Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 8 - MENGUTIP BUAH EPAL, 1982.


.

Tuesday, September 27, 2011

SONYUM SOKOJAP 33 : RESTORAN LAKSA DILURUSKAN OLEH JABATAN AGAMA ?





Ada tiga persoalan dalam kepala saya :

1. Sejak bila pulak JHEAINSDK memainkan peranan meluruskan restoran ? 

2. Adakah restoran itu bengkok sebelum ini ?

3.  Kalau bengkok, macamana dia boleh dapat CF ?






... Atau barangkali  laksanya yang bengkok ? 

.

Monday, September 26, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 21: ALAHAI BAHASA KU !

Pada hari yang sama dan dalam akhbar yang sama, ada dua kenyataan tentang bahasa Melayu dari dua orang tokoh, yang menyebabkan saya keliru.

Berita Harian: Rabu 14 September 2011.

Bahasa ibunda kubu budaya bangsa: Kaum Melayu perlu menyedari peranan penting bahasa Melayu - Kata Teo Kok Seong, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM

Berita Harian: Rabu 14 September 2011.

Wajib lulus BI: Dilaksana apabila guru bahasa Inggeris untuk peringkat SPM mencukupi - Kata Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Apakah makna dan implikasinya kalau sudah diwajibkan ?
Mungkin sampai  saya mati nanti,  kedudukan bahasa Melayu akan kekal menjadi melukut di tepi gantang. Saya rasa sangat sakit hati bila:

1. Dalam sepanduk atau poster , Bahasa Melayu tidak diletakkan di atas sekali.

2. Dalam majlis-majlis rasmi yang dihadiri rata-ratanya oleh orang Malaysia, ucapan dibuat dalam bahasa selain dari bahasa Melayu.

Setahu saya selain Malaysia, ada dua negara iaitu India dan Filipina, yang majoriti penduduknya pandai berbahasa Inggeris tetapi taraf hidup mereka dan negara mereka tidaklah maju sangat.

Dan terlalu banyak negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris, tetapi negara mereka jauh lebih maju dari negara-negara yang saya sebutkan di atas.

Itu pandangan dan perasaan saya sahaja. 
Apa pula pandangan dan perasaan anda ?


Dan jemput lihat pula video di bawah dan apa perasaan anda  setalah melihatnya?

Sunday, September 25, 2011

APA SAYA BUAT SEMALAM.

Semalam atau yesterday kata orang kampung saya, saya dan makngahnya memenuhi 3 jemputan rumah terbuka dan 1 jemputan kenduri kawin. Rumah terbuka pertama di Seksyen 4, Bangi. 

Di entri ini dan di blog ini, sekali lagi saya nak marah dengan kemudahan papan tanda yang ada di negara kita. ( Dulu saya pernah tulis di sini ). Lepas bayar tol kat susur keluar Bangi, jumpa satu bulatan. Ada ditunjukkan pelan ke Seksyen 4. Lepas tu jumpa bulatan ke 2, masih ada. Sampai ke bulatan ke 3, dah tak ada  pulak petunjuk ke Seksyen 4. Bedebah !  Lalu nak ikut mana. Terpaksalah ikut  hati. Akhirnya sesat barat. Betullah kata orang tua-tua, jangan ikut hati.


Gambar 1: Rumah pertama adalah rumah terbuka kenalan lama di Bangi. Nasib baik makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka. Hilanglah sikit rasa marah sebab sesat tadi. Tetapi bila tengok rumah dia, tetiba pulak saya rasa rumah saya macam pondok sahaja.


Gambar 2: Di DBP menghadiri jemputan kenduri kawin anak jiran lama semasa kami duduk di Kampung Sungai Tua di Selayang dulu. Di sini saya makan nasi dan teh tarik sebab belum makan nasi lagi. Kat rumah pertama tadi saya makan selain dari nasi seperti satay, tapai, cendol, sphageti, kueh dll.


Gambar 3: Rumah ke 3, rumah terbuka lagi kenalan kami di Lavender Heights tak jauh dari rumah saya. Di sini saya makan pulut kuning dengan sambal tumis.



Gambar 4: Rumah ke 4 dan terakhir adalah rumah kenalan kami di belakang rumah saya di Lavender Heights. Di sini saya banyak makan angin je sebab perut dah penuh.

Bagaimana pulak dengan aktiviti anda semalam ? Atau berpuasa ?

Saturday, September 24, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AS.

24 September, adalah hari ulangtahun kelahiran anak ke tiga saya As .. lelaki yang pertama.  Anak saya lima orang. Anak pertama perempuan. Anak kedua juga perempuan. Bila yang ketiga dapat lelaki, seronok tak sangga (kata orang Perlis).

Panggilan As tu adalah kependekan dari Hasyraf. Lahir di Hospital Universiti Malaya semasa saya bekerja di INTAN. Kira anak pertamalah lahir di Semenanjung Malaysia. Anak yang pertama lahir di Kuching, Sarawak dan yang kedua pula lahir di Virginia, USA.

Manakala anak lelaki ke dua dan bongsu pula saya panggil Iqal - kependekan dari Haiqal. Tapi saya selalu tersebut nama As bila memanggil Iqal. Mungkin bila melihat muka Iqal sekarang mengingatkan saya kepada As semasa kecil. Atau itu tanda-tanda saya sudah semakin jauh meninggalkan umur muda.

Sebelum ini saya tak pernah lagi buat entri khas tentang harijadi As kecuali entri hari konvo dia. Kakak dan adik-adiknya sudah pernah. Jadi untuk berlaku adil saya buat entri ini khas untuk As. Kali ini sahajalah. Lepas ni tak ada lagi.


Gambar 1:  Gambar ini saya suka sebab walaupun tak ada gigi, tapi nampak comel.
(Gambar kitar semula)



Gambar 2:  Walaupun mandi dalam sinki tapi As tetap gembira. Ayahnya masa tu sampai sekarang tak mampu nak buat kolam renang.

Gambar 3: Gambar ini dan gambar 4,5 dan 6 di bawah rasanya pada hari yang sama berdasarkan baju dan seluar yang dia pakai.

Gambar 4: Di belakang dapur pun jadi bergambar.


Gambar 5: Ala la la la  .. anak ayah !

Gambar 6: Serius memikirkan  masa hadapan ..

Gambar 7: Dah sampai gambar ke-7, masih lagi belum tumbuh gigi.

Gambar 8: Tak pasti masa ni dah tumbuh gigi ke belum.

Gambar 9. Masuk umur 3 tahun, berdasarkan bilangan lilin atas kek.


Gambar 10: Berlakon jadi koboi masa persembahan Tadika yang paling teratur dan terbaik dalam dunia .. Tabika KEMAS !

 Gambar 11:  Selepas ambil ijazah tadika. As sedih sebab tak dapat Kepujian Kelas Pertama !
  Sekarang dia sudah besar dan semakin menjauh dari saya. 
Tidak mahu lagi dipangku-pangku atau ditimang-timang oleh ayah dia.
Macam biasalah Iqal mana reti nak senyum !
Selamat  ulang tahun kelahiran, As. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ayah bila ayah sudah tiada lagi di dunia ini nanti.

.

Friday, September 23, 2011

BUAT APA NAK PENING-PENING KEPALA.





Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda-benda yang tak perlu atau tak patut kita fikirkan. Contoh klasiknya, buat apa kita nak pening-pening kepala memikirkan mana dulu, ayam ke telur ?

Juga, buat apa kita nak memeningkan kepala memikirkan benda-benda  yang pasti akan berlaku atau pun kita tidak ada daya upaya untuk menghalangnya dari berlaku.

Contohnya buat apa kita nak pening-pening kepala memikirkan supaya :

  •    orang tak membuang sampah merata-rata.  
  •    orang tak berebut-rebut menaiki bas. 
  •    suami tak kawin lagi. Opps !
  •    muka tak berkedut sampai ke tua.
  •    orang tak buat kotor dalam tandas awam.
  •    orang politik tak buat janji.
  •    tayar kereta tak botak sampai bila-bila.
  •    pasangan kita tak kawin lain selepas kita mati. 

Benda-benda macam tu tak payah fikirlah. 
Dia akan berlaku kalau telah ditakdirkan akan berlaku.
Atau pun kalau dia nak jadi dia akan jadi.
Buat apa nak pening-peningkan kepala.
Setuju tak ?
Kalau tak setuju pun tak apa.
Buat apa saya nak pening-pening kepala memikirkan orang setuju atau pun tidak.

Nanti kejap ..

Tentu  anda dah banyak kali dengar .. tapi nak ingatkan kembali. Lagipun saya sangat suka dengan akronim ini. Sangat tepat dan mudah diingat ! 

Daripada pening kepala memikirkan perkara yang pasti akan berlaku atau di luar kawalan kita, lebih baik kita fikirkan fasal duit dan selalu ingat akan duit.
Ya DUIT !

D = Doa
U = Usaha
I  = Istiqamah
T = Tawakkal

Oleh itu sebelum kita melaksanakan sebarang program/projek/aktiviti yang diharuskan oleh syarak, kita patut mulainya dengan berdoa diikuti dengan usaha dan seterusnya beristiqamah atau konsisten dalam berusaha. Setelah itu semua dilakukan,  bertawakkal atau berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan natijahnya.


Nota kaki: Gambar kat atas saya  jumpa kat mana ntah ..  malas nak pening-pening kepala  memikirkan kat mana saya jumpa !

Thursday, September 22, 2011

HATI SIAPA YANG TAK KEMBANG !


Print Screen pantun saya yang di siarkan dalam blog Yang Indah Itu Bahasa. 
Abaikan ejaan nama saya yang salah itu.

Hari tu saya buat satu entri tentang keghairahan baru saya berforum. Kerana terlalu ghairah, terpaksa saya menutup kotak komen saya buat sementara waktu dan berhenti dari blogwalking. Tapi sekarang dah bukak balik, bila keghairahan berforum tu menurun. 

Saya cuba masuk menjadi ahli 6 forum untuk merasa 'denyut nadi' orang berforum. Banyak yang saya pelajari sebenarnya. Ada suka dan banyak kali juga sakit hati.

Pada masa ini saya aktif dalam 3 forum sahaja kerana 3 lagi tu tak berapa mendapat sambutan. Forum-forum itu ialah CariGold, Cari Malay Forum dan Gempak Org. Ikutkan kemampuan masa, saya cuma ingin memilih satu forum sahaja tapi oleh kerana ketiga-tiga forum itu mempunyai orientasi dan segmen yang berbeza, saya layan dulu ketiga-tiganya untuk mencari keserasian.

Di samping itu saya juga turut menyumbang pantun kepada blog Yang Indah Itu Bahasa. Hati siapa yang tak kembang, bila pantun kita disiarkan dan kita di letakkan sebaris dengan Pemantun Terbilang yang lain. ( Rujuk  print screen di atas).  Walaupun saya rasa taraf itu tinggi sangat buat saya,  namun saya ambilnya untuk menjadi pencetus  semangat meneruskan blog Puisi Orang Tak Reti saya.

Jadi sekarang ini saya ada 2 blog, ahli 3 forum,1 Fesbok di samping menyumbang karya kepada satu blog. Makanya kalau saya kurang melakukan blogwalk akhir-akhir ini, faham-faham sahajalah puncanya dan untuk itu saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang masih sudi ziarah dan meninggalkan komen.

ish ish ish .. banyaknya link .. kalah Daddy Ziyyad !

 

Wednesday, September 21, 2011

SI CANTIK MANIS YANG SAYA TAK TAHU NAK BUAT APA.

Gambar 1.
Gambar 2.
Gambar 3.

............................................................................................................................................


Gambar 4.

Gambar 5.

Gambar 1, 2 dan 3 di atas adalah bekas hantaran semasa perkahwinan anak saya yang ke dua selepas ia tidak di gunakan lagi. Gambar 4 dan 5, rupa bekas itu dengan isi hantaran. Katanya ia dibuat dari campuran gula. Mereka sangat cantik dan manis. Hendak dibuang, sayang. Hendak di simpan, nak buat apa dan nak simpan kat mana. Setelah beberapa lama, dengan berat hati terpaksalah juga dibuang kerana ia menjadi tarikan kepada semut. 

Begitulah kadang-kadang nasib wanita. Ada yang sangat cantik dan manis tapi tak ada orang yang sudi.

.........................................................................................................................

Pengumuman. Saya telah membuka kotak komen saya mulai entri semalam selepas saya mula siuman dari keghairahan berforum.  Mungkin ramai yang tak perasan.  Di laman sebuah forum saya ada mengeposkan sebuah entri  dan saya tertarik dengan komen yang bernas dan lucu dari  seorang 'forumer' yang saya kopipes sepenuhnya seperti dibawah. 

..............................................................................








brownknight brownknight is offline
Active Member

brownknight's Avatar
Trader Rating: (73)
Join Date: Feb 2006
Location: Kuantan
Posts: 1,046
Poster Rank: #1869
Thanked 1 Time
Groaned at 0 Times
Active Level
Default

1) Raja x baca hadis...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah saw : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (Hadith Hasan Riwayat Tirmidzi no 1084).

2) Mak ayah pemuda ada baca hadis...

Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." (Hadis Riwayat Ahmad)


3) Tiada perkara mustahil di dunia ini.

Walaupun sungai dipenuhi buaya ganas,
X bererti ia X boleyh diseberangi,
Yang kita perlukan, sedikit keberanian.

4) Motivasi penting dalam hidup.

Kadang-kadang kita tidak berani menyahut cabaran,
Tapi dengan motivasi,
Kita beranikan diri dan berjaya.
dalam kes ini, tolakan itu motivasi...

5) Manusia akan melakukan apa sahaja untuk selamatkan diri.

Sememangnya fitrah manusia survivalistik.
Maka bila dihadapkan dengan keadaan yang membahayakan nyawa,
Pemuda itu menyeberangi sungai tanpa berfikir panjang.

6) Jangan Mandi

Buaya pun xnak makan pemuda tu sebab dah lama x mandi kot


PS: Maaf, gurauan jer, jgn marah...


Tuesday, September 20, 2011

CARI PANGLIMA..


Ini adalah sambungan kepada cerita lawak oleh seorang MB yang saya pernah saya ceritakan sebelum ini. Kalau sesiapa yang belum baca dan ingin nak membaca, pautannya ada di sini.


Cerita 2:  Cari Panglima


Setelah kematian panglima akibat  terkena penyakit kencing tikus, Raja ingin segera mencari penggantinya. Lalu dikerahkan rakyatnya yang berminat berhimpun di sebuah padang.  Mereka kemudiannya dibariskan di hadapan baginda.

Kemudian baginda pun bertitah:


"Oleh kerana bilangan yang berminat untuk menjadi panglima adalah ramai, beta telah menetapkan beberapa syarat sebelum layak di pilih. Syarat pertama, calon mestilah tidak takutkan bini. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang takutkan bini, sila undur selangkah kebelakang"


Selepas mendengar titah baginda, seorang demi seorang secara perlahan-lahan berundur selangkah ke belakang hinggalah tinggal seorang.

Baginda agak terperanjat dan kecewa ..


"Ciss tak guna, masing2 takutkan bini. Nasib baik ada sorang yang tak takutkan bini" baginda berkata-kata di dalam hati.


Kemudian baginda pun menitahkan lelaki yang tidak berundur tadi dibawa kehadapannya, lalu bertitah:


"Oleh kerana tiadak siapa lagi yang layak, kecuali kamu, maka kamu beta lantik menjadi panglima beta yang baru.  Tetapi sebelum itu beta ingin tahu, apakah rahsia kamu  tidak takutkan bini ?"

Lantas di jawab oleh lelaki itu ..


"Ampun tuanku, sembah patik harap diampun. Adapun patik tidak mempunyai sebarang rahsia Tuanku. Cuma sebelum datang tadi,  isteri patik telah berpesan supaya jangan berundur walau apa pun cabaran yang mendatang, Tuanku"

Apakah mesej yang anda faham yang ingin disampaikan oleh MB tersebut melalui lawak ini ?

Kepada saya, ia  membawa mesej supaya kita jangan cepat terpesona dengan kehebatan luaran seseorang tanpa menyelidiki latarbelakangnya.

Soalan Tambahan.

1. Siapa yang pertama kali mendengar lawak ni ?
2. Siapa yang belum pernah lagi dengar lawak ni ?



Ada ke yang angkat tangan dua  kali ?




Monday, September 19, 2011

TANAH UNTUK PERWIRA.


Tanah Untuk Perwira: Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota tentera, polis - Berita Harian, 19 September, 2011. 


Baguslah ! Tetapi takkan untuk kenang jasa bekas anggota tentera dan polis sahaja. Bagaimana pula dengan kakitangan kerajaan yang lain yang sama-sama makan gaji. Adakah  anggota bomba, jururawat, guru - sekadar menyebut beberapa contoh - tidak berjasa ?

Jangan silap faham. Bukan saya membangkang rancangan kerajaan Perak itu. Saya juga anak pesara Polis. Cuma saya simpati dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang memandang sahaja sambil menggigit jari.

Saturday, September 17, 2011

SONYUM SOKOJAP 32 - CHE WEL lawan POSLAJU !

Entri ini  pernah saya poskan tetapi hilang semasa blogspot buat hal pada 13hb Mei lalu. Entah macam mana, saya terjumpa semula. Rupanya dia bersembunyi di dalam draf. Saya poskan sekali lagi sebab ceritanya berkenaan dengan pos. Saya kena pos, hingga sampai kepada pembaca.



Satu hari Che Wel ke pejabat Poslaju untuk mengirimkan satu parsel.

Che Wel: "Kalau saya nak hantar parsel ni ke Johor, satu minggu boleh sampai tak ?"

Orang Poslaju: "Sudah tentu !"

Che Wel:  "Mustahil !"

Orang Poslaju: "Kenapa ?"

Che Wel:  "Sebab saya tulis alamat kat Penang !" 

Orang Poslaju: "#^&*(-x" @"


Penghargaan: Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi singgah dan membaca entri ini dan juga terima kasih kepada Normaliza Mah, Ikan Emas dan Queenie yang sudi melawat dan meninggalkan komen di laman Puisi Orang Tak Reti.

.