Masa "lockdown" hari tu, saya banyak habiskan masa di bilik saya ditingkat bawah di sebelah belakang sekali. Oleh kerana tanah tapak rumah saya sempit dan memanjang, terpaksalah saya buat rumah sempit dan memanjang juga. Dari bilik saya untuk ke pintu hadapan ambil masa sedikit. Jadi bila ada penghantar barang misalnya tekan loceng, tentulah saya tidak dapat buka pintu dengan serta merta kerana selain jarak, kadang-kadang saya kena pakai baju atau sikat rambut dulu. Saya takut untuk berlari. Takut tersembam.
Jadi bila loceng ditekan berkalikalikalikali, mendidih juga darah saya dibuatnya. Kadang-kadang saya rasa mahu jerit kat orang yang tekan loceng tu agar bersabar sedikit. Tetapi saya tak mahu buat begitu kerana banyak kali juga jiran depan atau belakang rumah atau pun jiran satu taman datang hantar buah durian, kuih ketayap, bingka ubi, mangga, cempedak dsb. Imam pun pernah sekali hantar makanan kepada kami.
Sila abaikan lukisan mural semula jadi di dinding pagar rumah saya itu.
sama ni macam rumah mak saya di kampung. tak sama mewah, tapi nak ke pintu pagar depan termengah mengah dibuatnya.
ReplyDeleteKat kampung lagi luas kawasannya.
Deletebest tu rumah panjang, gini pak Ngah, lain kali kene letak bakul kat depan pagar dan tulis sila tinggalkan paket atau barang di bakul ini. heheh
ReplyDeleteAda juga yang tekan loceng tu datang nak jemput kenduri kawin dll. Hihi
DeleteBetullah tu pak.. Belum sempat ke depan rumah, sudah ditinggalkan saja bungkusan di dalam peti atau letak tepi pagar.. hehe
ReplyDeleteBetul, kadang2 tu ada juga yg paling ke dalam pagar.
Deleterumah besar gitu la...kalau rumah kecik mcm rumah saya..beberapa langkah je dah sampai ke depan.😁
ReplyDeleteTak besar, tapi memanjang.
Delete