Wednesday, September 28, 2016

WW # 136: BUKAN SENANG NAK AMBIL GAMBAR KELUARGA.


Monday, September 26, 2016

ADA SESIAPA NAK TENGOK PANTRY BARU SAYA !


Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya yakin semua pembaca pernah tersalah taip satu atau dua perkataan semasa membuat entri. Bezanya ada yang perasan dan sempat betulkan dan ada yang sebaliknya.

Contoh: 

1. Ketika jadi ketiak - "KETIAK aku kecil, aku selalu tidur tak pakai baju".

2. Rombakan jadi rompakan - "Di jangka akan berlaku ROMPAKAN besar-besaran dalam barisan Jemaah Menteri pada minggu hadapan".

3. Pantry jadi panty -  "Ada sesiapa nak tengok PANTY baru saya ?".

Kesilapan typo seperti contoh nombor 1 dan nombor 2, rasanya saya pernah buat. Tapi kesalahan typo seperti contoh nombor 3, rasanya belum lagi. Minta-minta janganlah terjadi. Nanti tak tahu mana nak letak muka.

Entri ini bolehlah dianggap sebagai sambungan kepada entri ini.  Sesiapa yang belum baca lagi, adalah dalam kerugian. Cepat ke sana, sementara stok masih ada.


Wednesday, September 21, 2016

WW #135: TAK ADA BESI, KAYU PUN BERGUNA.


Monday, September 19, 2016

SONYUM SOKOJAP 82 : TANYA LAGI!

Gambar hiasan hasil carian Google.

Sekejap tadi saya mengambil sehelai kertas dari peti surat di depan rumah. Makngahnya memerhatikan dari muka pintu dan kemudian bertanya:
 

Makngahnya: Air ke ? (Maksud dia, bil air ke ? )

Saya: Bukan.

Makngahnya: Habis tu ?
 
Saya: Kertas.

Makngahnya: Hehe ..

Saya:  Tanya lagi (dalam hati).



Sub-entry: Lobai Salleh Part 6.


Lobai Salleh kena marah lepas sembahyang Isya' malam tadi sebab mulut dia berbau durian. Lobai Salleh cepat-cepat lari dari Haji Dahan yang memarahinya kerana tak tahan dengan bau rokok dari mulut dia.



Monday, September 5, 2016

KALAU PELAYAN TERLEBIH CEKAP.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya tak berapa suka dengan pelayan di rumah orang kenduri kawin yang terlebih cekap. Kadang-kadang kita bangun sekejap kerana nak pergi meja sebelah bersalaman dengan boss lama kita, bila pusing balik, cendol yang baru kita hirup separuh dah kena angkut.

Bedebah !!!


.........................................................

Sub-entry: lobai Salleh Part 5.

Tadi Lobai Salleh pergi sembahyang Maghrib kat surau naik motor sebab hujan. Dia terasa sayang nak bawa kereta Opel Kadet dia yang baru dibasuhnya petang tadi.