Gambar hiasan hasil carian Google.
Saya yakin semua pembaca pernah tersalah taip satu atau dua perkataan semasa membuat entri. Bezanya ada yang perasan dan sempat betulkan dan ada yang sebaliknya.
Contoh:
1. Ketika jadi ketiak - "KETIAK aku kecil, aku selalu tidur tak pakai baju".
2. Rombakan jadi rompakan - "Di jangka akan berlaku ROMPAKAN besar-besaran dalam barisan Jemaah Menteri pada minggu hadapan".
3. Pantry jadi panty - "Ada sesiapa nak tengok PANTY baru saya ?".
Kesilapan typo seperti contoh nombor 1 dan nombor 2, rasanya saya pernah buat. Tapi kesalahan typo seperti contoh nombor 3, rasanya belum lagi. Minta-minta janganlah terjadi. Nanti tak tahu mana nak letak muka.
Entri ini bolehlah dianggap sebagai sambungan kepada entri ini. Sesiapa yang belum baca lagi, adalah dalam kerugian. Cepat ke sana, sementara stok masih ada.