Friday, August 29, 2014

ADAKAH SUAMI ANDA SEORANG YANG EGOISTIK ?




Sepasang suami isteri sedang berjalan di tepi sawah yang padinya sedang masak menguning. Tetiba mereka melihat padi bergerak-gerak dengan kuatnya tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Isteri pun bertanya kepada suaminya.

"apa tu bang ?"

"kerbau". Jawab suaminya sepatah..

"saya ingat burunglah". Balas isterinya.

"kalau burung takkan kuat sangat goyangnya". Suaminya meninggikan suara.

"pasal burung banyaklah". Hujjah isterinya.

"aku kata kerbau, kerbaulah". Bentak suaminya.

Kemudian isterinya mencadangakan supaya suaminya membalingkan kayu ke arah kawasan padi yang bergoyang-goyang itu. Lalu si suami pun membalingkan kayu yang dijumpainya ke arah padi tersebut. Apa lagi  berterbangan sekawan burung ke ruang udara. Melihat itu isterinya segera berkata dengan nada sedikit girang,

"kan saya dah kata burung".

"aku nampak macam kerbau je". Balas suaminnya sambil meneruskan perjalanan dengan muka yang masam.




Wednesday, August 27, 2014

WW # 109: JANGAN MARAH NURSALAMAH YA !


Saturday, August 23, 2014

LIHATLAH KEPANDAIAN DIA ORANG MENGEDIT GAMBAR.

Saya percaya anda macam saya juga, sering bertemu dengan gambar-gambar yang diedit. Berikut adalah antara gambar yang pernah saya bertemu yang mencuit dan menarik hati saya.


Gambar 1: Demam bola Piala Dunia turut mempengaruhi mereka yang suka dan pandai mengedit gamabart untuk tujuan berjenaka atau suka-suka.


Gambar 2: KJ macam releks je !


Gambar 3: Ini dihantar oleh rakan wasap pemancing saya.


Gambar 4: Yang ini saya paling suka .. bijak sungguh dia orang ni memilih gambar DSAI untuk disesuaikan dengan gambar PM kita dengan Obama. 


Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar seumpamanya. Bagi saya, kalau mengedit untuk suka-suka bolehlah juga saya terima. Tapi kalau mengedit dengan tujuan untuk mempersenda atau memfitnah orang, saya tidak setuju.

Sunday, August 17, 2014

AKTIVITI ORANG PENCEN DI KAMPUNG MERTUANYA.

Saya  memenuhi masa lapang saya dengan bercucuk tanam dan memelihara ikan. Saya mengaku tidak ada asas ilmu pertanian. Semuanya main cuba-cuba berdasarkan komensen. Alhamdulillah hasilnya adalah sangat memberangsangkan. Di samping itu badan pun bertambah sihat dan sayur-sayuran segar petik sendiri dan yang lebih seronoknya dapat pula memberi jiran keliling-kelalang sayuran hasil tanaman sendiri kerana tak habis makan.

Ada cerita lanjut di bawah setiap gambar di bawah ini. Sudikan baca. Kalau tidak, penat sahaja saya ambil gambar, muatnaik dan buat cerita tentangnya.


Gambar 1:  Ini anak pokok rebung madu .. ke anak buluh madu ? Baru seminggu saya tanam. Insyaallah 2-3 bulan lagi kata tuan yang menjual benihnya sudah boleh dipungut hasilnya. Selama ini saya beli atau orang beri sahaja. Rebung ini berbeza dengan rebung di Negeri Sembilan dan saya sudah mula gemar memakannya. Nak tengok rupa gulai rebung madu, silalah baca sampai habis entri ini.


Gambar 2: Ini pokok dan buah Bendi. Saya cuma tanam 10 pokok sahaja. Tapi ia tak berhenti berbuah sampai tak larat nak makan. Hari-hari saya petik kerana dia cepat membesar. Kalau lambat dia jadi tua dah tak laku sedap makan.



Gambar 3: Saya beli benih anak ikan tilapia ni dengan harga cuma 10 sen seekor. Mereka pun cepat besar dan kuat makan. Sungguh seronok tengok dia orang makan. Pijak je tebing kolam, mereka dah bersedia untuk menerima habuan. Buat masa ini ikan-ikan tersebut masih belum boleh dibuat lauk kerana masih belum akil baligh. Rasa tenteram di jiwa bila melihat depa berenang-renang. Macam satu terapi pulak.


Gambar 4: Terung telunjuk. Benihnya saya bawa dari Seremban. Yang ini kalau berbuah pasti tak habis makan. Semasa saya di Seremban saya ada tanam di belakang rumah sebanyak 3 pokok sahaja. Kadang-kadang adik saya dari kampung pun bila datang ke rumah saya ambil bawa balik.


Gambar 5: Buah harum manis sebiji ni sesat agaknya sebab sekarang bukan musimnya. Jiran saya pun hairan macaman dia boleh berbuah sebab baru sahaja di tanam. Tapi itu adalah kuasa dan kehendak Allah yang boleh buat apa sahaja yang tidak terfikir oleh kita.


Gambar 6: Saya juga ada menanam betik/papaya lebih kurang 50 pokok. Kelihtan kebun saya agak semak sikit sebab bulan puasa dulu saya bercuti kejap dari meracun dan mencangkul.

  
Gambar 7. Ini salah sebatang pokok harum manis yang saya tanam. Ada pun tujuan saya tunjuk gambar ini ialah betapa cepatnya dia membesar. Setiap kali tunas baru keluar, panjangnya melebihi satu kaki. Sekarang ada yang sudah lebih tinggi dari saya dan saya tidaklah tergolong dalam orang yang rendah.


Gambar 8: Pokok petola (kotolo kata orang N9) juga cukup rajin berbuah. Saya cuma tanam 3 pokok sahaja. Semua jiran sudah merasa bahkan besan saya kat Gopeng pun sudah saya kirimka melalui anak saya. 


Gambar 9: Turut saya tanam ialah beberapa batang pokok pisang berangan. Mulai sekarang saya dah mula berangan-angan nak buat apa dengan buah pisang itu nanti.

Entri mengenai aktiviti orang pencen sebelum ini ada di sini dan di sini. Kok nak nengoklah .. hehe.

Berikut adalah gambar rebung madu yang telah siap dimasak dengan daging:


Gambar hiasan hasil carian Google.


Friday, August 15, 2014

HARI INI ADALAH HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYA.

Pada hari ini dan bulan ni di tahun 1980, saya telah mendirikan rumahtangga atas dasar suka sama suka orang lain tak boleh kata apa dengan Makngahnya.  Dengan itu hari ini diam tak diam, genaplah 34 tahun usia perkahwinan kami. Rasa macam baru je 30 tahun kami berumahtangga. Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kami masih lagi dapat menikmati keindahan kehidupan berumah tangga hingga ke hari ini.

Entri kali ini saya nak kemaskini dua perkara sahaja kerana sejarah rumahtangga kami sudah ceritakan di sini dahulu.

1. Kini kami dah berpindah tinggal di Perlis.

2. Kami dapat seorang lagi tambahan cucu perempuan pada bulan Mei lepas.
 

Edisi terbaru cucu saya berada di tengah-tengah.

Saya mohon doa tuan/puan agar rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa. Amin. Terima kasih.


Wednesday, August 13, 2014

WW # 108: TERKENANG SEMASA DULU - LAUT MATI.







 


Monday, August 11, 2014

HURUF APA YANG ORANG PERLIS SELALU DOK SEBUT ?




Setelah lebih 4 bulan saya tinggal di Perlis, saya dapati satu huruf yang paling kerap digunakan oleh orang Perlis ialah huruf 'p'

Contoh perbualan dua orang sahabat selepas sembahyang Zohor di surau ..

"Hang p dah rumah Karim ?"

"Dah .. aku p sebelum Zohor tadi lagi. Hang p dah ?"

"Aku tak p lagi .. cadang nak p lah ni. Jom p sekali lagi .."

"Uish ..takkan aku nak p dua kali pulak .."

"Hahaha .. aku melawak je .. aku nak p dah ni"

"P jangan tak p. Aku rasa geng kita pun ramai yang p lepas Zohor ada kat sana la ni .."

"o.k  .. aku p dulu naa !"


Friday, August 8, 2014

APA BEZA PULAU DENGAN SERANG ?



  Gambar hiasan hasil carian Google.


Secara ringkasnya, mengikut DBP makna pulau ada dua:

" 1. kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai. 2.  memisahkan dr yg lain; mengasingkan, tidak mempedulikan, memboikot ... "

Saya ambil makna yang kedua iaitu memisahkan dari yang lain, mengasingkan, tidak mempedulikan atau memboikot. 

Kalau kita tidak mempedulikan atau  memulaukan seseorang, apa selalunya kita buat ? Kita menjauhi dia, tidak bercakap malah senyum pun tidak.

Tapi kalau kita pergi rumah dia, cakap macam-macam kat dia, itu namanya serang dan bukannya pulau atau boikot. Betul tak ? Atau saya yang jahil.


Ini kesan pulau ke ?


Tuesday, August 5, 2014

JIKA MALAYSIA DISERANG.

Saya menerima tulisan berikut dari seorang rakan melalui Wasap. Saya telah pun membuat satu status di fesbuk. Memandangkan bukan semua rakan blog saya ada fesbuk atau berkawan dengan saya di fesbuk, maka saya buat keputusan untuk kopipes sepenuhnya di sini memandangkan senario yang dibentangkan oleh penulis sangat realistik serta menggerunkan dan wajar dibaca dan direnungkan oleh semua orang. Kalaulah ia benar-benar terjadi, kita tiada ada daya upaya untuk menangkisnya KECUALI dengan pertolongan Allah SWT.

Oleh itu sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar Dia menjauhkan apa yang dibayangkan penulis ini dari terjadi kepada negara kita kerana sesungguhnya kita amat lemah dari segi kelengkapan dan juga semangat untuk melawannya.

Saya persilakan kalau ada sesiapa yang mahu mengongsikannya dengan membuat link ke entri ini. Terima kasih.

 ........................................................................................................


*Jika Malaysia diserang*
*Tarikh : *Friday, January 23 @ 23:00:00 MYT
*Topik : *Fikir Sejenak

Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

Tak mustahil benda ni akan berlaku kepada negara kita..isreal sdh mula menuding jari kpd kita..amerika sdh attack kita dgn kes MH370 & MH17..Renung-renunglah





Saturday, August 2, 2014

TUKANG JAHIT DAN PERJUANGAN ISLAM.

Sepanjang berblog ini macam-macam komen pernah saya terima. Ada yang membuatkan saya tertawa dan ada juga yang menyesakkan dada.

Saya ingin memberikan dua contoh. Jemputlah baca komennya dan jawapan saya.


Contoh 1.



Pengomen di atas menyangka saya betul-betul seorang tukang jahit topi. Dia minta saya hubungi dia yang menurutnya akan membuka bisnis membuat topi dan inginkan pertolongan saya.

 Contoh 2.



Sungguh berkobar-kobar nampaknya penulis ini memberikan komennya. Pada mulanya saya bercadang nak buat entri khas untuk menjawabnya tapi selepas fikir 2,3,4 kali, saya rasa malas kerana saya yakin apa juga yang akan saya tulis nanti, pasti tidak akan mengubah pendirian dia.