Saturday, September 11, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 14 - WORLD TRADE CENTER, NEW YORK.

Assalamualaikum dan selamat hari raya. Sebenarnya saya rasa teragak-agak nak buat entri ini.  Bimbang tak ada orang  baca. Maklumlah ini hari raya yang kedua. Rancangan tv pun best-best belaka.  Tapi hari ini ada satu peristiwa penting. Peristiwa tersebut telah merubah pandangan dunia barat terhadap Islam. Peristiwa itu berlaku di New York, 9 tahun lalu. Saya sorot kembali kenangan saya berkaitan dengan insiden tersebut.

 
Hari ini pada 11 September 2001,  dunia digegarkan oleh
berita bangunan berkembar World Trade Center (WTC)
di New York runtuh akibat rempuhan kapalterbang "pengganas".
Semasa berita itu disiarkan di tv kita,
mata saya macam tak percaya melihatnya.

Saya pernah berkesempatan berada di puncak menara tersebut.
Pada masa itu, saya tidak terfikir langsung yang bangunan itu
akan dirempuh oleh kapal terbang.
Kalaulah saya terfikir, pasti saya tidak akan mendekatinya.


Gambar 1: Bangunan WTC dari kejauhan.




Gambar 2:  Pemandangan dari atas feri dlm perjalanan (dah lupa pergi ke balik)


Gambar 3. Statue dari arah belakang. Gambar tak berapa terang.
Maklumlah kamera masa tu. 
Lepas snap tawakkal jerlah. Kalau elok, eloklah. Kalau tak elok, nasiblah.
Bukan boleh nak check macam sekarang.



Gambar 4: Bergambar sebelum menaiki bangunan WTC. 
Tok kami tak berani nak naik.
Dia tunggu kat bawah. Nasib baik dia tak jalan-jalan ke tempat lain.



Gambar 5: Berada di atas puncak bangunan WTC. Pada masa tu (tahun 1982/83), WTC adalah bangunan yang tertinggi di dunia. Bila saya  melihat ke bawah 
nampak kapalterbang bersimpang-siur  menuju destinasinya.

Natijah dari peritiwa tersebut, negara barat mula menunjukkan minat dan cuba memahami Islam. Ada yang memusuhi dan ada juga yang bersimpati. Ini tergambar dalam tentangan dan sokongan warga Amerika terhadap cadangan membina sebuah Pusat Kebudayaan Islam berhampiran "ground zero" (bekas tapak WTC). Dan terbaru cadangan sebuah gereja kecil di Florida yang di ketuai oleh Terry Jones untuk membakar al-Quran. Mudah-mudahan rancangan itu tidak kesampaian. Semoga selepas ini semakin ramai orang barat akan cuba memahami Islam dan seterusnya memeluk ugama suci ini.

* Ishh .. kalaulah kejadian rempuhan itu berlaku semasa saya berada di atas WTC itu atau saya berada dalam kapalterbang itu ... barangkali tak dapatlah saya buat entri ini.
.
.

53 comments:

  1. Tuan antara yang bertuah kerana dapat mengabadikan kenangan di WTC New York. Tahun 82/83 :) Saya masih berada di darjah 2 dan 3.. haha

    ReplyDelete
  2. jgn risau tuan...kalau takde org nak bace entry tuan saya akan bace...hehe

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  3. ...dan tak sempatlah kita berkenalan.... :)

    ReplyDelete
  4. Salam THJ..

    Saya masih setia bersama tuan haji..

    Ramai ker orang berkunjung ke rumah tuan haji semalam..?

    ReplyDelete
  5. Sekurang kurangnya dapat jugak tuan jijak kaki ke sana dan mengabadikan kenangan itu bersama kami.

    ReplyDelete
  6. kerutuhan WTC masih lagi menjadi misteri. siapa dalang sebenarnya masih kabur.tapi setiap yg berlaku ade hikmahnya.

    saya berdoa agar acara membakar Al-Quran itu tidak terlaksana.

    ReplyDelete
  7. Bertuah tuan haji dapat bergambar di WTC. Masa kejadian 9/11 tu, terkejut sangat saya bila sedar yg ia kejadian sebenar & bukannya petikan dari filem Hollywood..

    ReplyDelete
  8. wah...sehati sejiwalah entri kita yea pokcik....
    selamat hari raya.... saya tak raya sebab tu dok mai baca...

    ReplyDelete
  9. Salam tuan jai,
    syukur rancangan Terry Jones tidak kesampaian...

    bertuah tuan aji dapat mmengabadikan kenangan di bangunan yang akhirnya membuka mata dunia tentang Islam..

    beraya ke mana hari ni tuan aji?

    ReplyDelete
  10. salam tuan haji,
    saya stuju 100% dgn ulasan terakhir tuanhaji yg kaler biru tu. hikmah yg kita tak jangkakan.

    ReplyDelete
  11. Ishh .. kalaulah kejadian rempuhan itu berlaku semasa tuan berada di atas WTC itu atau tuan berada dalam kapalterbang itu ... barangkali tak dapatlah saya baca entri tuan ini.


    :D
    :D
    :D

    ReplyDelete
  12. Pemandangan dari atas feri dlm perjalanan (dah lupa pergi ke balik) melawat "Statue of Liberty"


    .
    .

    .
    .


    .
    .

    lupa itu salah satu tanda...... errr.. isilah tempat kosong sendiri ya :D


    roti kismis sangat sedap :D

    ReplyDelete
  13. kan ke dah ada kajian tentang pembohongan us dalam komplot rempuhan wtc tu

    yang buta akan terus membuta, yang diberi hidayah Allah pastikan beriman

    ReplyDelete
  14. salam

    Uncle, saya tak lahir lagi mase uncle ke WTC! Haha..
    (itu menunjukkan saya layak panggil uncle sbg uncle..hehe)
    Byk artikel dan hidden agenda di sebalik runtuhnya WTC. Saya lebih percaya Islam telah dipergunakan dlm isu itu.

    ReplyDelete
  15. best nyer.. suka tgk gmbar lama ni..

    slmt hr rya.. maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, hari ni paderi tu tak jadi bakar Quran. kalau tak makin bertambah lah peristiwa spt sep 11 ni.

    p/s: saya takut tuan tanah yg tak sempat nak balas komen, sibuk layan tetamu. jemputlah dtg rumah den..

    ReplyDelete
  17. sbb peristiwa ni lah juga al-Quran dibakar..sedihnya..

    ReplyDelete
  18. dan IM pun mungkin tak berpeluang nak KOMEN walaupun satu SEN...

    ReplyDelete
  19. untungnya dpt naik bangunan berkembar "WTC" tu...kite ni, dpt tgk gambar jer.....

    ReplyDelete
  20. Salam bang.

    Jangankan WTC kat NY tu, PWTC yg kat Chow Kit tu pun saya belum pernah sampai puncaknya huhuhu

    ReplyDelete
  21. Slm Tuan Haji

    Org barat, org Amerika makin ramai yg memeluk agama Islam. Tapi bangsa Melayu Msia makin ramai murtad. Sedikit demi sedikit makin jauh dari Islam. Semakin ramai....sob3..... Camner tu?!

    ReplyDelete
  22. erm tahun 82/83?? uish, mak ngan ayah masih berdating lagik.

    p/s : seronok bila dapat abadikan menda yg dah takde. Bangga tau!!

    ReplyDelete
  23. Kejadian itu sebenarnya membawa kebaikan dan keburukan kepada semua.

    Kebaikan; membuka mata semua pihak tentang apa sahaja kejadian boleh berlaku, oleh itu bersedialah...

    Keburukan; membawa lebih banyak permusuhan, terutama kepada yang tidak mampu menggunakan akal waras untuk memikirkannya dengan rasional.

    Samalah juga dengan agenda untuk membakar Al-Quran, sebenarnya akan ada lebih banyak permusuhan tercipta kerana tindakan tidak waras itu...

    ReplyDelete
  24. Mula tengok di tv saya ingat bangunan KLCC. Alhamdulillah bukan. Nostalgia yang menggerunkan

    ReplyDelete
  25. salam tuan Al..
    semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. terpulang kepada kita mahu memandangnya dari sudut apa.

    p/s: saya lahir tahun 81...hihihi

    ReplyDelete
  26. ANIF

    BETUL. LEBIH BERTUAH RASANYA BILA BANGUNAN TU DAH TAK ADA.

    AWAK MASIH TERLALU MUDA. BOLEH LAH PERGI BANGUNAN YANG BARU YANG AKAN DIBINA DIATAS BEKAS TAPAK WTC ITU NANTI.

    ReplyDelete
  27. EQBALZACK

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MENZIARAHI BLOG SAYA. SAYA TERPERANJAT JUGA DENGAN KEHADIRAN AWAK, SEBAB DAH LAMA TAK SINGGAH.

    ReplyDelete
  28. KAKCIK

    BEGITULAH HAKIKATNYA. KALAU DAH JODOH TAK KAN KEMANA.

    ReplyDelete
  29. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    TAKLAH RAMAI SANGAT. TETAPI SEGALA MAKANAN YANG SEDIAKAN, SEMUANYA KEHABISAN.

    ReplyDelete
  30. SHRINGINFOZ

    MEMANG BANYAK. NASIB BAIK ADA GAMBAR LAMA YANG MASIH TERSIMPAN.

    ReplyDelete
  31. HAZMI

    KENANGAN HANYA TINGGAL KENANGAN. KALAU PERGI LAGI, BANGUNAN TU DAH TAK ADA.

    ReplyDelete
  32. MRPENYUBIRU

    NAMPAKNYA DOA AWAK TERMAKBUL. RANCANGAN MEMBAKAR AL-QURAN ITU TIDAK DITERUSKAN.

    ReplyDelete
  33. DINAS ALDI


    BILA MELIHAT GAMBAR BANGUNAN ITU TERBAKAR DAN MULA RUNTUH, SAYA SEGERA TERINGAT KENANGAN SAYA BERADA DI PUNCAK BANGUNAN ITU.

    ReplyDelete
  34. AHKAKBATIK

    BETULKAN RANCANGAN NAK BAKAR QURAN ITU TIDAK DITERUSKAN ?

    ReplyDelete
  35. IBUINTAN

    SALAM KEMBALI.

    SAYA BERAYA DEKAT2 RUMAH, BALIK KAMPUNG DI JEMPOL DAN PERGI ULU KELANG, RUMAH KAKAK SULUNG. ITU SAJA.

    ReplyDelete
  36. PIEWAHID

    SALAM KEMBALI.

    SAYANGNYA ORANG KITA MAKIN HARI MAKIN RAMAI YANG TERSASAR.

    ReplyDelete
  37. KTS 1

    SAYA DAH AGAK DAH AWAK AKAN KOMEN BEGITU. BARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN AGAKNYA AWAK TAK DAPAT BACA ENTRI SAYA INI. ENTAHLAH.

    KTS 2

    LUPA ITU TANDA INGATAN DAH TAK BERAPA KUAT.

    ReplyDelete
  38. CEMOMOI

    TAK TAHULAH BETUL ADA KOMPLOT ATAU TIDAK, SEBAB ITU HANYA PANDANGAN ATAU TEORI SATU PIHAK SAHAJA.

    ReplyDelete
  39. MISZ SEPHIA

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG TIADA HALANGAN UNTUK MEMANGGIL SAYA SEBAGAI UNCLE. MEMANG SELAYAKNYA.

    ReplyDelete
  40. MAIYAH

    SAYA MEMANG SUKA SIMPAN GAMBAR2 LAMA. SEKARANG DAH ADA KEMUDAHAN ICT, BOLEHLAH DIPINDAHKAN KE DALAM KOMPUTER. LAGI SELAMAT.

    ReplyDelete
  41. MENTIBANG LAUT

    BETUL KATA AWAK. BUKAN SANGAT SEBAB SIBUK LAYAN TETAMU TETAPI KERANA SAYA KENA KERACUNAN MAKANAN.

    ReplyDelete
  42. HAMIZAH

    MAKIN BANYAK KEJADIAN MEMPERLECEHKAN ISLAM, SEMAKIN BERDUYUN ORANG MASUK ISLAM. MAKIN BANYAK GEREJA BERTUKAR MENJADI MASJID.

    ReplyDelete
  43. INSAN MARHAEN

    BEGITULAH KIRA-KIRANYA. BAGAIMANA SAMBUATAN HARI RAYA AWAK ?

    ReplyDelete
  44. NINIES CORNER

    LAGI-LAGILAH SEKARANG INI. TENGOK GAMBAR AJELAH, SEBAB BANGUNAN ITU DAH TAK ADA.

    ReplyDelete
  45. YB

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERITAHU BAHAWA BANGUNAN PWTC TU KITA BOLEH NAIK SAMPAI KE PUNCAKNYA.

    ReplyDelete
  46. MAMAWANA

    SALAM KEMBALI.

    BETUL SEKALI PEMERHATIAN AWAK TU. DALAM KITA ASYIK MENGEJAR PEMBANGUNAN EKONOMI DAN FIZIKAL, KITA SEMAKIN LEMAH DARI ASPEK UGAMA DAN KETAMADUNAN.

    ReplyDelete
  47. AZKETOM

    MEMANG GAMBAR ITU SUNGGUH BERMAKNA KERANA SELEPAS PERISTIWA 9/11, TIADA LAGI ORANG DAPAT BERGAMBAR ATAU MENAIKI BANGUNAN ITU.

    ReplyDelete
  48. KUASAI MINDA

    SAYA PERCAYA ORANG YANG WARAS LEBIH RAMAI DARI ORANG YANG GILA. DAN SAYA JUGA PERCAYA "THE TRUTH WILL PREVAIL"

    ReplyDelete
  49. POKLI

    SAYA SETUJU. NOSTALGIA YANG MENGGERUNKAN. NASIB BAIK SAYA TAK ADA DI SITU MASA KAPAL TERBANG ITU MEREMPUH.

    ReplyDelete
  50. GADISBUNGA


    SALAM KEMBALI.

    KALAU BEGITU, UMUR AWAK SEBAYA DENGAN UMUR ANAK SULUNG SAYA. AWAK BOLEHLAH PANGGIL SAYA PAKCIK.

    ReplyDelete
  51. Datang baca sini dari entri "Apa kelebihan kalau kita mendapat banyak G+1" betul la berkurang pula.. hari ni +5668 .. patutnye semakin bertambah je kan.. macam mustahil pula ade org dah +1 pastu kembali lagi untuk un+1.. urmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. makin banyak timbul tanda tanya pulak kan !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.