Minggu lepas saya sibuk di antara Tahap 1 dan 2. Antara sebabnya, pergi 'out station', pergi kelas, pergi rumah terbuka, kenduri kawin dll. Sehubungan dengan itu saya minta maaf banyak-banyak sebab langsung tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan. Bila tiba keadaan begini, ada juga terfikir nak berhenti sahaja dari berblog. Tapi bila dah lapang sikit, fikiran itu segera menghilang.
Kembali kepada tajuk entri kali ini. Saya pergi ke Alor Setar pada hari Rabu dan balik hari Khamis. Ada kerja sikit. Flight saya hari Khamis tu dari Alor Setar keSenawang KLIA jam 9.20 malam. Kerja tu pukul 2 petang dah selesai. Jadi untuk memenuhkan masa, saya dan geng-geng lain buat keputusan masuk ke pekan Danok, Thailand. Tak jauh dari sempadan Malaysia.
Kembali kepada tajuk entri kali ini. Saya pergi ke Alor Setar pada hari Rabu dan balik hari Khamis. Ada kerja sikit. Flight saya hari Khamis tu dari Alor Setar ke
Masuk dan keluar tak ada masalah. Ikut laluan VIP. Tanpa soal, tanpa berhenti, terus masuk sampai ke sebelah sana. Kon-kon yang ada habis di angkat untuk memberi laluan. Ternyata kereta yang dinaiki sudah dikenal baik oleh Imigresen sebelah Malaysia, mahu pun sebelah Siam.
Namun begitu saya keluar juga sekejap. Nak ambil gambar.
Nampak tak tulisan "Thailand Selamat Datang" kat belakang tu.
Terlebih terang pulak.
Terlebih terang pulak.
Kemudian kita singgah di sini. Bacalah sendiri.
Saya pun tak faham dia tulis apa.
Gajah pun kita dapat tengok. Tak payah pergi Zoo. Penjaga dia macam nak paksa kita beli tebu yang dia jual untuk di beri kepada gajah dia.
Ada pula main paksa-paksa orang. Mentang-mentanglah dia ada gajah.
Jumpa CIMB, CawangaN Danok.
Lupa pula nak rompak cuba keluarkan duit.
Pemerhatian saya dari lawatan singkat ke Danok.
1. Antara dosa dan pahala atau jalan ke syurga dan neraka, hanya sebelah menyebelah. Terserah kepada kita nak pilih yang mana. Tiada orang paksa dan tiada orang yang tegah. Tepuk dada ..!
2. Ramai lelaki Melayu dari Malaysia sudah berada di sini. Sebab besoknya Jumaat, Kedah cuti. Hari Khamis malam Jumaat adalah untuk mereka berhibur. Mereka duduk-duduk dengan GRO sambil "minum-minum." Saya yakin mereka orang Melayu Malaysia kerana bila kita berjalan melalui mereka, ternampak mereka segan-segan sambil menundukan muka dan ada cuba yang nak melindungi muka dengan sebelah tangan. Dia ingat kami dari JAWI kot !
3. Bahasa yang digunakan oleh peniaga di sini adalah bahasa Melayu dan urusniaga dalam RM. Rasa macam shopping kat Kota Bharu saja. Hati saya kembang memikirkan betapa bahasa dan duit kita di gunakan sepenuhnya untuk urusniaga di sana. Tak terfikir dek saya misalnya kat Alor Setar peniaga kita cakap Siam dan urusniaga dalam matawang Baht.
.
.
salam uncle,
ReplyDeleteain pernah sekali ke thailand (golok), waktu tu umur baru 13 tahun...
masuk secara haram, sampai petang besoknya terus pulang...
bila diingatkan balik memang kerja gila, nasib baik tak kena tangkap dan dipenjara....
pendek akal betul la waktu tu...
huhuhu....
seronok eh dia tu bawak gajah jalan2..macam bawak kucing je..
ReplyDeletesaya tak pernah sampai lagi ke thailand walaupun kampung saya dengan thailand tu takde la jauh sangat..3 jam je dah bleh sampai..
wahh.. guna RM. x payah pening nk tukar2 dah ea..
ReplyDeletepilihan kat tangan sendiri. org melayu malaysia yg malu2 kat situ, mybe dah salah pilih jalan kot. err..
selamba je bawak gajah jalan2. kang tiba2 mengamuk. sape la yg berani nk kawal..
Walaupun sy orang Kedah, lahir di Kedah... hingga sekarang baru sekali sampai tempat tu. Masuk nak beli durian. Kat kampung, kalau orang tahu kita selalu ke sana dah disalah tafsir sebagai orang jahat w/p belum tentu memilih jalan yang mana.. hehehee.
ReplyDeleteAssallamualaikum,
ReplyDeleteMama nadzterpanggil nak beri komen dengan cepat sebab perkataan Danork itu..
Dekat sangat dengan sekolah tempat kerja mama nadz. Kalau ada apa-apa nak beli kami ke sana. selalu juga membeli barang2 dapur. Daging murah..tom yam sedap. Guna RM..
pakai border pass atau selalunya pakai angkat salam 2 tangan jer..
terpulang kepada individu..niat baik baiklah ke sana..kalau terpesong..terpesonglah
w/salam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pernah sampai ke sini 2 kali! Tiada yang menarik pun sebenarnya.. :) (bagi saya lahhh.....) ;-)
ReplyDeletesalam ayahanda
ReplyDeleteamboi.....
jaga diri elok2 ye
ingat makngah..hehehehehehe
Melalui pemerhatian singkat saya dari lawatan singkat tuan ke Danok.
ReplyDelete.
.
.
tuan kelihatan lebih bersemangat bila berada di hdpn 'sexy house' tu
.
.
.
.
senyum sdkt lebar berbanding gmbr2 lain
:D
:D
:D
salam akhi Hamzah...
ReplyDeleteummi org utara gak tp bkn kata Danok n padang Besaq pun tak pernah sampai ,cuma Bukit kayu hitam jer yg pernah jenguk seketika dulu2 ...
salam,
ReplyDeletetang gambar tu...dikelabukan....sengaja atau tidak diizinkan?
AIN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU KENA TANGKAP DAN PENJARA TAK APA LAGI .. KALAU KENA JUAL ?
KALAU KENA JUAL, TAK DAPATLAH UNCLE BACA KOMEN AIN INI.
ISH ISH ISH .. JANGAN BUAT LAGI !
MIMIE
ReplyDeleteSELALUNYA BEGITULAH .. KALAU BENDA ATAU TEMPAT TU DEKAT, KITA TAK PERGI SEBAB KITA RASA BILA-BILA BOLEH PERGI. MACAM ORANG DUDUK SELAYANG, RAMAI YANG BELUM NAIK BATU CAVES LAGI.
ASADA
ReplyDeleteSAH MEREKA DAH SALAH PILIH JALAN. DOSA YANG DIBUAT PULA BERLAPIS2. TENTUNYA MEREKA TAK SEMBAHYANG, KEMUDIAN MINUM DAN LEPAS TU PEREMPUAN. KALAULAH MATI KENA BOM MASA ITU, TAK TAHU NAK CAKAP LAH. MOGA-MOGA MEREKA SEMPAT BERTAUBAT.
MOHAMAD
ReplyDeleteKALAU MASUK SEKALI SEKALA BAWA ORANG RUMAH, APA SALAHNYA. MEMANG BUAH2AN MURAH KAT SANA. SAYA TENGOK DOKONG, BAIK PUNYA, 3 KILO RM5. KAT SEREMBAN 3 KILO RM10. MAKNANYA MURAH 50%. KALAU SAYA PERGI NAIK KERETA DULU, MAHU SAYA BELI 10 KILO.
NADZ
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
MEMANG DAGING, MAKANAN DAN BUAH2AN MURAH DI SANA. SAYANGNYA SAYA PERGI NAIK KAPALTERBANG. KALAU NAIK KERETA, MUNGKIN PENUH BELAKANG KERETA DENGAN BARANG2.
MUDAH-MUDAHAN MEREKA YANG TERPESONG TU, SEGERA BERTAUBAT.
KAKCIK
ReplyDeleteBAGI SAYA PUN BEGITU JUGA, TAK ADA YANG MENARIK. CUMA KALAU ADA PUN, BUAH2AN MEMANG MURAH. CONTOH DOKONG 3 KILO BARU RM5 !
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SAYA SENTIASA INGATKAN TUHAN DAN MAKNGAHNYA. MAKNGAHNYA BOLEH KITA TIBU, TETAPI TUHAN MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MELIHAT.
KTS
ReplyDeleteMEMANG PENGLIHATAN AWAK SEMPURNA. INI SEMUA SALAH JURUGAMBAR SEBAB TAK BILANG 1,2,3 SEBELUM SNAP. KALAU TIDAK BOLEHLAH SAYA MASAMKAN MUKA SAYA.
UMMI HUMAIRA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI UMMI. MEMANG BEGITULAH LUMRAH KITA MANUSIA NI. KALAU TEMPAT TU DEKAT, KITA TAK KISAH SANGAT NAK PERGI. MACAM ORANG PERLIS, ADA JUGA YANG BERLUM PERNAH SAMPAI KAT LANGKAWI. SEDANGKAN ORANG ARAB PENUH KAT SANA.
AHMAD HUMAIRI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MEMANG SENGAJA DIKELABUKAN, TAK NAK NAMPAK SENYUMAN ITU. HEHE
TAPI KTS BOLEH DETECT JUGA. CEKAP BETUL MATA BUDAK TU !
salam THJ, semoga sihat selalu...
ReplyDeletePak mentuo seh oghang Kodiang, pandai cakap siam tapi tak rekmen kami poi Danok... tak tau la kenapo... mungkin boto cakap En. Mohamad dari Kodah tu...
pernah juga lalu laluan vip tu, tak perlu cop pasport cuma angkat tangan saja, palang dibuka
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya pernah dua kali menyeberang sungai golok secara haram, fuhh rasa macam penceroboh aja, tapi mereka semua disitu beri kerjasama baik, macam nak lindung kita aja..
salam tuan aji,
ReplyDeletenasib baik gadis sexy tu tak sempat tarik tuan masuk, kalau tak, tak sempat bergambar di situ...
assalamualaikum pakcik,
ReplyDeletesaya yg dok dekat dengan sempadan tu pun tak penah masuk lagi sampai ke danok. takot! takot bila masuk tak keluaq dah.. hehehe :D
Daya tarikan lebih kuat dari rasa takut, keseronokan mengalahkan iman.
ReplyDeleteBegitulah lumrahnya.
Pak Nidus orang sempadan...kadang2 malas nak cop pasport kita angkat tangan jer... sekarang tak buat lagi.
gambar no dua tu depan masjid ke?
ReplyDeleteSalam THJ...
ReplyDeleteMoga tuan haji sihat hendaknya..
Belum pernah lagi saya berkunjung ke Danok ni, dengar cerita orang memang tak seronok tempat tu...
Salam Bang HAMZAH, syukur selamat kembali.
ReplyDeleteSaya pun tak pernah pegi sampai Danok tu, tapi tingin gak nak pegi tempat orang dgn ragam rakyatnya.
Ntah2 ramai lagi orang kita di sana banding rakyat dia..
hari tu ain pergi sesama ngan pakcik makcik ain, takkan la depa nak jual ain kot....
ReplyDeletetapi kan, serius cakap memang takottt giler....
menyesallll ikut dorang....
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU GITU AWAK TAK BOLEHLAH PERGI LONDON, COPENHAGEN, CHICAGO DLL .. SEBAB KAT SANA LAGI TERUK !
saya tak puas hati, tak puas hati gambar nombor tiga tuuu... kenapa jadi begitu? tak adil ,tak adil..
ReplyDeleteDAUN BIDARA
ReplyDeleteSAYA PUN TAK ADA BAWA PASPOT. TAPI BILA KITA NAIK KENDERAAN SUK KEDAH, TAK ADA APA-APA HALANGAN.
LIPISLADY
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
MEREKA BAIK KALAU KITA BAIK. SEBAB KITA BERBELANJA KAT SANA. MEREKA PERLUKAN RM KITA.
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU SAYA NAK, DIA TAK PERLU TARIK ! HEHE
NADHIERA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK PERLU TAKUT APA-APA. TAPI JANGANLAH PERGI SORANG2 ATAU MASUK LORONG-LORONG YANG MENCURIGAKAN. KALAU TAKAT SHOPPING, SERUPA MACAM KAT CHOW KIT JER.
NIDUS2
ReplyDeleteMAKNANYA PAKNIDUS POPULAR JUGA DISANA. BOLEH MAIN ANGKAT2 TANGAN SAHAJA. SAYA TUMPANG EHSAN ORANG SANA UNTUK MASUK.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSAYA RASA MASJIDLAH TETAPI SAIZNYA KECIK JER. KALAU NAK KIRA, BESAR LAGI SURAU KAT TEMPAT SAYA.
ABD RAZAK
ReplyDeleteUNTUK PERGI MAKAN2 DAN BELI BUAH2AN MEMANG MURAH. KALAU NAK BELI PAKAIAN, BAIK TAK PAYAH. BELI KAT GIANT LAGI MURAH. LAGIPUN KUALITINYA TAK BAGUS.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. SEBENARNYA TIADA APA SANGAT YANG MENARIK. KALAU NAK BELI PAKAIAN PUN, KUALITINYA RENDAH. TAPI KALAU NAK TENGOK RAGAM ORANG KITA UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN, ELOK JUGA.
AIN
ReplyDeleteSORI UNCLE SILAP FAHAM. INGATKAN AIN PERGI SORANG2. DALAM KOMEN YANG MULA2 TU, AIN TAK SEBUT PUN PERGI DENGAN SIAPA. KALAU PERGI DENGAN PAKCIK DAN MAKCIK, APA NAK DITAKUTKAN.
ABU MUAZ
ReplyDeleteSEBENARNYA BANYAK LAGI TEMPAT2 YANG TAK SENONOH. SAYA PUN TAK TERINGIN NAK AMBIL GAMBARNYA. LAGIPUN IA TIDAK SESUAI UNTUK TONTOTAN UMUM.
salam hari isnin.
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeletesaya tak penah langsung masuk thailand walaupun suke mkn tomyam. huhuh
ape..nk bg mkn gajah dia sndiri pon kita kena beli ke....kalau dlm zoo lain la..mcm2 lah..jauh perjalanan luas pemandangan..syoknya!
ReplyDeletesang kancil kah di bank CIMB itu?
ReplyDeleteKomen kts tak boleh belah. Tapi rasanya betul tu hehehe
ReplyDeleteidea sape la nk p ni..hihi..
ReplyDeletetepuk dada, tanya iman..
Nk p sane beringat2 la kan, bawak serombongan, baru la selamat iman.
Jangan jalan sorang2 plak, kene tarik, habis la..
x penah sampai lagi ke danok!..tapi suka sebut perkataan songkla..haha!
ReplyDeleteseronoknya melancong sambil kerja..
ReplyDeletesaya belum sampai ke sana wpun berasal dr klate
IKAN EMAS
ReplyDeleteIYO LAH !
GADISBUNGA
ReplyDeleteKALAU BELUM PERNAH, ELOKLAH DIPERNAHKAN. JAUH PERJALANAN, BANYAK PENGALAMAN.
PAKCIKLIE
ReplyDeleteMACAM-MACAM CARA ORANG NAK CARI DUIT. DALAM KES INI DIA MENGGUNAKAN GAJAH. DIA INGAT DIA BOLEH DAPAT DUIT BANYAK !
SZ|MSS
ReplyDeleteBUKAN SANG KANCIL .. KANCIL JER. KALAU SANG KANCIL, DAH LAMA KENA SEMBELIH.
YB
ReplyDeleteBUKAN LEBIH BERSEMANGAT TAPI HILANG SEMANGAT. KUSSS SEMANGAT !
JEJARI HALUS
ReplyDeleteIDEA KITA BERSAMA SECARA SPONTAN. KALAU SAYA PERGI SORANG2 PUN, INSYAALLAH SAYA TAK AKAN TERGODA.
MAKDARA
ReplyDeleteSAYA PUN SUKA SEBUT PERKATAAN SONGKLA. KENAPA EK ?
HAMIZAH
ReplyDeleteTAK SERONOK MANA PUN .. CUMA NAK MENGISI MASA TERLUANG.
salam uncle, nyaris nak gi Danok skali tak bwh pasport n IC...ape daa..kalo tak leh tgk negara orang kan...rugi2!!
ReplyDeletesebelum ni tak teringin nak ke Danok tapi setelah melihat gambar senyum lebar encik di depan kedai blur tersebut, hati ini mula memasang angan². encik nak ikut sekali ke? hehe..
ReplyDeleteSaya jadi menyampah bila dgr segelintir lelaki2 melayu berbangga saja menyebut-nyebut "keseronokan" di Danok..cuak!
ReplyDeleteEMME
ReplyDeleteBOLEH PERGI LAGI .. BUKANNYA JAUH SANGAT. TAPI TAK ADA APA-APA PUN YANG MENARIK SANGAT. CUMA DAPAT TENGOK NEGERI ORANG.
SAYA MASUK DULU TAK PAKAI PASPOT ATAUPUN IC.
MRPENYUBIRU
ReplyDeleteTAK APALAH. AWAK PERGILAH DULU. SAYA BARU JER BALIK. NANTI AWAK BUATLAH SATU ENTRI KHAS YA !
SITI MURNI
ReplyDeleteBUKAN AWAK SAJA, SAYA PUN MENYAMPAH DAN KECEWA TENGOK LELAKI2 MELAYU ITU. SUSAH2 CARI DUIT, DIHABISKAN DIJALAN YANG SALAH.
dulu mase sekolah rendah ayah kerja di bukit kayu hitam, slalu gak ke danok. mesti dah byk berubah skrang kan?
ReplyDeleteNOREED
ReplyDeleteRASANYA TAK BANYAK YANG BERUBAH KECUALI ADA SATU DUA HOTEL BARU.
salam tuan..
ReplyDeletepernah di pelawa rakan
ke sana atas dasar kerja jua
selepas mereka kata syurga lelaki
saya tolak dengan baik..rasanya iman
saya hanya senipis kulit bawang..biarlah saya menjauhinya selagi termampu..
...kalau jadi warga sana ..rasanya nak bela gajah sekor la..he he..nampak menarik je kehidupannya..
ReplyDeleteZULKBO 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. MASING2 TAHU KELEMAHAN DIRI MASING2 KAN. TAPI SAYA KAGUM DENGAN UMAT ISLAM DI SANA YANG DI HIMPIT DENGAN PELBAGAI CABARAN, MASIH TETAP DAN KUAT IMAN MEREKA.
SAYA JUGA KAGUM DENGAN PELAJAR2 KITA DI USA DAN UK MISALNYA YANG MENGIKUTI KURSUS KEJURUTERAAN ATAU PERUBATAN, YANG TAHAN GOADAAN DAN KEMBALI KE MALAYSIA SEBAGAI SEORANG YANG LEBIH WARAK DARI SEBELUMNYA. KADANG2 MEREKA LEBIH WARAK DARI USTAZ YANG BELAJAR DI AL-AZHAR.
ZULKBO 2
JANGAN LAH BELA GAJAH PULAK, BELALAH BINATANG LAIN MISALNYA BUAYA KE RIMAU KE ! HEHE