Wednesday, May 31, 2017

WW # 152: BELUM READY NOMBOR 14.


Tuesday, May 30, 2017

ETNIK CINA WAJIB KUASAI BM !




Saudara Teo Kok Seong kata etnik Cina wajib kuasai bahasa Melayu. Kalau etnik Cina dikatakan wajib kuasai bahasa Melayu, tentulah etnik Melayu lebih wajib lagi. Kan ?


Saya teringat kepada seorang blogger bukan Melayu yang menulis dalam Bahasa Melayu baku yang sangat baik dalam setiap entrinya. Blognya di sini.


Nota kaki: Entri ini sudah lebih 5 tahun tertangguh. Saya baru semak link yang saya beri tu rupanya dah tutup. Maaf bebanyak.

Saturday, May 27, 2017

.LINTASAN.


Cetakan skrin yang saya buat lima tahun lalu.

Salah satu kegemaran masa lapang saya ialah melihat bloglist blogger yang berkunjung ke blog saya. Saya seronok dan terasa puas bila blog kita ada tersenarai dalam bloglist mereka.

Namun begitu saya tidak pula dirundung kedukaan yang melampau, jika tiba-tiba blog saya terkeluar dari bloglist mana-mana blog kerana saya tahu hati manusia boleh berubah.

Salah satu blog yang khusus menyeranaikan blog dan lain-lain laman  adalah .Lintasan.  Di antara ratusan blog dan institusi yang tersenarai dalam blog ini, terdapat nama KomenSen di dalamnya. Terima banyak-banyak kepada pemililk blog .Lintasan. Blog kengkawan lain  pun ada kelihatan di sana. Misalnya blog Kakcik Seroja. 


Seronok bila melihat blog sendiri tersenarai dalam salah satu bloglist blog ini.


Blog .Lintasan. ini bolehlah saya katakan macam "Pusat Sehenti" untuk kita pergi ke mana-mana laman web yang lain. Misalnya ada diberikan  link hotel, bank, restoran, pusat beli belah, kereta, travel, hartanah dan sebagainya. Pendek kata 'macam-macam ada' di sini dan memenuhi keperluan saya. Kalau nak tahu samada blog anda tersenarai atau tidak, silalah berkunjung ke sini.

Nota kaki: Entri ini sudah 5 tahun tertangguh. Sebentar tadi saya sudah buat semakan, didapati blog itu masih wujud dan blog saya masih lagi tersenarai. 

 

Tuesday, May 23, 2017

SI GADIS BUNGA BERMATA TAJAM.


Bergambar dengan penyanyi 60an, Siti Zaiton dan Maria Bachok (duduk) di satu funfair di Kuala Klawang, Jelebu pada 24 Oktober 1970.

Coba teka ada berapa orang ada dalam gambar di atas?  Selama ini saya berpendirian bahawa hanya ada 10 orang sahaja. Tapi pada 25 Februari 2012, saya disedarkan oleh gadisBunga lewat entri ini, yang mengatakan ada 11 orang dalam gambar tersebut. 



 Inilah komen dari seorang blogger bernama gadisBunga yang saya maksudkan.

Selain 8 orang yang berdiri dan seorang yang duduk, ada 2 orang lagi yang cuba 'enter frame'. Seorang di sudut kiri bawah dan seorang lagi di celah lengan saya di sebelah kanan seperti yang dikatakan oleh si gadisBunga

Bagi yang telah pening mencari mana lagi dua orang tu,  mari saya tolong zoomkan seperti di bawah ..


Ni yang mengintai dari sebelah kiri.

 
Yang ni pulak yang mengintai dari sebelah kanan. 

Pengajarannya: 

1. Pendirian kita yang telah kita pegang sejak sekian lama tidak semestinya betul.

 2. Pentingnya kita mendapat pandangan orang lain dalam sesuatu isu kerana kata orang, banyak kepala lebih baik dari satu kepala.

 
Nota Kaki. Ini entri yang sudah lebih 5 tahun tertangguh. GadisBuga pun dah jarang-jarang berblog. Harap-harap dia baca dan komen entri ini.

Tuesday, May 16, 2017

CERITA PERGI JEPUN # 5: MAIN AIR BATU.

Sambung dari entri ini berkaitan cerita lawatan saya ke Jepun (30/4 hingga 6/5/2017).

Saya rasa melancong ke Jepun pada tarikh ini untung kerana dapat tengok bunga sakura dan bermain ais yang masih ada berbaki di kawasan pergunungan. Saya tidaklah teruja sangat hendak bermain ski kerana sedar akan kemampuan, tapi lebih teruja dengan peluang untuk menaiki shinkansen (keretapi lajunya) buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya.


Gambar 1: Inilah keretapi laju yang membawa separuh perjalanan kami ke Gala Yuzawa - tempat bermain ais.


Gambar 2: Pemandangan pekan berhampiran dari dalam kereta kabel menuju tempat bermain ski.

 

Gambar 3: Pemandangan ke arah gunung dari dalam kereta kabel yang menampakkan tompok-tompok ais di lerengnya.

 

Gambar 4: Gaya dua orang pemain ski amatur dalam kereta kabel yang membawa kita ke stesyen bermain ais.


Gambar 5: Berselfie je lah .. nak main ski takut tak balik Malaysia nanti.


Gambar 6: Masih meriah dengan orang ramai yang mengunjungi pusat ini walaupun sudah memasuki musim bunga.


Gambar 7: Kesemua anggota rombongan kecuali Haiqal anak bongsu saya yang ghaib entah ke mana.

 

Gambar 8: Haiqal anak bongsu saya yang cukup seronok bermain gelongsor.


Gambar 9: Peserta tertua dalam rombongan. Benda alah tu hanya prop untuk bergambar sahaja.


Gambar 10: Perserta termuda dalam rombongan. Cucu saya yang ke 5/6. Bila besar nanti tentu dia tak akan ingat apa-apa tentang tempat ini.


Gambar 11: Makngahnya melayan cucunya, Iris  bermain gelongsor sebelum dia pulak bermain.


 Gambar 12: Saya pun tidak tahu macamana saya boleh terjebak bergambar kat tempat ni.
 

Gambar 13: Kalau ada sirap, boleh buat ais kepal ni.


 

Video 1: Haiqal yang buat pertama kalinya bermain gelongsor menunjukkan bakatnya. Harapnya pembaca dapatlah tengok video ini kerana dalam entri sebelum ini ada yang mengadu tak dapat tengok video.


Gambar 14: Macam biasalah. Tugas menjaga beg, barang-barang dan cucu diserah kepada saya. Lihatlah betapa gembiranya wajah saya menjalankant tugas tersebut.

Walaupun tempat kita tida ada salji, tetapi kita dianugerahkan dengan cuaca panas yang nyaman sepanjang tahun. Sebenarnya bagi mereka yang tinggal di negeri 4 musim, cuaca panas adalah sesuatu yang sangat mereka dambakan. Adalah jadi kemegahan kepada mereka, jika dapat menunjukkan kulit yang berubah warna kerana berjemur di bawah matahari di negara-negara atau kepulauan bercuaca panas macam tempat kita. 


Friday, May 12, 2017

DARI BERANDA SURAU.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Semasa azan Maghrib dikumandangkan di surau saya, kelihatan jemaah datang dari pelbagai arah. Ada yang naik motorsikal dan ramai yang berkereta.

Saya tetarik melihat jemaah yang datang berbaris berjalan kaki menelusuri tepi pagar surau dari arah rumah kongsi pekerja Indonesia yang sedang menyiapkan projek perumahan tak berapa jauh dari surau.

Semasa sembahyang nanti, kita akan berdiri sebaris-sebaris dan semuanya berada di belakang imam. Tiada Tan Sri, Dato', tiada jutawan, tiada JUSA atau taraf kewarganegaraan yang memisahkan kita.

Saya tertanya-tanya dalam hati, amal siapakah yang akan di terima oleh Allah di akhirat kelak? Mungkin buku catatan amal kita bertimbun-timbun, tetapi yang diambil kira hanyalah amalan yang ikhlas. Lalu saya menyoal keikhlasan diri sendiri. Entah mengapa tetiba air mata saya tergenang.

Nota Kaki: Ini entri tertangguh. Pekerja Indonesia yang diceritakan sudah tiada lagi. Pindah entah ke mana. Rumah kongsi pun sudah dirobohkan. Dan projek perumahan sudah lama siap.



.

Wednesday, May 10, 2017

WW # 151: INILAH PANTAI KITA.





Monday, May 8, 2017

KITA KAN DAH DEWASA !

Gambar hiasan hasil carian Google.


Masing-masing rasa dia dah dewasa,
masing-masing kata dia sudah boleh berfikir sendiri,
masing-masing kata dia sudah boleh berusaha sendiri,
masing-masing kata mahu jadi seperti rakyat di negara maju,
tapi bila subsidi ditarik, habis riuh rendah satu Malaya macam dunia sudah terbalik.

Masing-masing kata dia benci rasuah,
masing-masing kata dia benci kronisme,
masing-masing kata dia benci pilih kasih,
tapi bila kena saman, kenapa coba 'berunding' sama pak polisi,
bila minta projek kenapa tak mahu masuk tender tapi mahu dianugerahi terus,
bila anak minta kerja kenapa melilau cari 'orang dalam'.

Rakyat negara maju macam itu kah ?




Tuesday, May 2, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 4: MENIKMATI KEINDAHAN BUNGA SAKURA.

Selain Gunung Fuji, Jepun juga sinonim dengan bunga Sakura. Kali terakhir saya melihat bunga sakura secara dekat adalah pada tahun 1984 di Washington D.C.  Masa itu anak sulung saya, baru berumur 3 tahun dan sekarang ini anak sulung dia sendiri pun sudah berumur 7 tahun.

Akhirnya selepas kira-kira 33 tahun berlalu, sekali lagi saya dapat melihat dari dekat keindahan bunga sakura ciptaan Ilahi. Kali ini ditempat asal kelahirannya.


Gambar 1:  Gambar saya dan dua orang anak saya di Washington D.C pada tahun 1984. Anak kedua saya yang didukung itu, sekarang sudah punya anak dua. Katanya pokok Sakura di sini adalah hadiah dari kerajaan Jepun suatu masa dulu.

 

Gambar 2: Hari pertama (31hb Mac, 2017) sangat teruja bila ternampak bunga sakura walaupun ia baru nak mula berkembang. Gambar ini diambil dekat dengan tempat kami makan tengahari dan bukannya lawatan ke taman sakura yang akan saya cerita selepas ini.


Gambar 3:  Hari ke dua barulah kita di bawa ke Shinjuku Gyoen National Garden, taman awam untuk melihat bunga sakura dan juga bunga-bunga lain.


Gambar 4: Tapi sebelum itu saya nak tunjuk, beginilah rupanya kalau sakura berbunga penuh. Tapi ini sakura plastik yang diletakkan di stesyen keretapi Shinjuku.  Lihatlah muka saya yang sangat teruja itu sebelum bersedih kerana terpaksa menapak kira-kira 2 km di celah-celah orang ramai untuk sampai ke taman itu.


Gambar 5: Untuk masuk ke sini di kenakan bayaran sebanyak kira-kira RM8. Orang sini memang dahagakan kawasan lapang kerana bandaraya Tokyo dipenuhi dengan hutan batu. Saya tak dapat bayangkan kalau kerajaan mengenakan bayaran masuk ke lake garden di Seremban.

 
 
Video 1: Kemeriahan pengunjung di pintu masuk ke taman.


Gambar 6: Lihat dah ada orang booking tempat dengan meletakkan tikar getah. Kita pulak lupa nak bawak !


Gambar 7: Dari kerusi saya duduk, orang masih belum ramai kerana hari masih awal lagi.


Gambar 8: Bunga sakura dari dekat. Kelihatannya masih ada lagi yang sedang berputik.


Gambar 9: Saya agak grup di belakang saya ini terdiri dari parawisata dari negara jiran kita, Indonesia.


Gambar 10: Sejuk hati saya melihat mereka bersolat bila masuk waktu Zohor.


Gambar 11: Bila sudah agak tengah hari sedikit boleh dikatakan tiada lagi ruang taman yang kosong.


Gambar 12: Semua anggota rombongan dari keluarga saya dan keluarga besan seramai 13 orang bergambar ramai.


Gambar 13: Saya tidak tahu bunga apakah yang melatari gambar kami. Rasanya ia bukan bunga Sakura. 

 

Gambar 14: Ini pun rasanya bukan bunga sakura. Ada yang tahu namanya ?


Gambar 15: Nampak je bunga, apa lagi kita pun minta anak kita mengambil gambar. Tak kisahlah bunga apa.

 

Gambar 16: Gambar kami yang nampak penuh.
 

Gambar 17: Bersama Haiqal pulak yang sentiasa tersengih, anak bongsu kami yang sudi ikut bersama kami melancong ke Jepun.


Gambar 18Sebenarnya dekat dengan stesyen Shibuya tak jauh dari homestay kami ada sebatang pokok sakura yang sudah mula berbunga.



Memang tidak dinafikan bunga sakura cantik, tapi bunga Kenanga, Melati atau bunga Melur juga cantik dan wangi pula, tak macam bunga sakura yang hanya cantik dipandang mata.