Thursday, March 29, 2012

RUMAH BANGLO BERTUKAR MENJADI RUMAH TERES.



Rumah saya ada di antara rumah-rumah tersebut.

Banyak rumah banglo atau rumah sesebuah di taman perumahan saya sudah bertukar menjadi rumah teres (link house) atau nyaris-nyaris menjadi rumah teres.

Puncanya ?

Para pemilik berlumba-lumba membesarkan/menyambung rumah mereka hampir dengan pagar rumah masing-masing dengan harapan orang sebelah tak sambung rapat ke pagar. Bila  orang sebelah tengok jiranya sudah sambung hampir ke pagar, dia pun  fikir mana boleh jadi dan dia pun buat sambungan juga merapati pagar rumahnya.

Kesudahannya rumah mereka kelihatan seakan-akan bersambung dan angin nak lalu pun susah.  Itulah jadinya kalau masing-masing tak mahu mengalah.

Nasib baik rumah saya tak begitu.
.

22 comments:

  1. bestnye umah besar2..hehe.. umh banglo blh jadi umh teres tapi umah teres tak blh jadi banglow hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga kalau mahu .. beli 3 pintu dan buangkan lot kiri dan kanan. hehe

      Delete
  2. hobi orang kita pakcik~~besarkan rumah~padahal duduk laki bini je~haih~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia sebagai persediaan bila semua anak cucu balik serentak nanti ..

      Delete
  3. Di kampung dulu ada juga yang berfikiran begitu. Sambung menyambung rumah sampai bumbung pun hampir bercantum. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya kebiasaan tersebut telah terbawa2 ke bandar ..

      Delete
  4. Salam Pak Ngah,

    Orang2 yang owned banglo sudah tentu banyak duit, so dgn itu selagi ada tanah akan dinaikkan bumbung dan dinding.

    Nasib baik angin/udara yang diperlukan utk jiran bernafas boleh lalu..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kalau pun banyak duit, fikirkanlah juga keselesaan jiran ...

      Delete
  5. kat taman saya pun duk pakat renovate rumah.sambung belakang tambah depan
    saya tuppang tengok je :)
    belum mampu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana-mana pun dah jadi trend .. ada satu kawasan perumahan kat Ulu Kelang sampaikah saya dah tak cam sebab dulu setingkat sekarang dah jadi dua tingkat.

      Delete
  6. tu pasal, kalau saya ada rezeki, saya tak mahu beli lagi rumah di kawasan taman perumahan. Memang style Malaysian suka buat renovation, dan kadangkala renovation nya melampau sangat sampai tak fikir jiran. Kawasan yg semi-D/banglo dah jadi macam teres.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau uncle ada pilihan, nak juga macam gitu. beli tanah 3-4 ekar, buah rumah adik beradik dan anak beranak di dalamnya.

      Delete
  7. Apelah nasib org yg duduk umah kecik2 tu kan? Nak sambung rapat ke dinding pun telan liur berulang kali. Huhuhuhu....

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebahagiaan tidak harus diukur dengan saiz rumah .. mungkin kehidupan mereka yang berumah besar sering gelisah, tak siapa yang tahu.

      Delete
  8. SELAGI BELUM SAMPAI SEMPADAN, SELAGI ITULAH RUMAH BOLEH DIBESARKAN.. TAPI, TENGKLAH SEDIKIT SITUASIKAN.. WALAUPUN TANAH KITA, SESUATU PERTIMBANGAN AKAL FIKIRAN JUGA PERLU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mengikut Uniform Building By Law .. ada keketapan set-back yang harus dipatuhi. rumah yang melanggar peraturan itu, boleh dirobohkan oleh Majlis Perbandaran.

      Delete
  9. Dah memang adat manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak merasa puas itu adalah satu dorongan untuk memajukan diri tetapi kenalah tahu batasannya.

      Delete
  10. Mana satu yer rumah pakngah...erm..yang ada pokok pine kat depan tu agaknya...betul dak..?hehe...bagitau la..senang nak gi beraya nanti..

    dah banglo pun masih nak berebut bagai lagi...hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah pakngah kat atas sekali. gambarnya ada dalam entri Yunus Badawi kat side bar blog pakngah.

      Delete
  11. Lepas ni pakat-pakat ajak besarkan menegak ke atas pulak bila duit tak tau mana nak letak.Itu yang terjadi kat Ulu kelang. Yang herannya bolih lulus pulak pelan oleh Majlis.Nampak lah janggalnya. Celah2 rumah setingkat tetiba ada plak 2 tingkat. Sederet rumah teres tetiba ada plk yang rupa banglo. Jiran saya di Kl tu besarkan rumahnya, saya heran ngapa dia tak buat je banglo mewah klu dah bnyk na duit.

    ReplyDelete
  12. kalau hantar majlis perbandaran, mesti tak lulus punya. bila kena denda, mereka bayar sebab dendanya pun bukan banyak sangat.

    ada sorang tu kat sini, dia beli rumah yang dah siap, kemudian dia robohkan keseluruhannya dan buat rumah baru di atas tapak yang sama. saya pun hairan, kenapa tak beli tanah kosong dan buat rumah ikut design sendiri. itulah manusia. banyak udang, banyak garam.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.