Walaupun ada betulnya peribahasa "beggars can't be choosers" itu, tetapi ingatlah sebagai pemberi hendaklah kita beri apa yang terbaik. Janganlah beri benda yang dah rosak, yang tamat tempoh, yang tidak berkualiti dan seumpamanya.
Di pihak penerima juga janganlah mengada-ngada. Orang dah beri beras tempatan Cap Ayam, ambil sahajalah. Jangan pulak tanya,
"Beras Jasmine Sunwhite AAA Special Fragrance tak ada ke? "
Itulah ada gak terbaca komen pasal makanan yang disumbangkan semasa pkp ni.
ReplyDeleteSyukurlah ada yang sudi memberi.
Memang ada yang perlekehkan pemberian orang. Termasuk juga yang minta layanan VIP bila kena kuatantin.
Delete