Sunday, September 5, 2010

KEJADIAN-KEJADIAN LUCU SEMASA SEMBAHYANG TERAWIH.


Gambar Hiasan Semata-Mata - Jangan Tangkap Saya !

Petang tadi saya berbuka puasa kat surau. Nasi Arab, lauk kambing. Sesekali bertukar rasa, sedap juga. Tapi saya makan tak banyak. Bila kenyang, saya akan berhenti ! Lepas tu ada majlis khatam Quran. Harap2 tak lah khatam terus, sampai Ramadhan tahun depan. Jemaah boleh tahanlah juga ramainya. Mungkin kerana tarikan nasi Arab kot.

Bila Ramadhan masuk ke minggu terakhir ni, banyak tempat yang bertambah sesak seperti shopping complex, stesyen bas, bank, nafas dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu banyak juga benda juga yang bertambah luas, lapang dan besar.  Antaranya masjid dan surau bertambah luas. Dulu tak cukup tempat, sekarang walaupun datang lambat boleh dapat saf depan sekali. Tempat letak kereta pun begitu. Mula-mula puasa dulu, bersempit-sempit nak parking kereta, sekarang boleh parking sesedap rasa.  Seluar pun sama, sekarang semakin besar. Sampai kena buat lubang tali pinggang baru.

Masuk cerita sembahyang Terawih pula.  Oleh kerana ia hanya dilakukan di dalam bulan Ramadhan, setahun sekali, ditambah pula dengan mata mengantuk, badan pun letih, fikiran pun melayang-melayang,  maka macam-macam kejadian lucu dapat saya perhatikan semasa mengerjakan sembahyang itu.

Untuk makluman, di surau taman saya, sembahyang sunat Terawih dikerjakan 8 rakaat sahaja campur sunat Witir 3 rakaat dengan 2 kali salam.
  
Kes 1.

Bila habis 4 rakaat pertama, Imam akan baca doa. Tapi ada sorang itu, dia terus bangun sebelum Imam baca doa lagi. Orang lain semuanya masih duduk. Dia buat-buatlah luruskan pinggang dia sementara menunggu orang habis berdoa. Nak duduk semula, segan agaknya !

Kes 2.

Ada satu orang tu, selepas sujud rakaat kedua, dia pun terus bangun. Dia ingat baru rakaat pertama. Baru sekerat jalan, dia tersedar orang lain semuanya duduk untuk bertahayat akhir. Dia cepat-cepat turun semula. Lepas salam dia tak toleh kiri kanan sampailah selesai solat.

Kes 3.

Ada orang tu, lepas sujud rakaat pertama dia pun duduk macam orang nak baca tahayat akhir. Dia ingat dah rakaat kedua. Bila dia lihat semua orang bangun dia pun bangun. Tapi punyalah payah nak bangun sebab kaki dia dah siap berlipat. Saya pernah sekali nyaris-nyaris terbuat macam ni.

Kes 4.

Ada sorang tu, lepas je imam baca  Qulhuallah dalam sunat witir yang terakhir, dia teruskan turun tangan nak sujud sedangkan imam nak baca dua surah lagi iaitu Surah Al-Falaq dan Surat An-Nas. Mahu tak mahu dia teruskan tangan dia kat bawah sampai imam habis baca 3 surah tu. 

Kes 5.

Ada sorang tu, betul2 sebelah kiri saya tadi,  lepas je tegak dari rukuk dalam sunat witir yang terakhir dia terus nak sujud sedangkan Imam nak baca doa Qunut. Bila dia perasan orang lain masih berdiri tegak, dia cepat-cepat bingkas macam spring tegak semula. Nasib baik belum sujud. Kalau tidak, kau sujudlah sorang-sorang.

Kes 6.

Kat surau saya, sekali sekala ada tazkirah selepas habis terawih 4 rakaat pertama. Ada orang tu, tak tahu ada tazkirah. Habis je imam baca doa, dia terus berdiri. Bila dia lihat orang lain duduk, dia pun terpinga-pinga. Akhirnya bila dia lihat Ustaz mengambil tempat untuk memberi tazkirah dia pun cepat-cepat  duduk sambil mengibas dada dengan tangan macam nak bagi tahu kononnya dia panas.

Faham tak cerita saya ni ?

Itu yang dapat saya perhatikan dalam jemaah lelaki. Saya tak tahu adakah ia juga berlaku kepada jemaah wanita. 

*Tentu sekali anda ada pengalaman yang melucukan. Bolehlah kongsi bersama ! 


.............................................................................................

Sub-Entri.

Baru2 ni saya tak datang ke surau beberapa malam sebab pergi bertugas ke luar daerah. Bila terserempak dengan Imam, dia  pun menegur saya:

"lama tak nak nampak Hj"

"mana nak nampak .. tuan Imam jarang-jarang datang ke surau " jawab saya bergurau.

Kemudian kami pun sama-sama tergelak.

.

98 comments:

  1. Hehehehehe, kita semua manusia biasa yg tak lekang dari kesilapan. Tn. Hj. perenggan 1 & 4 lebih kurang sama saja, terulang ka?

    ReplyDelete
  2. DINAS ALDI

    TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS TEGURAN ITU. KITA MANUSIA BIASA YANG TAK LEKANG DARI KESILAPAN. TAMBAH2 LEPAS KENA NASI ARAB.

    * SAYA DAH BETULAKAN !

    ReplyDelete
  3. salam tuan haji..jawapan yg tuan haji beri utk ayat terakhir mmg betull..sy sokong..kt tempat sy pun ada..siap dia tanye.."ehh..tak tau pun mlm nie ada majlis buka poser'?..kami jawab mcm tuan haji la " mane nak tau, dah awak dtg tarawikh 3 mlm sekali hehehehe"...

    ReplyDelete
  4. Salam THJ...

    Bila fikiran melayang masa dalam solat mudah kita nak buat silap maka macam-macam perkara lucu terjadi..

    Pelik, biasanya orang yang jarang ke masjid akan bertanya, "Lama tak nampak," kepada orang yang rajin ke masjid. Sebenarnya apa motif mereka ni?

    ReplyDelete
  5. salam pakngah
    macam macam kan? tu belum lagi yang terleno masa sujud (erppp siapo tu ye? )

    ReplyDelete
  6. Salam THJ...semoga sihat sentiasa..

    Pernah sekali dulu saya solat tarawih dlm keadaan tersangat mengantuk sampaikan kaki ter-ber-gerak selangkah ke depan...!! Lepas solat pakcik sebelah saya tanya...

    "Kau nak poi mano tadi...?"

    ReplyDelete
  7. hehe...saye pulak mse imam bc kan ayat sujud sajadah..hehe...xperasan tu sujud sajadah...ye la tuan imamnye org arab...laju sgt bcaannye..hehe..patot la pelik je..pnjg betul takbir nye...
    imam sujud n smbg blk ayat tp saye smgt g rukuk sujud bagai...ape dah jd tarawih 3 rakaat..hoho...
    pglmn tu...hehhe

    ReplyDelete
  8. Tuan haji,
    Harap-harap jangan kita asyik tengok kesilapan orang kita pulak yang terbatal sembahyang.. Tapi, tak tapat dinafikan begitulah keadaannya di mana-mana lebih-lebih lagi siang hari kita keletihan dan bila dah berbuka mulalah mata mengantuk...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  9. hehehe.. manusia memang xpernah lepas dpd buat salah.. salam perkenalan dariapada saya :)

    Jawa.Totok.di.Bumi.Kiwi

    ReplyDelete
  10. macam-macam adegan lucu kan..

    masa hari kedua saya sampai ke egypt dulu masih dalam bulan puasa. pernah hampir rebah masa berdiri terawih sebab tertidur. batal la solat. mata masih ikut jadual tidur malaysia. terawih pukul 8.30malam, kalau kat malaysia dah 2.30 pagi. mau seminggu jugak baru boleh sesuaikan masa tidur.

    ReplyDelete
  11. alamak...macam terkena kat batang idung sendiri la....kes 3 adalah sama ngan kes Lin...

    P/s : masa2 akhir bulan ramdhan ni la, surau & masjid makin surut + berkurangan...mungkin si ibu membuat kuih raya, si bapa membeli barang yang tak lengkap lagi ...:-)

    ReplyDelete
  12. Salam Kanda AL..

    agak2nya orang yang tulis catatan ni pun sama tak kusyuk sebab asyik perhatikan gelagat orang lain, tak? Ataupun... itu adalah berkenaan diri sendiri... hehehe.. jangan marahhhh....

    Selamat Hari Raya
    Maaf zahir dan batin....

    ReplyDelete
  13. imamm teww ader dua rumah agaknyer nak dilayann.. kanns

    ReplyDelete
  14. Macam2 kejadian.
    Rasanya semua tu pernah terjadi kat saya, tapi masa kecik2 dan masa muda2 dulu le. Sekarang ni dah lebih berhati2 dan paham erti solat, dah tak terjadi dah...

    Tapi bila dah terjadi perkara2 seperti itu, pandai je kita 'coverline', ye tak? Konon, macam tak de apa2 berlaku je, tapi dalam hati...

    ReplyDelete
  15. salam tuan aji,
    biasalah dalam ramai-ramai tu banyaklah ragamnya, tambah dibuat setahun sekali... memang macam2 gelagat dapat dilihat

    ReplyDelete
  16. jangan beli tali pinggang baru ya...
    lepas raya nanti boleh guna lubang yang lama semula...

    ReplyDelete
  17. IM: Terawih di rumah je sebelah katil ibu_suri.

    ReplyDelete
  18. salah satu kes yg diceritakan tu tentu terjadi kat encik kan?kan? hihi..

    ReplyDelete
  19. hamba manusia biasa yg tak pernah lari dari kesilapan, alpa dan lalai..common mistake.

    AL, sya nye pengalaman plak lain sket dari yg biasa. kalau selalu tu mmg mcm dlm list yg disebutkan dan bleh jangka akan terjadi kpd mereka yg jarang2 atau sethn sekali ke masjid. kejadian pd puasa thn ni, bila sorg imam tu dgn konfidennya solat satu rakaat je utk solat terawih rakaat ke-4. dan dia pun tak sedar..jemaah lain ada yg buat2 tak tahu tp ada jugak yg mcm nak tahu. jemaah sebelah sya yg agak konfius akhirnya bertanya..satu rakaat kan td? dan dgn selambanya saya hanya senyum mengiyakan pertanyaan beliau. kesian imam tu..hari tu kami solat terawih 7 rakaat dgn 3 witir..:(

    ReplyDelete
  20. masa skolah dulu teringat time semayang subuh, pak imam terlupa baca doa qunut, dia dah turun separuh lutut pas tu naik balik dan baca qunut. lepas abih solat, senior suruh kitorang solat semula sebab bila dah turun separuh tu maknanya dah masuk rukun lain, kalu kita patah balik jadik tak sah la, dia kabo

    bila baca crita abang ni, mana yang dah terlajak tu, kena tanya pak imam le camana hukumnya

    ReplyDelete
  21. hahahhaha..

    macam macam hal..nak cerita pun, Uncle dah tolong ceritakan..

    huhuhu

    ReplyDelete
  22. Bukan senag insan biasa nak khusyuk, kan. Tapi disiplin seseorang untuk bertarawih di surau memang patut dipuji

    ReplyDelete
  23. hehehehehe..lawak la..mengekek2 saya sorang bace entry ni..masing2 cover cemerlang je..hehehe

    ReplyDelete
  24. tu baru buat 8 + 3'kalau 20+3 mcmne lah gamaknya..mau ada yg sujud terus tidur kot...hehehehe

    ReplyDelete
  25. hihi...seronok saya baca pengalaman tuan~saya juga tak banyak beza :)

    TERBARU: Bayyinat-penjelasan

    ReplyDelete
  26. Hehehehehe.. rasa kelakar. Tapi memang tak mustahil boleh terjadi pada sesiapa saja.


    *Mujur Imam tu tak merah padam mukanya. Steady lah Imam tu..

    ReplyDelete
  27. Salam...
    Tuan ni sembahyang ke perhatikan orang lain..hehhe
    Kalau nampak orang lain buat silap tandanya sembahyang tuan pn tak kusyuk.....
    Kita manusia memang selalu buat silap...silap kita orang yang nampak...

    ReplyDelete
  28. Mase di sekolah dlu, ade kawan tu sujud tak bangun-bangun sampai org dah beri salam. Bile tolak, rebah..Tidur rupanye! Hehe..

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. muatan penuh lah tu..
    pasai tu lah yg terbabas selalu tu..
    haaa..biasalah tu..pakngah..
    nasib baik ada imam..kalau tidak..jenuh nak kira berapa rokaat...hee

    ReplyDelete
  31. Salam Hj.

    biasalah sembahyang setahun sekali tu namanya...hee

    ReplyDelete
  32. lepas 8 rakaat, org dah kurang.. ruang jd lpg... ada sekali tu, sy boleh sengih sorang2 (org lain tak tau la sengih ke dak) smpi abis sume rakaat. dr kurang khusyuk, terus tak khusyuk langsung.. adoilaaa..


    .
    .



    .
    .

    sbbnya, masa rakaat yg ke 10 ada bunyi 'puuuuuuuuuut' keluar dr jemaah mana tak tau la.. yg tak tahan tu, takde sorang pun yg keluar lepas tu utk perbaharui wuduk

    .
    .


    errr.. ya... cobaan!!

    teruskan je la solat tu.. sunat pun kan


    ahahaha...

    ReplyDelete
  33. Salam Tuan Haji....

    Semua manusia pasti ada k`silapan yg tak d`sengajakan. Yg sengaja d`lakukan pun byk jugak.

    Sy baru di blog Tuan Haji.
    Salam ukhwah dari sy.

    :)

    ReplyDelete
  34. SALAM SEMUA/

    TERIMA KASIH KEANA BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN JEJAK. HARI NI LETIH SANGAT. SEHARIAN DI UM. HARI NI ADIK2 DATANG BERBUKA KAT RUMAH.

    BESOK SAJA SAYA JAWAB.

    SELAMAT BERSAHUR.

    ReplyDelete
  35. tiba2 rindu plak kat geng pak imam seberang jaya..hoho!

    ReplyDelete
  36. salam,

    biasa la tu dah nama pun manusia mudah pelupa hehe..

    kes lain tadi ada pula budak kecik buat larian trek atas sejadah tu nak cari bapaknya risau pula dia terpijak spek mata saya yang mahal tu..

    ReplyDelete
  37. sy jarang jumpa kerenah jemaah wanita time solat terawikh. semuanya tunggu time pak imam off mic baru gerak..

    ReplyDelete
  38. Salam Tuan Haji...
    Sempat lagi ye...oleh itu awas...anda sedang di perhati.....

    ReplyDelete
  39. Salam,

    First time jenguk blog ni. Memang best. Akan kerap datang mengunjung ke blog ni lagi akan nanti...

    ReplyDelete
  40. salam tuan haji.memang berlaku semua yang hj. nyatakan tu.saya pernah dekat surau dekat kuching, surau betul2x tepi sungai kena angin sungai...sedapnya..ngantuk dah tu.saya boleh terlelap time imam tgh baca surah,tengok org dah rukuk...kelam kabut nak rukuk.

    ReplyDelete
  41. hehehe..
    teringat masa zaman belajar dulu2,
    jemaah wanita di belakang saf jemaah lelaki yg dipisahkan dgn tabir/tirai kain putih sahaja (dalam dewan)..
    kipas angin pun bukan main kuat anginnya, ada yang sujud pastu angkat kepala termasuk ke dunia lain (ke bhgn jemaah lelaki) sbb kain tirai tu dah ditiup angin... ;p

    psst: tuan haji AL, ada kiriman kad raya elektronik drpd saya! :)

    ReplyDelete
  42. solat terawih mmg mcm2 perkara yg melucukan.saya pun pernah, tapi bukan solat terawih.

    terjadi masa saya baru2 belajar sbyg masa skolah rendah dlu.solat marghrib, bjemaah dgn sdara mara kat umah, masa tu mata mmg mengantuk giler.

    masa sujud tu, ingatkan nk lelap la skejap.alih2 ttido.sedar2 telekung dh xde & dh tbaring dlm blk tdo.hihihi..xtau sape yg angkatkn saya.bgn2 je wat bodo.yg cousin2 sbaya saya smua senyum2 kambing.aiyoiiii, malunyer.(camana la agaknya rupanya masa tgh tdo sujud tu kan!)

    ReplyDelete
  43. ROM

    SALAM KEMBALI. BARU DAPAT NENGOK KOMPUTER SEMULA.

    SAYA PUN TENGOK2 JUGA ORANG NAK GURAU. KALAU ORANG YG TAK BIASA, TAK BERANI SAYA.

    ReplyDelete
  44. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI USTAZ.

    KADANG2 IMAM PUN ADA BUAT SILAP. PERNAH SEKALI, LEPAS SATU RAKAAT TERAWIH, TERUS DIA DUDUK TAHIYAT. HURU HARA MAKMUM DIBBUATNYA. ADA YANG IKUT DIA, ADA YANG BERDIRI DAN KEMUDIAN DUDUK BALIK. MAKLUM MASA TU SEMUA MENGANTUK DAN TAK YAKIN PADA DIRI MASING2.

    ReplyDelete
  45. SAYANG2IBU

    SALAM KEMBALI. AWAK NGANTUK SANGAT KE SAMPAI TERLENA DALAM SUJUD ?

    ReplyDelete
  46. RKA

    SALAM KEMBALI

    APA TAK JAWAP MACAM NI:

    "NAK CARI KOBAU LOPEH .."

    ReplyDelete
  47. DYNA

    MEMANG BIASA ORANG TERSILAP BILA IMAM BUAT SUJUD SEJADAH. KAT MASJID NABAWI, DIMADINAH PUN BERLAKU. MASJIDNYA BESAR, IMAM PUN TAK NAMPAK. APA LAGI HABIS BERCEMPERA MAKMUM.

    FAHAM TAK BERCEMPERA ?

    ReplyDelete
  48. MOHAMAD

    BUKAN SENGAJA NAK TENGOK TAPI TERTENGOK. NAK BUAT MACAM MANA, KALAU KES ITU BERLAKU BETUL2 DI DEPAN KITA ATAU SEBELAH KITA.

    SELAMAT HARI JUGA KEPADA AWAK.

    ReplyDelete
  49. AZMIHAMIN

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN TINGGALKAN JEJAK.

    KAT BUMI KIWI, TAK PENGALAMAN YANG SERUPA KE ?

    ReplyDelete
  50. ASADA RYUTARO

    MEMANG TAK DAPAT ELAK 'JET LAG' TU. KALAU KAT AMERIKA LAGI DAHSYAT, SEBAB BEZA MASA 12 JAM.

    ReplyDelete
  51. NOR_EMYLIN

    SAYA DAPAT BAYANGKAN BAGAIMANA BERSUSAH PAYAHNYA AWAK NAK BERDIRI SEMULA. HEHE

    LEPAS TU, MACAM MANA AWAK NAK COVER LINE ?

    ReplyDelete
  52. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    DIRI SENDIRI PUN PERNAH KENA. TAPI KES2 TU BUKAN TERJADI DALAM SATU MALAM.

    SAYA BUKAN SENGAJA PERHATI TAPI IA BERLAKU DI DEPAN MATA ATAU DI SEBELAH KITA.

    ReplyDelete
  53. EN_ME

    IMAM TU TAK PERNAH MISS PERGI SURAU, SAYA YANG MISS SEBAB ERGI OUTSTATION. ITU GURAUAN SAYA SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  54. KUASAI MINDA

    MEMANG KESILAPAN KECIL TU LAZIM TERJADI. ITU KALAU BERJEMAAH. KALAU SEMBAHYANG SORANG2 KAT RUMAH, SIAPA NAK BETULKAN !

    ReplyDelete
  55. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    ITULAH BAGUSNYA SEMBAHYANG BERJEMAAH. BOLEH IKUT ORANG. KALAU SORANG2, SILAP TERUSLAH JAWAPNYA.

    ReplyDelete
  56. DRSINGA

    KALAU BOLEH PAKAI SELUAR CERUT PERGI OFIS, KAN KE BAGUS !

    ReplyDelete
  57. INSAN MARHAEN

    DALAM SITUASI AWAK, ITULAH YANG LEBIH AFDAL.

    ReplyDelete
  58. salam tuan haji,
    musykil pulak saya sebab byk pulak kesilapan2 kelakar yang tuan nampak ni. ada cctv ke kat mesjid tu? hehehe

    ReplyDelete
  59. MRPENYUBIRU

    MEMANG ADA PUN. KES KE 3. HEHE

    ReplyDelete
  60. MENTIBANG LAUT

    SAYA PERNAH KENA SEKALI. MEMANG HURU-HARA BETUL. SEBAHAGIAN MAKMUM DUDUK IKUT DIA DAN SEBAHAGIAN LAGI BERDIRI. SELESAI SALAM, IMAM CAKAP.

    'YANG TADI BATAL. KITA BUAT SEMULA"

    ReplyDelete
  61. CEMOMOI

    BETULLAH AWAK CAKAP TU. TAPI TAK ADA PULAK YANG SOLAT SEMULA. AGAKNYA PASAL TERAWIH NI SUNAT JER !

    ReplyDelete
  62. AIDA ALI

    TAPI DISIPLIN TU TAK SAMPAI KE HUJUNG DAN TAK DITERUSKAN MELEPASI RAMADAN.

    ReplyDelete
  63. MIMIE

    BANYAK UDANG, BANYAK RAGAM. TAPI YANG SAYA PALING TAK TAHAN, KALAU ADA ORANG YANG TAK HENTI2 SENDAWA SEBELAH KITA. RASA NAK TOLAK DIA SURUH SEMBAHYANG KAT LUAR SURAU !

    ReplyDelete
  64. IDALARA

    SAYA TAK JUMPA LAGI YANG SUJUD TERUS TIDUR TU. TAPI MASA KHUTBAH JUMAAT, MEMANG SELALU JUMPA (TERMASUKLAH YANG MENULIS INI) HEHE

    ReplyDelete
  65. IQBALSYARIE

    BUKAN PENGALAMAN SAYA SORANG. ITU HIMPUAN KEJADIAN2 LUCU YANG SEMPAT SAYA PERHATIKAN SETAKAT INI.

    ReplyDelete
  66. AZIEAZAH

    ITU USIKAN SAYA. IMAM TU MANA PERNAH MISS PERGI SURAU. SAYA YANG MISS SEBAB PERGI OUTSTATION !

    ReplyDelete
  67. ROSLAINI SAAD

    SALAM KEMBALI. ITULAH KELEBIHANNYA BERJUMAAH. KALAU KITA RASA KITA TAK YAKIN, IKUT JER LAH IMAM. JANGAN MENDAHULUI IMAM DARI SEGI PERBUATAN.

    ReplyDelete
  68. MISZ SEPHIA

    TERUK BETUL KAWAN AWAK TU ! NASIB BAIK MASA SUJUD DIA TERTIDUR. KALAU MASA RUKUK, HARUS TERSEMBAM ! HEHE

    ReplyDelete
  69. LANABULU

    ITULAH SEBABNYA KITA DIGALAKKAN MENGERJAKANNYA SECARA BERJEMAAH.
    SENANG. IKUT JER IMAM.

    ReplyDelete
  70. YAN

    SALAM KEMBALI. DIA BUKAN SANGAT SEBAB SETAHUN SEKALI TU, TAPI LEBIH KEPADA SEBAB LETIH, NGANTUK DAN KENYANG ! 3 RESEPI YANG SERASI. HEHE

    ReplyDelete
  71. KTS

    KENAPA NG SENGIH SORANG2, PATUTNYA SENGIHLAH SECARA BERJEMAAH JUGA.

    SUNAT PUN KENA ADA WUDUK. TAPI MUNGKIN ORANG ITU BERMAZHAB LAIN KOT !

    ReplyDelete
  72. CATWOMAN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA RASA KESALAHAN KALAU DI SENGAJAKAN, TAK LAGI DI PANGGIL KESALAHAN TAPI SATU PENGKHIANATAN. ITU KATA SAYALAH.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MENJADI FOLLOWER SAYA. TAPI SAYA ADA MASALAH NAK FOLLOW BALIK.

    ReplyDelete
  73. MAKDARA

    RINDU KAT GENG KE RINDU KAT PAK IMAM ITU SENDIRI? AWAK CAKAP BETUL2 !

    ReplyDelete
  74. PENJEJAK MAYA

    SALAM KEMBALI. MEMANG TAK KHUSYUK KALAU ADA BUDAK KECIK BERLARI2 DEPAN KITA. MAHU RASANYA DIPANGKAH KAKINYA BIAR DIA TERSEMBAM !

    SEKARANG NI SAYA SEMBAHYANG TAK BUKA CERMIN MATA.

    ReplyDelete
  75. RED

    ITULAH SEBAIKNYA, TUNGGU ATAU IKUT PAK IMAM. KALAU TAK MAHU IKUT, AWAK SENDIRILAH JADI IMAM KAN !

    ReplyDelete
  76. KAK WAN

    KEJADIAN TU TAK LAH PELIK SANGAT. LAGI PUN ORANG RAMAI, MAKA BANYAKLAH CERITANYA.

    ReplyDelete
  77. ISMAIL FITRY

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS KOMPLIMEN AWAK. KEMBANG KEMPIS HIDUNG SAYA. DIPERSILAKAN DATANG LAGI PADA BILA2 MASA.

    ReplyDelete
  78. MONALEA

    INI MESTI PASAL LETIH DAN TAK TIDUR SIANGNYA SEBAB BUAT KUEH.

    KALAU BAWA KERETA BAHAYA TU. KALAU SEMBAHYANG TAK APALAH, LEBIH2 PUN TERSEMBAM ATAS KARPERT JER.

    ReplyDelete
  79. SZ|MSS

    NASIB BAIK TAK TEMASUK KEDALAM KAIN JEMAAH LELAKI. SAYA PERNAH TERKENA. ANGKAT KEPALA TERMASUK DALAM KAIN JEMAAH DIDEPAN SAYA SEBAB KAINNYA KEMBUNG KENA ANGIN KIPAS.

    ReplyDelete
  80. JEJARI HALUS

    KALAU DAPAT DIRAKAMKAN DENGAN VIDEO BOLEH HANTAR KAT PROGRAM TV AMERIKA - "FUNNIEST HOME VIDEO"

    ReplyDelete
  81. GADIS BUNGA

    MEMANG 'KEPAKARAN' SAYA MEMERHATI PERKARA2 YANG LUCU ITU. HEHE

    KAT SURAU SAYA BELUM ADA CCTV LAGI. INGAT NAK PASANG JUGA SEBAB BANYAK SANGAT KES KECURIAN.

    ReplyDelete
  82. RELEVAN

    TERIMA KASIH. SELAMAT JUGA HARI2 YANG RAYA.

    ReplyDelete
  83. Salam Tuan Haji,,,,

    mood raya sudah sampai.........selamat hari raya...

    ReplyDelete
  84. Salam bang.

    Kejadian yg abg citerkan tu mmg biasa terjadi. Ada lagi yg lebih lucu terjadi di tempat saya.

    Org dah sujud dia masih berdiri tegak. Rupa2nya dia tertidur. Yg hebatnya dia tak jatuh tu. Tidur sambil berdiri.

    ReplyDelete
  85. Sedap tu ada nasi arab lauk kambing. Surau tempat kami pun buat khatam al-Quran malam tadi tapi cuma dihidangkan mee rebus dan pulut kuning walaupun ADUN ada bersama.

    Duit yg ada mungkin utk diberi kpd mereka yg kurang bernasib baik. Ada majlis penyampaian bantuan juga malam tadi.

    ReplyDelete
  86. kalo orang perempuan tak nampak sangat pasai depa pakai telekung..boleh cover silap n malu..heheh..

    ReplyDelete
  87. ATIE

    SALAM KEMBALI.

    LAMBAT BETUL SAMPAI MOOD RAYA AWAK .. ORANG LAIN MINGGU PERTAMA DAH SAMPAI !

    ReplyDelete
  88. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    MUNGKIN DIA BERGURU DENGAN AYAM KOT !

    YB 2

    MEE REBUS DAN PULUT KUNING PUN SEDAP JUGA. TAPI PULUT KUNING KALAU MAKAN MACAM TU SAHAJA MUNGKIN TAK SEDAP. KENA ADA RENDANGNYA.

    ReplyDelete
  89. AYONG

    AYONG PERNAH BUAT MACAM TU KE ?

    ReplyDelete
  90. salam bang. saya ingat saya ada hantar komen semalam tapi tak ada pula ni atau saya memang tak hantar atau terlupa.

    ReplyDelete
  91. ABU MUAZ

    SALAM KEMBALI. RASANYA TAK ADA. TAPI APA KOMEN AWAK SEBENARNYA?

    ReplyDelete
  92. Aduyai..sentap la rase ngan post ni...ekekeke...saya selalu terbuat Situasi 2 ngan 3 tu....lalai..(ampun Ya Allah)...tapi Situasi No. 4 tu dahsat ye...ade jugak orang mendahului imam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kesanya akibat perut kenyang dan mata mengantuk .. macam2 boleh jadi.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.