Tuesday, May 31, 2016

JUGA PUN ADA CERITA.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Apa maksud perkataan 'juga'?  Mengikut kamus dewan, 'juga' bermaksud:

"sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun"

Kalau kita tanya kawan kita .. "boleh tak aku datang rumah engkau malam ni?"

Kemudia dia jawab ..  "boleh juga"

Apa agaknya maksud juga di sini?

Saya kira dia ingin menyatakan bahawa anda adalah tidak begitu dialu-alukan,  tapi tidaklah sampai dia menghalang. Terpulanglah kepada kita mahu datang atau tidak. Kalau ada hal penting dan tidak memakan masa yang lama untuk dibicarakan, bolehlah datang.

Tapi kalau tuan rumah kata "lain kalilah" maka eloklah kita lupakan hasrat untuk ke rumah dia pada malam ini.

Sebaliknya kalau dia  bersedia atau benar-benar suka kita nak datang, dia akan jawab seperti ini ..

"Pukul berapa awak nak datang?"  atau "berapa orang awak nak datang?". 


Pertanyaan itu tanda persetujuan di mana tuan rumah mungkin ingin menyusun semula program dia yang telah diatur atau memikirkan apa nak dijamu dan sebanyak mana makanan harus di sediakan.

Kesimpulan: Perkataan 'juga' itu membawa mesej tertentu yang perlu diberi perhatian. Jangan ambil ringan.

Itu pandangan saya. Kalau tak setuju pun tidak mengapalah juga. Hehe.

Ralat:

Entri sebelum ini telah di delete kerana masalah teknikal. Saya petik komen JunAina dan jawapan saya seperti dibawah.

Bila Pak Ngah tulis benda ni saya naik risau 'juga' nih.
ReplyDelete
Replies
  1. awatnya pulak .. tak ada apa2lah.

    you're always most wellcome.


Saturday, May 28, 2016

BANYAK SANGAT YANG !



Dalam majlis-majlis kita, banyak sangat "Yang".

Antaranya:

Yang Berusaha,
 Yang Amat Berhormat, 
  Yang Berhormat, 
   Yang Dihormati,
    Yang Amat Berbahagia, 
     Yang Berbahagia,
      Yang Teramat Mulia,
       Yang Dimuliakan,
        Yang Dikasihi, 
         Yang Setia,
          Yang Arif,
           Dan Yang yang lain-lain.

Benda ini susah nak ubah kerana ia telah tebal membudaya dalam masyarakat kita. Saya juga tidak nampak ada tanda-tanda ianya akan berubah.

Kenapa perlu diubah? Saya rasa kerana ianya tidak produktif dan membuang masa. Kalau anda tidak setuju pun tidak mengapa.

Ada entri berkaitan sebelum ini di sini.

Yang Rimas.



Wednesday, May 25, 2016

WW # 133: INGATKAN TAK PAYAH JOGGING.


Monday, May 23, 2016

KISAH PENCURI DI KALANGAN PEMANCING.


 Papan tanda yang saya jumpai di salah sebuah kolam memancing.


Entri kali ini saya nak sambung cerita fasal memancing lagi. Entri sebelum ini tentang karenah sesetengah pemilik kolam. Kali ini saya nak cerita tentang sikap tidak beretika segelintir pemancing yang saya perhatikan dengan mata kepala saya sendiri.

Sebagaimana tajuk entri ini, saya fokuskan tentang sikap sesetengah kaki pancing yang suka 'mencuri'.  Mereka mencuri dalam dua keadaan iaitu curi masa dan curi pancing.

1. Curi masa dengan memancing lebih lama dari masa yang ditentukan.

Katalah kita bayar untuk memancing selama 3 jam dan sepatutnya tamat tempoh katalah jam 11 pagi, tetapi mereka yang biasa mencuri ini, akan memancing lebih masa selama 7-8 minit lagi baru berhenti.  Selalunya taukeh kolam tidak kata apa-apa kalau lebih 7-8 minit tapi dalam hati mereka tentu berasa jengkel dengan tindakan pemancing jenis ini.

Kalau sekali pancing curi 7-8 minit, sepuluh kali dah berapa. Dan kalau 10 orang buat perangai macam tu, besar kesannya kepada taukeh.

2. Curi pancing dengan menggunakan joran kedua secara sembunyi.

Keadaan ini biasa terjadi jika pemilik kolam tidak berada atau berjauhan dari kolam memancing. Bila pemilik kolam datang "round', mereka ini akan cepat-cepat simpan joran yang satu lagi.

Memang saya biasanya bawa dua joran kerana jika satu joran tidak berfungsi, maka saya boleh gunakan joran kedua. Bahkan rata-rata saya perhatikan pemancing akan bawa satu joran 'spare' untuk digunakan  jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada joran pertama. Joran ke dua inilah yang digunakan untuk 'mencuri' itu. Ia digunakan untuk memancing samada oleh isteri, anak, kawannya atau pun oleh pemancing sendiri.

Walaupun perbuatan mereka bukanlah mencuri dalam keadaan yang biasa kita fahami seperti mencuri motor dsb tapi perbuatan yang saya sebutkan di atas tergolong juga dalam perbuatan mencuri.




Friday, May 20, 2016

TAK PERLU TERCENGANG KALAU POKOK ANDA KERING.

وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ (٦٢) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ (٦٣) ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٲرِعُونَ (٦٤) لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمً۬ا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ (٦٥)

"Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam? (63) Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkannya? (64) Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia kering dan hancur; maka jadilah kamu heran tercengang (65)". Surah Al-Waqiah.

Sebelum ini saya pernah tercengang kenapa sebatang pokok harum manis yang saya tanam tidak membesar dan akhirnya mati kering. Kesemua pokok yang lain adalah sebaya yang saya tanam pada hari yang sama, kesemuanya telah membesar bahkan ada sebatang daripadanya telah pun mengeluarkan bunga. Bila berjumpa ayat 63 hingga 65 dari surah al-Waqiah seperti di atas, saya terasa seolah-olah ayat-ayat itu ditujukan kepada saya. Sesungguhnya ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya akan hakikat kekuasaan mutlak Allah SWT.  

Dan baru-baru ini pula, saya ada menanam beberapa biji benih petola yang mana setelah beberapa lama yang sepatutnya, cuma sebiji sahaja yang tumbuh dan membesar. Kesemua benih yang saya tanam itu adalah dari baka yang sama, ditanam pada hari yang sama dan pada batas yang sama. Tapi apa nak dihairankan, kerana Dialah yang menumbuhkan atau pun sebaliknya mengikut iradatNya.

Nota kaki: Entri ini telah lama saya draf iaitu semasa saya menetap di Perlis lagi.

.

Sunday, May 15, 2016

APA ITU PAMPERS, BUMPER, BONET DAN JAWS ?

Saya langsung tidak terniat nak tunjuk pandai, sekadar berkongsi pengetahun. Itu pun mungkin tidak berapa tepat. Dan saya terbuka kalau ada yang ingin membetulkan. Akan tetapi kalau tiada teguran atau bantahan, anggaplah apa yang saya tuliskan ini adalah betul. 

Saya perhatikan ada EMPAT benda yang sering orang keliru atau silap faham iaitu pampers, bumper, bonet dan jaws.

1. PAMPERS

Ramai yang keliru lampin bayi seperti gambar di bawah sebagai pampers. Sebetulnya benda itu namanya 'diapers'.  PAMPERS itu adalah nama jenama atau brandnya. Mungkin ada yang terkeliru kerana sering menggunakan diapers berjenama PAMPERS.
  
 

 Gambar 1: Nama generik benda alah ini adalah diapers.


 Gambar 2: Yang ini baru diapers berjenama Pampers.


ll. BUMPER

Banyak orang ingat gambar di bawah ini adalah 'bumper' tapi yang sebetulnya ia 'bump' sahaja.


Gambar 3: Benda ini banyak dipasang di jalan-jalan dalam taman perumahan bertujuan mengurangkan kelajuan kenderaan yang melaluinya. 

Ada pun bumper adalah seperi gambar di bawah. Ia adalah gambar bumber sebuah kereta.

Gambar 4: Inilah yang dinamakan bumper. Dipasang pada kereta untuk mengurangkan impak kalau berlaku perlanggaran.

lll. BONET.



 Gambar 5: Ini adalah gambar 'bonet' di mana terletaknya enjin kereta. Umumnya ia terletak dihadapan kereta, kecuali kereta VW 'kodok' yang enjinnya terletak di belakang. Saya dapati ramai yang keliru kerana ingatkan bonet itu adalah tempat letak barang di belakang kereta. Sedangkan tempat meletak barang dipanggil 'boot' dalam Bahasa Inggeris.
 

Gambar 6:  Pemandu ini dengan barangan memenuhi boot keretanya kelihatan bergerak menuju ke tempat 'car boot sale'.

lV: JAWS.

Oleh kerana kuatnya pengaruh filem 'JAWS' hingga ramai yang menyangka ikan itu beranama jaws. Sebenarnya itu adalah ikan jerung atau 'shark'.


Gambar 7: Ini adalah gambar seekor ikan jerung atau shark dan bukannya ikan jaws.


Gambar 8: Ini adalah gambaran jaw(s) atau rahang manusia.


Sekian untuk kali ini. Semoga entri ini ada manfaatnya. Sila perbetulkan saya jika apa yang saya tuliskan ini adalah tidak betul atau tidak tepat. Terima kasih.

Thursday, May 12, 2016

APA SALAHNYA KITA BAYAR LEBIH MAHAL ?

Gambar hiasan hasil carian Google.


Lumrahnya kita sebagai pembeli mengharap dan menjangkakan harga yang lebih murah kalau kita membeli sesuatu benda atau barang dari saudara-mara kita. Betul tak ?

Macam sudah menjadi norma, saudara-mara kita sebagai penjual tidak boleh mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pembeli di kalangan saudara-mara mereka.  Kalau mereka berbuat begitu, akan ada yg berkata takkan dengan saudara-mara pun nak berkira.

Sebenarnya kita boleh saja menawarkan harga yang lebih tinggi ke atas harga barang yang dijual oleh saudara-mara kita, lebih-lebih lagi kalau kita lebih berada dari mereka. Apa salahnya kan ?

Kalau tak kita, siapa lagi nak tolong saudara-mara kita.



Monday, May 9, 2016

PEMBERIAN KU TAK DITERIMA.


                    Gambar hiasan hasil carian Google.
        
Beberapa tahun dulu saya pernah pergi kenduri kahwin anak kawan lama saya di sebuah taman perumahan di daerah Gombak.

Macam biasa semasa bersalaman dengan tuan rumah sebaik sampai, saya hulur sampul surat yang berisi. Tetapi saya sangat terperanjat kerana dia dengan muka yang serius, menolak pemberian saya sambil berkata:

"ehh tak payahlah .. buat malu jer"

Tindakan dia yg tidak saya duga itu membuatkan air muka saya berubah. Terperanjat ada dan malu pun ada diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai. Tetapi saya tak peduli, saya ulur juga dengan tolakan yang lebih keras dari tadi.  Agaknya bila dia tengok muka saya yang dah hampir bertukar menjadi Incredible Hulk,  diambilnya juga pemberian saya yang tak seberapa itu dan seterusnya dia mempersilakan saya menikmati jamuan yang telah tersedia.

Saya makan pun sudah tidak terasa lagi nikmatnya dan teringat ingin segera pulang sahaja.

Kalau anda berada dalam situasi yg serupa dengan saya,  apa agaknya perasaan dan tindakan anda ?


Wednesday, May 4, 2016

WW # 132: CAK !


Monday, May 2, 2016

SONYUM SOKOJAP 79 - SIAPA MAHU BELI BUAH HARUM MANIS RM10 SEKG ?


 Gambar harum manis sebagai hiasan ihsan Google.
 
Sekarang ini musim buah mangga harum manis kat Perlis. Sana sini orang cakap pasal buah harum manis. Tiba-tiba saya teringat akan kisah seorang pakcik yang ingin menjual buah harum manis kepada saya dengan harga cuma RM10 sahaja sekilo sedangkan harga di pasaran adalah antara RM30-RM35 sekilo. 

Memang "murah giler" bisik hati kecil saya.

"Betul ke RM10 sekilo ?". Saya bertanya untuk dapatkan kepastian. 

"A'ahlah" jawab dia pendek. "Awak ndak ke?". Giliran dia pulak tanya saya.
 
"Kalau RM10 sekilo siapa tak ndak" jawab saya.

"Kalau ndak bak duit" katanya. 

Saya tanya "mana buahnya?"


 "Baru nak tanam. Pakcik perlu duit buat modal. Nanti bila dah berbuah, datanglah ambil"
.  Jawabnya selamba.


"Hampeh". Kata saya dalam hati. Geram sebab terkena main.

Nampaknya pakcik ini sedang mengamalkan kaedah "crowd funding" untuk mendapatkan dana.

Notakaki: Sekilo tu maksudnya sekilogram bukannya sekilometer.