Sunday, October 30, 2011

JALAN-JALAN DI PUTRAJAYA.

Malam Sabtu tugas Rukun Tetangga. Macam biasa lepas Solat Subuh, sambung tidur. Kemudian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, saya pergi ke Putrajaya memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kawan. Saya bawa Ifa dan Haiqal kerana Makngahnya tak dapat ikut. Dia terpaksa menjaga mertua saya yang sudah sangat uzur. Kebersihannya kena uruskan. Makannya kena temankan. Itulah sebabnya saya tak dapat pergi perjumpaan rumah Kakcik minggu lepas. Tak seronok kalau Makngahnya tak ikut sama.

Selepas makan kenduri, kami ke Alamanda. Iqal minta belikan 'skateboards'.  Ifa pulak minta belikan kamera. Dia cadang,  tertakluk kepada persetujuan ayahnya, nak bawak pergi ke Pulau Pinang mengikuti rombongan anjuran sekolahnya.

Seterusnya lihatlah gambar-gambar di bawah dan bacalah 'caption'nya untuk mengetahui ceritanya.


Gambar 1: Ifa dan Iqal berlatarbelakangkan Masjid Putra di Putrajaya tak jauh dari rumah yang kami pernah tinggal dahulu. Di  suatu masa dulu di tempat yang sama, kami juga pernah bergambar di sini seperti gambar di bawah.


Gambar 2: Dengan ayah mertua semasa dia masih sihat. Kakngah tak ada dalam gambar ini. Masa itu Iqal berusia belum 2 tahun dan sekarang sudah berusia 10 tahun.  Pada masa ini, bangunan Jabatan Perdana Menteri masih belum terlindung oleh  belukar pokok-pokok.


Gambar 3: Kita sampai agak awal di dewan tempat kenduri di bangunan milik Perbadanan Putrajaya. Tempat masuk nak meletak kenderaan cukup sempit. Perlu sangat hati-hati bila hendak membelok. Dari kesan yang dapat diperhatikan di dinding, jelas banyak kereta yang telah menjadi mangsa.  Mungkin arkiteknya tak menggunakan komensen sepenuhnya atau hendak jimatkan belanja.


Gambar 4:  Dalam perjalan ke Alamanda kami singgah bergambar. Saya snap sendiri menggunakan sebelah tangan. Ciss .. tak nampak pulak bangunan PICC. Iqal sudah tersenyum lebar kerana tak lama lagi, dia akan mendapat 'skateboards' yang di idam-idamkannya.


Gambar 6: Koyak rabak saya bulan ni kerana makhluk asing berwarna merah ni !


Saturday, October 29, 2011

MASALAH BERAT.

Pada dua hari lepas iaitu pada 25 Oktober, surau saya telah dipilih oleh ABIM, WADAH dan PPINS sebagai tempat mengadakan Usrah Perdana bertemakan Mendepani Cabaran Semasa Ummah. Saya telah diminta oleh Pengerusi surau untuk memberikan sepatah dua kata mengalu-alukan ketibaan peserta kerana beliau mempunyai urusan penting yang tidak dapat dielakkan. Sebagai Timbalan Pengerusi yang patuh kepada ketua, saya telah menyempurnakan arahan permintaan itu.



Gambar 1: Surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights, Senawang. Sekarang ini boleh dikatakan   di sini hari-hari hujan di sebelah petang membawa ke malam.


Gambar 2:  Tertera nama penceramah dan juga ahli-ahli forum yang hebat-hebat belaka.


Dalam blog saya ini, saya jarang menulis isu yang berat-berat kerana banyak blog lain yang lebih berwibawa telah membicarakannya. Namun begitu ceramah yang telah disampaikan olah Tuan Haji Azmi bin Abd Hamid, Presiden TERAS Malaysia menarik perhatian saya kerana isu dan cabaran yang diketengahkannya mahu tidak mahu terkena kepada saya juga anda semua.


Gambar 3: Gambar Tuan Haji Azmi yang saya perolehi melalui carian Google. Gambar-gambar semasa majlis tersebut masih belum saya terima dari penganjur.


Tuan Haji Azmi telah menyenaraikan sebanyak 15 cabaran semasa yang dihadapi oleh Umat Islam di mana-mana di dunia ini. Sebenarnya cabaran-cabaran yang dinyatakan mungkin kepada sesetengah orang tidak ada yang baru atau asing. Namun begitu saya perturunkan juga buat renungan agar kita tahu siapa musuh kita dan sentiasa waspada dalam setiap langkah yang diambil supaya  tidaklah kita sudah terantuk baru nak terngadah nanti.

1.  Penguasaan ekonomi. Beliau menyebut IMF, BanK Dunia dll.
2.  Penguasaan  politik. Jatuh menjatuhkan pemimpian yang tidak cocok dengan mereka.
3.  Penguasaan ke atas militari.
4.  Penjajahan budaya.
5.  Penguasaan  ke atas sumber alam. Beliau memberi contoh lombong-lombong tembaga, emas, minyak di negara Islam yang diusahakan dan dimiliki oleh syarikat dari barat.
6.  Meminggirkan undang-undang  syariah.
7.  Mentransformasikan undang-undang sedia ada kepada sekular.
8.  Memperkukuhkan sekularisasi dalam setiap aspek kehidupan
9.  Pengaruh media massa.
10. Perjanjian yang berat sebelah dan menekan umat Islam.
11. Penguasaan ke atas teknologi.
12. Berusaha mempertingkat konflik di dunia Islam
13. Menetapka semula sempadan wilayah negara yang majoriti islam.
14, Mempengaruhi pembuat polisi di negara Islam agar mesra barat.
15. Perkukuhkan individualisma, materialisma, komersialisma yang akan melemahkan semangat juang dan kejituan ummah.

Progam ini tamat kira-kira jam 1 petang diikuti solat Zuhur secara berjemaah.

Tuesday, October 25, 2011

MARI MAIN SMS 7 - ASTRO

 
Prakata: Blog saya sudah siuman kembali, tidak lagi seperti dilaporkan dalam entri kelmarin.   Rupanya bukan blog saya sahaja yang mengalaminya. Bagi orang yang pakar IT mungkin itu perkara biasa, tapi bagi saya  ia sangatlah membimbangkan. Sekarang hati saya senang kembali. Dengan itu bolehlah kita bermain SMS semula. Kepada sesiapa yang nak tahu asal usul permainan ini, silalah ke sini.

Kali terakhir kita bermain adalah pada 15 Mei dulu dengan akronim SYMP. Antara penyertaan yang menarik adalah:
ibuintan said... 
 
Pakngah.. SYMP - Salih Yakob Memang Power
azieazah said... 
 
SYPM = Saya Yang Memang Popular. hahaha
Norsha said... 
 
SYMP - Salleh Yakob Memang Penyayang atau SYMP - Susoh Yop Mahu Pikior
Ku Tak Sempurna said... 
 
SYMP Siapa Yang Mahu Poligami? :P
Hari ini saya ingin mencabar minda anda untuk menterjemah akronim ASTRO pula. Seperti biasa saya mulakan dulu.

ASTRO = Ada Stesyen Tv Rompak Orang.

Sekarang anda sambung pulak .. !

Monday, October 24, 2011

BLOG SAYA BERTAMBAH GILA.


Hari tu ada saya buat entri pendek bertajuk  BLOG SAYA DAH GILA BALIK .. NASIB BAIK JUMPA HATTAN !  di sini. Gila  itu masih belum pulih dan gila baru pulak muncul.




Nampak tak ? Pageviews hari ini dan semalam adalah kosong. Manakala Pageviews all time history pula 150,238, sedangkan sebentar tadi daftar kat depan menunjukkan sudah 152,638 pageviews seperti cetakan skrin di bawah.



Adakah ini petanda awal dari Pihak Tertentu yang mengenakan tekanan secara halus dan perlahan-lahan agar saya berhenti dari berblog ?

.

TERKENANG SEMASA DULU 32 - MUSIM LURUH 1982-84, USA.



Sekarang musim luruh di Amerika. Video kat atas tu bukan kat Amerika tapi kat taman perumahan saya. 

Orang Amerika panggil musim luruh - 'fall'. Orang kampung saya panggil 'autumn'.

Semasa di sana, entah mengapa bila tiba musim luruh, hati saya selalu merasa sayu. Teringatkan kampung halaman dan ibu serta saudara mara di tanah air.  Mungkin turut berduka dengan dedaun yang bertukar warna dan satu persatu berguguran ke bumi.


Gambar 1: Dedaun yang dulunya menghijau kini bertukar kekuningan dan kemerahan sebelum berguguran ke bumi.


Gambar 2: Ayong berpaut di kaki ibunya sambil merayu agar dia tidak ditinggalkan di situ.

  
Gambar 3: Walaupun belum masuk musim sejuk, kadang-kadang boleh tahan juga sejuknya. Tu sebab ambil gambar rapat-rapat.


Gambar 4:  Lihatlah dedaun yang berserakan menutupi bumi. Lebih kurang macam daun pokok getah di negara kita di musim luruh kan ?




Gambar 5: Menghirup udara segar di taman awam.


Gambar 6: Dedaunan yang perlu disapu dan dikumpulkan sebelum di buang. Tak boleh bakar sesuka hati .. nanti dapat makan free !
.

Gambar 7: Di hadapan rumah sebelum keluar mencari laksam donut.


Gambar 8: Berlatar belakangkan hutan yang kelihatan kekuningan di belakang sana.

 

Gambar 9: Di perkarangan "White House".. kelihatan poster2 orang tujuk perasaan. Boleh di katakan sepanjang tahun ada saja orang tunjuk perasaan kat situ.



Gambar 10: Makngah bergambar dengan anak sulung di satu taman awam.


Gambar 11: Bayangkanlah betapa besarnnya orang di sana. Tangannya sahaja dah besar macam tu !

 

Gambar 12: Makngahnya berposing di satu kawasan perkelahan dengan isteri seorang pelajar yang menuntut di Athen, Ohio yang datang berkunjung ke rumah kami.

Saturday, October 22, 2011

BOLEH TAK MINTA TOLONG ?

http://1.bp.blogspot.com/_DpOV_568XrM/SaKL2UIbEtI/AAAAAAAAYeo/HC_Z67yJf9k/s400/MINTA+TOLONG.bmp
Gambar hasil carian Google.

Malam tadi saya bertugas Rukun Tetangga. Lepas sembahyang Subuh tidur balik. Kejap lagi nak balik kampung memenuhi jemputan kahwin anak saudara. Tak sempat nak pos entri baru. Deraf dah ada, tapi tak sempat tacap. 

Sehubungan dengan itu boleh tak saya bawa pembaca sekelian ke entri INI dan dah terlanjur ke situ boleh tak minta tolong komen ?

Nanti petang saya usahakan menjawab komen-komen anda termasuk komen di entri sebelum ini. Terima kasih. Sama-sama.

KENALI SPESIS-SPESIS BLOGGER.

Saya suka mengelompokan bloggers kepada 4 spesis. Pengelompokan ini bukanlah ilmiah sangat. Cuma hasil pemerhatian saya secara sepintas lalu sahaja.

1. Blogger Idaman

Dia baca semua komen orang kat blog dia. Dia balas satu persatu. Kemudian dia pergi ke setiap blog  pengomen. Dia baca dengan teliti dan kemudiannya komen dengan berhati-hati agar tidak terkeluar dari konteks. Seterusnya dia pergi ke blog follower dia dan baca serta komen di blog mereka pula macam tadi.

2. Blogger Kumbang.

Dia tak jawab komen orang, tapi dia pergi setiap blog pengomen dan tinggalkan komen di situ. Komennya pun mudah-mudah sahaja. Kalau tengok ada gambar makanan, dia tulis "cedapnyer", kalau tengok gambar pemandangan, dia tulis "canteeknya". Yang lagi seronoknya ialah, kalau dia tengok ada entri bersiri, dia komen "tak sabar nak tunggu entri seterusnya". Lepas tu sampai 10 siri entri baru pun dia tak datang jengok !

3. Blogger Bunga.

Dia jawab satu persatu semua komen orang yang datang ke blog dia tapi dia tak pergi ke blog pengomen. Dia menunggu sahaja di blog dia macam bunga mekar menunggu kumbang.

4. Blogger Jembalang.

Dia tak pernah balas komen orang dan tak pernah juga pergi ziarah blog orang yang beri komen. Kadang-kadang ruang komen dia pun dia tutup.

Saya rasa saya berkemungkinan besar berketurunan  spesis Blogger Bunga dan sedang membesar menjadi Blogger Jembalang.


Penghargaan: Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi singgah dan membaca entri ini.

KISAH 5 ORANG SAHABAT BAIK YANG MELAMPAU.


 Gambar hasil carian Google.

Kita namakan mereka dengan Che Ngang, Che Ngong, Che Ngok, Che Rus dan Che Wel. Mereka ini hampir sebaya umurnya. Berkawan cukup akrab. Kemana-mana pergi bersama. Mereka tidak begitu berkawan dengan rakan-rakan sebaya di kampung mereka. Kampung mereka aman damai. Satu hari mereka telah ditahan polis kerana di dapati positif dadah.

Berikut apa kata  bapa mereka tentang anak-anak mereka.

Bapa Che Ngang: Anak saya itu sangat baik. Mengaji sudah 3 kali khatam. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi akibat pergaulan dengan dengan kawan-kawan mereka, dia telah terjebak dengan penagihan najis dadah.

Bapa Che Ngok: Anak saya seorang yang lemah lembut. Dia tidak pernah memarahi adik-adik dia. Saya macam tak percaya dia menjadi penagih dadah. Saya kesal kerana pengaruh buruk dari kawan-kawan dia menyebabkan dia jadi begini.

Bapa Che Ngong: Anak saya itu sangat menurut kata. Dia tidak pernah membantah jika di suruh membuat apa sahaja. Saya pun hairan kenapa dia jadi begini. Saya percaya ini adalah semua berpunca dari pengaruh kawan-kawan dia.

Bapa Che Rus: Anak saya seorang yang lurus dan lemah lembut. Dia tidak pernah menipu. Bahkan kalau ada lebih 5 sen pun dia akan pulangkan kat saya. Dia terjebak dalam penagihan ini pasti dipengaruhi oleh kawan-kawannya.

Bapa Che Wel: Anak saya seorang yang sangat penyayang. Kepada dialah saya berharap menjaga adik-adiknya ketika kami pergi ke kebun.  Saya sedih disebabkan pengaruh rakan-rakan beliau dia jadi begini.

Jadi .. anak siapa yang jahat sebenarnya kalau semua mengaku anak masing-masing baik belaka. Semua ingin menyalahakn anak orang lain dan enggan mengaku keburukan anak masing-masing.

Kalau dah semua kata anak masing-masing baik-baik belaka, habis anak siapa pulak yang mempengaruhi anak siapa  ?

Ini mesti pengaruh anak dia orang ! Tetiba saya teringatkan entri Mesti Dia Orang Yang Buat.

.

Thursday, October 20, 2011

KEMASKINI AKTIVITI ORANG PENCEN.

Kehidupan selepas bersara terasa bebas. Tidak terikat lagi dengan temujanji, mesyuarat, pasukan petugas, lawatan, majlis makan malam, bengkel, seminar, majlis berbuka puasa (macam gambar kat bawah), perhimpunan bulanan, hari Q dan sebagainya. Selain dari itu, tak perlu pakai tali leher, kot, stoking, tanda nama, kejar kad perakam waktu dll. Kita boleh dan dapat melakukan apa sahaja (yang dibenarkan undang-undang) yang sebelum ini tak dapat nak buat. Namun begitu tugas asas sebagai ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anak serta tanggungjawab sebagai penduduk tetap juga perlu dipikul.


Gambar 1: Ketibaan untuk berbuka puasa ( 2007) bersama Makngahnya .. nampak macam berkawad pulak saya. Gambar-gambar berikutnya adalah gambar semasa.


Gambar 2: Minum pagi dengan rakan sepersaraan kat Terachi lepas Ulu Bendol kira-kira 15 minit berkereta dari rumah dengan kelajuan sederhana. Roti canainya jauh lebih sedap dari roti canai Mamak. Ingat lagi entri ini ?


Gambar 3: Tanam petola tepi pagar. Dah dua tiga kali petik hasilnya. Saya takjub dengan 
kejadian petola ini. Bijinya saya tanam ikut suka. Tapi dia tetap tumbuh menghala ke atas tidak ke bawah atau ke sisi. Kemudian dia menguhulurkan sesungutnya (nak panggil apa ntah) memanjat kayu dan pagar. Siapakah yang mengajarnya ? Kekuatan sesungutnya itu  cukup untuk menampung berat buah petola. Kalau tak cukup kuat, tentu habis batangnya melorot ke bawah dibawa oleh buahnya. Subhanallah.


Gambar 4:  Tiap Selasa pagi, saya ditugaskan oleh Makngahnya ke pasar tani Ampangan.  Seronok juga sebab dan melihat gelagat orang yang membeli ubat dan juga penjual ubat. Beberapa tahun dulu arwah S. Jibeng sering membuat persembahan  di sini.



Gambar 6: Kadang-kadang profesor pun ada juga memeriahkan suasana.


Gambar 7: Saya tolong zoomkan ..!

Gambar 8: Mengambil Haiqal dari sekolah. Inilah kerja tukang yang paling malas. Sebanya masa keluarnya tak menentu sangat. Lagi pun bila mereka keluar secara bergerombolan, saya pun tak dapat nak cam mana Haiqal sebab pakaian mereka serupa,


Gambar 9.  Kenduri kesyukuran atau tahlil rumah rakan se taman jarang miss. Kadang-kadang sampai dua hari tak makan kat rumah. Duduk semeja dengan pengerusi surau.


Gambar 11: Tapi ada juga yang tak sedapnya orang dah pencen ni .. sampaikan buah pun dah berani nak potong Pak Ngah.


Ini paling nikmat ..  kalau hujan di pagi hari, boleh sambung berlengkar atas katil sambil baca kitab surat khabar.


Nota kaki: Anggaplah entri ini sebagai kemaskini entri saya yang ini .

Wednesday, October 19, 2011

TERKENANG DI MASA DULU 31 - RONDA-RONDA DI KOTA PARIS (2005).

Sebenarnya pada masa ini saya sedang giat memilih gambar-gambar lama untuk diimbas dan seterusnya disimpan di dalam komputer. Kalau gambar-gambar tersebut hilang atau rosak dalam simpanan saya, sekurang-kurangnya saya boleh tengok kembali entri-entri saya di sini.


Inilah contoh gambar yang telah rosak !


Lagi pun saya nak cerita apa ? Nak cerita fasal masak-masak saya tak berapa pandai. Nak cerita pasal anak kecil, saya dah tak ada anak kecil. Nak cerita pasal bunga, saya tidak terlibat.  Jadi apa salahnya saya cerita kenang-kenangan lama. Kan ?


Gambar 1: Inilah hotel tempat saya menginap.  Katanya milik usahawan Malaysia, tapi bayarannya tetap mahal.
Bilik yang paling kecik pun, ribu-ribu.
Nak sembahyang pun tak selesa. Nak masak megi pun tak ada cerek.


Gambar 2: Pemandangan sebahagian kotaraya Paris dari bilik tidur saya. Cukup berbeza dengan Kuala Lumpur. Tak nampak pun bangunan pencakar langit ..




Gambar 3: Saya datang seramai 8 orang dari pelbagi Kementerian. Tapi duduk bilik asing-asing. Oleh kerana tak ada siapa nak suruh ambil gambar, saya snap sendiri dengan sebelah tangan. Gambar belakang tu bukan poster tau !



Gambar 4: Pemandu kami yang berasal dari Morocco. Sepatah haram tak tahu cakap Melayu. Cakap orang putih pun tak pandai. Saya pula tak reti Bahasa Perancis. Lalu kita main bahasa isyarat sahaja.


Gambar 5: Di pintu masuk sebuah Kementerian. Saya lupa dah namanya. Nampak ringkas dan tak membazir.


Gambar 6: Belakang tu,  salah sebuah muzium. Agaknya ! Saya tak sempat masuk. Gambar ni pun seorang  pelancong dari Asia yang tolong ambilkan, selepas saya tolong ambilkan gambar dia.


Gambar 7: Salah sebuah mercu tanda yang popular. Namanya sudah lupa. Siapa tahu namanya ?


Gambar 8: Ybg Dato' Hamidah, Duta kita ke Peranchis yang duduk sebelah kiri saya tu bagi dinner. Kebetulan kita pernah bekerja bersama di USA
pada awal tahun 80an dulu.
Banyak benda yang kami bualkan malam itu. Terima kasih Dato'.

.......................................................................

... selingan !


Gambar Dato' Hamidah yang bertanda anak panah sebelah Duta. Gambar saya tak ada kerana mengambil gambar. Gambar Makngahnya yang berkot hitam dan bertudung di sebelah kiri.

....................................................................................



Gambar 9: Malam esoknya sekali lagi kita di jemput untuk makan malam di rumah wakil kita di UNESCO. Orang Nogori. Terima kasih Doktor.
Dua-dua orang kuat kita di sana pada masa itu wanita. Syabas.


Gambar 10: Salah sebuh shopping complex yang tersohor yang mesti di lawati. Saya dapati barang yang sama, "Made in France" lebih murah kat Malaysia. Walaupun datang ramai, tapi bila pergi shopping complex semuanya berterabur. Janji jumpa sekian2 masa kat kereta.
 Gambar ini di ambil oleh orang yang tidak saya kenali. Terima kasih orang !



Gambar 11: Eiffel Tower dari kejauhan. Satu lagi mercu tanda yang mesti dilawati. Sebenarnya saya pernah buat satu entri khas tentang menara ini dan kisah menarik tentang seorang penjual cendermata di sini.



Gambar 12: Sungai apa entah namanya .. tapi tersangat jernih dan bersih airnya walaupun merentasi kotaraya Paris. Sila jangan komen perut saya.


Gambar 13: Paris adalah sebuah kotaraya yang sangat bersih dan penuh dengan bangunan-bangunan lama yang terjaga rapi.



Gambar 14 Saya tertarik dengan bangunan ini yang terdapat di celah-celah bangunan yang kesemuanya rekabentuk barat. Tetiba ada bangunan yang berbentuk ketimuran. Nampak unik. 


Gambar 15: Cantiknya. Bukan .. bukan kat Paris tapi bangunan ini bersetentang dengan Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kalaulah ada bangunan macam ni kat Paris, tentulah ramai orang yang mengambil gambar kat sini.


.