Saturday, December 31, 2011

KOMEN PILIHAN DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2012.

 

Pagi tadi saya mendapat komen dari Aisyah M. Yusuf dari tanah seberang (Kalimantan Selatan) dan sekaligus turut follow blog saya. Saya tertarik dengan bahasa yang digunakannya yang penuh budi bahasa dan sangat merendah diri di samping saya faham apa yang ingin disampaikannya.



................................................................................................................................................

Manakala komen dari Fuad Ansari seperti di bawah buat saya berasa seperti berada di awang-awangan.




Sub-Entry: Sambutan Tahun Baru 2012.



Ya .. malam ini malam tahun baru,
Tetapi saya tidak pula bercadang membuat entri baru,
Kalau buat pun masalahnya tetap macam itu,
Lebih baik saya ulang tayang entri yang lama,
Sudikanlah baca dan renung-renungkan bersama. 


p/s:  apakah azam tahun baru anda ?  Adapun azam saya serupa sahaja macam tahun yang lepas-lepas juga iaitu ingin menyempurnakan azam tahun lalu yang masih belum terlaksana atau belum selesai .. itu je !

.

TIBA-TIBA SAYA RASA MACAM MARIA ELENA.


293 komen. Banyaknya ! Tapi ini Maria Elena yang punya.


Saya berblog agak lewat.  Timbul keinginan nak ada blog sendiri selepas lihat blog anak saya. Seronok baca tulisan dan cerita dia.  Saya juga seronok membaca komen dari kengkawannya. Sebelum itu saya fikirkan hanya orang yang pandai ICT sahaja yang mampu berblog. Turut juga saya terfikir,  ada ke orang nak baca dan komen blog saya nanti.

Kemudiannya saya ambil pendirian, kalau tak ada orang komen pun tak apalah kerana yang pentingnya saya ada blog sendiri.

Bila saya dapat komen yang pertama dulu, bukan main gembira lagi saya. Rasa macam nak lari keliling kampung, walaupun pengomennya cuma dari Anonymous.

Setelah hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun barulah saya mendapat komen dan kunjungan yang ramai. Saya paling suka dan rasa berbaloi membuat entri, bila entri saya yang lama-lama masih ada orang yang sudi baca dan komen.

Contohnya semalam saya terima komen lagi dari Rozila dalam entri  saya pada tahun  lalu. Tetiba saya rasa macam Maria Elena.


Ini saya yang punya.  Tapi 200 tu termasuk komen saya sendiri, tak macam Maria Elena punya.


Friday, December 30, 2011

DI SINI ADA JAWATAN KOSONG - PENDAPATAN LUMAYAN.

.

Saya ambil dengan izin dari sini.



Thursday, December 29, 2011

INI BUKAN ENTRI BARU TAPI PENGUMUMAN.


.

 Jumlah pengunjung pada 27 dan 28.12.2011.

Hari ini saya tak bercadang nak buat entri baru. Yang ini saya anggap bukan entri tapi pengumuman.

Sudah dua hari berturut-turut blog saya dilawati oleh lebih seribu pengunjung. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Sebagai penghargaan saya nak blogwalking setakat mana mampu. Nak jalan laju-laju pun dah tak larat. 
 
Saya dapat tangkap bilangan pelawat ke 186186 pada malam tadi. Cantik juga nombor itu kan ?


 ~ 186186 ~
.

Wednesday, December 28, 2011

KU TAK SEMPURNA.

Ku Tak Sempurna atau KTS adalah seorang blogger yang suka tenggelam timbul. Kira nasib baik jugalah sebab tidak timbul tenggelam. Bila dia timbul, dia akan baca semua entri saya yang lepas-lepas dan komen di mana dia rasa nak komen.

Setelah tenggelam beberapa purnama, baru-baru ini dia muncul semula. Dia  baca dan membuat 24 komen sekaligus di blog saya. Saya dapat merasakan memang dia baca, kerana semua komennya mengena.


Bila saya tengok ada 24 komen yang belum diluluskan, saya dah boleh agak siapa dia. Dan tekaan saya itu tepat kerana semua komen itu adalah datang dari dia. Antara komennya dalah seperti di bawah.



Dua gambar berikut ada kena mengena dengan beberapa komen beliau. Saya harap dia tidaklah sampai menjilat skrin komputer bila melihat gambar rambutan tersebut.


Tangan yang putih melepak itu adalah tangan pemilik blog ini.



Maaf gambar agak kabur .. maklumlah ambil gambar dengan tangan kiri.

Saya pakai songkok bukan kerana hendak memetik rambutan tetapi sebenarnya baru balik dari kenduri. Lagi pun orang kata susah memetik rambutan kalau pakai songkok. Lebih mudah kalau pakai tangan atau pisau.

Untuk makluman, rambutan berkenaan saya sendiri yang beli anaknya dan menanamnya di rumah saya di kampung. Alhamdulillah dia telah banyak kali mengeluarkan hasil sampai saya sudah terlupa entah berapa kali.

Bila saya sudah tiada lagi kelak, adalah juga benda yang akan dikenang atau disebut-sebut oleh cucu-cicit saya.

"pokok motan ni atok kau yang nanam dulu .. tau tak ? "


Tuesday, December 27, 2011

KISAH KESETIAAN DAN PENGORBANAN SEORANG ISTERI.

23.12.201 - Jumaat.

a. 7.00 - 8.45 malam - di surau mendengar kuliah Hadis oleh Ust. Hambali.
b. 9.00 - 11 malam - menghadiri majlis akad nikah anak kawan, makan malam + borak.

24.12.2011 - Sabtu

a. 11.30 - 1.00 tengahari - menghadiri majlis aqiqah dan doa kesyukuran.
b.  1.45 - 2.15 ptg - menghadiri kenduri kawin anak kawan.
c.  2.15 - 4.45 ptg -  Ke Putrajaya menghadiri kenduri kawin anak kawan.
d.  Malam - di surau mendengar Ceramah Tauhid oleh Ust. Surul + jamuan.

25.12.2011 - Ahad

a. Pagi - Ke Jempol menghadiri kenduri kawin anak kawan kemudian singgah rumah di kampung untuk memetik buah rambutan.
b. Malam  - di surau mengikuti kelas tajwid dibawah bimbingan Ust. Fadhullah + jamuan ringan.

26.12.2011 - Isnin

a. 10.15 pagi - Ke Taman Tun Dr Ismail, KL, menghadiri kenduri Aqiqah.
b. 2.00 ptg. Singgah rumah seorang sahabat yang menderita kena stroke yang tinggal berdekatan.
c. Malam - sembahyang Maghrib di surau sebelum beredar menghadiri kenduri tahlil mertua Tan Sri Isa Samad yang meninggal dunia pada 25/12. Sembahyang Isyak di rumah Tan Sri  + jamuan

27.12.2011 - Selasa.

8-00 - 11 pagi - Ke hospital Tuanku Jaafar ambil ubat ayah mertua dan semasa balik singgah pasar tani Ampangan dan juga Giant.
11.00 - 11.50 pagi - menyiapkan entri ini.

Berbalik kepada cerita kawan saya yang kena stroke tadi, ini bukanlah kali pertama saya mengunjunginya. Sudah hampir 14 tahun dia menderita. Dia adalah rakan sekerja saya suatu masa dulu sekitar pertengahan tahun 80an. Dia lebih tua beberapa tahun dari saya dan isterinya juga beberapa tahun lebih tua dari isteri saya. Mereka mempunyai 8 orang anak. 

Keadaan fizikalnya amat menyedihkan dan menginsafkan saya. Walaupun dia masih mengenali saya dan ingatannya masih kuat tetapi tutur katanya  amat sukar untuk dimengerti. Beberapa kali  air mata saya mengalir di dalam kereta semasa memandu pulang mengenangkan betapa bertuahnya saya yang diberi kesihatan oleh Allah swt dan masih mampu memandu kereta seorang diri ke sana ke mari. Sebaliknya dia yang dulunya sihat walafiat dan sangat cergas, kini hanya terbaring  di satu sudut tingkat bawah rumahnya. Segala keperluan termasuk untuk kebersihan dirinya perlu dibantu. Lampin pakai buangnya kena dipakaikan oleh orang lain.  Hanya tangan kanannya sahaja yang masih boleh digerakkan. Dengan tangan itulah dia mengawal 'remote control' tv dan juga membaling apa juga objek yang sempat dicapainya, jika permintaan dia lambat dipenuhi. 

"Setakat ini belum ada lagi yang kena kat saya" beritahu isterinya.

Saya cadangkan kepada isterinya supaya diberikan 'boomerang'  kepada suaminya kerana bila dibalingnya nanti, boomerang itu akan balik mengenai dia. Saya bergurau dan kami sama2 ketawa termasuk kawan saya tadi.

Sejak beliau kena serang penyakit itu, isterinya dengan penuh setia, hormat dan kasih sayang menjaganya, menguruskan persekolahan anak-anak mereka di samping menjaga mertua. Pada masa ini masih ada lagi 4 orang anak mereka yang sedang menuntut di IPT. 

Saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Puan P melakukan itu semua seorang diri. Di raut wajahnya yang sentiasa tersenyum tergambar keredhaan terhadap segala dugaan dan kesusahan yang diterimanya. Di sebalik segala kepayahan menjaga suami, membesarkan anak2 dan menguruskan mertua, wajahnya masih tetap cantik seperti 30 tahun dulu seolah-olah tidak diusik usia.  Mungkin dengan keimanan dan keridhaannya menerima segala ujian Ilahi itu telah memelihara wajahnya dari kedut dan kerut akibat keluh kesah dan sesalan.

Apa yang dihadapi oleh Puan P sekarang tidak banyak berbeza dengan apa yang dihadapi oleh Makngahnya sejak hampir 3 tahun lalu. Beliau kini harus menguruskan ayahnya yang tinggal bersama kami. Menguruskannya dalam ertikata memandikan, memakaikan pakaian termasuklah juga lampin pakai buang dan kadang-kadang menyuapkan makanan ke mulutnya. Cuma bezanya dengan kawan saya tadi, ingatan ayah Makngahnya hampir langsung sudah tidak ada tetapi dia masih mampu berdiri dan berjalan tanpa bantuan.

Sekarang nak tunjukkan beberapa keping gambar makanan yang saya nikmati semasa pergi kenduri2 tu.


Gambar 1:  Pelbagai jenis kueh mueh disajikan selepas makan nasi. Ada tapai, apam Johol, kueh bakar dan buah Melaka di saming nenas potong. Saya makan lagi walaupun ini adalah rumah kedua kerana ada lauk rendang betik muda yang jadi kegemaran saya yang dah lama tak jumpa. Lupa pulak nak ambil gambar dia.


Gambar 2. Jemput makan kueh "kolopung" kata orang NS. Kueh ini banyak di jual semasa bulan puasa di PARAM.


 Gambar 3: Satu lagi masakan popular di kalangan orang NS. Masak tempoyak pucuk kayu. Gambar 3, 4 dan 5 di rumah yang sama di Taman Tun.


Gambar 4: Cendol juga di hidangkan dan diikuti pula oleh teh tarik. Hajat tuan rumah kata tukang hidang. Saya pulak jenis orang yang tak suka menghampkan hajat orang.


Gambar 5: Saya didudukan semeja dengan Ustaz yang melakukan upacara Aqiqah, "belah mulut", berzanji  dan "memotong jambul". Beliau adalah bekas  pegawai ugama penjara yang mempunyai banyak cerita.  Antara tugas beliau adalah  mengiringi banduan Islam menjalani hukuman gantung termasuklah yang terakhir Mona Fandey. Bila dia tengok jam, saya rasa lega.


Monday, December 26, 2011

GARA-GARA HANEZ SURAYA, BLOG SAYA KENA SERBU.

.

 Mingguan Malaysia - Cetusan Hati Nurani Rakyat, 25/12/2011

Semalam saya buat entri mikro bertajuk  "Siapa Kata Hanez Suraya Jenis Liar". Akibatnya blog saya sehingga jam 8 pagi tadi,  telah dilawati oleh seramai 1,665 orang - jauh melebihi purata harian. Bagi blog popular bilangan ini tak banyak mana, tapi bagi saya bilangan ini sudah cukup besar. 


Tetapi kalau saya buat entri bertajuk "Renungan Hari Jumaat" kenapa tak ramai orang datang ek ?

Dalam isu yang berkaitan saya segera teringat akan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang tidak lagi akan membuat kerja penapisan filem seperti laporan akhbar di bawah. Sebaliknya kerja menapis itu akan diberikan kepada syarikat pembuat filem itu sendiri. Kononnya "self-cencorship" lah.


Berita Harian, 23/12/2011.

Saya setuju dengan keputusan kerajaan ini. Bukan kerana semua filem sudah bersih tetapi kerana pekerjaan menapis filem ini adalah satu kerja yang sia-sia yang hanya membuang masa dan hasil negara.
 
Kenapa saya berkata begitu ? Sebabnya - apa benda yang tak boleh dicapai di internet sekarang ? Kalau nak tapis, tapis semua. Kalau tidak, baik tak payah. Saya umpamakan pekerjaan menapis filem sekarang ini seperti kita meletakkan jaga di depan rumah, kemudian memasang gril di pintu rumah untuk menghalang perompak tetapi pada masa yang sama belakang rumah kita tidak berdinding !

Surat khabar pun apa kurangnya. Biarlah dia orang yang tapis sendiri seperti yang sedang dibuat oleh surat khabar Utusan Malaysia - Cetusan Hati Nurani Rakyat, yang mana saya difahamkan sahamnya turut dimiliki oleh sebuah parti pemerintah.

.

Sunday, December 25, 2011

SIAPA KATA HANEZ SURAYA JENIS LIAR ?



Mungkinkah dia bersaudara dengan gadis ini ?


Friday, December 23, 2011

BOLEHKAH SAYA MENGKRITIK CHEF WAN DAN ADLIN ?

.


Jangan betulkan skrin komputer anda.

Saya bukan penyanyi atau pelawak. Pendeknya saya bukan artis. Jadi bolehkah saya mengkritik artis ? Why not. Kalau Chef Wan yang bukan pelawak boleh kritik program lawak, tak kan saya tak boleh pulak.

Mungkin ramai dah tahu perang mulut antara Chef Wan dan Adlin yang kini dah melarat-larat sampai keluar gelangang Maharaja Lawak Mega. Sebelum itu I want to beg your pardon disebabkan kali ini saya banyak menggunakan Bahasa Inggeris kerana saya perhatikan Chef Wan nampaknya lebih  comfortable dengan bahasa itu.

Terus terang saya katakan, I don't like cara Chef Wan mengkritik walaupun performance Adlin pada minggu lalu memang agak hambar. Di samping itu saya juga tidak begitu gemar melihat sikap overconfident yang ditunjukkan oleh Adlin yang kelihatannya seolah-olah merasakan dia pasti akan terpilih ke final.

Kekalahan orang yang takbur adalah lebih menyakit dan menghibakan daripada kekalahan orang yang tidak yakin akan menang.

Siti juga mengkritik, tapi kritikan dia penuh dengan adab sopan. Pointnya ada. Mesejnya sampai. Orang tak marah malahan menghargainya. Sepatutnya Chef Wan lebih berhemah lagi dalam memberi kritik memandangkan umurnya yang saya percaya lebih tua dari Siti.  Lagipun kata orang putih .. there are many ways to skin a cat.

Akan tetapi ada juga orang kata  served him right kepada Adlin. Dulu  seronok sangat hentam orang. Sekarang terimalah balasannya pula. Dia orang kata what goes around comes around. Tapi disebabkan perangai Adlin dulu yang kita tak suka, maka apakah kita boleh mewajarkan  apa sahaja kritikan atau mungkin juga penghinaan  dari Chef Wan kepada Adlin. Two wrong doesn't make one right. Right ?

Katalah saya dijemput mengkritik progam masakan dan bila tiba kepada masakan Che Wan saya kata begini .. masakan awak entah apa-apa .. macam sampah. I dont like it. Saya terbayang-bayang kemungkinan  kuali terbang melayang-melayang hinggap kat muka saya.

Kesimpulannnya. Dua-dua 2x5 sahaja. I don't like it.


.

Thursday, December 22, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 42: GILA BERMAIN SALJI -1.

Hari ini bermulalah musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Ramai petani-petani mereka yang kaya raya akan melarikan diri ke tempat-tempat yang bercuaca panas. Manakala orang yang dari negeri bercuaca panas pula, ramai yang bercuti kesana. Begitulah resam manusia, sentiasa ingin merasa apa yang mereka belum rasa. Pagi ini hujan renyai-renyai di sini (Senawang). Adalah sikit-sikit rasa macam salji turun.  Nostalgia !

Saya baru perasan, dalam banyak-banyak gambar semasa saya bekerja di USA dulu, gambar dengan saljilah yang paling banyak. Pantang jumpa  salji, tak kira dekat rumah, pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Pilah mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji. Terimalah instalmen 10 gambar pertama.



Gambar 1:  Makngahnya tak dapat habis butangkan baju sejuk dia !


Gambar 2: Kalau berniaga cendol, alangkah mudahnya. Cedok je ais tu.


Gambar 3: Depan rumah sewa yang diduduki selama 3 tahun genap.


  Gambar 4: Taruk sirap .. terus jadi ABC. Kiranya inilah kali pertama saya memegang salji dan kali terakhir pulak di sini.


Gambar 5: Dengan arwah Tok Embon yang datang bersama kami.


Gambar 6: Salji sesaje sejauh mata memandang.


Gambar 7: Letih berdiri, kita berkubang pulak.


Gambar 8: Macam nampak ada kereta tersadai kat belakang tu !


Gambar 9: Yang menggunung di belakang saya tu barangkali ada kereta di bawahnya.


Gambar 10: Ikut bayang tu, dah dekat nak masuk waktu Asar.

p/s: Kalau musim sejuk di sana, tersangatlah sejuknya. Kalau musim panas pulak, panas yang teramat sangat. Cuaca di Malaysia juga yang terbaik. Bersyukurlah !

.


BEDEBAH !






Hari ini hari Rabu. Patutnya hari tanpa kata-kata. Tapi saya kena juga berkata-kata untuk melahirkan rasa sakit hati. Sudah dua hari CIMB jadi begini. Tidak berfungsi.

Saya difahamkan untungnya tiap-tiap tahun berbilion-bilion. Ketua Eksekutifnya di antara yang mendapat gaji yang tertinggi di Malaysia. Tapi prestasinya amat menghampakan saya yang telah menjadi pelanggannya sejak tahun 1981 (ketika namanya Bank Bumiputra).

Nasib baik kau swasta. Kalau Jabatan Imigresen atau Pendaftaran Negara mungkin dah berbakul-bakul sumpah-seranah orang kat engkau.




.

Wednesday, December 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 16 - INILAH SEBABNYA SAYA TAK GALAKKAN HAIFA BERFACEBOOK.





.

Tuesday, December 20, 2011

FROM WHERE COMES.



Ada suatu hari tu .. saya pelik ada macam-macam pelawat datang ke blog saya. Ada dari Mathura, Uttar Pradesh; Belgorod; Cuenca, Azuay; Geretsried, Bayern dan Holon, Tel Aviv.  Sesetengah tempat tu saya tak pernah dengar pun sebelum ini. Yang saya hairan sangat tu yang datang dari Tel Aviv.

Bolehkah mereka memahami tulisan saya kerana semua entri saya dalam Bahasa Melayu. Apa yang menariknya entri saya tu hingga membuatkan mereka dari pelbagai pelosok dunia datang. Fikir punya fikir, saya membuat rumusan berdasakan agak-agak sahaja.

1. Ada satu entri saya yang menyebut Yahudi.

2. Ada pihak tertentu yang sentiasa memerhatikan sebarang tulisan yang menyebut dan menyentuh negara tersebut. 

3. Mereka terjemahkan entri saya ke dalam bahasa mereka melalui Google Translator.

Kalau agak-agakan saya itu betul, alangkah prihatin dan pekanya mereka tentang pendapat orang lain tentang negara mereka.

Agak-agaknya betul tak  agakan saya itu ?


p/s: Kita ni terlalu ber - ansur dengan orang yang suka  + tangan dalam urusan negara kita. Orang macam ini patutnya kita ./. pelempang jer kat muka dia tujuh lapan x.

.

Monday, December 19, 2011

WANITA TIDAK SUKA LELAKI PENDEK.


Sesuaikah istilah pendek digunakan untuk menerangkan sifat lelaki yang tidak tinggi ?

Bagi saya istilah rendah lebih sesuai digunakan.

Saya pernah berhujjah di sini suatu ketika dulu. Dan saya masih lagi berpegang kepada hujjah tersebut.

Apa pula pendapat anda ? 

.....................................................................................................................................................

Sub-Entry: Komen Pilihan Saya. 


Dalam entri ini saya yang bertajuk  "Siapa Tahu 8 Bahagi 2 = ?",  saya mendapat jawapan  dari Akuzle Ayu  dari perspektif yang berbeza seperti di bawah.
  Lalu saya terfikir, ye tak ye jugak ye !


HARI INI SAYA PERGI KE JALAN LAMBOURNE.


Hari ini saya pergi kat area ni kerana menghadiri kenduri kawin anak kepada saudara terdekat.  Pusing sana pusing sini, tanya sana tanya sini akhirnya sampai. Saya pernah tulis tentang keharuan papan tanda arah di negara kita di  di sini satu masa dulu. Sekarang pun masih macam itu juga.

Saya bertolak dari rumah penuh satu Estima saya kira-kira jam 10 pagi dan sampai semula di rumah kira-kira jam 4 petang. Dengan itu saya tak dapat hadir perjumpaan blogger yang dihoskan oleh Dato' LF di Bangi dan di urusetiakan oleh Kakcik dan Azieazah pada hari ini.

Dari entri yang saya baca serta gambar-gambar yang ditunjukkan oleh  Nyanyisunyi di blognya sebentar tadi, ternyata perjumpaan itu sungguh meriah. Kegembiraan  tergambar di wajah masing-masing yang hadir. Tahniah Dato' LF, Kakcik, Azieazah dll yang telah mengatur dan menjayakan perjumpaan kali ini dengan begitu baik sekali.

p/s. siapa tahu atau pernah sampai Jalan Lambourne ?


Sunday, December 18, 2011

MEMANG TAK ADA APA-APA PADA ANGKA.

Mula-mula tu secara tak sengaja saya terjumpa dua nombor cantik ini pada satu masa iaitu 666 dengan 999 di dashboard saya.  Kemudian tu, asyik bertembung dengan nombor-nombor cantik. Saya jadi seronok dan mula mengumpul. Kalau inginkan nombor-nombor  ni untuk plat kereta, rasanya kena masuk tender.


666 dan 999


333


678


567


343.


666



777


555


Yang ini saya frust .. terlewat sikit sahaja terlepas satu angka. Kalau tidak alangkah cantiknya dapat nombor 177771.  Begitulah juga peluang yang datang dalam hidup kita, kalau kita terlewat walaupun hanya sesaat, kita mungkin terlepas peluang tersebut untuk selama-lamanya.

..............................................................................................................................

http://4.bp.blogspot.com/-xxfGde9oyqo/TfsZ4Ida3RI/AAAAAAAABao/H-2cTFn495c/s1600/nuffnang-spidey.jpg


tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat;
lenguh jari membuat entri,
kenapa engkau tersekat-sekat ?


kalau berhajat nak jawab pantun di atas, sila ke sini !