Tuesday, May 2, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 4: MENIKMATI KEINDAHAN BUNGA SAKURA.

Selain Gunung Fuji, Jepun juga sinonim dengan bunga Sakura. Kali terakhir saya melihat bunga sakura secara dekat adalah pada tahun 1984 di Washington D.C.  Masa itu anak sulung saya, baru berumur 3 tahun dan sekarang ini anak sulung dia sendiri pun sudah berumur 7 tahun.

Akhirnya selepas kira-kira 33 tahun berlalu, sekali lagi saya dapat melihat dari dekat keindahan bunga sakura ciptaan Ilahi. Kali ini ditempat asal kelahirannya.


Gambar 1:  Gambar saya dan dua orang anak saya di Washington D.C pada tahun 1984. Anak kedua saya yang didukung itu, sekarang sudah punya anak dua. Katanya pokok Sakura di sini adalah hadiah dari kerajaan Jepun suatu masa dulu.

 

Gambar 2: Hari pertama (31hb Mac, 2017) sangat teruja bila ternampak bunga sakura walaupun ia baru nak mula berkembang. Gambar ini diambil dekat dengan tempat kami makan tengahari dan bukannya lawatan ke taman sakura yang akan saya cerita selepas ini.


Gambar 3:  Hari ke dua barulah kita di bawa ke Shinjuku Gyoen National Garden, taman awam untuk melihat bunga sakura dan juga bunga-bunga lain.


Gambar 4: Tapi sebelum itu saya nak tunjuk, beginilah rupanya kalau sakura berbunga penuh. Tapi ini sakura plastik yang diletakkan di stesyen keretapi Shinjuku.  Lihatlah muka saya yang sangat teruja itu sebelum bersedih kerana terpaksa menapak kira-kira 2 km di celah-celah orang ramai untuk sampai ke taman itu.


Gambar 5: Untuk masuk ke sini di kenakan bayaran sebanyak kira-kira RM8. Orang sini memang dahagakan kawasan lapang kerana bandaraya Tokyo dipenuhi dengan hutan batu. Saya tak dapat bayangkan kalau kerajaan mengenakan bayaran masuk ke lake garden di Seremban.

 
 
Video 1: Kemeriahan pengunjung di pintu masuk ke taman.


Gambar 6: Lihat dah ada orang booking tempat dengan meletakkan tikar getah. Kita pulak lupa nak bawak !


Gambar 7: Dari kerusi saya duduk, orang masih belum ramai kerana hari masih awal lagi.


Gambar 8: Bunga sakura dari dekat. Kelihatannya masih ada lagi yang sedang berputik.


Gambar 9: Saya agak grup di belakang saya ini terdiri dari parawisata dari negara jiran kita, Indonesia.


Gambar 10: Sejuk hati saya melihat mereka bersolat bila masuk waktu Zohor.


Gambar 11: Bila sudah agak tengah hari sedikit boleh dikatakan tiada lagi ruang taman yang kosong.


Gambar 12: Semua anggota rombongan dari keluarga saya dan keluarga besan seramai 13 orang bergambar ramai.


Gambar 13: Saya tidak tahu bunga apakah yang melatari gambar kami. Rasanya ia bukan bunga Sakura. 

 

Gambar 14: Ini pun rasanya bukan bunga sakura. Ada yang tahu namanya ?


Gambar 15: Nampak je bunga, apa lagi kita pun minta anak kita mengambil gambar. Tak kisahlah bunga apa.

 

Gambar 16: Gambar kami yang nampak penuh.
 

Gambar 17: Bersama Haiqal pulak yang sentiasa tersengih, anak bongsu kami yang sudi ikut bersama kami melancong ke Jepun.


Gambar 18Sebenarnya dekat dengan stesyen Shibuya tak jauh dari homestay kami ada sebatang pokok sakura yang sudah mula berbunga.



Memang tidak dinafikan bunga sakura cantik, tapi bunga Kenanga, Melati atau bunga Melur juga cantik dan wangi pula, tak macam bunga sakura yang hanya cantik dipandang mata.

16 comments:

  1. Ada dua tempat yang saya teringin kunjungi di Jepun (mungkin pengaruh novel yang saya baca dan drama tn yang saya tonton) iaitu Harajuku dan Okinawa... :)

    p/s : video-video itu tidak dapat saya tonton...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga segera tercapai hajat kakcik itu.

      fasal video tu tak tahu nak buat mcm mana dah.

      Delete
  2. Teringin juga melawat Jepun ni..
    Tapi nak gi plastine dulu..
    Teringin solat di Masjid Al Aqsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sekali impian itu .. semoga segera tercapai.

      Delete
  3. Seronok berjalan ni.. Jiwa pun tenang, lupa pada masalah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sudah jadi warga emas mcm saya ni, agak melelah dan menyusahkan orang lain.

      Delete
  4. wah seronoknya piknik ramai-ramai.....dah macam pesta pulaknya. Betul lah sakura cantik dipandang kerana banyak bunganya. Kalau bunga melur banyak berbunga lagi bestkan dah lah cantik wangi dan harum baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka dengan bunga melur .. lepas ni nak tanam kat rumah.

      Delete
  5. geramnya pak Ngah tgk bunga2 kt situ, cantik2 sbb bunga je yg ada, daun nya sudah togel... itu yg nampak cantik nya

    bunga2 kita cantik berbunga tp daun juga lbt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik .. tapi rasanya kalau ia banyak tumbuh kat negara kita, mungkin agaknya kita tak kisah sangat.

      Delete
  6. Replies
    1. sudah diperbaiki .. kalau tak boleh jugak tengok, tak tahu nak buat apa dah.

      Delete
  7. Belah utara dah ada musim bunga tecoma, tu pun dah teruja bila tengok..
    Kalau tengok sakura lagi la teruja..

    Kenapa semua video jepun x boleh tengok kecuali video naik shinkansen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat Nismilan pun ada bunga tecoma tu.

      fasal video tu saya youtube kan .. harap2 sekarang dah boleh tengok.

      Delete
  8. wahh rindunya jepun bila tengok sakura. harapnya ada rezeki untuk kembali ke sini..

    (gambar 13 tu pakngah berlatabelakangkan bunga ume. Japanese plum.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak belajar kat sana ke dulu ?
      oh itu bunga ume .. buahnya boleh makan ke?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.