Friday, May 29, 2015

BAHASA MELAYAU TIDAK PELIK # 6: BERULANG-ULANG.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Dalam bahasa Melayu memang banyak kata berganda. Contohnya bukit-bukau, lintang-pukang, kusut-masai dan seterusnya.

Namun kadang-kadang kita bertemu dengan perkataan berganda yang sama maknanya seperti contoh di bawah.

Hilang-lenyap

Hilang dan lenyap bukankah sama maknanya ?

Hasad-dengki

Hasad tu dari bahasa Arab. Maknanya samalah dengan dengki.

Kering-kontang


Kalau dah kontang, mesti kering.

Senyap-sunyi 

Ada ke sunyi yang tak senyap ?

Sunyi-sepi.
 
Ada ke sepi yang tak sunyi ?



Sekali pandang perkataan berganda itu macam pelik dan membazir, tapi itulah dia bahasa kita. Perkataan kedua itu adalah untuk memberi penekanan dan kesan yang lebih kepada perkataan pertama. Dengan kata lain ia bermaksud sangat.  Cuma yang tahu sahaja yang dapat menghargainya dan menggunakannya pada tempat yang betul dan sesuai.




Wednesday, May 27, 2015

PENGALAMAN SAYA BERVISA SELAMA 30 TAHUN.


Saya mula mengguna kad kredit Visa sejak tahun 1985 dengan Maybank. Tahun ini genaplah 30 tahun saya menggunakan kad tersebut untuk urusan jual beli. Silap. Beli sahaja. Jual tak ada.


Gambar 1: Kad yang sedang berkuat kuasa yang telah banyak memudahkan urusan saya.

Kalau nak kira sebenarnya, saya telah lebih 30 tahun menggunakan kad kredit iaitu mulai tahun 1982. Kad kredit pertama saya ialah American Express dari Riggs National Bank, Washington D.C.  Saya masih lagi menyimpan kad tersebut sebagai kenang-kenangan kerana kalau nak guna dah tak boleh lagi sekarang ini. Herannya di Amerika pada masa itu, kad American Express ini kurang popular di gedung beli belah berbanding kad Visa. 


  Gambar 2: Inilah kad kredit pertama saya dengan had kredit cuma USD2 ribu sahaja sebulan. Saya malu bila tengok pak duta saya gunakan kad American Express yang biasa sahaja bukan kad emas macam saya.



  Gambar 3: Kelihatan Mak Ngah dan anak-anak sedang membeli ikan. Masa kami di USA dulu, kita boleh beli ikan kat pasar menggunakan kad kredit. Di Malaysia pun boleh juga sekarang ini kat Tesco dan Giant.
(Gambar kitar semula)

Ada orang tanya saya apa faedahnya guna kad kredit ini. Bagi saya sangat banyak faedahnya. Antaranya:

1. Kita tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah atau melancong. Itu lebih selamat dan mudah.

2. Memudah urusan. Contohnya nak isi petrol. Tak perlulah kita beratur masa nak bayar dan sekali lagi nak ambil duit bakinya (kalau ada).


3. Kalau terserempak atau berpeluang untuk membeli barang idaman kita yang ada diskaun 75%, kita tak perlu risau kalau tak ada duit tunai.

Namun begitu, saya meletakan syarat yang sangat ketat kepada diri saya dalam menggunakan kad kredit ini, iaitu:

"Saya hanya beli bila saya tahu saya boleh bayar sepenuhnya bila bil datang"


Maknanya selama ini Visa kempunan untuk dapat untung dari denda 'lewat bayar' atau faedah dari saya. Amaun yang paling banyak yang saya pernah gunakan untuk beli satu barang, kalau tidak silap saya bernilai lebih kurang RM21 ribu. Bila terima bil, saya jelaskan semuanya sekaligus sebelum tamat tempoh yang dibenarkan. Bukannya saya banyak duit, tapi saya sudah mengumpul duit beberapa bulan sebelum itu untuk membeli barang tersebut.



Monday, May 25, 2015

PENGALAMAN MAKAN ROTI CANAI DAN SERVIS KERETA.

Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini.


Gambar hiasan hasil carian Google.
 

Kisah 1: Makan roti canai.

Sebetulnya saya sudah lama tak makan roti canai di gerai ini sejak menetap di Perlis. Kira-kira 6 bulan lamanya. Ia merupakan gerai roti canai kegemaran saya kerana di samping rotinya yang lembut dan sedap, taukehnya yang juga merangkap penebar roti canai adalah sangat ramah tamah orangnya.


Bila menghampiri gerai tersebut, saya perhatikan gerainya sudah dibesarkan untuk menampung lebih ramai pelanggan. Boleh katakan semua meja sudah berorang. Kenderaan juga banyak berderet diletakkan di kiri kanan jalan.

Pagi itu macam sebelum ini saya terus order dengan taukehnya yang kami telah saling kenal mengenali sebelum ini, tapi dia jawab.

"Abang duduk dulu, nanti budak saya datang ambil order ...".  Dari riak air mukanya, jelas terbayang dia tidak gemar akan perbuatan saya itu.


Selepas makan dan bayar, saya terus belah tanpa menoleh kepada taukehnya dan saya rasa roti canainya tidaklah sesedap dulu lagi. Taukehnya pun tidak mengucapkan terima kasih kepada saya seperti sebelumnya.

Ingat lagi entri ini - Biar Tak Berapa Sedap Asalkan Cepat. Ia sangat menarik dan berkaitan.

Kisah 2: Servis kereta.

Keesokan harinya saya pergi servis kereta saya dekat satu bengkel yang terletak di Rasah, Seremban. Ia menjadi bengkel tetap saya. Semua kereta saya dari dulu hingga sekarang dihantar ke sini untuk diservis atau pembaikan.

Sebaik saya keluar dari kereta yang sudah diletakan dalam kedainya, taukeh dan para pekerjanya silih berganti menegur saya dengan pertanyaan ..

"Apa pasal sudah banyak lama takda nampak ?"



Thursday, May 21, 2015

KENAPA JALAN RAYA BAIK TAPI KERAP SAKIT HATI ?

Hujung minggu lepas (15 - 19/5/2015) saya balik ke Seremban kejap. Sebab utamanya adalah untuk meraikan ulangtahun kelahiran Iris yang ke 3 (salah seorang cucu perempuan saya). Saya kalah bila mendengar suara dia kat grup wasap dan juga pujuk rayu makcik pakcik dan nenek dia untuk balik.


Gambar 1: Inilah gambar Iris dengan datuk, nenek, ibu bapa, pakcik, makcik dan sepupu-sepupunya sebelah saya.


Gambar 2: Inilah gambar atuk Iris yang cuba nak berselfie dengan Olaf tapi malu.

Perjalanan balik dari Perlis ke KL dan balik semula adalah lancar. Jalan kurang kenderaan kerana tiada cuti tambahan pada hujung minggu. Tetapi banyak tempat tak boleh bawa laju kerana kerja pembaikan (upgrading) jalan sedang dilakukan di sepanjang perjalanan. Masa ini memang sesuai untuk buat kerja tersebut kerana aliran trafik kurang. 


Gambar 3:  Kita singgah makan tengahari dan solat kat R&R Gurun. KFC ke Ramly ?

Satu perkara yang saya cukup panas hati ialah bila ada pemandu di belakang beri lampu atau hon kat kita berkali-kali semasa kita sedang dalam proses memotong dua tiga buah lori yang memandu perlahan di lorong sebelah kiri di lebuhraya dua lorong. Mereka bukan tak nampak apa yang berlaku di hadapan. Sengaja nak beri orang sakit hati. Kadang-kadang tu sengaja saya perlahankan kereta saya. Padan muka. Nak cepat sangat langsung lambat. Kalau anda kena macam saya, agaknya apakah tindakan yang anda buat ?

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca senyap blog ini. Sesungguhnya kunjungan anda telah memberikan semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berblog.



 Kunjungan semalam adalah seramai 1,345 dan hari sebelumnya 1,109 bagi saya adalah cukup ramai. Terima kasih.


Wednesday, May 20, 2015

WW # 121: IKAN SABA KENA BAKAR.


Saturday, May 16, 2015

GURU CANTIK.

Selamat hari guru kepada semua para guru samada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara. Jasa mu tetap di kenang. Tanpa tunjuk ajar mu siapalah saya.

 Nikmatilah lagu Guru Cantik oleh A Ramlie. Bagi saya semua cikgu adalah "cantik".

Pernah saya buat satu entri khas pada tahun 2010 tentang pengorbanan seorang guru bernama Cikgu Mazwin di sini. Menarik ceritanya untuk renungan dan teladan terutamannya kepada mereka yang bukan guru.

Wednesday, May 13, 2015

WW # 120 : SIAPA BELUM PERNAH MELAWAT MUZIUM 3D DI LANGKAWI, ELOK TENGOK GAMBAR2 INI.

















 






Monday, May 11, 2015

AKIBAT IKUT SANGAT CAKAP ISTERI.



Beg saya itu harganya tak sampai pun RM30 beli kat Malaysia. Sampai juga kat London. Hehe.

Pernah saya mengikuti rombongan seorang menteri ke luar negara. Pihak kedutaan telah tempahkan sebuah hotel untuk semua delegasi termasuk menteri tersebut menginap.  Menteri itu bawa isterinya. Tetapi isterinya tak suka hotel itu kerana kedudukan tandasnya tidak sesuai dengan citarasanya.

Maka terpaksalah pihak kedutaan mengaturkan hotel baru dan pindahlah mereka berdua ke hotel tersebut. Esoknya semasa lawatan ke satu tempat,  kita bergerak berasingan, bukan dalam satu konvoi. Akibatnya menteri itu sampai lebih awal ke tempat yang dituju. Bila kita sampai, mukanya masam mencuka kerana katanya dia telah lama menunggu kami.


Tulah siapa suruh ikut sangat cakap isteri. Ini urusan rasmi, bukan hal peribadi. Kalau hal rumah tangga, terpulanglah. Saya pun selalu ikut cakap Makngahnya dalam hal membeli barang-barang dapur.



Thursday, May 7, 2015

KENAPA RAMAI BLOGGER OTAI SUDAH MALAS BERBLOG ?



 Gambar hasil carian Google.


Kelmarin saya menjejaki jalan kenangan dengan melawat entri lama saya yang ini yang telah mendapat paling banyak komen. 

Saya dapati kebanyakan blog pemberi komen samada sudah tidak wujud lagi, tidak aktif  atau sudah berbulan-bulan tidak diupdate.
Dari lebih 100 komen yang saya lawati blog mereka, saya dapati tak sampai 10% pun pengomen yang masih meneruskan aktiviti berblog dengan gigihnya.

Saya ucapkan syabas kepada pemilik blog yang masih aktif (maaf kalau ada yang tertinggal) seperti berikut:

1. Kakcik
2. Aujinz
3. Acik Erna
4. Tijah 
5. Aku Anak Pahang.
6. Abd Razak

Apakah puncanya terjadi demikian? 
Adakah mereka kini aktif dalam medium lain seperti fesbuk, wasap atau instagram dll ?

Saya pun barangkaliharusbolehjadimungkinagaknya akan berhenti atau tidak lagi aktif berblog selepas cita-cita saya untuk mendapt sejuta penunjung tercapai nanti. Entahlah ...





Wednesday, May 6, 2015

WW # 119 : LIHATLAH MANUSIA-MANUSIA YANG KEPANASAN DI JETI KUAH, LANGKAWI (3.5.2015)