Wednesday, August 31, 2011

WORLDLESS WEDNESDAY 7: DI AWAL SYAWAL.





SELAMAT HARI RAYA.


mungkin mata tak pernah berpandangan
tangan tidak pernah bersalaman
bicara tidak pernah kedengaran
namun budi tetap kedapatan.

hati mungkin pernah terjentik
rasa mungkin pernah terusik
apa lagi nak di kata

syamsul dah kaya
zizie jadi datin
selamat hari raya
maaf zahir batin.

  ~  saya buat ucapan ini awal sikit kerana mengikut pengalaman tahun lepas, ramai yang akan tutup kedai awal untuk balik ke kampung ataupun berehat berblog sebentar untuk menumpukan kepada perusahaan membuat kuih bangkit atau menjahit langsir misalnya  ~

INI ENTRI MELEKAT SEHINGGA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENGISYTIHARKAN ANAK BULAN SYAWAL TELAH KELIHATAN. UNTUK ENTRI TERBARU, SILA SKROL KE BAWAH.

............................................................................................

Kad Raya yang diterima secara online


Terima kasih Sayangsayangibu.


Terima kasih Kunang-Kunang.

http://4.bp.blogspot.com/-svhB3M8NzZg/TlMZGO3v_EI/AAAAAAAAFnA/3ba8Uc6YnV8/s1600/Kad+Raya.jpg

Terima kasih Kakcik.

http://3.bp.blogspot.com/-AeO6xMHqZDc/Tki9ofsxBZI/AAAAAAAABY4/6X8WDBEcL0c/s1600/Raya2011.png

Terima kasih Ust Abd Razak.

http://2.bp.blogspot.com/-a9Z_DlvYl-g/Tlr1qdjpM2I/AAAAAAAAAOk/Mw16rcblsO8/s1600/kad-raya.jpg

Terima kasih Nyanyisunyi.

http://4.bp.blogspot.com/-0_T2QJJbwII/TlRi9WQ7SJI/AAAAAAAAGvc/yJdIDYaHvFw/s1600/kad+raya.jpg

Terima kasih Nida.

Tuesday, August 23, 2011

KISAH PAKLONG.



Sepasang burung merpati di lihat dari jendela rumah saya.


Pak Long masih bujang, walau pun umur dia sudah lebih 40 tahun. Dia hidup sebatang kara. Sudah 25 tahun Pak Long  melanggani kedai makan Mak Bedah sejak dia berumur belasan tahun sampai sekarang.  Bagi dia semua jenis lauk yang Mak Bedah masak kena dengan selera beliau. Walaupun dia sendiri pandai memasak, tetapi dia malas nak memasak kerana tak berbaloi sebab dia makan sorang-sorang. Dia cukup setia dengan kedai makan Mak Bedah. Walaupun kedai Mak Bedah bersebelahan dengan kedai makan Mak Tam, dia tidak pernah terfikir untuk mencuba masakan Mak Tam. Pertamanya dia tak suka mencuba kerana katanya ..

"kalau kita dah suka dengan sesuatu tu, buat apa nak cuba yang lain"

Lagipun dia segan takut Mak Bedah nampak. Nanti kecik pulak hati dia. Namun begitu Pak Long terpaksa juga akur dengan keadaan. Minggu lepas Mak Bedah telah berhenti berniaga dan pindah tinggal di KL dengan anaknya kerana dia pun sudah tidak berapa sihat lagi untuk menguruskan kedai makannya. Kedai makannya telah disewakan kepada orang Pakistan penjual karpet.

Mahu tak mahu, Pak Long terpaksa juga makan di kedai Mak Tam kerana itulah kedai yang paling hampir dengan rumahnya. Pada kali pertama makan sahaja, Pak Long terus suka dengan masakan Mak Tam kerana masakannya lebih sedap dari masakan Mak Bedah. Di samping itu harga makanan di kedai Mak Tam juga lebih murah dari kedai Mak Bedah.

Namun begitu Pak Long sedikit pun tidak rasa menyesal kerana selama ini tidak mahu mencuba makan di kedai Mak Tam.

"Itu sudah rezeki Mak Bedah" katanya.


Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita rekaan saya ini ?



Monday, August 22, 2011

SAMBUNGAN KEJADIAN-KEJADIAN LUCU SEMASA SEMBAHYANG TARAWIKH.

http://4.bp.blogspot.com/_mOorb5cg6IM/TCXrwhP62rI/AAAAAAAAAno/Znj07LcjooY/s320/solat+jemaah.jpg

 Gambar hasil carian Google.


Dulu saya pernah buat entri tentang kejadian-kejadian lucu semasa tarawikh. Tetapi semuanya berkisar tentang makmum sahaja. Beberapa malam yang lalu, Imam pula tersasul. Imam jemputan pulak tu. Habis sahaja sujud pada rakaat kedua, dia terus bangun, tapi makmum semuanya degil duduk. Sepatutnya dia duduk Tahiyat akhir dan salam. Tapi tak lama. Bila dia sedar semua orang lain duduk, dia pun cepat2 duduk.

Entri tentang kejadian lucu makmum yang saya cakap tu ada kat  sini.  Bacalah kalau belum baca tapi kalau dah baca nak baca lagi pun tak apa. Tapi jangan tergelak sebab tak baik mentergelakkan orang.

Selamat meneruskan puasa. Cabaran makin hebat. Hanya orang-orang yang hebat sahaja yang akan lulus ujian.





.

TERKENANG SEMASA DULU 27 - ORANG KECIL JUMPA ORANG BESAR.

Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada yang menganggap saya nak menunjuk-nunjuk melalui entri ini. Tidak sama sekali. Cuma blog ini sudah saya anggap macam tempat merakam segala peristiwa sebelum terlupa atau termusnah bahan buktinya. Lihatlah dua keping gambar dibawah yang sudah rosak dalam simpanan. Bukan gambar ini sahaja, tetapi banyak lagi yang sudah rosak terutamanya gambar berwarna.

Kali ini saya nak siarkan gambar-gambar yang saya berkesempatan bergambar dengan beberapa orang besar dalam politik. Ada juga yang pernah disiarkan sebelum ini. Saya siarkan sekali lagi sebagai  usaha untuk meletakkan gambar-gambar itu di satu tempat. Tahun gambar itu di ambil, saya pun sudah tidak ingat lagi. Walaubagaimanapun  saya letak juga tahunnya secara agak-agak sahaja sebagai panduan.


Gambar-gambar berikut belum pernah tersiar.


Gambar 1. Dengan Tan Sri Sanusi Junid di Washington D.C. Saya sudah lupa dia jadi Timbalan Menteri apa masa itu. Sudah agak teruk rosaknya gambar ini.
Nasib baik watak utamanya masih boleh di kenali. (awal 80an)


Gambar 2: Tengah asyik mencuri dengar apa yang di perbualkan oleh Tun M dengan Pak Duta di Washington D.C. Gambar ini juga sudah mula rosak di bahagian bawahnya. (1982/83)



Gambar 3: Dengan Tan Sri Sanusi Junid lagi di Bloomington, Indiana pada waktu yang berlainan. Yang duduk betul-betul depan Tan Sri, adalah pegawai Kedutaan yang datang bersama saya. Beliau pernah menjadi Duta Malayia di Perancis. Saya pernah makan malam di kediamannya di Paris. InsyaAllah akan saya ceritakan peristiwa itu dengan lebih detail dalam entri akan datang. (1982)


Gambar 4: Ini gambar sesama geng lelaki je pulak. Pelajar di sebelah kanan saya tu (yang berjanggut) pernah menjadi Menteri Kerja Raya sebelum ini.
 Dato' Mohd Zin Mohamed namanya. (1982)


Gambar 5: Dengan Dato' Abd Rahim Bakar lagi, bekas Menteri Besar Pahang yang datang untuk "cuti belajar" di USA. Lokasi sudah lupa. (1982/83)


Gambar 6: Lepas letih duduk, kita berdiri pula atau sebaliknya. Lokasi juga sudah lupa. (1982/83)


Gambar 7: Dengan Tun Musa Hitam di Washington D.C. Yang No. 2 dari kanan tu pernah jadi pembaca berita di RTM tak lama dulu. Perasan tak ? (1982/84)


Gambar 8: Menyambut ketibaan Pak Lah di Carbondale, Southern Illinois, USA.  Wanita yang di sebelah kiri saya itu, adalah orang yang saya maksudkan pernah menjadi Duta di Perancis dalam Gambar 3 sebelum ini. (1981/82)


Gambar 9: Dengan Dr M di Washington D.C dan sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di USA. Saya sedang pegang gelas teh 'o' tu ! (1982/83)




Gambar 10: Dengan Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir - Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran. Masa tu dia sedang buat PhD kat USA.
Lokasi sudah lupa. (awal 80an)



Gambar 11: Dengan  Datuk' Zainal Dahalan,  Timban Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar semasa melawat zoo Pretoria di Afrika Selatan. (awal tahun 2000)



Gambar 12: Dengan YB Dato' Johari Baharum yang kini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa lawatan rasmi ke Singapura. Dia pun pakai t-shirt kuning.  Sebelah kanan dia adalah Tan Sri Abdul Aziz, Pengerusi SPR sekarang. 
Jadi bukanlah BERSIH yang memulakan pakaian berwarna kuning. (awal tahun 2000)




Gambar 13: Mengiringi Dato' Jamaludin Jarjis (kini Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat)
menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di kolam persendirian Kundang, Selangor. (2004/05)

***************************************************


Gambar-gambar  kitar semula.


Gambar 14: Dengan Brother Anwar di Harvard University, USA. (1982/83)


Gambar 15: Dengan Tun M di Philadephia, USA. (1982/83)


Gambar 16. Dengan YB Dato' Mustapha Mohamad (To' Pa) Menteri MITI di London. (2005)



Gambar 17: Dengan YB Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, di Seremban. (2010)



Gambar 18: Dengan YAB Dato' Mohamad Hj Hasan, MB Negeri Sembilan di Rembau. 
(2011)

.

Friday, August 19, 2011

YANG LAPAR PERUT ..



Yang lapar - perut
Yang fikir mana nak cari makan - otak
Yang berjalan mencari makanan - kaki 
Yang memproses makanan - tangan
Yang pedih kena asap  - mata
Yang panas dekat api - kulit
Yang kunyah - gigi
Yang gaul - lidah
Yang sedap - tekak
Yang menghadam - perut (balik ke perut).

Kenapa tak tebuk je perut masukan makanan, senang dan cepat. Lagipun yang sedap hanya tekak seorang ? Kenapa otak, kaki, tangan, mata, kulit, gigi dan lidah harus bersusah payah untuk menyedapkan tekak ?

Cuba fikirkan !

Thursday, August 18, 2011

KUS SEMANGAT .. CANTIKNYA BAHASA !

 

 

warning !!!

ini blog aku !!!!
di ingatkan sekali lagi ini blog aku !!!

dengan itu, aku berhak dan di beri kebebasan sepenuhnye untuk menulis, menconteng dan mencarut ape pon dekat sini.
kalau rase x puas hati aku mintak maaf la yerrrr [dengan muka x bersalah coz aku memang x salah].


Satu hari saya termasuk ke dalam satu blog melalui  Nuff Exchange. Kus semangat ... saya terkejut membaca amaran yang diberi dan selepas menyalin amaran itu saya pun klik tanda   

Saya jadi serbasalah sebenarnya. Tegur salah tak tegur salah. Kalau tegur, takut luka lama berdarah kembali. Tapi saya cukup tak suka orang menggunakan perkataan 'mencarut' tak kena tempat.

Lebih baik saya cepat belah. Saya sengaja tak link entri ini kepada blog tersebut  ... bimbang nanti tak fasal-fasal  saya kena carut lagi !

Kalau anda bagaimana ?




SONYUM SOKOJAP - 31: MAYATNYA DI TEMUI MATI.


 Masalah hutang motif along mati kena bunuh.

"Petaling Jaya. Masalah hutang dipercayai motif pembunuhan seorang along yang mayatnya ditemui mati, selepas ditetak beberapa kali  ... "Berita Harian, 17, Ogos 2011.


Ulasan Berita. Nasib baik mayatnya dah mati .. kalau tidak nahas kau si penetak !

.

Tuesday, August 16, 2011

GAY NAK KAHWIN SANGAT !

Semalam entri saya bertajuk "Sudah 31 Tahun D.I.A Menjadi Isteriku" .. tetapi ramai juga yang mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 32, padahal saya baru 31 tahun je kawin.  Saya tahu puncanya kerana ada gambar  isteri saya sekarang dengan 32 tahun dulu. Sebenarnya gambar itu diambil  setahun sebelum saya berkahwin dengannya.  Harap maaf atas kekeliruan yang tidak memudaratkan apa-apa dan siapa-siapa.  Mari kita masuk entri hari ini pula.

 ................................................................oo0oo...............................................................


Pelbagai pihak menggesa kerajaan supaya menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasih sejenisnya' di negara ini  -   Mingguan Malaysia 14 Ogos 2011

Che Ngang suka membela kucing. Sudah lebih 10 tahun dia membela kucing.  Pernah satu masa dulu  sampai 50 ekor kucing dibelanya. Kini hanya tinggal seekor sahaja lagi yang masih hidup. Yang lainnya semuanya telah mati seekor demi seekor, tahun demi tahun akibat sakit dan juga kerana telah sampai ajal. 

Che Ngang hairan kenapa kucing yang dibelanya tidak membiak bahkan makin hari makin berkurangan. Jirannya yang juga mempnyai minat yang sama, pula sebaliknya. Bermula dengan hanya dua ekor kucing, kini bilangannya sudah melebihi 50 ekor. Padahal Che Ngang menjaganya lebih berhati-hati dari jirannya. Makan cukup, ubat-ubatan, vitamin semuanya diberikannya. Kalau sakit sikit dia segera membawa ke Doktor Haiwan. 

Bukan sedikit masa, tenaga dan wang ringgit telah dihabiskannya. Bagitu sayangnya Che Ngang dengan kucing-kucingnya sehingga dia sanggup membujang sampai sekarang kerana tidak mahu berbagi kasih. Che Ngang tidak tahu di mana salah dan silapnya dia. Akhirnya dia mengdu pada jirannya kenapa kucing dia tidak mahu bekembang biak.  Lalu dijawab oleh jirannya ..


"Itulah .. dulu lagi aku dah cakap, tapi engkau degil .. Aku dah suruh engkau letakkan kucing betina sekali dengan kucing-kucing jantan tu .."


Soalan: Boleh tak saya katakan Paderi Gay itu sama mengongnya dengan Che Ngang ?

.

Monday, August 15, 2011

SUDAH 31 TAHUN D.I.A MENJADI ISTERI KU !


Hari ini hari ulangtahun yang ke 31 perkahwinan saya dengan isteri saya sekarang. Ada dua pertambahan berbanding dengan tahun lalu. Pertama; pertambahan umur dan ke dua; pertambahan seorang lagi menantu lelaki.

Saya tak bercadang hendak membuat entri baru mengenai sejarah perkahwinan saya kali ini kerana entri tahun lalu masih relevan. Kalau teringin nak baca, sila klik di sini.  Setakat ini entri tersebut memegang rekod paling banyak orang komen.

Beberapa keping gambar perkahwinan anak saya tempoh hari di Alor Setar, Kedah  sebagai bukti saya telah mendapat menantu baru.




Gambar 1. Agak-agak dia makan tak ayam goreng yang saya tayang depan muka dia ?



Gambar 2: Keluarga kami dari NS minus yang dah terlepas ke Padang Besar.




Gambar 3: "The apple does not fall far from the tree"
(bapa borek anak rintik)

******************************************************************


Makngah sekarang dan 32 tahun dulu.




Tumpang semangkuk ! 

Sekarang saya sudah bersara. Saya gembira kerana sedikit sebanyak dapat membantu beliau di rumah. Mungkin apa yang saya bantu, tak sampai suku pun dari beban dia, tapi itu pun saya rasa sudah berat, terutamanya menjemput anak sekolah. Saya tak tahu bagaimana dia memikul beban ini selama ini tanpa adalah sikit merungut.  Saya mengagumi dia. Itu sebab entri saya yang pertama bertarikh 24 April 2009 dalam blog  saya ini saya dedikasikan kepada surirumahtangga sepenuh masa. Entrinya ada di sini. Saya tersenyum membaca gaya bahasa pada masa itu .. masih suci bersih lagi. hehe.



Sunday, August 14, 2011

SONYUM SOKOJAP - 30: BAPA DIA KAYA !

https://lh4.googleusercontent.com/-ZN3BY7olunU/TYHkTpLo4TI/AAAAAAAAAIk/w-UMXUXnFTQ/s320/SAM_3068.JPG


Dialog seorang pengutip derma surau dengan seorang Datuk Seri jutawan
yang tidak berpuashati dengan jumlah sumbangan yang diberi ..

"Tak kan Datuk Seri bagi RM100 je ... anak Datuk Seri derma RM10 ribu !

"Dia lain lah ... bapak dia kaya"



 ~ usah kedekut untuk menderma .. harta kita ibarat pokok rambutan, makin dipangkas makin rimbun ~


Saturday, August 13, 2011

WAHAI PENIAGA PARAM !!!

http://1.bp.blogspot.com/_q5C1E-CcE4c/TLK5t8Ee_6I/AAAAAAAAEiE/kmIr1iM1AzU/s1600/bazaar-ramadhan-rakan-muda-unisel.jpg

 Gambar hiasan hasil carian Google.

dengar sini wahai peniaga-peniaga PARAM aku nak bermadah
kalau berniaga janganlah nak cari untung dengan cara mudah
rasa makanan yang kau jual ada yang macam sampah
aku makan kadang-kadang rasa  macam nak muntah
ikutkan hati bila jumpa kau mahu je engkau aku ludah
nasib baik aku puasa, kesabaran ku tidak cepat goyah
kalau rezeki  tak berkat hidup korang  sampai bila pun susah
apa ke tidaknya hari-hari asyik kena sumpah seranah
aku harap lepas ni engkau segera bertaubat dan  berubah
kalau tidak hidup korang di SANA nanti menyesal tak sudah 
nampak tak bila aku marah aku tulis guna dakwat merah

tak fasal-fasal pahala puasa aku punah atau tinggal setengah
disebabkan perangai peniaga PARAM ramai yang tak semenggah.



Nota kaki:  Saya telah pun pos entri ini kat FB saya kelmarin. Memandangkan ada kengkawan kts yang tak ada FB, saya pos kat sini pulak. Entri ini diilhamkan dari 3 entri terakhir blog budak ini.


Thursday, August 11, 2011

KE MANA HENDAK KU LETAKKAN BENDA-BENDA INI ?

  
 
Gambar lama (80'an)  dengan boss-boss di INTAN, Bukit Kiara.

Selepas bersara ni, banyak benda-benda yang kita gunakan semasa bekerja dulu sudah tidak digunakan lagi atau kurang digunakan sekarang ini.  Saya suka meletakkannya di bawah 3 kategori.

Kategori A: Benda yang tidak lagi di gunakan.Contoh:

1. Beg ke pejabat.
2. Tali leher.
3. Kot dan jeket dan baju sejuk/panas.
4. Pakaian istiadat (seperti gambar di atas)

Yang paling banyak dalam simpanan adalah tali leher. Semasa berkemas kat ofis dulu, saya masukkan semuanya ke dalam beg plastik. Sekarang rupanya dah macam cacing dalam tempurung untuk dibuat umpan memancing.  Cuma bezanya dia tak bergerak-gerak.  Maklumlah ia dikumpulkan sejak mula bekerja hingga pencen samda dibeli sendiri atau pun orang beri. Dan saiznya pulak tak terjejas dengan kenaikan dan pengembangan badan. Tidak seperti seluar atau baju. Lagi pun dia payah nak rosak.

Katgegori B: Benda yang kurang  digunakan. Contoh:

1. Kereta.

Sekarang asyik guna kereta Kelisa Makngahnya. Jimat minyak dan senang nak parking. Ada satu kereta tu yang dulunya selalu saya bawa ke ofis dah sebulan isi minyak, masih tinggal suku lagi (maksud saya tinggal suku tu minyaknya, bukan keretanya). Jimat betul !

2. Seluar.

Maksudnya bukan tak pakai seluar tapi tak lah macam dulu seminggu tigaempatlima kali tukar. Sekarang sehelai seluar boleh pakai 3-4 kali sebab pakai sekejap2. Lebihnya banyak pakai kain sarong.

3. Baju batik. 

Pakai pun kalau pergi kenduri. Dulu kena pakai setiap hari Khamis atau bila ada dinner.  Nak pakai bawa pergi sembahyang Tarawikh rasa macam tak sesuai pulak.  Dan masih lagi ada kainnya yang belum dipotong.  Tak tahulah anak-anak hendak ke tidak kalau diberikan.

4. Kasut dan stokin.

 Sekarang ini lebih banyak pakai selipar atau berkaki ayam sahaja.


Kategori C: Benda yang terus digunakan tapi benda itu pulak makin sedikit. Contoh:

1. Duit.
2. Ringgit.
3. Fulus.
4. Pitih.


Sebelum orang bertanya atau minta, baik saya beritahu. Saya tak pulak bercadang nak memberikan benda-benda dalam kategori A dan B, lebih-lebih lagi benda-benda dalam kategori C kepada orang lain. Harap maklum.