Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA KE 48.

Hari ini seluruh Malaysia bercuti kecuali orang yang bekerja sendiri dan juga perkhidmatan-perkhidmatan perlu seperti Polis, Tentera, Bomba dan sebagainya. Bagi orang yang sudah bersara,  cuti ke tak cuti sama sahaja. Sesiapa yang dah habis berpuasa 6 atau tak berpuasa 6 hari ini, eloklah mengunjungi saudara mara atau sahabat handai yang membuat rumah terbuka.

Marilah kita sama-sama memohon perlindunganNya dari sebarang mala-petaka samada yang semula jadi atau dari angkara manusia agar kita hingga anak cucu kita dapat hidup dengan sejahtara dan dapat terus memperbanyakkan  amal ibadat kepadaNya.



Ada dua buah entri lama saya yang saya kira masih relevan dengan sambutan ini.  Kepada sesiapa yang ingin membacanya, silalah klik.


1.  "SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA - Satu Untuk Engkau Satu Untuk Aku !


2. "SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK ?"

.