Percaya tak kalau saya katakan bahawa 12 ungkapan berikut senang diucap tapi bukan senang nak laksanakan:
1. Lupakan saja dik.
2. Bersabarlah bang.
3. Redha je lah kak.
4. Maafkanlah dia pakcik.
5. Halalkan saja makcik.
6. Buang yang keruh, ambil yang jernih saudara.
7. Bertolak ansurlah kawan.
8. Fleksibel lah sikit sahabat.
9. Rilekslah bro.
10. Ketepikan ego tu tuan.
11. Biarkan je lah lobai.
12. Marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Hadis.
Tuesday, July 30, 2019
Tuesday, July 16, 2019
DARI FESBUK # 25: PENGALAMAN SINGKAT MAKAN SEMEJA DENGAN MUFTI.
Print sreen dari status fesbuk sendiri.
Apa yg saya nak cerita ialah akhlaknya sebagai seorg ulamak yg berjawatan mufti. Apabila sampai, dia terus duduk atas tikar berhampiran pintu pagar di luar rumah di mana kasut selipar berterabur.
Dia ambil lauk yang berada di hadapannya shj walaupun lauk kambing turut dihidangkan. Saya lupa nak pusingkan benda alah tu kerana ingatkan dia tak suka kambing. Bila akhirnya saya pusingkan utk ambil gulai labu, secara kebetulan kari kambing berhenti bertepatan di hadapannya, barulah dia ambil. "Tadi tak nampak", katanya.
Yg paling menarik ialah perbuatannya bila nak basuh tgn lepas makan. Dia bangun menuju ke arah teko tempat air basuh tangan selang dua kerusi dari tempat saya duduk. Kalaulah dia minta atau beri isyarat, saya akan segera menghulurkannya.
Semua tingkah lakunya mengambarkan akhlaknya yg tinggi. Dia tidak mahu orang membesar2kan dia dan dia juga tidak mahu menyusahkan orang lain.
Sayangnya saya terlupa bawak henfon. Kalau tidak, pasti saya tunjuk gambar berselfie dgnnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)