Sunday, July 31, 2011

KALAU KITA JADI LEMANG !


Anggota PGA yang seorang tu sampai tertutup matanya sebab asap. Sorang lagi tu membetulkan api dengan kayu. Kenapa ? Tentulah sebab panas. Mungkin ada yang belum lihat bagaimana santan menggelegak di permukaan buluh, akibat kepanasan. Selepas beberapa lama, buluh itu dipusing-pusingkan beberapa kali supaya lemang-lemang itu masak sekata.

Kita nak dekat sekejap pun tak tahan. Asapnya pun sudah cukup untuk memedihkan mata. Bila api sudah mula kurang, akan ditambah lagi kayu pembakarnya sehinggalah lemang sudah benar-benar masak.

Bayangkanlah kalau kita diletakkan di tempat lemang-lemang itu. Menggelegak otak kita akibat kepanasan. Begitulah sedikit gambaran kehidupan di neraka kelak.  Bagi mereka yang mensyirikkan Allah dan tidak bertaubat, akan kekal di sana. Tidak pula mati-mati akibat kepanasan itu. Sedangkan kita nak dekat dengan api pun untuk hanya beberapa ketika sudah tidak tahan, cubalah bayangkan siksanya disalai atau dipanggang dengan api yang marak menyala sampai bila-bila yang panasnya berkali-kali ganda.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga kualiti puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun lalu dan mudah-mudahan mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT.


Saturday, July 30, 2011

PROJEK ORANG PENCEN YANG BARU NAK MULA.

Tak berapa lama dulu saya ada buat entri bertajuk "PERANCANGAN SEORANG PENCEN YANG BELUM MENJADI" di sini.

Masa itu saya cerita tak dapat nak buat apa-apa sebab sakit belakang. Kini sakit belakang saya sudah sembuh 98.74 % setelah 3 kali berurut dengan seorang tukang urut yang sangat kejam dalam melaksanakan urutanya tanpa sedikit pun menaruh perasaan belas kasihan kepada pesakitnya yang terjerit terlolong.

Ada juga  kerja-kerja pertukangan saya yang telah berjalan.  Misalnya tukang hantar dan ambil anak dari sekolah telah berjalan sepenuhnya.  Pengalaman menghantar dan mengambil anak ini juga boleh di buat satu entri.  

Perancangan saya untuk membaca buku-buku yang terkumpul sejak sekian lama, telah pun dimulakan. Buat masa ini saya tak mahu lagi beli buku baru. Rasa tak adil pulak dekat buku-buku lama.



Sebahagian dari buku-buku yang dimaksudkan. Kesemuanya terdapat tiga rak yang bertingkat-tingkat seumpama ini untuk menempatkan koleksi buku saya.


Perancangan untuk bersenam telah masuk ke peringkat 3.  Peringkat pertama:  Timbul kesedaran akan berat badan sudah berlebihan. Peringkat ke 2:  Memikirkan dan menetapkan pilihan terbaik untuk mengurangkan berat badan itu. Peringkat ke 3: Membeli atau mendapatkan peralatan untuk melaksanakan pilihan yang telah di buat. Peringkat 4: Melaksanakan pilihan yang telah dibuat.

Kasut dah beli. Ini bermakna kesedaran itu dah ada untuk melakukan senaman dengan memilih cara berjalan.  Ini kira sudah masuk peringkat ke 3 sebelum masuk kepada peringkat ke 4.

Buat masa ini saya tangguhkan dulu peringkat 4 itu kerana pertamanya di sebabkan sakit belakang belum sembuh 100% dan ke duanya kerana bulan puasa dah tiba. Saya bercadang nak mula menggunakan kasut itu selepas habis orang buat rumah terbuka nanti.

Nota kaki: Sebenarnya saya nak tayang kasut tu kat KTS disebabakan entrinya yang ini.



Thursday, July 28, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 19: MENGURUSKAN.

"Dia sekarang sibuk menguruskan anak-anaknya"

Adakah maksudnya anak-anaknya sangat gemuk sehingga terpaksa dikuruskan ? Atau adakah dia sibuk sekarang ini menjaga anak kembarnya seramai 4 orang yang baru berusia  4 bulan.

Lebih-lebih lagi kalau ke empat-empat anaknya itu gemuk-gemuk belaka. Lagilah sibuk nak menguruskan mereka. Perkataan menguruskan di sini lagilah mengelirukan.


Demikianlah 4 entri hari ini seperti yang dijanjikan.  Kita boleh lihat perkataan yang sama mungkin membawa makna yang berlainan kepada orang yang berbeza.  Atau mungkinkah saya seorang sahaja yang berfikiran begitu?

Jadinya kalau terjumpa perkataan seumpama itu, harus berhati-hati untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan juga orang lain.


Sekian. Selamat menguruskan pasangan anda atau diri sendiri !





* ini adalah entri ke 4 dan terakhir untuk hari ini. Dah baca 3 entri sebelum ini ? Kalau belum elok baca. Pendek-pendek je entrinya !


A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 18: LEBIH SEDIKIT


"Gaji Harun lebih sikit dari gaji Husin"

Apakah yang anda faham ?  Adakah maksudnya gaji Harun lebih dari gaji Husin tapi lebihnya tak banyak. Atau pun gaji Harun kurang dari gaji Husin tapi kurangnya pun tak banyak.

Nantinya kalau semasa kenduri, ada kawan yang duduk semeja dengan anda  minta tambah nasi berkata begini ..


"Bagi lebih sikit .. "


Adakah anda akan beri dia lebih atau beri dia kurang ?




* Ini adalah entri ke 3 untuk hari ini. Dah baca entri sebelum ini ? Kalau belum baca, terimalah nasihat saya .. sila baca !
Jumpa lagi di entri jam 8 malam.


A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 17: TAK PAYAH

Ralat: Tadi saya terpublish satu entri bertajuk "Niagara" sedangkan ia baru di peringkat deraf sahaja. Harap maklum dan harap maaf. Dah benda nak jadi .. nak buat macam mana. Kan ?


****************************************************

"Orang yang dah pandai sembahyang, tak payah sembahyang" 

Ayat tu biasa dengar kan ? Sekali pandang ayat itu seolah-olah mengatakan bahawa bagi mereka yang sudah pandai sembahyang maka tak perlu lagilah dia sembahyang. Sedangkan maksudnya ialah bagi orang yang sudah tahu selok belok hendak mengerjakan sembahyang, maka baginya tidaklah susah untuk melakukannya.

Tak adalah angkat takbir sampai berbelas-belas kali atau ambil air sembahyang sampai habis lencun seluruh badan !

Akan tetapi kalau kawan kita kata bila merujuk kepada homework sekolah ..


"Soalan nombor 4 tu tak payah ..."


Apakah tak payah tu bermaksud tak susah kalau nak di buat atau soalan itu tak perlu buat ?


* Ini adalah entri ke 2 untuk hari ini. Dah baca entri sebelum ini ? Kalau belum baca, terimalah nasihat saya .. sila baca !


Jumpa lagi di entri jam 4 petang !

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 16: TAK SAMPAI

Saya suka nombor 4.  Sebenarnya baru saja sekejap tadi saya suka nombor itu. Salleh Yaakob pun suka nombor 4. Orang putih lagilah  suka dengan nombor 4. Itu sebab ungkapan "back to square one" kerap mereka gunakan. Kan ke square tu 4 segi ?  Kenapa "back to square one" ?  Kenapa tidak "triangle one" misalnya ?

Oleh kerana saya  suka nombor 4, saya nak buat 4 entri hari ini setiap 4 jam. Kenapa 4 entri setiap 4 jam ? Kan ke saya dah kata tadi saya suka nombor 4.

Entri pertama pukul 8 pagi. Entri ke 2, pukul 12 tengahari. Entri ke 3,  pukul 4 petang dan entri ke 4, pukul 8 malam.

**************************************************

Tak Sampai


Kalau ada orang kata "tangannya tak sampai untuk memetik buah rambutan itu" kita boleh faham. Maksudnya tentulah tangannya pendek dan buah  rambutan itu pulak duduknya tinggi.
 
Tetapi kalau ada orang kata:

"Dari Seremban pergi Ipoh tak sampai dua jam"

Di sini saya selalu keliru. Apa maksudnya ? Adakah maksudnya kita boleh sampai ke Ipoh kurang dari dua jam. Atau pun kita tak boleh sampai ke Ipoh dalam masa dua jam ?

Cuba fikirkan dalam-dalam.  Sebenarnya kedua-dua pemahaman tersebut tak salah bergantung kepada maksud orang yang bercakap. Akan tetapi kita sebagai pendengar, jangan cepat membuat tafsiran sendiri. Tanya dulu maksudnya supaya tidak terkeliru.



Jumpa di entri jam 12 tengahari nanti. 

Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - 3: A MAN FOR THE '80s



* sayang gambar dah rosak sikit .. biasalah. benda dah lama !

Tuesday, July 26, 2011

MANGGA YANG BOLEH DI JADIKAN CONTOH. !

Mangga yang sebatang di luar pagar rumah saya sudah berbuah. Tuaian yang pertama cukup memuaskan hati, baik dari segi saiz atau pun rasa kesedapannya. Saya belum pernah lihat buah mangga sebesar itu sebelum ini. Lihatlah buktinya seperti gambar-gambar di bawah.



Gambar 1: Anak bongsu lelaki saya dengan buah mangga yang di maksudkan.


Gambar 2: Buah mangga di sebelah botol kicap cap kipas udang saiz besar.


Gambar 3: Sebagai perbandingan dengan sebiji pisang yang agak besar saiznya.



Gambar 4: Dari sisi yang berlainan. Bukan pisang tu yang kecik tapi buah mangga tu yang besar !



Gambar 5: Ni baru kupas sebelah .. dah penuh sepinggan yang agak lebar saiznya.



Gambar 6:  Sudah berbunga lagi walaupun masih ada buah yang belum di tuai.


Gambar 7: Inilah hasil tuaian ke dua dari buah seperti gambar 6 di atas.
Walaupun kecik sikit dari yang dulu, tapi rasa kesedapannya tetap sama.

Botol air di sebelah dia tu .. juga bersaiz besar !




Begitulah juga manusia .. kalau rajin mengeluarkan hasil, orang pun suka dengan kita dan  selalu menyebut-nyebut nama kita !




.

Monday, July 25, 2011

BELUM CUBA BELUM TAHU.

http://www.sportscarcup.com/cars/porsche-carrera-gt.jpg


Gambar Hiasan ihsan Google.


Kata orang tua-tua .. " belum cuba belum tahu"
Betul lah tu.  Tetapi bukan semua benda, boleh kita cuba-cuba.
Ada benda yang tidak boleh kita cuba-cuba. Walaupun hasilnya pasti positif.
Contohnya dadah. 

Saya sendiri ada kalanya tak berani nak mencuba. Takut gagal. 
Sebab antara berjaya dengan gagal tu 50-50. 
Walaupun kegagalan itu  mungkin tidak melibatkan kehilangan nyawa atau duit berjuta-juta. Cuma kehilangan atau kejatuhan air muka (pride) sahaja.
Air muka mana  boleh di tukar ganti dengan emas atau wang ringgit.

Misalnya kalau saya tengok kawan saya baru sahaja beli kereta baru jenama Porche.
Saya cukup takut nak cuba pinjam kereta dia itu.
Saya takut nak cakap. Keculilah dia membuat tawaran. 
Walaupun hati nak mencuba itu meronta-ronta.
Takut nanti kalau kawan tu cakap  "engkau sihat ke ?'
 
Satu contoh lagi. Saya amat takut nak cuba minta nombor telefon orang. 
Tambah-tambah lagi kalau orang tu popular macam Lisa Suriahani misalnya.
Takut dia jawab. "Banyak cantik engkau punya muka".
Mana saya nak sorokkan muka saya.

Itu sayalah. Orang lain tak tahulah saya.  Ke kita serupa ?

****************************************************************************

Nota kaki. Perasan tak entri saya kali ini bertambah meriah sebab dah ada iklan ? Anak saya masukkan malam tadi. Dia kata "lepas ni jangan buang-buang dah" .. sebab dulu memang pernah ada. Macamlah masukkan iklan tu susah seperti orang nak bersalin.  Kalau anda rasa terganggu, saya minta maaf banyak2 dan bawaklah bersabar.

Sunday, July 24, 2011

SONYUM SOKOJAP 29: BUMI MANA YANG TAK DITIMPA HUJAN ?

Kadang-kadang kerana dek terlampau nak cepat atau teruja, kita tersalah taip. Saya pun selalu begitu. Kadang-kadang tu malu juga. Sejak beberapa mingu lalu, saya cuba kumpulkan komen2 sahabat yang tersalah taip.

Jangan marah ya ! Saya tidak berniat hendak memalukan sesiapa, cuma sebagai hiburan ringan sahaja.  Kita sebagai manusia biasa, tak sunyi dari membuat kesilapan. 

Saya salin dan tampal  sebahagian kesilapan ejaan yang menarik dan lucu pada pandangan saya.

............................................................................................................................

Silap 1.

abu muaz said...
yes, cubut-cubit sayang ni bang hamzah. renungan jumaat


kalau saya jumpa abu muaz, saya nak cubut-cubut dia !

...............................................................................................................................

Silap  2.

sahromnasrudin said...
..seronok sefamily dpt melancing bersama..masa berkualiti yg sgt sukar utk dicari zaman skrg nie
agaknya melancing tu  orang yang pergi melancong kena 'kencing' kot !


.......................................................................................................................................


Silap 3.

MasZuber said... 
kene pegi mengurut nie uncle. kasi ejas balik urat2 tue..
Silap  4.

gadisBunga said...

jumpa ke nasi lemak nak hawii tu uncle...? :D
July 14, 2011 2:53 PM

hawii tu kat sebelah mana ?


.............................................................................................................................

Silap 5.


org membero, kita merasa, kaaaan
:D
hahaha

July 22, 2011 at 4:44 pm


sepatutnya orang membero kita meraso ! hahaha

.............................................................................................

silap 6.


al-lavendari said...

nama saya pendek je .. kalau dalam tulisan jawa, cuma seketul sahaja.
July 12, 2011 2:16 PM

apesal tertaip jawa pulak ni!




 * tulisan yang berwarna biru itu komen balas saya.


Delete

Thursday, July 21, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 25 - HAWAI 2

Sebagaimana mana yang pernah saya katakan dalam entri Hawai 1 dulu, pada masa itu keyakinan diri untuk ke mana-mana cukup tinggi. Sekarang ni bila dah tua, keyakinan itu sudah bertukar menjadi kebimbangan. Kalau nak pergi ke sesuatu tempat, macam-macam perkara yang dirisaukan, misalnya tempat tu ada jual makanan halal tak, ok ke hotelnya, dia terima ke RM, tempat tu selamat ke, cuaca macam mana  dll. Itu belum fikirkan rumah yang tinggal.

Sekarang saya sambung kisah melancong ke Hawai, tapi tak adalah banyak sangat beza dengan yang dulu. Cerita cerita tu jugak.



Gambar 1. Saya sebenarnya tak pasti gambar ni kat mana. Bagaimana pun hati saya kuat mengatakan  kat Hawai kot  sebab saya tak pernah sampai ke Mexico !


Gambar 2: Saya tak pasti adakah bangunan ni rumah atau stesyen pemancar tv ASTRO.



Gambar 3: Nampak tak tulisan Senawang kat papan tanda arah tu ?
kita serupa .. saya pun tak nampak !


Gambar 4: Sekarang mungkin dah tak cantik kalau duduk macam tu .. 
silap2 boleh tergolek jatuh ke atas pasir !


Gambar 5: Nampak  tak bot warna putih kat belakang  yang ada bendera hijau tu ..
itu sebenarnya bukan bot kita orang.


Gambar 6: Sana sini nampak orang mandi .. kami langsung  tak teringin pulak nak mandi. Mungkin sebab dia orang jarang mandi kot.


Gambar 7: Puas juga kita bergambar di sekitar pantai.



Gambar 8: Pantainya sangat bersih .. itu tak dapat di nafikan. Orang dari Jepun ramai kat sini sebab pulau ini tak jauh dari Jepun. Sampaikan banyak papan  tanda dalam tulisan Jepun kerana umumnya orang Jepun tidak pandai berbahasa Inggeris.  Pengumuan dalam kapalterbang juga turut dibuat dalam Bahasa Jepun. Orang Jepun maju juga bahkan lebih maju dari kita, walaupun Bahasa Inggeris kita kadang-kadang mengalahkan orang London !


Gambar 9:  Tarian Hawai merupakan salah satu tarikan pelancongan. Taklah hebat mana pun .. seronok lagi tengok orang menari Zapin.



Gambar 10: Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, kita orang singgah di Jepun pulak untuk beberapa malam. Ini gambar kat Lapanganterbang Narita, Jepun.




Rasanya cukuplah entri dan gambar mengenai Hawai kot. Nasib baik  saya  tak tunjuk sekeping gambar untuk setiap entri. Kalau tidak, 5 tahun lagi tak habis cerita atau saya yang habis dulu.


.

Wednesday, July 20, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - 2 : JANGAN MENYANGKA YANG BUKAN2

Tuesday, July 19, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 24 - TAMAN NEGARA, PAHANG 2001 (BHG 1).

Cukuplah buat dua entri lepas geram berturut-turut. Hari ini mari kita masuk hutan  pulak.

Sebelum-sebelum ini saya jarang sangat buat entri di bawah label "Terkenang Semasa Dulu" mengenai kunjungan saya ke tempat2 menarik di Malaysia. Seolah-olahnya macam tak bangga dengan keindahan negara kita. Sebenarnya banyak tempat juga saya pergi tapi selalunya tak ambil gambar sangat atau kerap juga tak ambil gambar langsung. Saya rasa orang lain pun macam tu juga. Tapi kalau pergi luar negara, ambil gambar tu macam dah jadi suatu kewajipan pulak.

Baiklah, sebagai bukti, kali ini saya nak tunjukkan salah satu tempat menarik yang saya pernah pergi iaitu Taman Negara, Pahang. Trip ini dibuat  dalam tahun 2001 mengikut tarikh yang tercetak di atas gambar-gambar itu.




Gambar 1: Kita pergi naik bas ini. Balik pun naik bas YANG SAMA (klik).



Gambar 2: Dari jeti kita naik bot macam ini ke resort di Taman Negara. 
Balik pun naik bot yang serupa macam tu.


Gambar 3: Di tepi tangga untuk naik ke resort. Kita turun pun ikut tangga yang sama.


Gambar 4: Bergambar kenang-kenangan dengan sebahagian peserta di depan resort.


Gambar 5: Kita makan guna katering dari pembekal seberang sungai.  Tak makan resort punya makanan sebab nak kurangkan belanja. Lagipun resort punya makanan bukannya sedap sangat !


Gambar 6: Ramai sudah terputus hubungan dengan saya kecuali yang mencangkung 
kat depan tu. Bila nak pergi lagi Dato' ?


Gambar 7. Tengah bincang apa tah .. saya yang depan sekali dengan tangan kiri menjinjing bekas yang ada cengkerik di dalamnya untuk dibuat cekodok umpan.


Gambar 8. Saya pun dah lupa, kita berkumpul kat sini nak buat apa.



Gambar 9. Kata pihak yang berwajib "Canopy Walkway" ini adalah yang tertinggi di dunia.


Gambar 10: Seronok dan seriau juga bila kita berjalan di atas dan di antara pokok-pokok kayu yang tinggi. Kalaulah terputus tali jambatan itu, harus entri ini tidak ada.

Kata orang menjual produk pelancongan adalah perniagaan yang paling menguntungkan kerana "you have it, you sell it and you still have it". Jadi marilah kita sama-sama memeliharanya untuk mendapat manfaat darinya samada dalam bentuk kewangan, kesihatan, ketenangan dan sebaginya.


Nota kaki: Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya sampai ke sini tapi lawatan kali ini paling banyak gambar. Kalau pada masa itu saya sudah jadi blogger, mungkin lagi banyak gambar yang saya ambil.

.

PEMENANG PERADUAN BERBALAS PANTUN.


Saya buat peraduan ini  sedikit pun tidak bertujuan untuk menunjuk pandai (dan memang tak pandai pun, tak macam orang DBP) tetapi sebaliknya kerana minat dan kecintaan saya kepada pantun Melayu pusaka lama nenek moyang kita. Walaupun tidak mendapat sebarang faedah berbentuk material namun saya mendapat kepuasan. Lebih-lebih lagi bila melihat ramai yang berminat untuk turut serta samada yang muda atau yang sudah tidak berapa muda.

Saya percaya anda yang  menyertainya juga bukan kerana tertarik dengan hadiah yang tak seberapa,  tetapi lebih kepada minat serta keinginan untuk sama-sama memartabatkan pantun Melayu. Untuk itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang telah sudi turut serta memeriahkan pertandingan ini.

Pada awalnya saya menjangka tidak akan banyak penyertaan kerana saya tahu ramai yang segan dan malu-malu untuk mengambil bahagian kerana tak biasa.  Itu sebabnya dalam syarat-syarat pertandingan tersebut saya ada menyatakan begini:

Kalau tiada siapa yang mengambil bahagian, hadiah akan dikembalikan ke tempat mana dia berasal.

Tetapi alhamdulillah, akhirnya ada 25 orang yang mengambil bahagian. Ia sudah melepasi jangkaan saya. Jika setiap satu entri, katalah dibaca (bukan komen) oleh 100 orang, maka lebih 2,000 telah turut membacanya.  Melalui pertandingan ini juga saya mendapat beberapa sahabat maya yang baru. Semoga ukhwah berpanjangan.

Dari penilaian yang saya buat berdasarkan panduan ini, kesemua pantun yang dikemukakan menepati ciri-ciri sebuah pantun. Dengan itu mungkin boleh  saya peringkatkan semua pantun tersebut sebagai Pantun Cermerlang, Gemilang dan Terbilang. 

Pantun Cemerlang adalah cukup sifatnya sebagai pantun dari segi kaitan soalan dengan jawapan dan rima dihujungnya. Namun tidak begitu  pada rimanya di suku kedua pada setiap baris. Jemput lihat contoh rima yang baik dalam pantun "Pulau Pandan" dalam Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun seperti yang saya sebutkan di atas tadi.

Pantun Gemilang pula sedikit lebih markahnya dari pantun Cemerlang kerana rimanya cantik secara keseluruhannya.

Manakala markah pantun Terbilang pula sedikit lebih dari pantun Gemilang dari segi persembahannya yang menarik dan kreatif serta bilangan suku katanya yang seimbang, tidak terlebih dan tidak pula terkurang.


A. PANTUN CEMERLANG

1.  Cheq Sue
2.  PynGees
3.  Mommy Fara
4.  Kakzakie
5.  Zulkbo
6.  Si Kotak Hati
7.  H.J
8.  Cik Pulau
9.  Queenie
10. Norsha
11. KTS


B.  PANTUN GEMILANG.

1.  Kakcik
2.  Ahmad Humairi
3.  Kunang-Kunang
4.  Fuad Ansari
5.  Asada Ryutaro
6.  Nadzwareina
7.  Iera Eixora
8.  Zil-el-Saif
9.  Sis Intan
10. Tehr
11. Aqishah
12. Tun Telani
13. Temuk


C. TERBILANG.


Nida


Dengan itu jelaslah juaranya adalah: Nida

Letih juga otak saya memilih pemenang. Sebenarnya bagi saya, semua yang telah mengambil bahagian adalah pemenang. Namun begitu,  saya tidak berupaya untuk memberi hadiah kepada semuanya.

Setelah menilai dengan teliti, saya memilih pantun dari Nida kerana  selain memenuhi syarat-syarat asas sebuah pantun ia juga punya kelebihan  dari segi persembahan dalam bentuk tulisan dan juga audio yang begitu kreatif sekali.  Saya pun tidak terfikir ada peserta yang akan berbuat begitu. Syabas Nida. Jemput lihat penyertaan Nida di sini dan dengarkan suara lunaknya menjawab kesemua pantun saya sampai habis.

Oleh kerana saya sangat suka dengan persembahannya, saya setuju untuk menaikan hadiah dari RM100.00 kepada RM120.00.

Harap Nida dapat memberi nombor akaun banknya kepada saya  melalui e-mel saya:  hamzah761@yahoo.com untuk saya sampaikan hadiah dalam sedikit masa lagi. Kalau boleh berilah akaun bank Maybank atau CIMB. Mudah sikit urusannya.

Ulasan rambang.

Saya tidak mahu mengulas satu persatu penyertaan kerana pastinya ia  akan menjadi terlalu panjang. Cuma saya hendak sentuh beberapa penyertaan yang punya tarikan tertentu.


Mommy Fara: Dia juga turut memuatkan 3 rangkap pantun sebelum menjawab pantun-pantun saya sebagai 'senaman ringan' katanya.


Asada Ryutaro: Membuat satu pantun penutup yang mencuit hati.

Tehr: Memautkan jawapannya kepada entri beliau yang berkaitan.

KTS: Dia menjawab menggunakan tulisan tangan yang cantik di atas kertas dan kemudiannya memuatnaik gambar tersebut.


Sekian. Sebagai penutup terimalah pantun saya ini untuk renungan.

Buah rambutan di tiup bayu
Pasang pelita hingga ke pagi
Mari suburkan pantun Melayu
Kalau tak kita siapa lagi.


 HIDUP PANTUN MELAYU !!!


KAU MEMANG BEBAL !

http://4.bp.blogspot.com/_1pBIUtONdvI/TAf8Xev9mKI/AAAAAAAAAD8/Kq9C4-EXPWU/s1600/sirih_junjung.JPG
Gambar hiasan hasil carian Google.




KAU MEMANG HEBAT
BURGER, PIZZA ENGKAU REMBAT
PEDULI APA  SAMA ITU KETUPAT.

KAU MEMANG HANDAL
K-POP, YOGA  ENGKAU BEDAL
PEDULI APA SAMA ITU GHAZAL.

KAU MEMANG JAMBU
PAKAI KOT SABAN MINGGU
PEDULI APA SAMA ITU BAJU MELAYU.

KAU MEMANG GELIGA
TUNDUK PATUH SAMA BABIGA
PEDULI APA SAMA KITA PUNYA TOK KETUA.


.

Sunday, July 17, 2011

KEPALA HOTAK KAU LETAK KAT MANA ?

http://www.sixside.com/img/brain.jpg


siapa yang suruh lawan ?

siapa yang menurut ?

siapa yang kau lawan ?
 
siapa yang susah ?
siapa yang cerdik ?
siapa yang bodoh ?

kepala hotak kau letak kat mana ?




~~~ SEKADAR ITU SAHAJA UNTUK HARI INI UNTUK MELEPAS GERAM ~~~
.

Saturday, July 16, 2011

YOU'VE JUST MADE MY DAY.

Saya percaya orang lain pun kadang-kadang ada merasa macam saya. Rasa nak berhenti berblog. Walaupun saya dah pencen dan sepatutnya ada banyak masa, tapi tidak juga. Masa saya tetap 24 jam sehari. Banyak perkara yang dulu tak dapat buat, sekarang baru nak buat atau cadang nak buat. Jadinya masa yang sepatutnya saya bekerja di pejabat di gantikan pula dengan membuat perkara-perkara tersebut.

Tetiba dengan tak semena-semena  ada orang buat entri macam kat bawah ni.


Sebenarnya saya tak pernah kenal pemilik blog ini sebelum ini. Saya tak follow dia dan begitu juga sebaliknya. Tiba-tiba dia kata "You've just made my day". Kembang kempis hidung saya sekejap. Terima kasih Misz Sheyla kerana membuat entri yang sangat enak di baca oleh saya. 

Lalu semangat nak beblog itu kembali berkobar semula.

Apa yang menambahkan rasa berkobar lagi ialah bila sahabat blogger yang lain begitu prihatin tentang masalah atau perkara-perkara yang saya tanyakan atau bangkitkan.

Misalnya baru-baru ini saya pernah bertanya kepada Kakcik "Bangunan apa yang tiang merah tu?.  Dia siap buat satu entri khas bertajuk "Anson Hotel, Teluk Intan .."  seperti di bawah untuk menjawab pertanyaan saya itu. Terima kasih Kakcik.
 



Sebelum itu itu saya juga pernah bertanya kepada Yus .. "Wordless Wednesday tu program apa ?. Dia pun  buat entri khas bertajuk "Worldless Wednesday tu program apa ??? untuk memperjelaskannya. Terima kasih Yus.





Dan lama sebelum itu, blogger Ikan Emas juga pernah mengejutkan saya dengan entri bertajuk "SURAT CINTA TERBUKA UNTUK TUAN KOMENSEN".  Kus segamat ! Nasib baik dia potong perkataan cinta itu. Kalau tidak, nahas saya. Terima kasih Ikan Emas.



Dan baru-baru ini saya ada buat kontes bertajuk :

MARILAH MASUK KONTES KE - 3 ANJURAN KOMENSEN !

 

Saya tidak menaruh harapan tinggi bilangan yang akan menyertainya. Saya agak paling banyak pun 3 orang masuk. Tapi saya sangat gembira bila seramai 25 orang mengambil bahagian di samping ramai yang turut memberi sokongan.

Itu hanya sebahagian dari kisah yang menggembirakan saya. Kalau begitu halnya, nampaknya makin ligatlah saya berblog. Semoga terus mendapat sokongan anda sekelian.

........................................................................................

PENGUMUMAN !

Dengan ini juga saya dengan rasminya MENUTUP kontes  ...

MARILAH MASUK KONTES KE - 3 ANJURAN KOMENSEN !

 

Terima kasih kepada semua yang sudi menyertai dan juga kepada penyokong-penyokong mereka. Mungkin saya akan mengambil beberapa hari untuk menilai setiap penyertaan sebelum mengisytiharkan juaranya.





MARILAH MASUK KONTES KE - 3 ANJURAN KOMENSEN !



Saya ada dua blog yang berjalan selari. Blog yang yang satu lagi di beri nama PU.E.C ORANG X RE.T (Puisi Orang Tak Reti). Ia tidaklah secergas blog ini. Walau bagaimanapun, diam tak diam ia telah mendapat 100 follower pada 24 Mei 2011 iaitu kira-kira DUA tahun selepas kewujudannya. Diikuti pula pada 9 Jun, blog KomenSen mendapat singgahan yang ke 100,000.

Sempena dengan bilangan tersebut, saya ingin membuat kontes dalam bentuk pertandingan berbalas pantun yang menawarkan hadiah sebanyak RM100.00.
Berikut adalah tiga rangkap pantun yang perlu di jawab kesemuanya oleh sesiapa yang ingin menyertai kontes ini.

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Terma dan Syarat (T&S).

1. Buat satu entri tentang kontes ini dan jawap pantun-pantun di atas di dalam entri tersebut. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan buat pautan (link) ke blog KomenSen.
2. Selepas itu maklumkan kat kotak komen ini untuk saya pergi melihat dan menilainya.
3. Tarikh tutup kontes ini adalah dua minggu dari sekarang.
4. Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri berdasarkan garispanduan mengarang pantun seperti yang saya nyatakan di ruangan Lain-Lain Hal di bawah. Kalau tiada siapa yang mengambil bahagian, hadiah akan dikembalikan ke tempat mana dia berasal.

Hadiah.

Sebagimana yang telah dinyatakan, hadiah wang tunai RM100 disediakan. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih kerana hadiahnya terlalu kecil untuk dibahagi-bahagikan.

Lain-Lain Hal.

Kepada siapa yang berhajat hendak turut serta tetapi tidak tahu hendak mengarang pantun, saya telah tolong buatkan panduannya di sini. Bolehlah baca kalau berhajat.
Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.

Friday, July 15, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 23 - HAWAI 1 (1984)

  GadisBunga said...
*uncle, mana yg stori mori panjang tu buat le part by part. hihi~

July 7, 2011 9:40 AM

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya akur kepada saranan GadisBunga seperti di atas. Terimalah part 1.

Sedikit intro. Gambar-gambar di bawah dirakamkan semasa persinggahan kami dalam perjalanan balik ke Malaysia selepas habis edah tempoh berkhidmat di Amerika. Masa tu keyakinan amat tinggi. Dari airport, sewa kereta dan cari hotel. Kesana ke mari beberapa hari, kami berempat merayap tanpa ditemani oleh sesiapa. Sikit pun kami tak takut sesat. Nak sesat ke mana .. dalam pulau. Kalau sesat pun tak kan sampai ke Senawang.

Gambar 1. Di hadapan bangunan Polynesian Cultural Centre. 


Gambar 2: Penari dari pusat tersebut membuat persembahan selamat datang .. kot ?

 
Gambar 3: Sekejap je Kakngah dah pandai menari macam pakcik kat atas tu.


Gambar 4: Masih lagi menikmati tarian yang mereka persembahkan. 
Nasib baik Makngahnya tak tiru !


Gambar 5: Menikmati keindahan  pantainya yang airnya sampai ke Port Dickson.


Gambar 6: Macam Pendatang Tanpa Izin sedang di bawa ke depot tahanan.



Gambar 7: Di beranda hotel tempat kita orang menginap. Makan ada sikit masalah.
Mata Makngahnya tak rosak .. gambar tu yang rosak sikit !

Gambar 8: Masih lagi di Hawai .. jalan-jalan cari nasi lemak.

Gambar 9: Kereta berwarna putih sebelah kiri gambar tu adalah kereta yang kita sewa untuk beberapa hari semasa di sana.

Gambar 10: Dah tak ingat duduk-duduk ni tunggu apa !


Gambar 11: Kita ada juga beli beberapa cenderamata di sini.
Yang masih ada hanyalah rantai kunci. Yang lain-lainnya entah ke mana pergi.


Nota kaki:  Nantikan entri Hawai 2 dalam masa terdekat. (Tak tahulah dekat tu berapa dekat)