Wednesday, September 15, 2010

ZIZAN MAHU EMPAT ANAK !


"Zizan mahu empat anak" - Harian Metro Rabu, 15 September 2010.

Saya secara peribadi sangat tidak selesa dengan penggunaan perkataan "mahu" di sini. Ia seolah-olah membayangkan bahawa orang yang berkata itu ada kuasa untuk mahukan sesuatu. Macam seorang Boss cakap kepada Pembantu Peribadinya

"saya mahu awak taipkan surat ini sekarang juga".

Soalnya sekarang, adakah kita sebagai manusia boleh berkata 'saya mahu empat anak' atau 'saya mahu dua orang anak lelaki'.

Kita minta dari siapa sebenarnya? Atau kita mengarahkan siapa sebenarnya?
Alangkah sombongnya kita. Alangkah tidak sedar dirinya kita !


* Mungkin Zizan tidak berkata begitu. Mungkin wartawan yang tulis begitu. Atau memang begitu.


.


51 comments:

  1. Saya NAK anak empat boleh?
    Salam semoga ceria sentiasa.

    ReplyDelete
  2. biasanye wartawan je yg memandai taip lain dari yg diucapkan....

    selamat hari raya pacik

    ReplyDelete
  3. saya hanya ada seorang anak sahaja buat masa ini

    :(

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. mohonlah sorg dl..entah dpt, entah tidak..Allah Maha Kuasa..

    ReplyDelete
  5. ok. noted

    .
    .

    saya akan pesan kat kucing2 kat luar rumah ni yg suka sangat gunakan perkataan mahu. "maaaaaauuuuuu... maaaauuuuuu.." setiap masa.

    alangkah punya kucing!!

    ;)

    ReplyDelete
  6. Macam Pak Nidus ni, 'mahu' perempuan dapat lima lelaki....

    ReplyDelete
  7. guna INGIN lagi afdhol kan Uncle?..
    huhuhu..

    errr.. leh guna Uncle tak Uncle?..
    ke saya nak kena guna perkataan Pakcik?

    haishhh... huhuhu

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan kita kembali kepada suruhan Allah. Ucapkanlah Insya Allah

    ReplyDelete
  9. saya mahu kawen dulu baru mahu anak. ngeee

    ReplyDelete
  10. Kata-kata adalah sebahagian dari doa...semoga ia dimakbulkan...bagaimana ia diucapkan..hanya terpulang kepada orang yang menerima...

    ReplyDelete
  11. manusia terkadang lupa pada penciptanya. sedangkan diri sendiri pun dia tak kenal. macam mana dia nak mengenal ilahi. tu yang terkadang bercakap ikut sedap hati dan perasaan je. opss.. lari topik tak ni pakcik?..

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. salam tuan haji..

    kalau saya cakap saya NAK anak lagi sorang boleh..haha!

    ReplyDelete
  13. Zizan mahu empat anak. Ada org MAHU 4 isteri. Macamlah jodoh di tangannya hehehe

    ReplyDelete
  14. YB.

    AWAK DAH BACA ENTRI ABANG SEMALAM ? KALAU BELUM SILA BACA. KITA ADA MENGUMPAT AWAK DEPAN2.

    ReplyDelete
  15. saya mahu komen..ni mesti wartawan yg lebih2..biasa la nak lariskan paper masing2. sepatutnya mengidamkan anak empat atau, inginkan anak 4...byk lg perkataan yg sesuai.

    ke sungai lg ke? huhu...

    ReplyDelete
  16. kalau camni boleh tak tuan aji....'Kalau lalu LH saya MAHU singgah rumah tuan aji'..

    ReplyDelete
  17. AKUANAKPAHANG

    NAK, BOLEH .. DAPAT TAK DAPAT BELUM TAHU.

    ReplyDelete
  18. MAMAREMPIT

    MEMANG BETUL, DIA ORANG SUKA MENAMBAH2.

    HARI RAYA PAKCIK DAH SELAMAT DAH !

    ReplyDelete
  19. AKLCITIZEN

    SENTIASA SYUKUR DAN REDA DENGAN ANUGERAHNYA SEBAB ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT KITA.

    ReplyDelete
  20. HAMIZAH

    ITU BARU BETUL .. ALLAH MAHA BERKUASA SAMADA NAK BERI ATAU TIDAK.

    ReplyDelete
  21. KTS

    INI SATU KEKAGUMAN SAYA TERHADAP AWAK .. PANDAI BERBAHASA KUCING !

    ReplyDelete
  22. NIDUS2

    TENTU ADA KELUARGA LAIN YANG 'MAHU' LELAKI, DAPAT LIMA PEREMPUAN.

    ReplyDelete
  23. AUJINZ

    BOLEH GUNA PERKATAAN INGIN, BERHAJAT ATAU BERHARAP. ITU LEBIH MOLEK.

    SAYA PUN DAH KONFIUS NAK MEMBAHASAKAN DIRI APA .. KEJAP GUNA SAYA, KEJAP ABANG, KEJAP PAKCIK, KEJAP UNCLE. MAAFLAH KALAU ADA PANGKAT ANAK TAPI TERBAHASA ABANG ATAU YANG PANGKAT ADIK, TERPAKCIK PULAK.

    ReplyDelete
  24. POKLI

    ITULAH YANG SEBAIKNYA. SEMUANYA DENGAN IZINNYA KAN !

    ReplyDelete
  25. GADISBUNGA

    ITULAH LANGKAH YANG BETUL DAN TEPAT DAN BUKAN SEBALIKNYA SEPERTI KEBANYAKAN CELEBRITY BARAT.

    ReplyDelete
  26. ROSLAINI

    KALAU KATA SAYA BERHARAP ATAU SAYA TERINGIN, RASANYA LEBIH MANIS.

    ReplyDelete
  27. WANSHAH

    TAK LARI TOPIK, ITU BETUL. BILA KITA GUNA PERKATAAN MAHU TU, SEOLAH2 KITA MENGARAHKAN ATAU DEMAND DENGAN ALLAH.

    ReplyDelete
  28. MAKDARA

    SALAM KEMBALI.

    BOLEH SAJA TAPI KENA NIKAHKAWIN DULU. TAK AJAK SAYA PUN TAK APA ! HEHE

    ReplyDelete
  29. IKAN EMAS

    MANYAK CANTEEK AWAK PUNYE MUKE .. PATUTNYA AWAK YANG BERI DUIT RAYA PADA WARGA EMAS !

    ReplyDelete
  30. YUNUS BADAWI

    BARU NAK BALAS KOMEN AWAK. "ADA ORANG" TU SIAPAKAH ORANGNYA ?

    KALAU BERCITA-CITA MACAM AWAK, TAK APALAH KAN ! TAK SALAH MENYIMPAN CITA2. SIMPAN JE LAH.

    ReplyDelete
  31. MENTIBANG LAUT

    BUKAN KE SUNGAI TAPI KE LAUT. TAK. AWAK DALAM LANDASAN YANG BETUL.

    BANYAK LAGI PERKATAAN YANG SESUAI YANG MELAMBANGKAN KITA ADALAH MAKHLUK.

    IDAM, INGIN, HARAP, BERHAJAT, KALAU BOLEH, KALAU DAPAT DSB.

    ReplyDelete
  32. IBUINTAN

    MACAM TU BOLEH. SEBAB MAHU DI SINI MENUNJUKKAN YANG KITA SENDIRI YANG MAHU.

    BILA NAK DATANG ?

    ReplyDelete
  33. MAHU, adalah perkataan daripada kehendak hati, namun yang tetap memberikan adalah DIA YANG MAHA MEMBERI...

    ReplyDelete
  34. apa salahnya cakap..
    insyallah andai diizinkan Allah sy nak 4 atau 10 org anak...

    ReplyDelete
  35. salam lebaran pakngah

    maaf tak sempat datang beraya di rumah



    sya sudah ada EMPAT orang anak....;p


    tak tahulah kalau kalau lepas enariq ni ado lagi sorang

    ReplyDelete
  36. SALAM,
    LF BERSERAH KEPADA ALLAH. KALAU SATU, SATULAH. KALAU EMPAT, EMPATLAH. APA SAHAJA, LF TETAP BERSYUKUR. ALLAH YANG MENENTUKAN DAN MENGETAHUI SEGALA2NYA.
    BETUL KE MACAM DI ATAS, SDR AL?

    ReplyDelete
  37. KUASAI MINDA

    TEPAT SEKALI KESIMPULAN YANG DIBUAT.

    ReplyDelete
  38. IDALARA

    UNGKAPAN SEBEGITULAH YANG SEPATUTNYA KELUAR DARI MULUT ORANG YANG BERHARAP DAN MEMINTA.

    ReplyDelete
  39. SAYANGSAYANGIBU

    TAK RAYO PUN BOLEH DATANG .. KALAU SUDI.

    ENTAH2 NANTI DAPAT REZEKI KEMBAR 4 !

    ReplyDelete
  40. LF

    SALAM KEMBALI.

    LAIN MACAM JER AYAT TU BUNYINYA. SAYA PUN SERUPALAH. TERIMA SAHAJA ANUGERAHNYA. SEBAB APA YANG KITA MAHU, BELUM TENTU ITU TERBAIK BUAT KITA DAN SEBALIKNYA MUNGKIN APA YANG KITA BENCI, ITU BERMANFAAT KEPADA KITA.

    ReplyDelete
  41. salam akhi Hamzah...

    salam eidul fitri...
    ummi dah ada lima ank..
    syukur, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  42. apa yg sepatutnya dia berkata?
    Moga Allah memberinya 4 orang anak..
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  43. 'Saya mahu tapi malu'


    ...err...ini tajuk berita mana pulak entah ni.

    :)

    ReplyDelete
  44. saya pun mahu juga tapi tak dapat lagi. hehehe

    ReplyDelete
  45. Salam Tuan Haji,
    Kemahuan sendiri apasalahnya di zahirkan mungkin zizan lupa sebut InsyaAllah..
    Saya dulu nak 2 Alhamdulillah dapat 3.
    Nak kembar..tapi mungkin ada hikmahnya Allah tak makbulkan.

    ReplyDelete
  46. UMMI

    SALAM KEMBALI.

    KEBETULAN BILANGAN ANAK KITA SAMA. SETAKAT ITU SAJALAH. SYUKUR KEPADA ALLAH ATAS ANUGERAHNYA.

    TAPI SAYA LEBIH SIKIT DARI UMMI SEBAB DAH ADA 1 CUCU.

    ReplyDelete
  47. LANABULU

    MEMANG ITULAH YANG SEPATUTNYA BAHASA YANG KITA GUNAKAN KALAU KITA TIDAK MEMPUNYAI KUASA ATASNYA.

    ReplyDelete
  48. CKLAH

    SAYA LAIN PULAK. "MALU TAPI MAHU"

    ReplyDelete
  49. TIJAH

    AWAK MASIH MUDA SANGAT LAGI. TAPI RASANYA DAH HIGH TIME UNTUK CEM ITU BERADIK.

    ReplyDelete
  50. KAKWAN

    SALAM KEMBALI.

    SETAKAT INI MENANGLAH SAYA SEBAB SAYA ADA 5. TAPI AKAN DATANG, TAK TAHULAH.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.