Monday, October 4, 2010

KESIAN KAT MATA ATAS MALAYSIA !


Petikan akhbar Berita Minggu kelmarin.

Tajuk akhbar di atas telah dengan sendiri menerangkan dengan jelas  maksudnya.  Tak perlu nak ulas. Tapi saya rasa sedih tak dapat merasa naik. Masa benda tu kat Tasik Titiwangsa dulu juga tak sempat nak naik. Tup tup dan ditutup.  Mungkin pemiliknya salah membuat unjuran pelawat dan keuntungan. Apa nak buat. Kalau saya ada duit banyak pun, saya tak akan beli. Nak buat apa ?

Akan tetapi saya tidaklah rasa kempunan sangat, sebabnya saya dah merasa juga naik benda alah serupa tu kat tempat ni ..



Gambar 1. Benda pusing-pusing tu dia orang panggil London Eye. 
Gambar ni dah lama sikit. Tahun 2003, bulan Disember. Sejuk giler masa tu !


Gambar 2.  Sebelum menaiki London Eyes.
Atas jambatan merentangi Sungai Thames yang tak berapa bersih.


Gambar 3. Dalam benda pusing-pusing tu. Satu pusingan kira-kira setengah jam.
Seronok  juga dapat tengok kota raya London dari sini.


 Gambar 4. Gambar ini baru sikit. Tapi tak ingat dengan tepat tarikhnya. 
Yang pasti ia semasa musim panas.
Saya pun tak tahu kenapa saya bergambar sambil melentikan pinggang !


Gambar 5: Bersama Makngahnya atas bot dan kengkawan lain menyusuri sungai Thames sehingga Tower Bridge dan berpatah balik.


Gambar 6. Terlanjur dah sebut Tower Bridge saya dengan . 
 Makngahnya sempat bergambar berlatarbelakangkan Tower Bridge.
.
.

Saturday, October 2, 2010

MEMANG SALIN TAK TUMPAH !

Seorang rakan blogger - Hidier ada beri komen dalam entri saya yang sebelum ini seperti di bawah:




Tanpa berlengah saya pun mengGugel.
Tapi saya taip "salin tak tumpah" bukan "saling tak tumpah"
wow ... dari 965,000 results,  Blog saya berada di no: 1
dan bukannya berada di  no: 3 seperti kata Hidier.
 Tak percaya ? Silalah tengok kat bawah !


Cadangan nak berehat dari berblog .. kensel !


p/s: kejap lagi nak pergi kelas, tengahari ke Sri Gombak, ada jemputan kenduri kawin dan seterusnya ada 4-5 jemputan rumah terbuka sampai ke malam. Tengoklah setakat mana yang boleh dan mampu pergi.
.
.

Friday, October 1, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - SEORANG PEREMPUAN 'B.L.O.N.D.E' DATANG KE SURAU SAYA.

 

Gambar Hiasan - Ihsan Google

Satu pagi yang hening,  semasa keluar dari surau selepas selesai sembahyang Subuh saya berselisih dengan seorang perempuan Melayu. Dia yang baru keluar dari kereta berjalan tergesa-gesa menuju surau. Di tangannya terjinjing sebuah beg (saya percaya berisi telekung) sambil di ekori dari belakang oleh seorang budak perempuan. Saya kira dia dalam perjalanan dan singgah sebentar untuk bersembahyang.

Saya tidak memfokuskan pandangan saya kepada muka perempuan itu, sebab mata saya lebih tertumpu kepada rambut dia yang di warnakan perang (blonde) yang sebahagian besarnya tidak tertutup oleh skafnya. Lebih kurang macam gambar di atas.

Saya tak tahu nak cakap apa.

Dalam kehidupan kita sehari-sehari, pasti kita akan berjumpa dengan personaliti2 seumpama ini.

Ada yang berpakaian tidak sempurna menutup aurat (bukan langsungg tidak menutup aurat, hanya tidak sempurna)  macam perempuan yang saya ceritakan tadi,  tetapi mereka sangat ta'at mengerjakan sembahyang samada yang wajib atau sunat, berpuasa wajib dan sunat, sering bersedekah, ringan tulang membuat kerja-kerja kebajikan. Bercakap pula tidak pernah meninggi suara atau menunjuk lagak.

Sebaliknya pula, kita juga sering berjumpa atau terbaca kisah wanita (termasuk lelaki) yang menutup aurat dengan sempurna tetapi sembahyang tak pernah. Apa lagi berpuasa atau bersedekah. Setiap kali membuka mulut, pasti umpatan atau kata nista yang terkeluar. Semua orang salah, kecuali dia. Sangat cemburu kepada kelebihan dan kebahagiaan orang lain dan sombong serta riak akan kelebihan sendiri. Bahkan saya juga pernah terbaca, ada di antara mereka yang ditangkap kerana berkhalwat dan lebih dari itu ... !

Alangkah ...




p/s: Dari FB.

Hari ini kalau tiada halangan selesailah puasa 6 saya. Lebih banyak cabaran dan dugaannya berbanding puasa 30 hari di bulan Ramadhan. Patutlah ganjaran yang dijanjikanNya sangat lumayan.


.