Monday, March 28, 2011

SAYA DI KK

SEKARANG DUDUK kat lobi hotel. ada free wifi.  TUNGGU NAK PERGI DINNER. lappy pulak tak bawak .. guna henfon. tak DaPAT NAK tULIS pANJANG2. TADI MASA MANDI, RISAU BETUL. MANALAH tAHU KOK  ADA ORANG PASANG VIDEO KAMERA PULAK.  ENTRI iNI ADA KENA MENGENA DEnGAN N3 SeBELUM  INI.  KOMEN YUNUS BADAWI PATUT DIBERI PERHATIAN.

Friday, March 25, 2011

TERKEJUT, TERPEGUN, TERLOPONG "BECAUSE .. I THINK YOU ALL CAN DO BETTER THAN THAT"




I COULDN'T AGREE WITH YOUR MORE !



p/s 1: saya pun tak tak tahu kenapa banyak sangat huruf "T " dalam tajuk entri saya kali ini ?

p/s 2: faham tak ? tak faham tak apa !

.

KELAK AIR MATA SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI.


Kadang-kadang kita merasa amat megah dengan kemajuan ekonomi yang kita capai. Itu tidak baik. Lebih teruk lagi ada yang merasa begitu sombong dengan kemajuan teknologi sehingga kadang-kadang seolah-olah ingin mencabar tuhan. Ada yang begitu yakin dan bongkak dengan mendabik dada mengatakan bangunan yang dibinanya tahan gempa bumi hingga sekian-sekian skala Richter, misalnya.


Bencana yang Allah turunkan selama ini, banyak dalam bentuk yang lembut sifat dan zatnya. Contohnya angin, air dan api. Belum pernah lagi terdengar bencana yang diturunkan dalam bentuk bongkah batu atau logam sebesar Gunung Tahan dari langit.


Sebelum ini kita telah banyak kali melihat angin dan api memusnahkan harta benda dan jiwa di luar negara. Sesekali kita digemparkan dengan bencana gelombang besar (tsunami) dalam bentuk air. Dan yang terbaru dan paling dahsyat adalah tsunami yang melanda negara Jepun. Ternyata bangunan yang dikatakan tahan gegaran pada sekian-sekian skala Richter, telah terbukti tidak berupaya menahan serangan air yang sifat dan zatnya adalah amat lembut itu.


Setakat ini Allah belum lagi menurunkan bencana dalam bentuk bunyi. Saya pernah melihat orang mengebom ikan di sungai. Bom itu tidak pun mengena ikan tetapi bunyinya yang kuat telah membuat ikan-ikan mati terdampar dan berapungan. Begitulah perumpamaannya bunyi dari tiupan sangkakala yang akan mematikan kita bila tiba saatnya nanti. Apakah kita telah bersedia ?



Apabila sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil nanti, air mata sudah tiada berguna lagi .. !
.

Thursday, March 24, 2011

4 SAHAJA KE ?



Buang 4 penyakit iaitu khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.


Empat itu sahaja ke ?

Tak ada penyakit lain ke?

Pasti ?

Boleh saya kunci penyakit-penyakit tu sekarang?

Tak nak masuk ke kes buang bayi ?

atau

Mat Lalok

atau

Mat Rempit

atau

Mat Ragut

atau

Mat Kipas

atau

Mat Tumbuk Rusuk ke ?


(tahu tak makna Tumbuk Rusuk .. tak tahu tanya cikgu BM)


.................................................................oo0oo................................................................

Mari main SMS - 5.



Hari tu saya bagi akronim LEKAS. Ramai yang cuba. Semua ciptaan kreatif belaka. Antaranya ialah:

sahromnasrudin said...
L- Laluan E- Elak K- Kena A -Asak S -Suami
roslaini saad said... LEKAS : L - Laki E- engkau K- kebas
A - anak S - seluar.
Lubuk
Emas
Kail
Anak
Sembilang.... ;p

Ku Tak Sempurna said... Lebih Elok Kahwin Amah Siam

Alisya said... Lebih Elok Kalau Anda Senyum :)
ibuintan said...
LEKAS.... Lamo Ekau Keluar Anta Surat LEKAS.... Laa Ekau Ko Anak Sey?
Oleh kerana masih ada sambutan, saya lanjutkan lagi.


Kali ini cuba buat JKKK (Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

Seperti biasa saya mulakan dulu.


JKKK - Jawatankuasa Kerap Kehulu Kehilir..
.

Wednesday, March 23, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 20 - DAMSYIK




Damsyik memang asyik !


Berita Minggu Ahad 20 Mac 2011 - Tarikan Bazar Souq
Al-Hamidiyya dan Masjid Umayyah.

Membaca Berita Minggu hari Ahad lalu mengenai Damsyik, saya segera teringat ziarah saya ke sana dengan Makngahnya serta rombongan pejabat beberapa tahun lalu. Saya harap pembaca tidak jemu membacanya kerana  telah dua entri berturut-turut memaparkan segmen Terkenang Semasa Dulu. Nak buat entri Terkenang Semasa Depan, tak boleh buat pulak.



Gambar 1: Di luar masji Umayyah yang dibIna oleh khalifah Bani Umayyah pada tahun 706 Masihi. Nak tahu lebih lanjut tentang masjid ini, sila ke sini.


Gambar 2: Bergambar di hadapan salah satu  pintu masuk yang bertentangan dengan Souq Al-Hamidiyya. Cuaca pada masa itu boleh tahan juga sejuknya.


Gambar 3: Di sisi makam nabi Yahya .. kalau tak silap ingatan saya.



Gambar 4: Dipintu masuk makam Salahuddin Al-Ayoubi atau Saladin kata Mat Salleh.
 Terletak bersebelahan dan di dalam kawasan Masjid Umayyah.


Gambar 5: Bergambar di dalam Masjid. Makngahnya memakai jubah yang disediakan untuk wanita.


Gambar 6: Di salah satu pintu masuk ke Souq Al-Hamidiyya. Nak tahu lebih lanjut sila klik sini. Peniaga-peniaga di sini sangat teruja bila mengetahui kami dari Malaysia. Nama Dr Mahathir akan disebut-sebut mereka. Yang tak tahan tu ..  cara mereka menjual sangat agressif. Ada yang mengekor kita hingga ke kenderaan  sambil merayu untuk membeli barang dagangan mereka. Tanpa di minta mereka akan menurunkan harga sedikit demi sedikit hinggalah tinggal separuh. Kadang-kadang kita terbeli bukan kerana mahu atau perlu tetapi semata-mata atas dasar kasihan.

Tak sah kalau saya tak beli rantai kunci. Rantai kunci ini amat istimewa dan saya tak gunakannya tetapi hanya disimpan buat kenang-kenangan.




.

Tuesday, March 22, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 19 - KERETA MELAYU DI KALAMAZOO.


Yang dua-dua tangan masuk dalam poket itu adalah saya. Perut pun masih kecik lagi !



Tak tahulah samada tuan punya kereta tu boleh cakap Melayu ke tidak ... tapi semangatnya mengabadikan nama Melayu pada plet keretanya tu harus di puji.

Di Universiti ini pada masa itu, terlalu ramai pelajar Malaysia ditempatkan. Ada sebahagiannya macam langsung tak ada peningkatan dalam bahasa Inggeris lisan mereka berbanding semasa di tanah air. 

Sehinggakan ada di antara mereka yang semasa di Malaysia, Bahasa Inggerisnya ada sikit-sikit bunyi orang London, tapi bila balik ke Malaysia selepas tamat pengajian, Bahasa Inggerisnya dah jadi macam bunyi orang Negeri Sembilan cakap Inggeris ... kenot sopik proporli !


p/s: teringat saya entri anak saya yang sedang bekerja di Singapura yang Bahasa Inggerisnya tak juga improve selepas lebih setahun bekerja di sana. Entrinya bertajuk  "Can Laa Sikit Sikit"  di sini.

.......................................................................0.............................................................................

Jawapan kepada komen terperangkap.

Sdr. Zulkbo ada buat komen maut ke atas entri lama saya -
"Tak Payahlah Nak Besar-Besarkan" 

zulkbo said...
Salam Tuan.. bila mak bapak dah bangga anak mereka begitu..dunia memang akan pincang..jangan marah pula nanti perogol yang merogol anak mereka nanti.. jawab dek si perogol..apa nak kesah dan besarkan isu..isu lain lagi besar..orang bom orang pun sekarang boleh sain cek.. :D
.
zulkbo.

terima kasih kerana baca entri lama saya .. gerun juga memikirkan nasib anak cucu kita nanti .. nak tanya sikit, siapakah gerangannya  "orang bom orang"  tu ?  .. supaya saya boleh menjauhkan diri !

.

Monday, March 21, 2011

REZEKI DATANG DALAM BENTUK YANG TAK DI SANGKA-SANGKA.


Pondok pengawal sedang dalam pembinaan.

Pondok pengawal itu bukan kat rumah saya tapi rumah yang bertentangan betul-betul dengan rumah saya. Itu adalah rumah Tan Sri yang beberapa bulan lalu telah dilantik menjadi Pengerusi sebuah agensi Kerajaan. Sebgai pengerusi tentulah kediaman dia layak mendapat kawalan keselamatan 24 jam sehari. Lalu dibuatlah pondok pengawal. Gambar yang saya fokuskan itu adalah pondok yang saya maksudkan yang pada masa itu sedang dalam pembinaan.

Sekarang dah siap dan dah ada 2 orang pengawal berkawal sepanjang masa (24/7).

Sebelum ini ada juga berlaku kes pecah rumah di malam hari di taman perumahan yang saya duduk ini. Bila terjadi, susah juga nak lelapkan mata. Kadang-kadang bunyi cicak mengerjakan serangga pun menyebakan saya bingkas bangun.

Tetapi sejak ada pengawal kat rumah Tan Sri itu, saya telah dapat tidur dengan sangat lena .. kadang-kadang sampai susah nak bangun pagi. Saya tak fikir ada penjenyah yang berani cari fasal. Kalau pun mereka nak mencuri atau merompak rasanya mereka takkan pilih rumah saya kerana rumah saya tentunya diperhatikan juga oleh pengawal itu. Saya fikir takkan pengawal itu sampai hati membiarkan kalau ada orang nak rompak rumah saya. Kan pengawal kan ?

Bagi saya inilah satu rezeki atau nikmat ketenangan dan keamanan hati yang Allah beri yang datang dalam bentuk yang tidak di sangka-sangka.Syukur.

Harap-harap biarlah Tan Sri itu jadi Pengerusi sampai bila-bila !

.

Sunday, March 20, 2011

RINGAN-RINGAN DI HUJUNG MINGGU.


Mula-mula nak minta maaf sepanjang 200 M .. sejak 3-4 hari ni agak sibuk. Kurang sangat dapat  berjalan-jalan ke blog kengkawan. Habis sibuk nanti, saya akan berjalan-jalan semula.



Kalau sakit gigi, janganlah pergi ke klinik ini .. mahai. 
Kalau boleh cabut sendiri .. lagi bagus.



Kata tak mahu signboard .. itu bukan signboard kah ? kah kah kah !


Saturday, March 19, 2011

KISAH 50 TAHUN PEMANCING TEGAR .

(Amaran awal:   Entri ini panjang dan banyak gambar .. kalau belum makan, pergi makan dulu .. lepas tu jangan tak datang balik pulak )

Saya suka memancing. Saya mula memancing sejak zaman belum sekolah rendah lagi. Sekarang pun masih buat lagi tetapi tidaklah aktif macam dulu-dulu. Maknanya sudah  kira-kira 50 tahun saya memancing.  Lihatlah sebahagian (kecil) gambar saya dalam aktiviti yang sangat berfaedah ini. Sebelum ini ada  juga saya buat beberapa entri tentang aktiviti ini tapi tak banyak gambar. 

Susunan gambar ini lintang pukang, tidak mengikut tarikh. Tetapi ia bukanlah menggambarkan peribadi penulis entri ini.



Gambar 1: April 1984 -  Gambar paling lama.
Memancing di Sungai Potomac, Virginia, dengan diiringi oleh 4 orang aweks.
Makngahnya tukang ambil gambar. Masa tu saya masih cekeding lagi.



Gambar 2: Port Dickson: Ini ikan Tetanda. Bila besar orang panggil ikan Jenahak


Gambar 3: Dua ekor Kelah yang berjaya di tawan di Sungai Keniam.
Tapi bukan saya yang tangkap.  (Siapa kata pemancing tak jujur ? )



Gambar 4: Ikan Kelisa dan Kaloi tu sebenarnya kena jaring di Tasik Kenyir.
 Bukan kami yang menjaring tetapi pemilik bot yang disewa.  
Sebenarnya ia satu kesalahan kalau tangkap ikan kelisa tu.
Saya cuma tumpang ambil gambar jer. Jangan tangkap saya.
 Gaya jer lebih, ikannya tak berat mana pun !


Gambar 5: Sebelum ikan memakan pancing, kita makan apa yang ada dulu.



Gambar 6:  Dalam sebuah bot yang disewa. Kira canggih jugalah.
Ada tandas dalam bot.  Kalau tidak tu ...




Gambar 7: Tasik Kenyir. Masa tu suka simpan janggut.
Sekarang ni dah malas sebab tumbuhnya tidak sehitam dulu.


Gambar 8: Selat Melaka. Keselamatan diutamakan. Bukan saya takp pandai berenang,
tapi malas unutk berenang. Letih .. !


Gambar 9: Tasik Banding.  Mak oi besarnya cermin mata !



Gambar 10: Tasik Banding lagi.  Kenangan yang macam ni yang sukar di lupakan.
Yang sebelah kiri sekali adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Dia pandai dan gemar memasak.
Saya tak pandai dan tak suka masak tapi suka makan masakan orang.
Kalau tidak masakan badan jadi begini !



Gambar 11: Kat PD -  Member sebelah pakai baju batik Jawalah pulak.
Jangan salah anggap .. ini bukan hari Khamis tapi hari Ahad tau !



Gambar 12: Pulau Ketam - Ini dia ikan yang di namakan Gerut-Gerut semasa kecilnya.
Bila dah dewasa orang panggil ikan Tebal Pipi.



Gambar 13: Tasik Kenyir - Ini ikan Kaloi. Masa kecil orang pangil anak ikan Kaloi.



Gambar 14: Sekitar Pulau Ketam - Tengok saya boleh bawa bot 
walaupun cermin mata tersangatlah besar !



Gambar 15: Pulau Redang - Budak yang dalam gambar tu sekarang dah beranak pinak.


Gambar 16: Pulau Ketam. Tapi jarang dapat ketam. Banyak dapat ikan Gelama.
Patut tukar nama jadi pulau Gelama.


Gambar 17:  Selat Melaka atas kapal besar untuk ke rumah api "One Fathom Bank"



Gambar 18: Perairan Pulau Pangkor pun kita pernah memancing dan tidur dalam bot.


Gambar 19: Sungai Keniam, Pahang. Tempat yang paling seksa untuk sampai.
 Banyak tempat kena turun untuk tolak perahu.



Gambar 20: Di Tasik Banding, Perak dengan bot JHEOA.
Sori tak pakai baju .. masa tu tak ingat nak masuk blog lagi !


Gambar 21: Tasik Kenyir. Rasanya saya sudah pergi ke Tasik Kenyir  lebih dari 30 kali. Sudah malas nak kira.


Gambar 22: Port Dickson: Baru nak melepas berlepas. Macam orang takut jer !



Gambar 23: Lagi gambar di Tasik Banding Oklahoma, Perak.
Ikan Kelah di tangan kanan dan ikan Lampam di tangan kiri. 
Itu kenu USA mari tau !


Gambar 24: Saya fokus betul-betul kat  ikan Kelah panggang tu !
Enak dimakan begitu saja .. 



Walau pun saya suka memancing ikan, tetapi saya bukanlah nelayan.
I'm an angler, not a fisherman. Banyak beza tu !




.
.

Friday, March 18, 2011

IKTIBAR DARI SEBUAH PIANO.

http://chrisk.name/rtimages/piano.png


piano tu ada 88 keys. 36 berwarna hitam dan 52 lagi berwarna putih.
key yang nombor 1 dengan yang ke 2 tu, bunyinya tak banyak beza.
begitu juga key yang nombor 44 dengan 45 dan seterusnya key nombor 87 dengan 88. bunyinya hampir sama.
itu baru 88, dah ada yang dekat-dekat nak sama bunyinya.

kalau bilangan keynya  sebanyak bilangan penduduk NS, mungkin lagi banyak bunyi yang kita tak dapat nak bezakan.
dan kalau keynya sebanyak penduduk Malaysia macam mana ?
kalau keynya seramai penduduk ASIA mungkin mustahil tak ada key yang sama bunyinya.
dan kalau bilanghan keynya sama banyak dengan penduduk dunia ..
tak tahu nak cakaplah kan !
tapi suara kita walau pun berbilion-bilion orang, tak pernah sama .. walau pun proses, kaedah dan makhraj suaranya adalah sama !

ada sesiapa yang keluar suara dari telinga ?

maha bijaksana penciptanya. 

Subhanallah.

.

Tuesday, March 15, 2011

SONYUM SOKOJAP 26 - BANDUAN SENGAL 2.

.














"Apa kesalahan awak ?"

"Curi motor"

"Motor apa ?"

"Motor Sikal .. !"


.

YANG MANA SATU ?




15HB. ADALAH HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL !


yang mana kilat, yang mana kilau
yang mana angan, yang mana angau 
yang mana tebu, yang mana  tebrau
yang mana serak, yang mana sengau
yang mana pahit, yang mana payau
yang mana lembut, yang mana  lemau
yang mana pikat, yang mana pukau
yang mana sihir, yang mana santau
yang mana kocak, yang mana kacau
yang mana herdik, yang mana halau
yang mana perhati, yang mana pantau
yang mana langkah, yang mana langkau
yang mana sakit, yang mana seriau
yang mana bukit, yang mana bukau
yang mana lalu, yang mana lampau
yang mana degup, yang mana derau
yang mana gagap, yang mana gagau
yang mana pipit, yang mana pikau
yang mana parang, yang mana pisau
yang mana pisah, yang mana pulau
yang mana gempar, yang mana gurau
yang mana garap, yang mana garau
yang mana jengkal, yang mana jengkau
yang mana lari, yang mana larau
yang mana rayap, yang mana rayau.


apa komen anda tentang entri ini ?


yang mana merapu, yang mana meracau ?
yang mana melalut, yang mana melilau ?





Monday, March 14, 2011

TEDAMPAR .


Ini buah coconut .. sikit pun tak ada rasa koko !


Ini kisah seorang Ahli Politik, Seorang Ahli Perniagaan dan seorang Pegawai Kerajaan yang terdampar di sebuah pulau. Di pulau tersebut terdapat banyak buah-buah kelapa yang boleh dimakan. Tetapi sayangnya tiada sebarang alat untuk membukanya.

Lalu masing-masing pun memberi pendapat. Mari kita dengar apa kata mereka.


Ahli Politik: Tuan-tuan semua. Dalam keadaan kita yang terdampar di pulau ini yang mana tiada orang lain melainkan kita bertiga dan juga tiada sebarang kemudahan lain, maka apa yang penting pada saat dan ketika ini ialah kita mesti bersatu padu. Jikalau kita semua bersatu padu, InsyaAllah kita akan berjaya menempuhi apa juga masalah dan dugaan yang mendatang. Ibarat sebatang lidi akan mudah dipatah-patahkan, begitulah akibatnya kalau kita tidak bersatu. Oleh itu marilah kita bersatu padu agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh kita. Tidak begitu tuan-tuan ?

Ahli Perniagaan: Saya setuju. Namun begitu bersatu padu sahaja tidak mencukupi kerana kita mesti mencari jalan bagaimana kita boleh membuka buah-buah kelapa itu dahulu supaya kita dapat memakan isinya dan meminum airnya agar kita tidak mati kebuluran. Selepas itu, kita juga boleh membuka perusahaan memproses air dan isinya untuk di jual ke pulau-pulau yang lain pula.

Pegawai Kerajaan: Saya setuju dengan pandangan tuan-tuan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengesyorkan supaya ditubuhkan dulu sebuah Jawatankuasa Kecil untuk mencari kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuka buah-buah kelapa tersebut. Penemuan Jawatankuasa Kecil itu perlulah dibentangkan terlebih dahulu kepada kita sebagai Jawatankuasa Induk untuk diperhalusi sebelum dilaksanakan.


Kadang-kadang buat kerja sorang-sorang lebih cepat siap daripada buat kerja dalam Jawatankuasa. Betul tak ?



.P

Sunday, March 13, 2011

MENEMBAK DI LISRAM, LANGKAWI.


kenapa dia orang tak berani ambil gambar saya dari depan ?


Nota Kaki:  Apa benda putih kat belakang kepala saya tu  .. saya pun tak pasti !


.