Gambar hiasan hasil carian Google.
Saya perhatikan ada di antara pengomen yang suka mencantas. Dia akan cantas apa sahaja entri di blog atau status di fesbuk orang lain. Komen dia mesti lain dari komen orang banyak atau menentang arus.
Contohnya.
1. Orang ajak buat kurban kat Syria.
Dia komen, "Buat apa kurban sampai Syria, kat kampung sendiri pun boleh"
2. Orang luahkan rasa kesal kepada peminjam yang tak mahu bayar hutang.
Dia komen, "Kita dituntut membantu sesama Islam yang ditimpa kesusahan".
3. Seorang isteri beranak lima yang bekerja sebagai pencuci pinggan bercerita kesusahan hidupnya kerana digantung tak bertali oleh suaminya dah lebih 3 tahun.
Dia komen, "Tak baik seorang isteri mendedahkan aib suami".
4. Orang tulis fasal terlalu ramai pendatang asing minta sedekah di Kuala Lumpur.
Dia komen, "Bersedekah tu adalah satu amalan mulia"
5. Orang teruja cerita pengalamannya melancong ke Paris serta menunjukkan beg tangan yang dibeli di sana.
Dia komen, "Jangankah nak riak, itu semua daki dunia"
Rimaslah.
Alamak, kalau kita komen lain dr yg lain dpd main issue pun dikira pencantas ke? tp kan.. sy rasa kekadang sy pun mcm tu jugak di blog, mungkin cara pandang kita x sama dgn yg lain kot, semoga tuan tanah raikan perbezaan je la.. hihihi... jgn kecam ye
ReplyDeleteSaya cuma tujukan kpd mereka yang selalu jadi "joykiller" je.
DeleteAda pandangan mereka dilihat baik dan kebanyakannya tak sesuai untuk dicantas
ReplyDeleteBegitulah. Latarbelakang masing2 tak sama. Tua muda, susah senang, kampung bandar dsb
DeleteKomen tak kena tempatnya kot.. Tak faham isu/perkara yang dibincangkan.
ReplyDeleteSetuju. Ada yg tak faham roh subjek yg dibincangkan.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete"Tak baik buka aib pengomen..." <-- Ini pun contoh komen cantas, hahaha
ReplyDeleteApa khabar tuan haji
Alhamdulillah, sihat. Tak dedah identiti pengomen, ok kot.
DeleteBetul...sebab tu dah malas nak aktif di FB..sebab komen- komen yang merimaskan
ReplyDeleteSaya pun semakin hari semakin pasif kat fb.
Delete