Saya dapati ramai juga netizen yang membelasah atau mentertawakan bahasa Inggeris Timbalan Menteri ini. Dalam pada itu, saya perhatikan Bahasa Melayu yang digunakan oleh para pengkritik tersebut juga huru hara dari sudut nahu dan ejaannya.
Namun begitu dalam kes Timbalan Menteri ini, saya sedikit pun tidak bersimpati dengannya kerana dia sengaja cari penyakit. Saya tidak nampak apa perlunya dia menyelitkan ungkapan Bahasa Inggeris dalam tulisan beliau itu. Alangkah bagusnya kalau ungkapan dalam Bahasa Inggeris tersebut digantikan, misalnya dengan seruan "ke gunung sama kita daki, ke lurah sama kita turuni" atau yang seumpamanya.
~
setuju dengan pendapat tuan
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteCantik ungkapan yang Pak ngah ungkapkan yang sudah jarang kita temui. saya setuju dengan pendapat Pak Ngah
ReplyDeleteBanyak lagi khazanah nenek moyang kita.
DeleteSaya ada perasan teguran tersebut.. Nak cakap lebih pun tak boleh, sebab bahasa Inggeris saya pun bukan baik mana pun.. Hehe
ReplyDeleteIsunya kegemaran sesetengah orang mencampur adukan bahasa tanpa ada keperluan.
DeleteLebih buruk lagi kalau akhirnya nanti yang disalahkan ialah pegawai komunikasi, exco media, editor poster dan sebagainya...
ReplyDeleteKerap kali mcm tulah, tapi personaliti ini nampaknya tidak buat sebarang respon (mungkin saya tak terjumpa).
Delete