Wednesday, June 18, 2025

SIAPA PERLUKAN SIAPA SEBENARNYA?

Semasa saya berusia 50an dan masih bekerja dahulu, bila ada orang bertanya "Masih kerja lagi ke?". Lalu saya jawab, "Nampaknya begitulah. Perkhidmatan saya masih diperlukan oleh kerajaan". 

Sekarang baru saya terfikir yangsebenarnya pada masa itu, sayalah yang masih perlu berkhidmat dengan kerajaan, bukan sebaliknya. Banyak tanggungan seperti belanja dapur, anak sekolah, ansuran rumah, ansuran kereta, kirim kampung dan sebagainya yang perlukan wang. Tambahan pula isteri saya hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. 

Alhamdulillah pada masa ini semua anak sudah habis belajar dan dah bekerja, ansuran rumah dan kereta dah langsai, tiada lagi kiriman bulanan ke kampung tetapi perbelanjaan baru pulak timbul iaitu belanja perubatan dan kesihatan saya dan isteri. Tapi tidaklah membebankan sangat. 



Wednesday, June 11, 2025

TUAH MISAI.

 


Hari tu saya mancing bersama seorang kawan kat sebuah kolam di Ulu Langat. Bayaran untuk warga emas cuma RM50 sahaja untuk 4 jam, tanpa deposit. Murah sangat. Ini pertama kali saya mancing kolam ni. Sebelum itu kawan saya kata, nanti tunjuk IC kat petugas yang kutip bayaran. Tapi yang hairannya petugas tu tak minta pun saya tunjuk IC masa buat bayaran. Semasa hulur duit RM50 saya pun bertanya,

"Macam mana awak tahu pakcik warga emas".

"Tengok misai pun dah tahu .. ". Cepat je petugas tu jawab.

Ada juga untungnya simpan misai ni.

Friday, May 23, 2025

SELOKA ORANG PENCEN.

 

Bila usia sudah meningkat, 

Dulu kurus sekarang dah bulat,

Seluar baju semua dah sendat, 

Banyak yang lupa dari yang ingat, 

Buat kerja semua pun lambat, 

Panjat tangga dah cepat penat, 

Dengan ubat berkawan rapat, 

Hendak ke timur lepas ke barat,

Tempat dituju semakin dekat, 

Kerja lagha jangan dibuat, 

Moga selamat dunia akhirat.


25 Zulkaedah, 1446.