Tuesday, August 30, 2016

KISAH BENAR SEBUAH BEG TANGAN

Alah membeli menang memakai. Itu peribahasa orang Melayu dulu-dulu. Memang betul.

Biasanya barang yang harganya mahal, tahan lama. Bukan tak ada yang cepat rosak. Ada, tapi jarang-jarang.

Dan biasanya barang yang harganya murah, cepat rosak. Bukan tak ada yang tahan lama. Ada, tapi jarang-jarang.

Kalau ada yang beli barang dengan harga yang mahal tapi cepat rosak atau beli barang dengan harga yang murah tapi tahan lama, nasiblah.

Beg seperti gambar di bawah, saya beli pada tahun 1982 atau 1983 di USA. Saya dah lupa harga sebenar tapi ia lebih mahal dari beg yang murah. Kemudian sejak berbelas tahun yang lalu, ia gagal dikesan hinggalah baru-baru ini Mak Ngahnya terjumpa kembali semasa mengemas-ngemas rumah. Saya ingat tentulah ia dah reput sebab terperap sekian lama ditambah usianya yang sudah meningkat senja. Rupanya ia masih utuh kecuali warnanya yang sudah pudar dimamah usia.


Gambar 1: Inilah wajah terbaru beg yang menjadi subjek entri ini.


Gambar 2: Semasa transit di Narita Airport, tahun 1984. Lihatlah warnanya yang masih gilang gemilang. Gambar kitar semula.

Memang boleh pujilah kualiti beg ini. Sekarang Mak Ngahnya gunakan untk bawa sirih duit dsb pergi pasar. Walaupun perkhidmatan beg ini sudah melebihi 30 tahun tapi ia masih terus ingin menyumbangkan jasa kepada pemiliknya tanpa nampak tanda-tanda ingin bersara. Dan kita pun tak cadang minta dia bersara kerana dia masih boleh beri perkhidmatan yang baik !


Wednesday, August 17, 2016

PERNAHKAH ANDA BERADA DALAM SITUASI INI - 6: BUKAN SENYUM PADA KITA.


Gambar hiasan hasil carian Google.


Pernahkah anda mengalami situasi di mana orang yang tidak anda kenali tersenyum ke arah anda dan anda pun balas balik senyumannya sambil tertanya-tanya dalam hati siapakah gerangannya orang ini ?

Akhirnya persoalan itu terjawab dengan sendiri bila anda sedar bahawa dia sebenarnya tersenyum dengan kawan dia yang berada dibelakang anda.
Setelah mengetahui yang orang itu bukan tersenyum kepada anda, apa anda buat ?

Insiden ini agak memalukan kalau terjadi kepada kita. Tapi apa nak buat, hidup perlu diteruskan. Ye dak !



Sunday, August 14, 2016

TERKENANG SEMASA DULU - 92: MUDAHNYA MEMBELI DAGING DAN DADAH.


Bergambar di dalam kedai "halal meat market" tempat saya selalu membeli daging halal. Peniaganya orang Pakistan. Kualiti terjamin walaupun yang sale punya.


Nama pasaraya tu "Dart Drug" .. sesuai dengan namanya di sinilah selalunya saya membeli dadah ubat dan barang-barang dapur kering seperti susu, gula, cuci gambar,  beli surat khabar dan seumpamanya. 

Saya nak cerita tentang mudahnya untuk mencuci gambar dan beli surat khabar pada masa itu.  

Untuk cuci gambar, ambil sampul yang disediakan, tulis nama, ambil keratan slip dan simpan, masukkan filem dalam ke dalam sampul dan masukkan sampul ke dalam tong yang di sediakan. Selepas 24 jam, pergi ke kaunter, tunjukkan 'slip' ambil gambar yang sudah siap dicuci dan bayar. Begitu juga kalau nak cuci semula !

Untuk beli surat khabar pulak, peti tempat jualnya ada di luar kedai. Masukkan duit kedalam slot, buka penutupnya, ambil satu, tutup balik dan beredar. Kalau nak ambil lebih dari satu pun, tiada siapa yang tahu kecuali Dia. Semuanya bergantung kepada kejujuran.

Begitu juga kalau nak beli buah epal, stroberi, peach, pear dsb di tepi-tepi jalan. Masukkan duit mengikut harga yang dituliskan kedalam tong yang di sediakan dan ambil buah mengikut harga yang dibayar. Tak ada siapa yang tunggu. 

Saya tak tahulah apa akan jadi kepada surat khabar atau buah-buahan itu kalau cara itu dibuat di Malaysia di sebuah negara Islam yang rakyatnya penuh dengan budi bahasa ini.



Monday, August 8, 2016

SONYUM SOKOJAP 81 : LAIN KALI MENGANGA DULU SEBELUM BERCAKAP.

Gambar hiasan hasil carian Google.


Perbualan di antara dua orang rakan sepejabat yang baru berkenalan di bilik kopi di sebuah pejabat Kerajaan di Putrajaya pada suatu pagi. 

Che Ngang: Kau duduk mana ?

Che Ngok: Rembau. Kenapa ?

Che Ngang: Masuk ofis pukul berapa ?

Che Ngok:  Pukul 8. Kenapa ?

Che Ngang: Keluar rumah pepagi pukul berapa ?

Che Ngok: Pukul 7.45. Kenapa ?

Ceh Ngang: Hah (terperanjat) .. sempat ke ?

Che Ngok: Mana nak sempat !

Che Ngang: Menyesal aku tanya ...

Che Ngok: Tak apa .. lain tanyalah lagi.


Pengajaran.


Sebelum bertanya, fikir dulu atau menganga dulu sebelum bercakap.


Friday, August 5, 2016

ADAKAH KITA TERMASUK ORANG-ORANG YANG DITEMPATKAN DI SYURGA ?

سُوۡرَةُ النِّسَاء
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّہَدَآءِ 
وَٱلصَّـٰلِحِينَ‌ۚ وَحَسُنَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ رَفِيقً۬ا 
(٦٩ )

Surah An-Nisa

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Kalau dilihat tingkatan darjat orang-orang yang taat kepada Allah dan rasulNya yang ditempatkan di syurga, sebagaimana dinyatakan di dalam ayat di atas adalah seperti berikut:


Nabi


Siddiqiin

^

Syuhada

^

Solihin.


Di peringkat manakah kita ?



Thursday, August 4, 2016

A.K.U K.E.L.I.R.U - 33: SUSAH NAK DAPAT KOMPUTER !


"Masyarakat susah dapat komputer riba percuma.
Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,00 boleh mohon"

Apa fasal saya susah sangat nak faham tajuk berita di atas.

Mungkin daya pemikiran saya sudah lemah kot.
Ye lah, kalau dan susah nak dapat komputer riba percuma, buat apa suruh mohon.

Kalau mohon pun, susah nak dapat percuma .. !


Cuba buat ayat macam ni - "Masyarakat yang susah, boleh dapat komputer riba percuma" selesai masalah. Saja nak bagi kepala orang pening.


........................................................

Sub-entry: Lobai Salleh Part 4.

Banyak orang tertanya-tanya tentang Lobai Salleh. Sebenarnya dia demam dah hampir seminggu tak baik-baik walaupun dia sudah berjumpa doktor. Dia diarahkan memakan ubat 3 kali sehari dan setiap hari dia telah pun memakannya pada pukul 7, 8 dan 9 pagi tanpa gagal. 




Wednesday, August 3, 2016

WW # 134 : DUA KALI RUGI