Saturday, May 27, 2017

.LINTASAN.


Cetakan skrin yang saya buat lima tahun lalu.

Salah satu kegemaran masa lapang saya ialah melihat bloglist blogger yang berkunjung ke blog saya. Saya seronok dan terasa puas bila blog kita ada tersenarai dalam bloglist mereka.

Namun begitu saya tidak pula dirundung kedukaan yang melampau, jika tiba-tiba blog saya terkeluar dari bloglist mana-mana blog kerana saya tahu hati manusia boleh berubah.

Salah satu blog yang khusus menyeranaikan blog dan lain-lain laman  adalah .Lintasan.  Di antara ratusan blog dan institusi yang tersenarai dalam blog ini, terdapat nama KomenSen di dalamnya. Terima banyak-banyak kepada pemililk blog .Lintasan. Blog kengkawan lain  pun ada kelihatan di sana. Misalnya blog Kakcik Seroja. 


Seronok bila melihat blog sendiri tersenarai dalam salah satu bloglist blog ini.


Blog .Lintasan. ini bolehlah saya katakan macam "Pusat Sehenti" untuk kita pergi ke mana-mana laman web yang lain. Misalnya ada diberikan  link hotel, bank, restoran, pusat beli belah, kereta, travel, hartanah dan sebagainya. Pendek kata 'macam-macam ada' di sini dan memenuhi keperluan saya. Kalau nak tahu samada blog anda tersenarai atau tidak, silalah berkunjung ke sini.

Nota kaki: Entri ini sudah 5 tahun tertangguh. Sebentar tadi saya sudah buat semakan, didapati blog itu masih wujud dan blog saya masih lagi tersenarai. 

 

8 comments:

  1. satu tempoh yang agak lama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedang berusaha untuk menghabiskan stok deraf yang bertimbun. Ada di antaranya sudah tidak sesuai lagi disiarkan. Sabo je lah. Hehe.

      Delete
  2. Saya pun banyak draf dalam list emm entah bila nak selesaikan. Tapi lintasan tu fuh semua ado... tak terjenguk semua bloglist....banyak sungguh....rajin lah tuan punya blog tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau masih banyak draf .. ada orang tu bingung tak tau apa nak ditulis.

      Delete
  3. alhamdulillah... Pak Ngah dh lama menulis msti ramai yg letakkan blog pak Ngah dlm bloglist mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg membuatkan PN sentiasa ada keinginan untuk menulis.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.