Oleh kerana rumah sewa saya ada tingkat bawah yang sebahagiannya berada di dalam tanah (sebagaimana kebanyakan rumah orang di sini) saya akan berpindah tidur di bawah bila tiba musim panas. Sejuk sikit. Kurang guna pendingin hawa. Boleh jimat duit sebab pendingin hawa di rumah saya adalah jenis berpusat. Kalau kita guna satu bilik pun, semua rumah terpaksa disejukan
Gambar 1. Tiga tahun saya menyewa rumah ini. Kelihatan tingkap di bahagian bawah rumah yang sekerat tertanam di dalam tanah.
Waktu musim panas adalah masa yang menyeronokkan kerana kita bebas dari memakai pakaian sejuk yang berlapis-lapis. Namun begitu kalau kena berpuasa dalam musim panas, memang panjang waktu puasanya. Saya pernah mengalaminya. Kalau tak silap kita berpuasa dari jam 4 pagi hingga 10 malam. Tapi rahmat dan rahim Allah telah membuatkan kita tidak terasa lapar dan dahaga sangat. Sama sahaja rasanya macam puasa di Malaysia.
Berikut adalah sebahagian gambar semasa musim panas antara tahun 1982-84 dengan sedikit keterangan di bawahnya. Rasanya ada di antara gambar itu yang kitar semula.
Gambar 2: Sebahagian warga Malaysia yang turut serta perkelahan anjuran kelab kedutaan Malaysia.
Gambar 3: Makngahnya sedang menghadapi makanan.
Gambar 4: Alangkah rampingnya kami masa itu. Hehe.
Gambar 5: Jamuan di rumah kenalan dari Malaysia. Kita berjamu di kawasan taman rumah tuan rumah.
Gambar 6: Jamuan di rumah orang lain pulak. Seronoknya bila dapat berkumpul sesama orang Malaysia.
Gambar 7: Geng lelaki pulak sedang santai di luar rumah.
Gambar 8: Anak-anak juga turut bergembira bermain sesama mereka.
Gambar 9: Kita juga membuat sate. Saya tukag kipas api je.
Gambar 10: Membakar sate di waktu yang berlainan pulak berdasarkan baju yang saya pakai.
Gambar 11: Anak saya bermain berseorangan di belakang rumah kerana tiada kawan datang bermain.
Gambar12: Anak saya bermain di hadapan rumah dengan anak-anak jiran. Bimbang nak ajak mereka masuk bermain dalam rumah.
Gambar 14: Kami juga gemar pergi bersiar-siar membawa anak sulung kami ke taman-taman di bandaraya Washington DC. Kelihatan "Washington Monument" berbalam-balam di belakang kami.
Gambar 15: Di musim panas juga kita suka kunjung mengunjung. Boss dan rakan datang berkunjung ke rumah saya. Sudah tentulah ruan rumah duduk di tengah-tengah.
Gambar 16: Ini rasanya semasa kami berjalan raya.
Gambar 17: Kadang-kadang persatuan penduduk kawasan perumahan saya ada membuat gathering. Saya pun turut serta. Saya bawa kuih karipap dari rumah dan saya makan kuih saya sahaja.
Kalau tengok gambar-gambar itu tak nampak sangat macam kat tempat orang kan ? Kadang-kadang saya teringin juga untuk melawat kembali rumah yang pernah kami diami dulu. Tak tahulah sampai ke tidak hajat saya itu sebelum saya menutup mata buat selama-lamanya nanti.
P.S: Dengan ini lengkaplah cerita saya berkaitan empat musim di USA.
Kebanyakkan gambar kat atas tu nampak macam ada kat Malaysia je, macam dalam cerita 80-an.
ReplyDeleteCuma dua tiga gambar je nampak macam kat US...
Saya sahkan gambar2 tu bukan kat Mslaysia. Hehe.
Deletehm, saya nak bagi pendapat sikit. lagi cantik rasanya kalau gambar2 individu lain yang tak menutup aurat tu pun di`tapis' jugak. baru la lebih meriah, kan...
ReplyDeleteapa pun, tersengih saya tengok mak ngah pakai skaf baby (kalau tak silap) tu. hehehee...
Saya pun berpendapat yang sama. ^_^'
DeleteTerima kasih. Ambil perhatian.
DeleteMemang nampak macam kat Malaysia hehe.
ReplyDeleteComel makngah dan pakngah masa muda.
Begitulah hukum alam .. masa kita orang bayi lagi comel. Hehe.
DeleteMuka tuan masa muda-muda macam muka DSAI.
ReplyDeleteAda le 10% tang janggut tu .. hehe.
DeleteKecuali gambar yg last tu kan ?
ReplyDeleteI feel the retro + hippies era PakNgah... heheh ;p
ReplyDeleteBila PakNgah nak repeat pi US lagi ni, best tu kalau letak side-by-side gambar lokasi sama zaman dulu vs zaman sekarang, mesti awesome! :D
Ada juga rasa teringin. Tapi nak fly jarak jauh ni dah tak larat.
DeleteKalau dpt pergi, bagus idea buat gambar tu.
Kalu nak jejak kasih ke sana, jangan lupa ajak saya Pak Ngah! Serius niii....!
ReplyDeleteInsyaallah, kalau tak lupa.
DeleteBelom lahir lagik time ni. hehehe
ReplyDeleteBila awak lahir ?
DeletePak Ngah je yg dah tak ramping tapi Mak Ngah masih ramping seperti dulu.
ReplyDeleteRampinglah sangat .. hehe.
DeleteSaya doakan hajat Pak Ngah akan tercapai nnt. Amiin.
ReplyDeleteInsyaallah berkat doa awak, sampai lagi saya ke sana.
DeleteKenangan yang memagn kena simpan rapi ni, sini skagn dah mula sejuk.. rindunya summer time hahaha. Sama la saya pun Pakngah, kalau ada potluck kat sekolah Jelita, saya bawa bingka pandan dan makan yang itu sahaja hihi.
ReplyDeletehahaha .. geli pulak baca komen awak makan bingka itu. Nasib baik bingka, kalau bawak kacang goreng, jenuhlah makan kacang goreng semata.
Deletefesyennya lbh kurang di sini sahaja ketika itu . klu dpt upkan gambar yg ada pure background di sana lagi best ni pak ngah .
ReplyDeleteGambar 14 tu rasanya pure back ground kat sana .. tapi apa nanti Pakngah buat siri 2 . Tapi ada sedikit masalah sebab gambar2 banyak kat rumah di Seremban sedangkan Pakngah duduk di Perlis sekarang.
Delete