Selalu kita dengar orang berkata dia "nak pergi cek doktor" bila dia rasa tak sedap badan. Tapi umum tahu bahawa bukanlah doktor yang hendak dia periksa tapi orang yang berkata itulah yang mahukan doktor memeriksa dia. Sekali dengar macam doktor itu pulak yang hendak diperiksa. Begitulah Bahasa Melayu. Kadang-kadang apa yang disebut bukan itu yang dimaksudkan.
Bagi kita orang Melayu tidak rasa apa-apa kejanggalan kalau berkata atau mendengar orang berkata begitu. Misalanya tak ada orang Melayu yang akan bertanya, "doktor itu sakit apa ya?"
Bahasa Melayu tidak tidak pelik tapi unik.
betul tu, tp sbb dh biasa di gunakan org dh paham kadang walaupun mcm lain maksudnya hehehhe...
ReplyDeletemcm la kita guna ubat nyamuk utk bunuh nyamuk... tp patutnya ubat tu utk bg kita sihat kan
memang kita dari satu budaya tiada masalah memahaminya tapi jadi masalah besar bagi mereka yg baru belajar bahasa dan kebudayaan Melayu.
Deletehuhuhu.
ReplyDeleteorang melayu suka guna tanda bahasa "koma" waktu bercakap.
bercakap takkan pernah habis.
pandangan saya la.
mmg ada yg mcm tu .. org tengah bercakap pun, elok je dipotongnya.
DeleteNak pegi makan anginlah.
ReplyDeleteagaknya mcm mana bunyinya kalau makan angin tu diterjemahkan ke dlm BI secara direct.
Delete