Friday, May 12, 2017

DARI BERANDA SURAU.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Semasa azan Maghrib dikumandangkan di surau saya, kelihatan jemaah datang dari pelbagai arah. Ada yang naik motorsikal dan ramai yang berkereta.

Saya tetarik melihat jemaah yang datang berbaris berjalan kaki menelusuri tepi pagar surau dari arah rumah kongsi pekerja Indonesia yang sedang menyiapkan projek perumahan tak berapa jauh dari surau.

Semasa sembahyang nanti, kita akan berdiri sebaris-sebaris dan semuanya berada di belakang imam. Tiada Tan Sri, Dato', tiada jutawan, tiada JUSA atau taraf kewarganegaraan yang memisahkan kita.

Saya tertanya-tanya dalam hati, amal siapakah yang akan di terima oleh Allah di akhirat kelak? Mungkin buku catatan amal kita bertimbun-timbun, tetapi yang diambil kira hanyalah amalan yang ikhlas. Lalu saya menyoal keikhlasan diri sendiri. Entah mengapa tetiba air mata saya tergenang.

Nota Kaki: Ini entri tertangguh. Pekerja Indonesia yang diceritakan sudah tiada lagi. Pindah entah ke mana. Rumah kongsi pun sudah dirobohkan. Dan projek perumahan sudah lama siap.



.

14 comments:

  1. Kuasa solat..banyak hikmahnya.
    Kuasa azan memanggil utk berehat seketika utk menjalankan kewajipan.

    Itulah seorg muslim, dinilai dari amalannya & bukan pada duniawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. amalan yg dinilai adalah yg ikhlas dan bukannya yg riak.

      Delete
  2. kalau kt kawasan umah dana nih, bangla Pak Ngah yg rajin ke surau, jln kaki je walaupun surau jauh dr rumah mereka...
    malu jgk kita yg melayu ni kadang jarang ke surau berjemaah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun ada bangla tapi sekarang tak tau pi mana .. tapi kalau hari Jumaat biasa tengok mereka berjalan ramai2 menuju masjid.

      Delete
  3. Allahu Pak Ngah..saya pun sampai sekarang masih belajar lagi bab ikhlas ni..'Subjek' yg paling susah bagi saya..moga Allah jadikan kita orang yg ikhlas keranaNya semata2..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah utk dpt 100% ikhlas sehingga malaikat pun boleh tertipu tapi tidak terlepas dari tilikan Allah.

      Delete
  4. Pak Ngah pernah rasa tak, kalau kita buat sesuatu kerana Allah, tidak mengungkit2, tidak terlalu berkira, berlapang dada, redha..perasaan tu lain macam kan..? Rasa best sangat2..rasa mcm segala kekusutan terlerai..serah diri pada Allah sepenuhnya..suatu perasaan yg sukar nak diungkap..
    Saya mohon Allah beri & kekalkanlah perasaan tu..supaya hati lebih tenang..harapan dan sandaran hanya pd Allah. Salam ramadhan Pak Ngah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa juga tapi bisikan syaitan pasti ada supaya kita cerita kat org .. lelah juga melawannya.

      selamat menempuh bulan Ramadhan juga dari pakngah.

      Delete
  5. Salam, making a comeback in blogging ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Selamat bergiat kembali memeriahkan dunia blogging.

      Delete
  6. Assalamualaikum pakngah,kirim salam kat mak ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Dah disampaikan juga kiriman salamnya.

      Delete
  7. Perasaan ikhlas tu susah nak di gambarkan rasanya samada ikhlas atau tidak. Kadang rasa macam ikhlas tapi tu lah kadang macam dalam hati nak bercerita emmm camno tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sangat sukar .. itu sebab janji ganjaran amal yg ikhlas sangat besar.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.