Thursday, September 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA - Satu Untuk Engkau, Satu Untuk Aku !


السلام عليكم ورحمته الله وبركاته
Selamat Menyambut Hari Malaysia. 
Kali ini saya nak tulis sesuatu yang agak serius.
 Oleh itu mari kita fikir dan bincang secara serius.


Agih secara adil - Tun M

Pergaduhan, pemberontakan hatta peperangan boleh berlaku sekirannya kekayaan negara tidak diagih secara adil. Atau pun jika dilihat oleh rakyat pengagihannya telah dibuat secara tidak adil. Adil tidak bermaksud dibahagi sama banyak atau sama rata tetapi dibahagi berasaskan hak dan keperluan.

Jika pengagihan yang tidak adil berlaku dalam satu kaum yang sama, maka pergaduhan, pemberontakan atau peperangan boleh berlaku di antara kelas. Maksudnya di antara yang miskin dengan yang kaya.

Dan sekiranya pengagihan tidak dilakukan secara adil di antara  kaum, maka pergaduhan atau peperangan boleh berlaku di antara kaum.

Pergaduhan, pemberontakan atau peperangan samada di antara kelas atau di antara kaum adalah buruk dan tidak kita kehendaki.

Barang di jauhkan Allah, janganlah sampai terjadi demikian di negara kita.

Oleh itu kekayaan negara haruslah diagihkan secara adil dan juga hendaklah dilihat oleh rakyat sebagai telah diagihkan secara adil, samada di dalam sesuatu kaum atau pun di antara kaum. 

Memang hampir  mustahil untuk membuat pengagihan dan mendapat keadilan yang sempurna di dunia ini. Tetapi sekurang-kurang lakukan  segenap usaha supaya rakyat dapat dan boleh melihat serta berpuashati bahawa  pemerintah telah pun berusaha sedaya upaya untuk membuat pengagihan secara adil. 

Berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pengetahuan saya terhadap negara-negara lain, saya rasa sangat bersyukur di atas segala kesenangan yang telah dan sedang saya nikmati sekarang ini.  Sumbangan saya kepada negara pun tidak sebanyak mana berbanding sumbangan negara kepada saya, kecuali menjadi seorang pembayar cukai dan saman yang sangat patuh. 

Walaupun demikian, saya juga mengakui bahawa sistem pengagihan yang berjalan belum sempurna dan  masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.  Namun begitu, bila melihat dan menilai diri sendiri, saya pun bukanlah sempurna sangat !  

.................................................................................. 

Sub-Entri: Ini mungkin kes terlepas pandang !


Kudrat tua tak berdaya: Pasangan warga emas ambil upah
 asing plastik RM2 sehari selepas JKM henti bantuan bulanan.

Walau pun mungkin mereka mendapat upah hanya RM2 sehari ... tetapi mereka ini adalah lebih mulia dari orang ini.


p/s:  Dalam pada itu, saya rasa terkilan kerana masih ada lagi orang yang tak faham tentang konsep  negara Malaysia. Kalau tak percaya sila baca entri ringkas saya yang bertajuk "Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak?"  (klik) 

.
.

53 comments:

  1. SALAM,
    ENTRI YANG CUKUP CANTIK DENGAN MESEJ YANG JELAS. LF TAK TAHU APA NAK ULAS KERANA LF SETUJU SEMUANYA.

    APAPUN, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia..agihan adil satu untuk engkau satu untuk aku..

    adakala juga 20 untuk aku 1 jer untuk engkau...

    ReplyDelete
  3. Susah nak buat adil ni setakat nak bercakap dan tulis atas kertas boleh le kut tapi jika realitinya jauh api pada panggang. Lebih malang hak orang hak dia juga.

    ReplyDelete
  4. macam kek raya ..
    dipotong2..dibahagi2...
    yang dah kenyang.. ambil sikit sahaja la..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Malaysia.

    Sistem sudah ada.. Tetapi dirosakkan oleh segolongan yang tamak dan korup!

    Mudah-mudahan golongan sebegitu diberikan petunjuk dan hidayah..

    ReplyDelete
  6. salam eidul fitri...

    salam seM'sia ... janggal plak nk ucap,coz tak biasa ..

    banyak untok kau ,ciput untuk kami ..he he he

    ReplyDelete
  7. teringgat cerita p.ramlee

    satu untuk kau, satu untuk aku
    satu untuk kau, 2 untuk aku...

    ReplyDelete
  8. Salam

    Selamat Hari Malaysia, uncle!
    Betul kata Anif tu..sistem kita dirosakkan oleh segelintir pihak seperti itu.

    ReplyDelete
  9. Salam bang.

    Semua pihak kena bertolak ansur. Mmg kita tak dapat nak memuaskan hati semua pihak. Dan janganlah ada perasaan tamak haloba mahu mengaut hak org lain.

    ReplyDelete
  10. kalau agih SECARA adil, mungkin sukar sy nak buat. Maklumlah.. kita kan tak sempurna.

    tapi, kalau agih DENGAN adil sy boleh buat


    .
    .




    .
    .


    "Adil! Adil! Jom tolong kita agih brg ni..."


    .
    .

    mana pulak Adil anak Pak Yaakob ni...


    sila baca dgn serius. Terima kasih :D

    ReplyDelete
  11. Salam al-lavendari

    Antara masalah besarnya, ada golongan yg TAK FAHAM atau sengaja BUAT TAK FAHAM maksud 'adil' spt yg al-lavendari telah jelaskan.

    Dan malangnya ada yg TAK MAHU MENERIMA prinsip pembahagian kekayaan secara adil, sbb mereka mahukan pembahagian samarata! Drpd golongan ini, dgn mechanism tertentu, elok dipastikan aset mereka 'dijadikan' sama banyak balik dgn aset golongan miskin. Barulah namanya berlaku 'pengagihan sama rata'.

    Malangnya di Malaysia ini, golongan yg lebih rendah kedudukan ekonominya, yg mahu diberi pertolongan/bantuan berlandaskan prinsip 'agih dgn adil', terdiri drpd kaum Bumiputera. Jadi orang lain/luar lihat, negara sentiasa mahu beri lebih-lebih kpd kaum Bumiputera (yg mereka sempitkan pula maksudnya sebagai hanya kaum Melayu). Maka, dituduhlah, dlm mengagih secara adil, negara sebenarnya bertindak secara tak adil! Fahamkah kita dua konteks 'keadilan' yg berbeza di sini?

    Keadilan wajar dijadikan asas segala program negara, demi kestabilan politik & kemajuan sosio-ekonominya. Tak? Selamat menyambut HARI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  12. salam tuan haji,
    masih banyak pihak yg tak berlaku adil skrg ni..sebagai contoh terdekat anak saya sendiri yg bergelar OKU tapi tak dapat bantuan yg sepatutnya dia dapat sempena aidilfitri baru2 ni sedangkan org dah tau situasi anak saya tu dan katanya ade pihak yg dah ambik bahagian tu..tapi takpela..kami pun tak hadap sangat dengan semua tu cuma rasa terkilan dengan sikap mereka..dan saya harap perkara yg berlaku tidak terjadi pada mereka yg lain yg amat2 memerlukan bantuan tu..eh! dah lari topik ke ni?? hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam..
    selamat menyambut Hari Malaysia
    sesama kita menghayati nilainya
    pada jiwa Malaysia kita..
    I'am MALAYSIAN....

    ReplyDelete
  14. Salam buat Tn Hj AL...
    Selamat menyambut Hari Malaysia.

    Setuju dengan pandangan dan ulasan Tn Hj AL. Kekadang keadilan itu sendiri sukar difahami oleh orang yang tidak mahu memahami.

    ADIL; meletakkan sesuatu di tempatnya...
    Itulah maksud adil yang saya terima daripada tn guru saya suatu masa dulu.

    Untuk menjadi adil, kita perlu meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. Contohnya ada dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Maka adil utk anak lelaki dibelikan baju melayu dan adil utk anak perempuan baju kurung dan tudung. Adakah anak lelaki akan bersungut dan mendakwa ayahnya tidak adil kerana dia hanya mendapat sepasang baju melayu tanpa tudung?
    Hanya orang yang tidak adil akan mempertikaikan ketidakadilan yang sudah adil ini...

    ReplyDelete
  15. salam tuan haji..sy suka entri sebegini..mmg benar tue..kiter kne rapatkan jurang yang semakin melebar baik antara kaum mahupun antara kawasan bandar dengan luar bandar kerana penduduk luar bandar dah mula persoalkan " kalau di sekolah putrajaya ada kemudahan itu ini, kenapa sekolah kami tiada?????..kami pun sokong kerajaan jugak"....

    ReplyDelete
  16. Salam...
    Dalam kelas Sejarah, saya sentiasa cuba memahamkan anak murid saya yang pelbagai bangsa tentang Kontrak Sosial dan Perkara 153 Perlembagaan...


    ....tapi, mereka yang dewasa, dan dah tamat sekolah sering membuat onar yang mengelirukan remaja di bangku sekolah.

    ReplyDelete
  17. anak saya bertanya hari ini cuti kerana apa?

    Hari Malaysia tu hari apa?

    hari ini cuti termasuk Sabah dan Serawak.... ya...jangan lupa pula tu?

    ReplyDelete
  18. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA SERONOK BILA KENA PUJI DEK ORANG YANG LEBIH SENIOR DALAM UMUR DAN PANGKAT.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA. SEMOGA NEGARA KITA KEKAL AMAN UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI.

    ReplyDelete
  19. RELEVAN

    KALAU ENGKAU TU DAH KAYA RAYA, PATUTLAH DAPAT 1 JER ! HEHE

    ReplyDelete
  20. INSAN MARHAEN

    SELAGI NYAWA BELUM SAMPAI DITENGGOROK, TIADA APA YANG TERLEWAT.

    ReplyDelete
  21. AKUANAKPAHANG

    SAYA RASA SAYA TELAH BERLAKU ADIL DENGAN ANAK-ANAK SAYA. BAGI MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUAS, SEBANYAK MANA PUN DIA DAPAT, TETAP JUGA DIRASAKANNYA TIDAK ADIL.

    ReplyDelete
  22. DRSINGA

    CUKUP CANTIK ANALOGI DR ITU. PATUT PUN JADI DR.

    AGAKNYA MACAM MENGKHATANKAN ORANG JUGA .. ADA YANG KENA POTONG SIKIT DAN ADA YANG KENA POTONG BANYAK !

    ReplyDelete
  23. ANIF

    SHM.

    BAGUS PENDIRIAN AWAK KERANA TIDAK MENGUTUK GOLONGAN PENGKHIANAT ITU, TETAPI SEBALIKNYA MENDOAKAN MEREKA.

    ReplyDelete
  24. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    MACAM KITA BAGI-BAGIKAN MAKANAN PADA ANAK-ANAK KITA, ADA YANG DAPAT BANYAK DAN ADA YANG DAPAT SIKIT. IKUT UMUR DAN SAIZ PERUT MEREKA.

    ReplyDelete
  25. SAYANGSAYANGIBU

    CERITA P. RAMLEE ITU PENUH SINDIRAN. DIA TELAH MENDAHULUI ZAMAN.

    ReplyDelete
  26. MISZ SEPHIA

    SLAM KEMBALI.

    PETUALANG TETAP AKAN ADA DALAM MANA2 MASY DAN MANA2 ZAMAN.

    ReplyDelete
  27. YB

    SALAM KEMBALI.

    SEBAB TAMAKLAH BANYAK NYAWA MELAYANG, KADANG2 SAMPAI 4 SEKALI. ORANG YANG TAK BERSALAH PUN TERLIBAT.

    ReplyDelete
  28. KTS

    MEMANG SUKAR UNTUK DILAKUKAN. ITU SEBAB CUMA MEREKA YANG MAMPU BERLAKU ADIL SAHAJA DIHARUSKAN BERKAHWIN LEBIH DARI SEORANG. KADANG2 SEORANG PUN KITA MASIH TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL.

    ReplyDelete
  29. ABANG TEMUK

    SALAM KEMBALI BANG.

    KITA KADANG2 BUKAN TIDAK FAHAM TETAPI DIKELABUKAN OLEH PERASAAN TAMAK. SUDAH ADA SETENGAH GELAS AIR, MASIH NAMPAK SETENGAH YANG MASIH KOSONG.

    ORANG LUAR YANG MENGANGGAP KITA TIDAK ADIL HARUS BERCERMIN DIRI. ADAKAH MEREKA ADIL SANGAT DENGAN RAKYAT MEREKA ?

    KEADILAN SEBENAR HANYA DI AKHIRAT KELAK. DI SANA MEREKA YANG TELAH DIZALIMI AKAN MENDAPAT PEMBELAAN DAN MEREKA YANG MENZALIMI AKAN MENDAPAT BALASAN. TIDAK ADA SEORANG PUN YANG AKAN TERLEPAS.

    TERIMA KASIH BANG KERANA MEMBERI PANDANGAN YANG SANGAT BERNAS.

    ReplyDelete
  30. MAKDARA

    SALAM KEMBALI.

    TIDAK MENGAPA. MEREKA YANG MERAMPAS BAHAGIAN ANAK AWAK ITU TIDAK AKAN SENANG LENANG DAN AWAK JUGA TIDAK AKAN PAPA KEDANA KERANANYA. DAN KALAU AWAK MEREDAKANNYA, MUNGKIN KEADAAN SEBALIKNYA AKAN BERLAKU.

    ReplyDelete
  31. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. SHM.

    SAYA JUGA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA.

    ReplyDelete
  32. KUASAI MINDA

    SALAM KEMBALI.

    Hanya orang yang tidak adil akan mempertikaikan ketidakadilan yang sudah adil ini...

    SAYA SUKA KESIMPULAN AWAK DI ATAS.

    DENGAN DUA ORANG ANAK PEREMPUAN YANG BERBEZA SAIZ PUN, KITA KENA BELIKAN SAIZ BAJU YANG BERBEZA.

    ReplyDelete
  33. ROM

    SALAM KEMBALI.

    ORANG LUAR BANDAR JUGA HARUS INGAT, BAHAWA KADAR CUKAI YANG DISUMBANGKAN MEREKA MUNGKIN JAUH LEBIH KECIL BERBANDING DENGAN KADAR SUMBANGAN ORANG2 YANG DIBANDAR.

    ReplyDelete
  34. CKLAH

    SALAM KEMBALI.

    NAMPAKNYA KITA KENA HIDUPKAN KEMBALI SEKOLAH DEWASA MACAM DULU. KALI INI KHUSUS UNTUK MEREKA YANG TIDAK TAHU SEJARAH.

    ReplyDelete
  35. ABU MUAZ

    TERMASUK JUGA NEGERI SEMBILAN. AWAK JANGAN BUAT2 LUPA PULAK !

    ReplyDelete
  36. Salam,

    Pada saya keadilan itu bermaksud kualiti, bukannya kuantiti.

    Saya mengambil contoh seorang lelaki yang mempunyai dua orang isteri, iaitu seorang yang kurus kering dan seorang yang gemuk gedempol.

    Jika si suami ingin membelikan kain untuk dibuat baju raya, kuantiti kain yang dibeli mestilah berbeza ukurannya mengikut saiz badan isteri-isterinya.

    Cuba bayangkan kalau si suami belikan ukuran kain yang sama untuk isteri yang kurus kepada isteri yang gemuk. Pastinya baju belum sempat pakai dah koyak. Begitulah sebaliknya.

    Ukur baju dibadan sendiri ye. Renung-renungkan......

    ReplyDelete
  37. suker dan mudah sekali difahami apa yg tersirat dlm entri ni.Itulah maksud "konsep penerimaan dalam kepelbagaian"

    bila dah dinamakan 1M macam-macam pulak idea merapu dan ada yg suka nak putar belit atau tak faham atau buat-buat tak faham.

    memang bukan mudah nak bagi adil kpd semua orang..kena faham maksud 'adil" dan makna " samarata"

    ....

    sebenarnya igt nk tulis apa yg En AL dah komen balas kat UmmiHumaira tuu !! ( maknanya kepala kiter ni sama la kan ??

    ReplyDelete
  38. Selamat Hari Malaysia...

    Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.!

    ReplyDelete
  39. FARRED

    SALAM.

    APA YANG KITA TIDAK MAHU IALAH, MEMBERIKAN ISTERI KUANTITI DAN KUALITI KAIN YANG BERBEZA WALAUPUN MEREKA BERDUA ITU SAMA SAHAJA SAIZ TUBUH BADANNYA. SAYA MEMINJAM CONTOH AWAK.

    ReplyDelete
  40. IKAN EMAS

    KEPALA SAYA DAH PENUH UBAN. KALAU KEPALA KITA SAMA, MAKNANYA KEPALA AWAK PUN DAH PENUH UBAN. JANGAN MARAH. SAYA GURAU JER !

    SAYA FAHAM KEKECEWAAN AWAK TERHADAP SEGELINTIR YANG MEMPERLECEHKAN GAGASAN TERSEBUT.

    ReplyDelete
  41. AZIEAZAH

    MEMANG PATUT PUN KITA BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG KINI IBARAT GULA DI KERUMUNI SEMUT DARI SEGENAP PELUSUK DUNIA.

    ReplyDelete
  42. salam,

    akibat ketidakadilan pembahagian kekayaan negara maka berlaku la peristiwa 13 mei itu dulu..

    maka DEB dibentuk dengan harapan bahawa pengagihan kekayaan yang lebih adil antara kaum..

    pun begitu DEB tidak mencapai sasarannya 100% malah sampai hari ini pun peratus kekayaan milik bumiputera masih jauh lagi..

    benar banyak lagi cara yang boleh digunakan utk membantu tapi jangan la terlalu memberi sangat sebab kalau dah terlalu mua tu ada yang macam tak boleh berdikari..

    bak kata orang daripada kita dok bagi ikan hari-hari lebih baik bagi pancing dan ajar memancing supaya dia sendiri berusaha dan tak payah meminta lagi..

    ReplyDelete
  43. Salam THJ...

    Orang yang tamak takkan pernah ada keadilan dalam kepimpinannya..

    ReplyDelete
  44. PENJEJAK MAYA

    SATU PANDANGAN YANG BERBEZA DAN BERANI.

    SAYA JUGA BIMBANG, KALAU KITA BAGI PANCING, DENGAN PANCING2 SEKALI DIA JUAL ! KEMUDIAN SALAHKAN ORANG TAK TOLONG DIA ..!

    ReplyDelete
  45. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI USTAZ. BENAR SEKALI. SAYA TERINGAT SATU PANTUN LAMA.

    DALAM SEMAK ADA DURI
    AYAM KUNING BUAT SARANG
    ORANG TAMAK SELALU RUGI
    BAGAI ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG.

    ReplyDelete
  46. memang tak patut kan disebut "seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak". Maklum la terpisah dari tanah besar.

    juga tak patut kan warga semenanjung & Sabah bkunjung ke Sarawak kene pakai slip. Macam orang luar plak.

    yang pasti, banyak 'orang tengah' yang boleh jadi baik dan jadi jahat sekaligus.

    ReplyDelete
  47. JEJARI HALUS

    SELAMAT KEMBALI DARI BERCUTI PANJANG.

    MEMANG TAK PATUT .. SAYA HARAP DAN PERCAYA ISU ITU LAMBAT LAUN AKAN DISELESAIKAN JUGA.

    ReplyDelete
  48. saya berminat dgn n3 ni, tp syg tak ramai yg peka dan sensitif. masih ramai lagi sebenarnya rakyat msia yg tidak faham kesaksamaan yg dimaksudkan. samada mereka sedar atau pun buat2 tak sedar. sejarah dah terbukti, jangan satu hari nanti msia ni jd mcm negara jiran kita. org melayu kena peka sikit bab ni..bkn nak timbulkan isu, tp kena tahu.

    ReplyDelete
  49. nak tambah lg yg berkaitan... agihan byk tak sempurna sbb disalah agihkan. salah siapa? dah tentu la yg jd pemimpin perlu tanggungjawab..

    ReplyDelete
  50. MENTIBANG LAUT

    PERANAN MEDIA MASSA YANG BERTNGGUNGJAWAB AMAT PENTING UNTUK MENGKETENGAHKAN SEBARANG KETIDAKADILAN YANG TERJADI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.