Tuesday, May 31, 2016

JUGA PUN ADA CERITA.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Apa maksud perkataan 'juga'?  Mengikut kamus dewan, 'juga' bermaksud:

"sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun"

Kalau kita tanya kawan kita .. "boleh tak aku datang rumah engkau malam ni?"

Kemudia dia jawab ..  "boleh juga"

Apa agaknya maksud juga di sini?

Saya kira dia ingin menyatakan bahawa anda adalah tidak begitu dialu-alukan,  tapi tidaklah sampai dia menghalang. Terpulanglah kepada kita mahu datang atau tidak. Kalau ada hal penting dan tidak memakan masa yang lama untuk dibicarakan, bolehlah datang.

Tapi kalau tuan rumah kata "lain kalilah" maka eloklah kita lupakan hasrat untuk ke rumah dia pada malam ini.

Sebaliknya kalau dia  bersedia atau benar-benar suka kita nak datang, dia akan jawab seperti ini ..

"Pukul berapa awak nak datang?"  atau "berapa orang awak nak datang?". 


Pertanyaan itu tanda persetujuan di mana tuan rumah mungkin ingin menyusun semula program dia yang telah diatur atau memikirkan apa nak dijamu dan sebanyak mana makanan harus di sediakan.

Kesimpulan: Perkataan 'juga' itu membawa mesej tertentu yang perlu diberi perhatian. Jangan ambil ringan.

Itu pandangan saya. Kalau tak setuju pun tidak mengapalah juga. Hehe.

Ralat:

Entri sebelum ini telah di delete kerana masalah teknikal. Saya petik komen JunAina dan jawapan saya seperti dibawah.

Bila Pak Ngah tulis benda ni saya naik risau 'juga' nih.
ReplyDelete
Replies
  1. awatnya pulak .. tak ada apa2lah.

    you're always most wellcome.


4 comments:

  1. Bila membaca coteran kawan-kawan, kadangkala saya terfikir 'juga' adakah ia membawa maksud selain dari yang saya faham... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap faham sering saja terjadi .. ia lebih bahaya dari tidak faham.

      namun hidup perlu diteruskan juga.

      Delete
  2. Pak Ngah.. nama saya di blog saja sudah mengundang salah faham. Saya ini lelaki atau perempuan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu Pak Ngah pun silap faham juga ttg jantina awak .. sekarang tidak lagi.
      Tapi ayat awak fasal blog tu susah juga Pak Ngah nak faham maksudnya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.