Semalam saya pergi 4 buah rumah terbuka dan 1 kenduri kawin. Macam macam makanan dah masuk ke perut saya. Demam yang dah mula nak kebah takut datang balik. Antara makanan yang saya masih ingat yang telah saya makan ialah dari pagi lempengpisangmeerebusgorengpisanggorengsukungorengcempedakbuah2anlaksasataykuehtiaugorengdagingrusanasiminyakkarikambingcendoltehtarikdll.
Tapi makan ni hanya di rumah pertama sahaja yang sedap, lepas tu bila perut dah kenyang, makan jangan kan tidak je. Misalnya di rumah terakhir saya cuma larat untuk kunyah kacang botak dua tiga biji sahaja.
Rumah pertama di Shah Alam, kedua di Ampangan (bukan Ampang ya), rumah ke tiga di Bandar Baru Serting (sebenarnya bukan rumah tapi dewan kerana menghadiri kenduri kawin anak kenalan), rumah ke 4 dan 5 di kawasan taman perumahan saya. Dalam perjalanan balik saya sempat singgah satu kolam memancing berbayar dekat kawasan Terachi. Ada kolam udang galah dan ada kolam ikan air tawar. Mungkin kolam ini tak jauh dari rumah blogger Ibuintan. Saya singgah 4-5 minit tengok orang memancing. Tak berapa menarik. Saya tengok udang dan ikan yang dia orang dapat semuanya kategori bawah umur belaka.
Sebelum itu, di tempat kenduri kawin saya sempat melihat Mawi menyanyi, walaupun agak lewat kerana saya difahamkan dia baru balik dari Singapura buat persembahan. Yang kawin itu adalah adik kepada isteri Mawi.
Berikut adalah dua keping gambar sebagai bukti.
Berikut adalah dua keping gambar sebagai bukti.
Nama kolam mancing ini ialah "Kolam Pancing Berlauk". Lain macam je bunyinya. Kalau tengok gambar bukan main besar lagi udang dan ikan yang ditunjukkannya.
Nampak badan Mawi berisi sikit. Dan nampak rambut saya semakin memutih. Mawi tak ingat lagi kat saya walaupun kita pernah duduk semeja beberapa tahun dahulu.
Penghargaan: Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi singgah dan baca entri ini.