Friday, November 30, 2012

AKU KELIRU 29 : CAKAP SIAPA NAK PAKAI ?



Hari ini ada pemilihan ketua kampung di Kampung Mangga Sebatang, setelah tamatnya tempoh ketua kampung sedia ada memegang jawatan selama 5 tahun.  Ada seorang calon menawarkan diri untuk mencabar penyandang jawatan sedia ada. 

Maka diadakan debat terbuka di hadapan orang-orang kampung sebelum undian secara angkat tangan dimulakan. Pengerusi majlis meminta calon-calon memberi ucapan. Mula-mula pencabar dijemput untuk membentangkan hujahnya.

Pencabar:  " Terima kasih tuan pengerusi majlis. Bla bla bla bla bla .... Akhirnya saya inign membuat kesimpulan bahawa semua penduduk kampung nyatalah sudah jemu dengan corak pentadbiran sedia ada dan inginkan kepimpinan  yang dinamik untuk membawa kampung kita setanding dengan kampung-kampung di negara maju "

Kemudian Pengerusi mempersilakan penyandang membalas hujjah pencabar.

Penyandang. " Terima kasih tuan pengerusi majlis. Bla bla bla bla bla ... Sebagai kesimpulannya, saya dapat merasakan bahawa semua penduduk kampung ingin kepimpinan saya dikekalkan demi menjamin kestabilan yang telah kecapi selama ini untuk membawa kampung kita setanding dengan kampung-kampung di negara maju "
.


Kalau anda salah seorang penduduk Kampung Mangga Sebatang, siapakah agaknya yang anda akan pilih ?

....................................................................................................................

Berita Terkini.




Thursday, November 29, 2012

BARANG YANG LEPAS TETAP TERKENANG.

Lepas seorang-seorang rakan blog yang saya ikut blog mereka atau mereka ikut blog saya berhenti berblog atau menghilangkan diri tanpa pamitan.

Saya ternanti-nanti juga komen dan entri mereka kerana selama ini kita sudah tertarik dan terbiasa dengan gaya penulisan dalam entri dan komen-komen mereka. Tambahan pula ada di antara mereka yang tidak pernah gagal berkunjung setiap kali kita pos entri baru dan juga memberikan komen mereka yang sering mengusik, nakal dan penuh pengertian.

Apabila mereka berhenti membuat entri baru atau berhenti mengomen, kita tetap terasa. Walaupun rakan baru datang silih berganti, namun rakan lama susah untuk dilupakan begitu sahaja. Saya percaya sahabat-sahabat blog yang baru tidak bekecil hati dengan entri saya ini.

Antara rakan blog yang telah telah lama menghilangkan diri ialah:

Mamamin.
Ku Tak Sempurna.
Sharamli.

Semoga anda semua beroleh kejayaan dan sentiasa berbahagia dalam apa juga lapangan yang diceburi pada masa ini.



 TAMMAT.

Wednesday, November 28, 2012

WW # 52: KASUT CAM NI KE KASUT CAM TU ?

Tuesday, November 27, 2012

BILA DATO' TURUN PADANG.


 Gambar hiasan hasil carian Google.


Tak kiralah Dato' tu menteri atau ketua jabatan. Bila mereka nak turun ke  daerah atau istilah popularnya 'turun padang', maka bermulalah episod kelam-kabut dan sesak nafas anggota agensi di peringkat daerah yang akan menerima kunjungan Dato' tersebut. Lebih-lebih lagi kalau kunjungan itu di buat dalam waktu terdekat.

Mesyuarat tergempar akan di panggil. Mula-mula lantik Jawatankuasa. Ada Jawatankuasa Sambutan, ada Jawatankuasa Persiapan, ada Jawatankuasa Persembahan, ada Jawatankuasa Jamuan, ada Jawatankuasa Hadiah, ada Jawatankuasa Keselamatan. 

Cari ustaz nak baca doa. Cari bomoh hujan nak alihkan hujan.


Jawatankuasa Sambutan, sibuk memilih siapa yang patut dijemput.

Jawatankuasa Jamuan, sibuk mencari maklumat apa makanan kegemaran Dato'.


Jawatankuasa Persembahan, sibuk mencari apa lagu kegemaran Dato'.

Jawatankuasa Hadiah, sibuk mencari apa hadiah yang sesuai dengan Dato'.

Dato' datang bukannya apa sangat, cuma nak tengok tapak yang dicadangkan untuk buat court main takraw. Peruntukan sebanyak RM5 ribu telah pun diluluskan


Setelah Dato' melihat tapak, dia tidak bersetuju  dan membuat keputusan memindahkan peruntukan yang ada itu ke tempat lain.



Monday, November 26, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 65: TERKUNCI DI LUAR RUMAH DI NEGARA ORANG.

  
Isteri saya dengan anak sulungnya di depan rumah sewa kami yang menjadi subjek entri ini. Sebenarnya rumah ini ada 3 aras. Aras paling bawah berada di dalam tanah. Saya jadikannya stor dan juga tempat mendobi dan menyidai pakaian.


Peristiwa ini berlaku saya agak dalam tahun 1982. Masa itu saya baru saja menyewa rumah di McLean, Virginia USA. Rumahnya taklah besar sangat tapi kawasannya cukup luas terutamanya di sebelah belakang. Jenuh jugalah memotong rumput semasa musim panas dan menyapu daun  semasa musim luruh.



Saya nak tunjuk betapa luasnya kawasan belakang rumah saya. Sila abaikan gambar anak  saya yang bermain seorang diri yang kelihatannya tak berani nak turun.


Satu petang saya dan isteri terkunci di luar rumah. Saya dah lupa kenapa. Yang pastinya kunci rumah tertinggal di dalam rumah.

Saya pun berlegar-legar di luar rumah, manalah tahu kalau ada tingkap yang tak berkunci yang boleh saya masuk ke dalam melaluinya. Setelah berkeliling beberapa kali, dan tidak berjumpa cara boleh masuk, saya pun ke rumah kawan saya selang 4-5 buah rumah dari rumah saya menelefon tukang kunci. Masa itu henfon belum dicipta lagi. 

Kemudian saya balik semula ke rumah saya menunggu tukang kunci sampai. Tak lama lepas itu saya didatangi oleh polis untuk menyiasat siapa saya dan apa saya sedang buat di situ. Saya percaya tentu jiran saya yang melihat kelakuan saya yang mencurigakan telah menelefon polis. Maklumlah saya baru menyewa dan mereka belum begitu kenal dengan saya. Lagi pun rupa saya pada masa itu memang ada iras penyangak sedikit. Susah juga saya nak bagi percaya kepada polis itu.

Tak lama kemudian tukang kunci pun sampai dan dalam masa tak sampai seminit dia telah berjaya membuka pintu rumah saya. Kemudian saya jemput polis masuk dan tunjukkan bil air dan api dan juga lesen memandu saya. Setelah polis itu berpuas hati memang saya yang tinggal di situ dia pun beredar. 

Dan setelah saya membayar upah membuka pintu kepada tukang kunci, dia pun turut beredar.

Pengajarannya.

1. Sebagai jiran kita harus mengambil berat keselamatan jiran kita dan  jika terlihat ada karektor yang mencurigakan, cepat-cepatlah menghubungi bomba pihak berkuasa.

2. Jangan tinggalkan kunci rumah di dalam rumah kalau hendak keluar rumah sebab nanti bila balik tak dapat masuk rumah.


Saturday, November 24, 2012

SONYUM SOKOJAP 51 : BANDUAN SENGAL.




apesal lu masuk sini ?

curi .. !

curi apa ?

curi motor ..

motor apa ?

motorola !

henfon ?

bukan .. !

habis  ?

kilang !

@#$%^&*

.

Wednesday, November 21, 2012

WW # 51: KITE-KITE AJE - VERSI TUAN RUMAH.


 













Cerita hati saya pula ada di sini.

Saturday, November 17, 2012

LANGKAH-LANGKAH MENURUNKAN BERAT BADAN.

Sekurang-kurangnya ada 5 langkah, iaitu:

1. Sedar diri berlebihan berat badan dan kita tidak menyukainya. Kalau kita tak sedar atau pun sedar tapi suka berat badan kita macam itu, tak ada masalah. 

2.  Mencari dan membeli buku untuk mendapatkan petua nak turunkan berat badan.

3.  Baca buku itu. Kalau disimpan sahaja tanpa di baca, tak ada maknanya.

4.  Ikut apa yang buku itu ajarkan. Jangan memandai-mandai buat A kalau buku suruh buat B.

5. Teruskan buat hingga sampai kepada berat badan yang diinginkan.  Kalau hanya buat sekali, baik tak payah.


...............................................................................................

Sub-Entry: Iris Menunjukkan Cara Mudah Menurunkan Berat Badan. 

 
.

Thursday, November 15, 2012

BUKAN SUSAH NAK JATUH JADI KAFIR

"Apabila ada keyakinan bahawa ada ajaran lain untuk mengatur masyarakat yang lebih baik dari Islam, kafirlah orangnya, walaupun dia masih sembahyang"  Prof. Dr. HAMKA.


Maka marilah kita semua berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam perangkap musuh-musuh kita yang sentiasa menjalankan tipu helah mereka. 

Elok juga baca entri ini sebagai pendahuluannya.


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1434 HIJRAH.


Wednesday, November 14, 2012

WW # 50: WAJAH MU DI MANA-MANA, SERING KU TEMUI ..


.



Monday, November 12, 2012

RISIKO BERFACEBOOK KEPADA BLOGGER..

Mereka yang ada blog dan juga ada akaun facebuk, mungkin berisiko:

1. Blog tidak lagi aktif atau terbiar sepi.

2. Jarang atau tidak lagi menjawab komen.

3. Jarang atau tidak membuat 'blogwalking' atau membuat lawatan balas.

Berfesbuk lebih-lebih lagi dalam grup berbanding berblog ada kelebihannya. Antaranya:

1. Kita tidak perlu pergi ke laman pemiliknya kerana kita boleh ambil bahagian terus dalam ruangan komen. Ini sangat menjimatkan masa.

2.  Ia lebih meriah kerana kalau kena masanya, rasa macam duduk sembang ramai-ramai, walaupun tidak berada secara fizikal pada satu tempat.

3. Perhatian kita boleh ditarik atau kita boleh menarik perhatian orang lain dengan mudah untuk turut memberi respon dalam satu-satu isu tertentu.

Pada masa ini saya banyak menyertai grup dan dengan itu terpaksa mengurangkan berblog kerana masa sudah banyak tertumpu kesitu.  Sekarang saya sedang kemaruk berfesbuk dalam dua grup ini iaitu grup "Kite-Kite Aje" sebagai ahli dan dalam grup  "Warga Lavender Heights" sebagai pemilik dan sekaligus menjadi adminnya.  Dalam grup lain yang saya sertai, kurang sikit saya ambil bahagian.


  
Grup "Warga Lavender Heights" di mana saya jadi admin seorang diri yang kini sudah ada 150 orang ahli yang terdiri dari penduduk di Lavender Heights.



Grup "Kite-Kite Aje" yang cukup rancak dan meriah. Sebagai contoh, lihat komen kepada update saya sudah 135 setakat ini.

Namun begitu saya tidak akan meninggalkan terus blog kerana ia  memberi kelebihan untuk mempersembahkan idea, saranan dan isi hati dengan lebih komprehensif lagi. 

Buat sementara waktu ini, kalau ada masa dan tak ada apa nak buat, jemputlah melihat entri-entri lama saya.  Saya pilih 8 daripadanya yang saya rasa menarik hati saya.









Thursday, November 8, 2012

SIAPAKAH ORANG YANG PALING BAHAGIA ?

Ulang soalan. Siapakah orang yang paling bahagia ?

orang yang banyak duitkah ?
orang yang tinggi pangkatkah ?
orang yang banyak peminatkah ?
orang yang banyak gelarankah ?

atau

orang yang dapat buat apa yang dia nak buat dan tak payah buat apa yang dia tak mahu buatkah?

Mengikut Maslow manusia mempunyai lima peringkat keinginan atau 'hierchy of needs" seperti diringkaskan di bawah. 



Lima keinginan itu adalah

Peringkat 1: keinginan asas (physiological)

Peringkat 2: keinginan keselamatan (safety), 

Peringkat 3: keinginan sosial (love/belonging),

Peringkat 4: keinginan kepada mempertahankan harga diri (self-esteem).  

Peringkat 5: keinginan untuk menjadi diri sendiri (self-actualization) atau mencapai sepenuhnya potensi diri.


Saya belajar perkara ini pada tahun 1975 dan sehubungan dengan itu kalau tak berapa tepat huraiannya harap maaf dan sila tepatkan !

Maksud Maslow, manusia akan berusaha memenuhi keinginan paling bawah  terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keinginan peringkat seterusnya. Misalnya mereka perlu memenuhi Keperluasan Asas (Peringkat 1) terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk memenuhi Keperluan Keselamatan (Peringkat 2). Itu sebab kadang-kadang kita dapati ada orang sanggup menggadai nyawa seperti mencuci tingkap di bangunan pencakar langit demi  untuk mencari sesuap nasi. 

Kemudiannya setelah merasa selamat, manusia akan berusaha pula untuk memenuhi keperluan sosialnya iaitu keinginan untuk bercampur gaul dan bermasyakat. Begitulah seterusnya sehingga manusia mencapai keinginan paling atas iaitu keinginan untuk menjadi diri sendiri.

Saya sendiri rasanya tak mungkin dapat mencapai sepenuhnya tingkatan 'self-actualization'  kerana masih lagi terpaksa buat apa yang saya tak suka buat .. misalnya pergi ke pasar tani pada hari Selasa kat Ampangan, seperti yang diarahkan diminta oleh Makngahnya.  

 
   
Saya sedang memenuhi keinginan Peringkat 3.


Anda pula berada di peringkat mana sekarang ?

.

Wednesday, November 7, 2012

WW # 49: SAYA TIDAK SELESA MELIHAT KAMAR INI..


TERKENANG SEMASA DULU 64 : GILA BERMAIN SALJI 2

Malam kelmarin saya melihat berita mengenai salji yang sudah mula turun dengan lebatnya di utara negeri China. Ini menyebabkan saya terkenangkan kisah-kisah dulu - langsung saya berusaha mencari gambar-gambar lama saya dan keluarga bermain salji  bagi menyambung entri ini.

Gambar 11 hingga 23 adalah gambar-gambar semasa saya bekerja di USA dari tahun 1981 hingga 1984. 


Gambar 11. Macam orang tidak berumah (homeless)


Gambar 12. Membawa anak sulung yang teringin nak bermain salji.



Gambar 13: Cantik tak tudung Makngahnya ?




Gambar 14. Masih di zaman seluar "bell bottom"


Gambar 15: Tempat yang sama dengan gambar di atas, musim yang berlainan.


 Gambar 16: Sila fokus kepada salji kat luar tingkap. Sekali pandang macam gambar yang tergantung kat dinding.


Gambar 17. Gambar tipu .. saya lipatkan lulut saya. hehe !


Gambar 18. Rasanya dah pernah tunjuk sebelum ini ..


Gambar 19. Di Western Michigan Universitu,  Kalamazoo. Ramai pelajar Malaysia di sini.


Gambar 20. Pergi menghantar plastik berisi sampah ke tepi jalan seperti diarahkan..



Gambar 21: Bergotong royong menolak kereta kawan yang terlekat. Di musim sejuk biasanya mereka yang ada lebih dari satu kereta, akan bawa kereta paling buruk ke pejabat.


Gambar 22: Jalan 24, Washington D.C, jalan tempat saya cari makan.


Gambar 23: Ini kali saya terakhir saya bermain salji di puncak Gunung Titlis setinggi 10 ribu kaki - tahun 2007.

Walaupun nampaknya indah dalam gambar, tapi bagi yang biasa tinggal lama di sana, Tuhan sahaja yang tahu betapa sejuknya dan sulitnya untuk ke sana ke mari dan kalau boleh segeralah berakhir musim sejuk.


Tuesday, November 6, 2012

AKU KELIRU 28: BETULKAH MALAYSIA KE - 10 PALING MESRA DI DUNIA.


Malaysia merupakan negara yang ke sepuluh "friendliest" dalam dunia, menurut Forbes Online

Saya rasa semua orang tahu makna 'friendliest' tu. Lawannya mungkin boleh saya katakan tidak mesra, kasar, biadap, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri, tidak berdisiplin, dan lain-lain sifat jelik yang seumpamanya. Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana menjadi negara 'friendliest' yang ke sepuluh di dunia. Hebat tu !

Namun saya ada banyak gambar dan cerita yang ingin ditunjukkan tentang sikap  orang  kita yang sebaliknya seperti di bawah. Ini baru sebahagian.


Motosikal diletakkan sesuka hati di kaki lima tempat orang lalu lalang.


Lihatlah bagaiman kereta Waja itu di parkir !


Saya tak pernah jumpa di negara lain ada arahan atau rayuan sebegini.


Punggah bang .. ini rezeki ! Entri ini berkaitan.


Kutip jangan tak kutip .. tak elok membazir. Entri ini juga berkaitan.


"Top ten rude Malaysian habits" .. entri ini berkaitan.


 Lihatlah cara orang kita membuan sampah, meletak kereta dan memberhentikan kereta di garisan kuning. Entri ini juga berkaitan.


Kalau begitu halnya, macamana pula Malaysia boleh berada di tangga ke 10 di kalangan negara-negara yang friendliest di dunia ini. Aku keliru !