Monday, September 5, 2016

KALAU PELAYAN TERLEBIH CEKAP.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya tak berapa suka dengan pelayan di rumah orang kenduri kawin yang terlebih cekap. Kadang-kadang kita bangun sekejap kerana nak pergi meja sebelah bersalaman dengan boss lama kita, bila pusing balik, cendol yang baru kita hirup separuh dah kena angkut.

Bedebah !!!


.........................................................

Sub-entry: lobai Salleh Part 5.

Tadi Lobai Salleh pergi sembahyang Maghrib kat surau naik motor sebab hujan. Dia terasa sayang nak bawa kereta Opel Kadet dia yang baru dibasuhnya petang tadi.





6 comments:

  1. Pernah berlaku kejadian di R&R arah selatan, di mana seorang pekerja di situ telah mengangkat pinggan yang masih berisi baki makanan tetapi disangkanya sudah selesai makan. Lalu meja tersebut pun dibersihkannya. Bilamana disedari oleh si empunya makanan yang ketika itu sedang beratur membeli air, terus jadi gaduh Pak Ngah! Dalam hal ini, siapakah yang bersalah? Heheh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Kalau tak kemas cepat-cepat, kang ada pulak yang marah kata depa tak cekap. Tu pasal jadi gitu. Tambahan pula, orang Malaysia memang selalu membazir...makanan masih banyak pun dah ditinggalkan. Jadi, depa anggap dah siap makan lah tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      komen awak mmg tepat .. serba salah juga pelayan tu. cekap susah, lembab pun susah. Tapi agak-agak dan pandang2lah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.