Wednesday, October 31, 2012

WW # 48 : BOLEH PERCAYA KE ?


Tuesday, October 30, 2012

POKOK DAN BUAH DI GUANGZHOU DAN SHENZHEN.

Entri ini adalah sambungan cerita kami dua keluarga pergi berlibur di Guangzhou dan Shenzen, China pada tahun lepas.


Gambar 1: Pakai pass ini bukan dapat diskaun pun bila beli barang.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya tentang kedua-dua bandaraya ini ialah kehijauan dan keindahan lanskapnya. Segala tanaman hidup subur dan dijaga rapi. Lihatlah sendiri kebenaran  apa yang saya katakan itu seperti dalam video di bawah.


Video 1: Pemandangan dari dalam bas yang memperlihatkan kehijauan pokok dan bunga yang dijaga rapi di kiri kanan jalan. Saya harap anda boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh pemandu pelancong kami.

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah selain ditanam pokok-pokok bunga dan pokok hiasan, turut juga ditanam pokok buah-buahan seperti laici dan mangga di kawasan awam. Alangkah eloknya kalau bandaraya kita juga ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya.


Gambar 2: Kelihatan buah mangga berjuntaian dari pokoknya di celah-celah bangunan pencakar langit.



Gambar 3: Sebatang pokok mangga lagi yang sedang berbuah yang sempat saya ambil gambarnya dari dalam kenderaan yang bergerak laju.



Gambar 4: Pokok laici yang berbuah setangkai dua. Tapi tak sempat nak tengok dekat-dekat kerana tak dibenarkan turun dari kenderaan.

 
Gambar 5: Segar dari ladang. Penjual buah laici yang seakan-akan 'mendesak' kita membelinya.


Gambar 6: Dua buah bakul penuh berisi buah. Berat juga tu.  Letih juga mengandarnya. Saya sendiri pun tak larat apalagi kalau mengandar sambil berjalan keliling kota mencari pelanggan. Kesian kat kakak tu.


Gambar 7:  Itik dan ayam sedang sibuk tawar menawar.


Gambar 8: Saya tak tahu apa nama buah ini. Saya pun dah lupa bagaimana rasanya. Yang ini pulak dijual betul-betul di depan pintu hotel kami. Kayu yang terletak atas buah kuning itu adalah dacing yang digunakan untuk menimbang. Lama dah tak jumpa dacing macam tu kat Malaysia.


Gambar 9: Buah manggis pun ada di jual di sini. Rupanya lebih kurang dengan buah manggis di Malaysia tapi harganya jauh lebih mahal. Nampak tak dacing yang digunakan untuk menimbang buah manggis dalam plastik putih tu ?


Gambar 10: Yang ini lagi lebat buahnya. Kita ambil beberapa biji selepas mendapat kebenaran penjaganya untuk di buat sambal semasa makan malamnya bagi menambahkan selera.

video

Video 2: Berebut-berebut membeli buah untuk dibuat bekalan semasa dalam pelayaran menyusuri Sungai Pearl nanti.

 

Gambar 11:  (Selingan) Yang ini bukan kat China tapi kat Ampangan, Seremban berhampiran dengan simpang  ke Jelebu. Saya selalu melalui jalan ini semasa menghantar dan mengambil anak sekolah. 

Kalau dipanjangkan umur dan ada peluang, teringin juga nak pergi lagi .. tak puas shopping!

Monday, October 29, 2012

INI PLIHANNYA.

Dalam entri saya yang bertajuk Apa Plihannya ? ramai yang mencadangkan saya menggunakan perisian  Photoscape untuk mengedit gambar.  Setelah saya memuat turun perisiannya saya pun mencuba mengedit gambar berikut untuk melihat kesesuaiannya dalam usaha untuk menutup aurat gambar-gambar yang akan saya keluarkan. Walau bagaimana pun saya agak kecewa kerana tidak ada satu pun yang sesuai untuk maksud yang saya cari.

 
 

Hasil yang ini saya tak suka kerana habis semua kelabu dengan saya-saya dan latarbelakangnya sekali. 


Dan kalau saya guna paint pulak .. inilah jadinya.

Jadinya kalau ada sesiapa yang tahu cara yang boleh mengaburkan atau menggelapkan bahagian-bahagian tertentu sahaja, tolonglah ajarkan saya.


Terlanjur dah berphotoscape, saya pun mencuba edit gambar Iris iaitu cucu saya. Lihatlah hasilnya seperti di bawah. Sebenaranya kita boleh buat beribu rupa tapi cukuplah setakat 12 dahulu. 



Gambar 1.

 
Gambar 2. 


Gambar 3.


Gambar 4.


Gambar 5.


Gambar 6.


Gambar 7.


Gambar 8.


Gambar 9.



Gambar 10.


Gambar 11.


Gambar 12.

Buat masa ini semua gambar Makngahnya yang menampakkan aurat telah pun saya simpan dalam draf. Kalau ada masa nanti saya edit pelan-pelan dan terbitkan semula. Kalau tak masa atau malas, mungkin akan saya pindahkan ke blog baru yang terbuka kepada mahram saya sahaja tanpa sebarang editan.


Sunday, October 28, 2012

SONYUM SOKOJAP 50: LAIN KALI JANGAN CEPAT SANGAT BANGUN.


 Gambar hiasan ihsan Tuan Tanah.

Dua malam yang lepas, saya menyertai program takbir di rumah seorang kawan di taman ini.

Biasanya selepas habis takbir dan doa, tuan rumah akan bangun memberi ucapan ringkas - berterima kasih kepada yang hadir, meminta maaf dan seterusnya menjemput semua tetamu menikmati hidangan yang ada.

Entah kenapa seorang kawan saya turut bangun semasa tuan rumah bangun untuk memberi ucapan. Tuan rumah pulak memberi ucapan agak panjang kali ini, maka kawan saya itu terkebil-kebil sambil berdiri.  Hendak duduk semula segan agaknya. Kami semua  tersenyum memandang dia. Kesian pun ada.

Kalaulah anda terkena macam itu, apa nak buat ?

...............................................................................................................

 Sub-Entry: Korban.


p/s: pagi ini saya sekeluarga akan ke Gopenghagen Perak dan balik petang atas urusan nak berkeluarga. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik serta dipermudahkan-Nya segala urusan kami.




Thursday, October 25, 2012

MASING-MASING PERBAIKI DIRI SENDIRI.


 Gambar hiasan hasil carian Google.
 
Menurut Allahyarham Prof. Dr. HAMKA, pernah orang bertanya kepada beliau soalan ini ..

"Bagaimana akal memerangi krisis akhlak dalam masyarakat sekarang ini ?".

 Dia menjawab:

 "Adakan satu panitia besar, seluruh orang jadi anggotanya. Dan tiap-tiap seorang hanya diberi tugas satu saja, yaitu memperbaiki dirinya sendiri"

  - m/.s 75, Juzu' 7-8-9 : Tasir al-Azhar oleh Dr. HAMKA.

Dari jawapan Dr. HAMKA itu, saya mendapat kesan bahawa, cara terbaik menangani krisis akhlak sekarang ini adalah dengan meminta setiap orang menilai dan seterusnya memperbaiki diri sendiri. Kalau setiap orang boleh berbuat begitu, pastinya masalah akan selesai dengan sendirinya. Maknanya jangan menanti  peringatan atau teguran orang atau kerajaan baru mahu berubah. (Tapi ada juga yang sudah kena tegur tapi masih tak mahu berubah).

Pendeknya sendiri mahu ingat !


*  akal - cara.
*  panitia - jawatankuasa/pasukan petugas.

........................................................................................................................................

Selamat Hari Raya Aidil Adha. 


Walaupun telah sehabis daya saya berusaha untuk menjaga hati semua orang, namun sebagai manusia biasa, saya pasti tidak dapat memuaskan hati setiap orang. Dengan itu mana-mana hati yang telah tersentuh oleh entri, tulisan, gambar dan komen saya selama ini, maaf jua yang saya pinta.

Wednesday, October 24, 2012

CUBA TEKA YANG MANA SATUKAH SYARIKAT MALAYSIA ?

Yang di bawah inikah ?


 atau yang di bawah ini ?


atau pun yang di bawah ini ?



atau pun mungkin yang di bawah ini ?



.......................................................................................................................

Yang ini sah cucu orang Malaysia.


Gambar di atas menggantikan, gambar Si Pencuri Hati saya yang lama.



Monday, October 22, 2012

APA PILIHANNYA ?



Komen di atas saya terima  lanjutan dari gambar-gambar lama saya, khususnya yang saya muatkan dalam segmen TERKENANG SEMASA DULU 63 - SINGGAH SEMALAM DI ATHENS, OHIO, USA baru-baru ini.

Saya menghormati pandangan Alfa Beta seperti di atas. Saya rasa itu adalah satu teguran yang jujur dan betul yang harus diberi perhatian.
 

Sewaktu gambar-gambar tersebut diambil, pakaian serupa itu adalah pemandangan biasa dan dapat diterima oleh masyarakat. Pada masa itu juga, belum ada kesedaran umum tentang menutup aurat bahkan ustazah yang mengajar saya semasa sekolah rendah pun tidak bertudung, tetapi hanya berselendang di bahu sahaja. Ada juga ustaz yang bermain bola dan sepak takraw dengan hanya memakai seluar pendek sahaja. Mungkin kerana pada masa itu tidak kedengaran kes buang bayi dan gejala sosial yang berleluasa seperti sekarang ini, maka masyarakat lebih toleran tentang aurat ini. 

 

Kebanyakan gambar yang saya masukkan ke dalam segmen Terkenang Semasa Dulu, telah berusia lebih kurang 30 tahun. Kepada saya ia merupakan rakaman sejarah  seperti yang biasa kita lihat di Muzium, Memorial dan juga Arkib.  Atas dasar itulah saya wujudkan segmen tersebut dan memasukkan gambar-gambar berkenaan.

Dan kalau saya mahu menutup aurat Mak Ngahnya atau perempuan lain, maka gambarnya akan jadi seperti di bawah. Saya juga harus menutup bahagian badannya, kerana menampakkan susuk tubuh juga adalah aurat. Kalau saya buat begini kepada gambar tersebut, ia nampak pelik dan menakutkan dan kalau begitu lebih baik tak usah dimasukkan langsung.


Dalam konteks ini, sebenarnya saya ada beberapa pilihan yang boleh saya ambil.

Pilihan Satu. Membuat segmen ini tanpa menyertakan sebarang gambar yang menunjukkan aurat. Entrinya hanya cerita sahaja dan terpulanglah kepada pembaca untuk membayangkannya.

Pilihan Dua. Membuat segmen ini dalam blog khas yang hanya terbuka kepada mahram saya sahaja.

Pilihan Tiga.  Membuat segmen ini dalam bentuk sekarang dan menyuntingnya di mana perlu.

Buat masa ini saya memilih Pilihan Tiga. Dan saya tidak masalah langsung untuk mengambil Pilihan Satu dan Dua kalau ramai yang berpendapat demikian.

Pada masa ini ada banyak lagi draf entri dibawah segmen Terkenang Semasa Dahulu dalam simpanan saya yang banyak menunjukkan aurat terutamanya rambut. Saya mohon pandangan anda semua, pilihan manakah yang terbaik untuk saya ambil ?



Friday, October 19, 2012

UBAN YANG TIDAK SEIA SEKATA.

 

 Gambar 1: Diambil dari blog Kakcik.  Kawan-kawan saya selalu mengusik dengan mengatakan saya tak perlu pakai kopiah putih kalau nak pergi ke surau.

Melihat gambar di atas, saya baru menyedari betapa hebatnya keputihan uban saya kalau dilihat dari belakang. Tetapi ia tumbuh tidak seia sekata kerana ada bahagian lain yang masih hitam lagi terutama di bahagian hadapan. Sebenarnya amat jarang sekali saya berkesempatan diambil gambar dari belakang. Saya cuba cari dalam perpustakaan gambar saya kalau-kalau ada. Nasib saya baik kerana terjumpa dua keping gambar lama. Gambar pertama pada tahun 1981 dan ke dua dipercayai sekitar tahun 2004 dan gambar terbaru dari blog kakcik bertarikh 14 Oktober yang lalu. Betapa jauh bezanya. Ia merupakan peringatan kepada saya bahawa masanya semakin hampir. Itu sebab saya tak mahu celup hitam, bimbang nanti saya lupa diri.

 

 Gambar 2: Duduk di sebelah pilot dalam helikopter dalam penerbangan semasa menjalankan tugas di Sarawak - 1981. Masih 100% hitam.



Gambar 3: Dipercayai  diambil sekitar tahun tahun 2004 di Langkawi. Sudah 50-50.

Bila saya melihat gambar Nombor 1 di atas, tiba-tiba saya dilanda perasaan segan untuk berblog dan berfesbuk dengan adik-adik dan anak-anak semua.  Tapi bila saya tahu saya ada kawan-kawan seusia seperti pemilik blog Luah Fikiran,  Apa Nama, Nukilan misalnya, kuranglah sikit perasaan segan tu. 

Namun begitu saya suka akan peringatan di bawah, yang sering saya dengar dalam ceramah-ceramah ugama iaitu:

Tanda-tanda orang yang telah menghampiri lubang kubur ialah apabila:

 ubannya sudah berterabur,
giginya sudah mula gugur,
kulitnya sudah mula kendur,
matanya sudah mula kabur,
kudratnya sudah mula luntur.

fikirannya pun kengkadang blur (ini saya tambah).


... dan saya telah pun mempunyai semua tanda-tanda itu.



p/s: bila baca entri anak saya ini, saya berdoa dipanjangkan umur agar dapat melihat cucu saya yang ini berjalan, bersekolah, berkahwin dan seterusnya memberi cicit kepada saya. Mudah-mudahan sempat.

Thursday, October 18, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 63 - SINGGAH SEMALAM DI ATHENS, OHIO, USA.


Cerita ini adalah sambungan dari cerita  ini. Masa balik dari Bloomington, saya singgah bermalam di rumah kenalan saya yang sedang melanjutkan pelajarannnya di peringkat sarjana di Ohio University. 

 

Gambar 1. Kelihatan rumput di tengah jalan yang tak berjaga. Tetapi pembahagi jalan di sini memang lebar .. boleh mendaratkan helikopter bila ada kemalangan atau kecemasan. Bergambar dengan bekas ratu Malaysia Makngahnya.


Gambar 2: Saya bermalam di apartment kawan saya  (yang pakai baju t belang-belang tu) yang sedang menuntut ilmu di sini. Dia pernah jadi Setiauasaha Kerajaan Negeri Sembilan tapi sekarang sudah bersara. Sampai sekarang pun kita masih berhubung dan berjumpa sekali sekala terutamanya bila ada kenduri kendara atau majlis tertentu.

 

Gambar 3: Makngahnya dengan isteri pelajar kawan saya tersebut yang mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikuti suami. Ada sesiapa yang mengenali dia?


Gambar 4: Bergambar dengan anak kawan saya di depan universiti. Budak ini pun sekarang  sudah menjadi suami orang.


Gambar 5:  Pada malamnya saya sempat juga membuat perjumpaan ramah mesra dengan sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di sini.



Gambar 6: Sila tumpukan perhatian kepada nasi impit yang ada di atas meja yang dibekalkan oleh kawan saya tersebut. Itulah nasi impit yang paling sedap pernah saya makan ... sebab tak ada benda lain nak makan dan perut pun tengah lapar.



Gambar 7:  Terlupa nak bawa pancing .. kalau bawa, bolehlah memancing dan ikannya boleh dimakan dengan nasi impit.



Gambar 8: Meluruskan kaki selepas kekenyangan dan keletihan. 


Gambar 9: Saya baru perasan baju batik yang saya pakai itu telah saya pakai sejak jumpa pelajar malam tadi, tak tukar-tukar kerana saya ingin mempopularkannya di sini.




Gambar 10: Kunjungan balas kawan saya dari Athens, Ohio ke rumah sewa saya di McLean, Viriginia.

 

Gambar 11:  Makngahnya membawa isteri kawan saya ke sini untuk sesi bergambar.  Sungai di belakang tu banyak ikan.


Gambar 12: Sebuah mug sebagai kenang-kenangan. Mug ini pun dah berkeladak sebab terlalu lama tersimpan tanpa pernah digunakan atau dibersihkan sebab takut pecah ... alasan !


Ini adalah episod ke 63, segmen Terkenang Semasa Dulu. Mungkin ramai yang dah jemu dan agaknya ada yang bertanya 'bila nak habis ?  Saya pernah katakan dulu, segmen ini selain berkongsi dengan pembaca, ia juga merupakan rakaman perjalanan hidup saya berdasarkan saki baki ingatan saya untuk tatapan anak cucu saya sebelum ia terpadam sepenuhnya. Dan dengan itu segmen ini akan saya teruskan selagi ada cerita nak diceritakan. Lagipun peristiwa hari ini akan menjadi kenangan masa lalu di tahun-tahun mendatang. Kan ?