Semalam saya tak sempat nak buat entri baru kerana melayan ucapan di fesbuk saya selain menjalankan tugasan rumahtangga. Di samping itu saya juga langsung tak sempat menjenguk mana-mana blog kengkawan. Sejak fesbuk berwajah baru ini semakin rajin pula saya bermain-main di sana. Sesungguhnya fesbuk (dan juga blog) berupaya merapatkan perhubungan di antara kita walaupun terpisah oleh lokasi berbeza dan juga jarak usia.
Cetakan skrin fesbuk saya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah memberi ucapan selamat hari lahir dan juga mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga di dalam entri saya sebelum ini. Semoga anda yang mendoakan juga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Pada hari Ahad lalu dibuatlah majlis kecil-kecilan untuk cucu saya dengan menjemput sedara dan jiran yang berdekatan. Tahlil, doa selamat dan acara budak-budak. Riuh jugalah sekejap rumah saya dengan budak-budak dan juga mak bapak budak. Saya pun tumpang semangkuk. Mungkin tahun depan tukar format .. sambutan hari lahir cucu saya dilewatkan sehari .. baru adil !
Zaman atuk dulu tak ada pun benda-benda macam ni.
Siapalah yang ambil gambar saya sekerat ni.
Ini satu lagi gambar sekerat .. mentang-mentanglah atuk dah tak hensem.
Solosai ..
Mirin main kereta remote dia sampai habis bateri.
Selepas ini saya akan cuba menjengah blog kengkawan sebanyak mana yang terdaya. Insya-Allah.