K-PAP tertubuh pada 3 Jun 2013 yang lalu.
Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria dan sihat-sihat sahaja hendaknya.
Sejak Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) saya wujudkan, saya sudah kurang berblog. Kelab itu saya tubuhkan bertujuan untuk mengetengahkan sedikit-sebanyak perihal Adat Perpatih, sejarah, dialek Negeri Sembilan, makanan, nyanyian, pakaian, tempat menarik dan yang seumpamanya dan bukannya untuk berlawan dengan K-POP
Alhamdulillah kelab itu telah berjaya menarik sokongan dari kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan juga bukan anak Negeri Sembilan yang berminat dengan Adat Perpatih dan budaya Negeri Sembilan. Akibatnya banyak masa saya ditumpukan ke situ tambahan pula buat masa ini saya hanya seorang diri menjadi adminnya.
Kepada anda yang berminat untuk turut serta atau sekadar menjadi pemerhati untuk menambah pengetahuan, silalah join dengan mengklik K-PAP.
Terima kasih.
Waalaikum salam bang.
ReplyDeleteTahniah di atas penubuhan K-PAP. Semoga mencapai tujuan dan hasrat murni penubuhannya.
terima kasih .. walaupun seronok tapi banyak makan masa.
DeleteSalam Pakcik,
ReplyDeletePakcik skg ni rajin betul....tp mcm ne dgn rg yg bkn n9?
salam kembali.
Deletetak ada masalah kalau nak join. memang dialu-alukan. ada seorang pelajar UKM buat Sarjana, bukan orang NS yang join untuk cari bahan untuk thesisnya.
APABILA KE NEGERI SEMBILAN SAYA AKAN TERINGAT DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADA DAN SATE TULANG.. PERGHH..
ReplyDeletesaya pernah makan sate tulang sekali .. tekak saya tak boleh terima. sekarang dah tak popular lagi.
DeleteTahniah kepado admin ado yo tompek nak berceghito dan guno balik perkataan yg dah jarang donga..
ReplyDeleteBudak sekarang bilo kito sebut melopong yo lah tak paham ...
orang tuo pun ramai yang melopong .. termasuk sey. hehe
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletemoga usaha murni pakngah ini beri manfaat kepada adat resam dan budaya kita yg makin lama dah hilang ni...
alaikumsalam.
Deletesaya pun bukannya pandai pun .. kami sesama belajar dengan bertukar2 fikiran dan pendapat.
Pak Ngah nanti buatlah lawatan sambil belajar ke Padang, Indonesia.
ReplyDeletesetuju .. minta j/k KKA aturkan. saya nak ikut sama.
Deletesemonjak den join K-PAP ni eden dah cakap nesmilan ngan bini den oghang klumpo ni.
ReplyDeleteeloklah tu .. tapi copek na pandai eh !
DeleteTahniah Pakngah, wish u all the best. Nnt saya nak join jugak la, boleh la belajar tak banyak pun sikit adat-adat negeri Sembilan ni, kot-kot dapat kakak ipar orang sana :D:D
ReplyDeleteKalau nak join, silalah add pakngah sebagai friend nanti pakngah masukkan ke dalam grup itu.
DeleteAssalamu'alaikum Pak ngah yang dihormati ...:)
ReplyDeleteUmmi pun dapat adik ipar orang Lubuk Cina melaka...sempadan negeri Sembilan...tak banyak sikit bolehlah Ummi faham dan dapat berkomunikasi dalam bahasa nogori...tapi bahasa utagha memang tetap di hati.... :D
alaikumsalam.
DeleteMemang loghat Lubuk China dengan N9 tak banyak beza. Tak nak join grup ini ke ?
pakngah pulak orang utagha tetap di hati. hihi.
Baik pakngah....Ummi join.... hehe..
Deleteatas nama apa ya ?
Delete