Dalam pelaksanaa tugas saya, ada kalanya saya harus menemuduga pelanggan-pelanggan saya. Ada seorang anak muda  saya perhatikan hitam dahinya seperti kebanyakan dahi orang yang kuat sembahyang. Saya tanya kenapa dahinya hitam.

“Sembahyang tasmih” jawabnya.

Seumur hidup saya tak pernah lagi dengar sembahyang "tasmih". Selepas dijelaskan oleh rakan dari Kelantan baru saya tahu sebenarnya anak muda itu  "sembahyang atas simen”. Saya dengar macam sembahyang tasmih jer. Saya tidak dibolehkan menyiarkan gambar anak muda itu disini.

7. Dengar Ceramah Politik

Semasa check in nak balik kat airport, kami diberitahu kapalterbang MAS lewat 2 jam. Lalu kami buat keputusan nak pergi dengar ceramah politik. Tak perlu rasanya saya cerita apa yang diceramahkan. Jalan menuju ke situ dipenuhi peniaga yang menjual bermacam barang seperti pakain, perhiasan diri, makanan dsb. Orang yang menendengar ceramah duduk bersila dibawah khemah di atas jalanraya. Sayang saya tak boleh berlamaan disini kerana harus ke airport untuk balik ke KL. cuma sempat beli sebuh kopiah dan sebuah raja akok. 



Gambar 6: Para pendengar ceramah sedang khusuk mendengar ceramah.

8. Apa yang di beli.

Antaranya saya beli baju batik, baju bukan batik,  kain untuk dibuat baju, kopiah, kueh akok, cekmek molek, murtabak raja, cream puff, serunding (sambal) daging dan ayam.


Gambar 7:  Raja akok berbanding akok biasa.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sub entri: Rezeki Ramadhan.

Petang Sabtu balik dari kelas, sebaik memasuki rumah hidung saya sudah terdengar terbau yang amat menyenangkan. Jiran depan rumah beri. Punyalah banyak. Terpaksalah memanjangkan sedekah kepada orang lain kerana kalau saya nak makan sekeluarga memang tak habis. Isinya cukup tebal dan tiada ulat dan enak sekali. Syukur.



Gambar 8: Mirin, cucu saya yang pertama (setakat ini)
telah dipaksa oleh atuknya menjadi model bersama buah durian..
.