Friday, October 25, 2013
PERSOALAN AURAT WANITA ISLAM DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM.
Tidak berapa lama dahulu, seorang ustadz yang mengajar Tauhid di surau saya, telah menyentuh tentang hukum wanita Islam pergi berspa atau bergunting di kedai wanita bukan Islam. Dia kata haram. Maka timbullah sosek-sosek di belakang yang ternyata tidak begitu puas hati dengan pendapat ustaz itu.
Saya tidak menyalahkan ustaz itu, walaupun saya juga tidak bersetuju sepenuhanya, kerana ini adalah soal pendapat atau ini soal ijtihadiah dalam ilmu Fiqh. Sekiranya kita merujuk kepada ustaz atau ulamak lain kita mungkin akan mendapat jawapan yang berbeza bergantung kepada tahap pengajian, umur, latarbelakang dan kewarakan seseorang ustaz. Lalu kita bagaimana ?
Untuk menjawab persoalan ini dan menenangkan perasaan saya, seperti biasa saya akan mencari jawapan di dalam internet dari laman atau portal yang berwibawa. Dalam hal ini saya menyalinkan jawapan dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang walaupun ringkas tetapi padat dan jelas menjawab persoalan yang sedang kita bicarakan.
Persoalan Aurat Wanita Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala, tengkok/leher, lengan dan hujung betis dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.
2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota di antara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.
Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.
Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
Semoga entri saya ini ada manfaatnya kepada anda pembaca sekelian. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sungguh hukum-hakam yg digariskan biasa memudahkan kepada kita penganutnya..
ReplyDeleteTU LA.. KADANG-KADANG SAYA LIHAT ANTARA USTAZ-USTAZ PON ADA BERCANGGAH PENDAPAT..
ReplyDeleteaurat wanita Muslim dengan wanita bukan muslim adalah sama macam aurat wanita Muslim dengan lelaki Muslim.
ReplyDeletetapi bagi saya kalau dalam bidang pekerjaan, aurat ini boleh tidak ditutup. contoh macam perempuan yang kerja di tol. dia boleh tak pakai sarung tangan atau berlapik. tapi apa pun bagi saya itu terpulang pada diri sendiri. sebab kalau saya jadi gadis tol itu, saya sendiri pun akan berlapik. tak selesa bila bersentuh dengan banyak kulit ni.
Baru saya tau pasal ni. Rasanya perlu ada pencerahan/forum di media supaya umat Islam terutamanya muslimat faham mengenai isu aurat ni. Selalu yg kita dengar pasal aurat wanita Islam dgn yg bukan muhrim lelakinya saja.
ReplyDeleteSeri, tak dinafikan ramai yang tak tahu. even ada seorang penulis novel Melayu terkenal kat Malaysia ni pun tak tahu pasal hal ini. sebab watak dalam novel dia, dengan selamba aje perempuan Muslim tu bukak pintu rumah dia bila dengar loceng berbunyi tanpa tutup aurat sebab dia ingat Mrs. jiran dia yang datang.
Deletesaya pernah terbaca.. boleh bagi wanita islam menunjukkan aurat mcm rambut, lengan dan sebagainya (kecuali yg antara pusat dan lutut tu) selagi dia rasa tak mendatangkan fitnah.. contoh kalau kawan rapat ke dan dia percaya yg pompuan bukan islam tu tak cerita kat orang lain tentang anggota aurat tu takpe.. tapi kalau pompuan yg tengok tu pegi cerita pulak da jatuh haram.. wallahualam..
ReplyDeletebermanfaat pastinya.. paling tidak pun menjadi peringatan buat kami kaum hawa.... terima kasih...
ReplyDeletedalam kes skrg ni, ni je la pendapat yg dapat dijadikan alasan
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang sudi singgah dan beri komen. Apa-apa yang tidak jelas, eloklah dirujuk kepada guru2 agama yang bertauliah.
ReplyDelete