Saturday, April 30, 2011

KONFIUS + SERIUS.




En. Ramle (mungkin nama sebenar) yang mempunyai dua isteri, sekarang ini sedang pening memikirkan isteri mana yang hendak dibawa ke majlis makan malam bersama Perdana Menteri sempena Hari Pekerja pada malam esok.

Dia tak tahu isteri yang mana hendak dibawa kerana ..

Isteri pertama mesti didahulukan.

Isteri kedua perlu diutamakan.

Lama-lama dia pergi sorang.

Padan muka !

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sub-Entri (lama tak buat sub-entri)

ada sorang kawan, dengan muka serius tanya saya.

"kau pernah nampak tak orang bisu cakap talipon"

"tak pernah" jawab saya lurus.

"aku pun tak pernah" kata dia selamba.

"kau pernah tak tengok orang mati kena jerut ngan wayar telefon ?" balas saya menyinga.

.

Friday, April 29, 2011

ESOK MALAM AKU JEMPUT KAU JAM 10.



 

esok malam aku jemput kau jam 10 !

kita nak pergi berapa malam ?

macam biasalah .. dua malam.

tak boleh pergi minggu depan ke ?

tak boleh .. minggu ni jer bot tu kosong, lepas tu semua dah kena booking !

tapi aku tak bersedia lagi ni !

alaa .. bawa jerlah apa yang ada !


mana boleh ...aku belum minta cuti lagi
mata pancing, batu ladung, kekili, tali semua kena tambah
torch light aku yang aku beli kat wakaf che yeh dulu, entah ke mana perginya.
baju hujan, menantu aku pinjam terus lesap
joran aku yang patah gelangnya belum repair lagi
jaring bekas ikan pulak habis koyak di makan tikus
ubat resdung aku dah habis, cadang hari Isnin ni nak pergi ambil kat farmasi
duit aku pun tengah tak ada ni ... !


tengok tu .. kalau nak pergi mancing bukan main risau lagi sebab persediaan belum cukup.
padahal pergi memancing tu bukannya lama .. cuma dua malam sahaja.
lagipun kalau ada yang tak cukup masih boleh pinjam dengan kengkawan.
atau susah-susah sangat tak payah pergi.
TETAPI apa akan jadi agaknya kalau DIA beritahu nak jemput kita pukul 10 esok malam ?
boleh kah kalau tak mahu ikut ?
boleh kah pinjam kawan kalau ada bekalan kita tak cukup ?
bolehkah patah balik, kalau tak seronok kat sana nanti ?



tapi DIA tak akan beritahu bila nak jemput kita .. maknanya bila-bila masa dari sekarang wakil DIA boleh datang .. marilah kita perbanyakkan bekalan untuk pergi yang tak akan kembali .. satu peringatan untuk diri sendiri.

.

Thursday, April 28, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 22 - BERSAMA TULIP.



Utusan Malaysia - 27 April 2011.

Tengok tak gambar bunga tulip dalam surat khabar Utusan Malaysia semalam, 27hb April di muka surat 2, seperti di atas. Cantiknya gambar bunga tulip yang sedang berkembang di Tokyo. Saya rasa di semua negara 4 musim, sekarang ini musim bunga, termasuklah di Washington D.C Lalu saya segera teringat musim bunga yang saya alami di Washington D.C hampir 30 tahun lalu.

Cari punya cari, terjumpalah beberapa keping gambar sakan kami dengan bunga TULIP di Washington DC untuk menjadi halwa mata anda semua di pagi ini.







Kata orang kat Bukit Larut, Taiping pun ada bunga Tulip. Saya belum pernah sampai lagi. Ada tak yang dekat-dekat dengan Seremban ? Ada sesiapa tahu ?

.

SONYUM SOKOJAP 27 - CHE WEL lawan PIZZA DELIVERY.


Satu malam selepas selesai  memesan pizza kat Pizza Hut Senawang, Che Wel  pun bertanya ...

Berapa lama boleh sampai ?

Rumah encik kat mana ?

Taman Rasa Sayang, Senawang.

Kurang dari 1 jam.

Musatahil !

Kenapa ?

Sekarang ni saya kat rumah mertua saya di Alor Star ... !


Moral Cerita: Apa yang orang lain faham mungkin tak sama dengan apa yang kita faham. Lebih kurang macam cerita kucing kat sini dulu.



lawak tak ?


.

Tuesday, April 26, 2011

SIAPA~MAKAN~DURIAN ???




ALANGKAH~BERTUAH~DAN~BERUNTUNGNYA~SEORANG~SUAMI~APABILA~ISTERINYA~
MASIH~TIDAK~PERCAYA~SUAMINYA~TELAH~MAKAN~DURIAN~WALAUPUN~TELAH~
TERBUKTI~TANPA~SEBARANG~KERAGUAN~BAHAWA~ SUAMINYA~MEMANG~TELAH~MAKAN~DURIAN~DI SAMPING~BAU~DURIAN~
YANG~KELUAR~DARI~MULUT~SUAMINYA~MEMENUHI~ SETIAP~RUANG~KAMAR~TIDUR~MEREKA~SEJAK~SEKIAN~LAMA.

DAN~BEGITULAH~SEBALIKNYA.



faham tak ? tak faham pun tak apa !


.

Monday, April 25, 2011

PEMENANGNYA ADALAH ....



Pak Ngah : "Hallo..ayong...ekau x balik rayo ko? Omak kau masak
rondang ayam kampung salai ni haa..tapi ayah dah abehkan semuo..
Podeh yong..sodap bonar..Ekau balik nanti suh omak kau masak 
dua ekor laie yo..Ayah raso mcm nak makan laie..nak mintak omak kau
 masak lain ayah dah malu plus takut omak kau membebel...burrppp..
alhamdulillah.."

Mak Ngah : "Hallo Cik Tipah..mai la datang beraya umah chek..
Chek masak rendang ayam kampung salai ni ha...khas untuk
hangpa satu keluarga..mai la datang ..Ajak ahli group marhaban 
kita yang llain tu no..Chek tunggu ni..Chek nak pi dapoq 
tengok rendang sat..nak bagi perangat sket untuk hangpa.."



Pemenangnya adalah ...  Cik Shinju.


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga   kepada anda semua yang telah begitu sporting mengambil bahagian dalam kontes saya kali ini.

Kami tersenyum membaca semua dialog yang dicipta.  Semuanya berjaya mencuit hati kami.  Saya rasa pembaca-pembaca entri anda juga telah terhibur dengan dialog kreatif yang dicipta. Saya juga percaya bukan hadiah yang menjadi motif penyertaan, tetapi ingin turut sama memeriahkan suasana yang lebih di utamakan. 

Penghargaan khas dari saya kepada Makdara Terdiva yang membuat entri  lain dari yang lain serta kepada AZANI dan CIKGU HUMAIRI yang menghantar dua penyertaan.

Setelah membaca semua entri peserta, saya dan Makngahnya sebulat suara memilih dialog ciptaan Cik Shinju sepeti di atas kerana ia telah  berjaya membuatkan kami ketawa. Beliau mungkin ada membuat sedikit homework sebelum membuat dailog itu. Oleh kerana itu, perkataan-perkataan seperti Ayong, ayam kampung salai, group marhaban dan loghat dialog Pakngah dan Makngahnya, begitu hampir dengan realiti kehidupan kami.

Selain dari itu, dialog itu juga ada unsur-unsur sitkom dan suspen.  Saya tidak dapat membayangkan apa akan terjadi bila geng Marhaban Makngahnya sampai sedangkan rendang  ayam kampung salainya telah dihabiskan oleh Pakngahnya. Mungkin boleh buat sequel selepas ini.

Saya akan menghantar mesej kepada Cik Shinju di FB beliau untuk urusan selanjutnya.
 
Akhirnya, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan blog lama dan baru yang telah sudi memeriahkan kontes saya kali ini. Saya percaya,  melalui kontes ini sedikit sebanyak telah dapat menambahkan kemesraan dan keakraban sesama kita.



Sunday, April 24, 2011

MARILAH MASUK CONTEST KE - 2 ANJURAN KOMENSEN.



Pakngah: "..................................................................................."


Makngah: "..................................................................................."


Sempena ULANGTAHUN kelahiran Makngahnya pada hari ini 13 April, saya ingin menganjurkan satu contest lagi.

Contest kali ini sangat mudah, tak macam contest pertama dulu. Semua orang boleh turut serta, asalkan ada blog dan idea yang lucu. Tak ada jawapan yang salah. Tak wajib untuk follow atau tag orang lain. Tak perlu nak bergegas-gegas kerana Rajalawak pemenang bukan dipilih berdasarkan siapa dulu tetapi dialog siapa yang paling lucu.


Tugasannya:

"masukkan dialog lucu yang sesuai dengan gambar di atas"


Terma dan Syarat (T&S).

1. Buat satu entri tentang kontes ini. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog KomenSen.

2. Kemudian maklumkan kat kotak komen ini untuk kami pergi melihat dan menilainya.

3. Boleh juga buat entri banyak kali dengan syarat patuhi T&S 1 dan 2 di atas.

4. Tarikh tutup kontes ini akan ditetapkan kemudian.

5. Pemenang akan dipilih oleh saya dan Makngahnya berdasarkan dialog yang boleh membuatkan kami ketawa terkekehkekehkekehkekeh. Kalau kami berdua tak tersenyum, ada harapanlah tak menang.

Hadiah.

Oleh kerana contest ini sangat mudah, hadiahnya cuma wang tunai RM134.60 sahaja, mengambil sempena tarikh lahir Makngahnya pada 13.4.60. (nasib baik Makngahnya tak lahir pada 31 Disember). Hadiah akan dimasukan terus ke akaun pemenang. Hanya seorang pemenang sahaja akan di pilih. Seorang sahaja ? Ya, seorang sahaja kerana bukan menang yang menjadi tujuan tapi keseronokan mengambil bahagian lebih diutamakan.

Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.

...........................................................oo0oo............................................................

Senarai Peserta Yang Telah Sudi Mengambil Bahagian.
(klik kalau nak tengok apa dia orang tulis .. tapi jangan plagiat)




Friday, April 22, 2011

SAYA DIJEMPUT OLEH YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI.


Semasa saya dengan kawan saya menunggu ketibaan Yang Arif menjemput kami, sempat kami berbincang di mana kami nak duduk dalam keretanya nanti. Kalau dia datang dengan pemandu, siapakah yang hendak duduk di belakang bersamanya. Dan kalau dia memandu sendiri, siapa yang nak duduk depan di sebelah dia. Keputusannya, kalau dia datang dengan pemandu, saya akan duduk  di belakang bersama Yang Arif. Dan kalau dia memandu sendiri, saya akan duduk  di depan di sebelahnya. Ini kerana kawan saya itu kononya pemalu orangnya.

Akhirnya dia sampai dengan memandu sendiri kereta Perdana Eksekutifnya dan saya pun duduklah di depan dan kawan saya dengan gembiranya duduklah di belakang seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dia pun membawa kami makan malam ke hotel fevret dia. Nampaknya semua pekerja di situ telah mengenali dia .. dari yang menjaga tempat letak kereta kepada yang membuka pintu, pelayan, juruwang dan yang lain-lainnya.

Saya makan apa yang dipilihnya ia-itu ikan salmon masak tempoyak seperti gambar di bawah. (Sila jangan percaya)



Dan kawan saya minta steak masak lemak cili padi seperti gambar di bawah (lagi tak usah percaya)


Kemudianya dia mengajak kami singgah di residennya yang menghadap laut. Dia nak buat kopi tapi kami menolak kerana sudah kenyang dan dikhuatiri tidak boleh tidur nanti. Kira-kira jam 11 malam dia pun menghantar kami balik ke hotel. Sempat juga dia membawa kami melalui pejabat Mahkamah Tinggi tempat beliau bekerja.

Saya dengan kawan saya ada memberitahu beliau bahawa kami tidak pernah membayangkan pada suatu hari kami akan di jemput sendiri oleh seorang Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Saya telah meminta izin darinya untuk membuat entri ini dan saya akan menarik perhatian dia untuk membacanya. Di sini suka saya mengambil kesempatan  ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Arif mengambil kami, membelanja kami makan malam yang sangat lazat, membawa ke residen dan seterusnya menghantar kami balik ke hotel. Walau pun pertemuan  kita tidaklah lama tetapi kebaikan layanan Yang Arfi amat kami sanjung dan akan tetap dikenang sampai bila-bila. Tidak seperti sesetengah  manusia, baru jadi Majistret misalnya, sudah menyombong mengalahkan hakim Mahkamh Tinggi.

Sesungguhnya benarlah kata orang tua-tua,  bahawa ular yang menysur akar, tidak akan hilang bisanya.



Perhatian.

Saya bercadang untuk menutup penyertaan kontes saya yang sedang berjalan pada jam 10 malam hari Ahad ini. Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian, masih ada masa. Sekian.



.

Tuesday, April 19, 2011

ENTRI SEMPENA 500 ORANG FOLLOWER.



Tahniah Lucas Lua kerana anda telah menjadi follower saya yang ke 500. Pada kesempatan ini, saya juga ingin  mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah sudi follow saya sebelum ini kerana tanpa anda, angka 500 itu tidak akan dicapai.

Saya mengaku bahawa saya bukanlah blogger yang baik kerana tidak dapat mematuhi etika berblog. Antaranya yang sering saya gagal lakukan ialah melawat kembali blog pelawat/pengomen blog saya.   Memang tak terkejar.

Jadi saya komen ikut tajuk .. bukan ikut siapa yang tulis. Kalau tajuknya menarik, akan saya baca dan komen. Kalau tajuknya berkenaan penyusuan bayi atau cara-cara buat baju kebaya atau resepi buat kueh tat tembikai, rasanya saya akan skip !

Sesekali terlintas untuk berhenti terus dari berblog.  Bagaimanapun oleh kerana minat serta komen-komen berupa galakkan seperti yang diberi oleh Cik Shinju menyebabkan saya teruskan juga.




Cik SHiNJU said... 
 
Jgn gitu Uncle... Saya kurangkan blogging sbb hidup baru bermula,belum selesa lagi..byk komitmen lain..Uncle dah ade segalanya..byk mase utk berblog.. Byk info dan ilmu saya dapat dr penulisan Uncle,at least Uncle boleh menyumbang hasil dr pengalaman Uncle dalam blog nih.. 
Sekarang saya dah buat keputusan, kalau pun tak ada orang baca, saya akan teruskan juga. Macam waratawan surat khabar, ada ke tidak orang baca, dia tetap menulis juga.

Di sini juga saya ingin membuat penghargaan khas kepada seorang yang saya kira, penggemar blog saya -  Ku Tak Sempurna, yang selalu tenggelam timbul. Tenggelamnya lamaaaaaaa .. dan timbulnya sekejap-sekejap.  

Sejak dia mula follow blog saya, rasanya tidak ada satu pun entri saya yang dia tak komen. Kalau pun dia 'hilang' untuk beberapa ketika, tetapi bila muncul semula dia akan qada membaca dan mengomen semua entri saya yang lepas. Baru-baru ini, selepas menghilang untuk beberapa ketika, tiba-tiba dia komen .. penuh ruangan komen "Awaiting Moderation' saya.

Print screen seperti di bawah adalah sebahagian komen dia yang berderet -deret itu.







Semua komen dia saya anggap menarik  belaka. Kadang-kadang saya hairan di mana dia mendapat idea sebegitu rupa. Saya tidak tahu berapa umurnya mungkin 48 kot, rupanya dan juga profesyen dia, jauh sekali berjumpa dengannya.  Tetapi bagi saya, setelah membaca entri dan komen dia, saya menyimpulkan bahawa dia adalah seorang yang sangat cerdik, cerdas, tangkas, kreatif serta berpengetahuan luas.

Contoh komen 'cerdik' beliau dalam entri ini yang telah membuat saya mati akal.



Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.


Kita lihat pula apa komen KTS !



Ku Tak Sempurna said... 
 
Gambar 11: Makngahnya berposing di beranda hotel.
Kelihatan Sungai Nil mengalir lesu membelah kotaraya Kaherah.

walaupun lesu, mampu dia membelah kotaraya kaherah ya. hebat! :D 
 
 



Terima kasih KTS !


.

Monday, April 18, 2011

CARI MENANTU.


Walau jam sudah melewati 12 tengah malam, MB masih bersemangat untuk berucap.


Baru-baru ini saya telah diundang ke satu jamuan makan malam ramah mesra dengan seorang Menteri Besar. Di samping mendengar cerita kejayaan dan perancangan yang ingin dilakukan, saya tertarik dengan DUA cerita jenaka yang diselitkan dalam ucapan beliau. Dalam ketawa ada mesej yang tersirat.

Cerita 1: Raja Nak Cari Menantu Untuk Puterinya.

Tersebutlah kisah seorang raja berhajat untuk mencari calon suami untuk puterinya yang cantik jelita dan muda remaja. Pada suatu pagi dihimpunkan kesemua pemuda-pemuda yang layak di seberang sebuah sungai yang di penuhi dengan buaya ganas. Lalu baginda bertitah:

 "barang siapa yang berani berenang menyeberangi sungai ini, akan beta jodohkan dengan puteri beta".

Selepas beberapa lama, sehingga matahari tegak atas kepala, baginda merasa amat kecewa kerana  masih tiada seorang pun dari pemuda-pemuda tersebut yang berani menyahut cabaran baginda.  Lalu baginda pun bersiap-siap untuk berangkat pulang.

"Tak boleh harap" dengus baginda.

Dalam pada bersiap-siap itu, tiba-tiba terdengar bunyi "gedeburrr" dan kelihatan seorang pemuda berenang dengan amat pantasnya menyeberang sungai menuju ke tebing.

Baginda pun tersenyum dan sebaik pemuda tersebut selesai naik ke darat,  pemuda itu dibawa mengadap baginda. Lalu baginda pun bertitah:

"Syabas orang muda. Kamu akan beta kawinkan dengan anakanda beta. Tetapi sebelum itu, beta ingin bertanya, dari manakah kamu mendapat keberanian untuk berenang menyeberangi sungai tersebut ?'

Lalu dijawab oleh pemuda tersebut sambil tercungap-cungap kepenatan:

"Ampun tuanku .. sembah patik harap di ampun.  Ada pun patik bukanlah berani sangat Tuanku .. tetapi tadi patik telah ditolak oleh kawan patik Tuanku !"

Habis sahaja cerita tersebut, gelak para hadirin pun berderai dan ada yang bertepuk tangan. Itu membuatkan MB bersemangat untuk membuat cerita kedua (walaupun jam telah melewati jam 12 tengah malam) yang akan saya ceritakan  dalam entri yang akan datang.

Apakah mesej yang dapat anda fahami dari lawak di atas ?


.

Sunday, April 17, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 4 : SUNGGUH MEMERANJATKAN, PERANGAI SEBENAR PRESIDEN IRAN.



Ketahuilah perangai sebenar presiden Iran di sini.


Sangat sesuai untuk dibaca oleh mereka yang baru menang pilihanraya DUN Sarawak terutamanya kepada yang bakal menjadi Ketua Menteri nanti.


.

Saturday, April 16, 2011

KENAPA TAK CAKAP SIANG-SIANG ?


Siapa kata bank pilihan saya ?


Minggu lalu saya ke Bank Rakyat, Cawangan Putra Jaya  menambah modal saham. Kena isi 2 borang 2 kali. Dua salinan setiap kali. Isian pertama untuk pembelian saham tambahan sebanyak RM500 yang kononnya diluluskan serta merta. Isian kedua untuk pembelian saham tambahan yang melebihi RM500.

Untuk yang RM500 tu dibayar pada masa itu juga. Yang selebihnya cuma isi borang dan ia akan di proses oleh Ibu Pejabat dan hanya diminta bayaran bila sudah di luluskan nanti.

Petang semalam saya menerima panggilan dari bank.

Beginilah lebih kurang ringkasan perbualan kami.

Bank Rakyat:  Sekarang ni Encik punya saham dah lebih dari RM xxx kan ?

Saya: Ya .. kenapa ?

Bank Rakyat: Cuma mereka yang kurang dari jumlah itu sahaja yang dibenarkan menambah saham. Jadi permohonan Encik itu tidak dapat diluluskan.

Saya: Kenapa pulak ?

Bank Rakyat: Kita nak beri orang lain peluang pulak ..

Saya: Kenapa tak beritahu awal-awal dalam surat khabar ke, kat tv ke .. tak perlulah saya memohon .. buat penat je saya beratur, berpanas-panas dan bersesak-sesak hari itu.

Bank Rakyat: Emm .. duit yang RM500 tu kita masukkan ke dalam Akaun Simpanan Encik ya ?

Saya: Ikut suka awaklah ... macamana pulak dengan permohonan untuk pembelian saham selebihnya ?

Bank Rakyat: Tak luluslah juga sebab saham encik sudah melebihi RM xxx.


Saya: Saya betul-betul tak puas hati .. nanti saya tulis dalam blog saya !

(Dialog "nanti saya tulis dalam blog saya" tu cuma saya ucapkan dalam hati sahaja)

Kalaulah Jabatan Kerajaan yang buat kerja macam ini, tentulah riuh-rendah satu Malaya.


Kemaskini:

Lanjutan dari komen Kunang-Kunang itu, saya linkkan satu entri yang berkaitan kat sini.  Rasanya ia boleh menjawa persoalan Kunang-Kunang itu.


.

Friday, April 15, 2011

SAYA SEBAK BILA AHMED BURHAN TEE BERCERITA .


Utusan Malaysia - 11 April 2011. Selanjutnya di sini.


Saya suka mendengar radao IKIM dalam kereta semasa dalam perjalanan pergi balik ke pejabat. Salah satu rancangan yang saya suka ikuti ialah "Islam Agama Ku" yang menampilkan saudara baru menceritakan pengalaman mereka sebelum dan selepas menjadi seorang muslim. Kira-kira 2 minggu lalu (tarikh sebenar tak ingat) saya dengar kisah Sdr Ahmed Burhan Tee.  Saya pertama kali mendengar namanya.  Rupanya beliau ini adalah adik bongsu kepada Ust. Radhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah dan pengacara tv yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dia sebak bila diajukan soalan tentang ibunya yang sudah terlalu tua yang tinggal bersamanya yang masih belum mendapat hidayah.

Satu kenyataan beliau yang sangat mengesankan saya ialah (lebih kurang begini)

"kalau saya melihat kepada perangai orang-orang Melayu, rasanya sampai bila-bila pun saya tidak akan memeluk ugama Islam"

Bila ditanya oleh pengacara kenapa ?

Dia memberitahu bahawa bapanya seorang pekedai runcit di kampungnya yang majoriti didiami orang Melaya. Dia melihat sendiri keburukan perangai orang Melayu antaranya yang kurang rajin, suka berhutang, meminum arak dsb. Dia macam teragak-agak bila menjawab soalan ini. Apa yang dikatakan oleh Burhan itu kemudiannya di sokong oleh rencana akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 April 2011 seperti yang di paparkan di atas.

Saya cuba mencari siapakah Burhan Tee ini  di internet. Alhamdulillah saya terjumpa rencana mengenainya dalam Utusan Malaysia on-line di sini

Apa pandangan anda semua mengenai kenyataan Sdr Ahmad Burhan berhubung dengan perangai orang Melayu ?



p/s: Anak saya (Kakngah) yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada 12.4.2011 ada membuat entri mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan lewat entri saya . Dia minta saya linkkan entrinya seperti di bawah ini:

http://norha2nd.blogspot.com/2011/04/3in1.html
.
.

Thursday, April 14, 2011

RAHSIA PIKAT DUA ISTERI - ENTRI CARI GADUH !




 Utusan Malaysia - 9/4/2011


Saya mengambil risiko yang besar membuat entri ini. Tentu ramai pembaca yang tak senang hati atau mungkin marah dengan saya lepas ni. Nak marah marahlah. Lagi pun sesekali gaduh pun seronok juga kan !

Berikut adalah petikan dari rencana yang di tulis oleh Mariatul Qatiah Zakaria dalam ruangan Famili, Utusan Malaysia, Sabtu 9 April 2011. Ia menceritakan kisah bagaimana  Ustaz Hasan Mahmud (saya rasa semua kenal dengan Ustaz ni) memikat  isteri keduanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.

 "Walaupun keluarganya tidak boleh menerima poligami tetapi mereka boleh menerima agama Islam. Bagaimanapun ketika itu isteri saya (Melly) tidak  menerima saya" ceritanya sambila ketawa.

Begitu pun, ujar bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, setelah pulang ke Semenanjung, dia tidak berputus asa menelefon Melly walaupun ia tidak pernah berjawab.

Begitu juga dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mana lima yang dihantar hanya satu yang dibalas.

Di akhir rencana, pengarang menulis begini:

Ternyata kehidupan Hasan hari ini bahagia bersama dua isteri dan tujuh orang cahaya mata di samping kerjaya yang cukup hebat.

Saya tidak tahulah samada tindakan Ustaz itu menelefon dan menghantar SMS kepada Melly itu banyak-banyak kali boleh dianggap sebagai gatal, miang, curang atau bermain kayu tiga seperti yang selalu disebut oleh sesetengah orang dalam kes seumpama ini.

Apakah agaknya pandangan pembaca .. saya berdebar-debar menunggu komen anda semua !


Nota kaki: Untuk makluman tuan/puan, saya ada anjurkan kontes. Silalah ambil bahagian. Setakat ini baru ada 2 orang sahaja yang berani menyahut cabaran. Yunus Badawi siang-siang lagi sudah mengaku kalah !

.

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 14: LELAKI MATI DIBUNUH DALAM KERETA HANGUS.


Harian Metro - Isnin 11 April 2011.


Bila baca tajuk berita tu, saya keliru samada:

1. lelaki tu mati dibunuh di tempat lain DAN kemudiannya dimasukkan ke dalam kereta yang telah pun terbakar hangus; atau 

2. lelaki itu mati di bunuh semasa dia sudah berada dalam kereta yang mana kereta itu sudah pun terbakar hangus; atau

3. lelaki itu mati di bunuh, kemudian di bakar hangus di tempat lain
DAN lepas tu baru dimasukkan ke dalam kereta; atau pun

4. lelaki itu dimasukkan ke dalam kereta, kemudian dia mati dibunuh DAN lepas itu kereta itu dibakar hangus.



 ... nanti ada yang kena bakar hangus karang ni !
terima kasih ibuintan kerana menegur kesilapan saya secara halus.

tei.

Tuesday, April 12, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAKNGAH DAN KAKNGAH.



 Saat-saat menanti kelahiran Kakngah (anak kedua saya)

Besok 13 April ulangtahun kelahiran Makngahnya. Saya buat ucapan sehari lebih awal kerana pukul 8 pagi besok saya bercadang nak buat contest.

Hari ini 12 April adalah hari ulangtahun kelahiran Kakngah anak ke dua saya. Tetapi saya anggap mereka lahir pada hari yang sama pada 13 hb. Kenapa pulak begitu ? Saya pernah buat entri yang agak panjang lebar mengenainya sempena hari lahir mereka tahun lalu di sini.

Tak banyak beza hari ini dengan setahun yang lalu kecuali mereka berdua telah bertambah tua setahun lagi. Bezannya cuma barangkali, kehadiran Pak Mertua kami untuk melengkapkan keluarga kami. Hanya Pak Mertua sahaja yang ada lagi walapun pemikiran beliau sudah ibarat budak-budak yang berumur 2 tahun. Apa-apa pun kami gembira dan lega dia ada bersama.

Pertamanya kerana kami tidak perlu susah hati memikirkan dirinya di kampung kerana sekarang dia sudah ada di depan mata. Selain dari itu dia sentiasa mengingatkan kami bahawa satu hari nanti kami mungkin jadi seperti dia. Ia benar-benar menginsafkan kami akan putaran kehidupan ini.

Walau apapun keadaan dia, Makngahnya amat menyayangi dan membelai beliau dengan penuh kasih sayang. Sungguh bertuah Pak Mertua saya mendapat anak dan menantu seperti isteri saya. Kadang-kadang ada juga saya terfikir, mungkinkah nasib saya nanti akan sebertuah dia.

Saya akhiri entri ini dengan dua rangkap pantun 6 kerat untuk Makngahnya dan Kakngah.


kepada Makngahnya ..


Ke sini ke sana mencari terap
Kalau boleh nak buat bubu
Ke sungai Juru tangkap belida
Kanda berdoa sambil berharap
Kalau boleh mati dahulu
Kita bertemu di pintu syurga.




dan kepada Kakngah pula ..




Anak buaya di bawah atap
Anak kedidi memakan padi
Ambil balak di buat jerat
Ayah berdoa sambil mengharap
Agar jadi muslimah sejati
Aman kelak dunia akhirat.
. .


.............................................oo0oo..................................................

Monday, April 11, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 21 - SEPETANG BERSAMA SAKURA.



Saya baca Facebook kawan sekerja saya dahulu (sifu Facebook saya) yang kini sedang mengikut suaminya bekerja di Tokyo. Dia pos banyak kali gambar dia dan keluarganya dengan bunga Sakura sedang berkembang. Gambar di atas adalah di antaranya. Anda juga boleh melihat yang selebihnya  di SINI .. (bagi yang telah menjadi friend dia)

Lalu saya segera terkenang musim bunga Sakura di Washington DC atau "cherry blossom" semasa saya di sana kira-kira 30 tahun dahulu. Lihatlah betapa indahnya bunga-bunga Sakura yang sedang berkembang di dalam gambar-gambar yang dipaparkan di bawah. Tetapi tidaklah seindah yang ditunjukkan dalam Facebook kawan saya itu.

Sebelum ini saya sebenarnya pernah membuat entri pendek tentang bunga Sakura ini di sini.

 Mengikut sejarahnya benih bunga Sakura yang ada di Washington DC itu asalnya adalah dari negara Jepun juga yang diberikan sebagai hadiah. 

Entah bila pulak agaknya saya dapat melihat bunga Sakura ditempat tumpah darahnya sendiri.
 

Gambar 1: Gambar bapa misali tengah mendukung dan memimpin tangan anaknya. (Gambar dah keluar kat Facebook)


Gambar 2: Angin tengah kuat bertiup (agaknya) .. lihatlah rambut Makngahnya.


Gambar 3: Ish .. cantiknya. Padi menguning di tengah sawah pun cantik juga kan ! (Gambar kita semula)


Gambar 4: Monumen yang nampak ke Jepunannya.


Gambar 5: Dah macam-macam fesyen saya mendukung anak.
 Awatnya anak kita makin lama makin berat ?


Gambar 6: Tengok rambut saya .. teringat hero Tamil yang tak berapa hensem tu  ..
sapa ke namanya ?


Gambar 7: Dah letih berdiri .. kita mencangkunglah pulak.



 Gambar 8: Memang angin kuat .. lihat air tu berombak !


Gambar 9: Macam gambar nyonya dalam kalendar dulu-dulu !


Sekarang pun musim bunga di taman perumahan saya - Lavender Heights .. tapi bukan bunga Lavender atau bunga Sakura. Tak kisahlah .. janji musim bunga. Sila tengok videonya kat bawah. Cantik juga kan ?





...............................................oo0oo...................................................


Cabutan beberapa komen sebagai penjelasan kepada entri terdahulu.
Delete
Blogger al-lavendari said...
 
YB BETUL KE AWAK ADA PUJI .. KENA TAMBAH POWER SPEK AWAK TU ! ENTRI SAYA INI LANJUTAN KOMEN GADIS BUNGA DAN AZIEZAH BERDASARKAN GAMBAR 30 TAHUN DULU, BUKAN SEKARANG !
April 8, 2011 7:57 AM
Delete
Blogger azieazah said...
 
Ehh saya ada puji ek? Ntah, saya dah lupa.
April 9, 2011 12:35 AM
Delete
Blogger al-lavendari said...
 
AZIE SAYA PETIK KOMEN AWAK DALAM ENTRI DI MAKSUDKAN... Salam Bang Hamzah. Suka tengok gambar2 tu, sentimental value kata orang. Senang jer nak teka mana satu Bang Hamzah. Yang pasti, saya tetap suka tengok MAK NGAH nyerrrr.. Cun dan cute!
April 9, 2011 11:55 AM
.
Delete