Thursday, July 24, 2014

SEDANG YANG ARIF LAGI TERSILAP.

Celik pejam celik pejam celik, kita sudah berada di minggu terakhir berpuasa dan bertarawikh. Teruskan berpuasa (bagi yang tidak uzur), bertarawikh, bertadarus dan berqiamulail hingga ke akhirnya.

Walaupun saya telah cuba sehabis daya membuat entri atau meninggalkan komen yang tidak menyakitkan hati sesiapa, namun sebagai  manusia biasa saya percaya tentu ada entri atau komen saya yang tidak disenangi. Oleh itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini saya ingin memohon maaf daripada anda semua pembaca blog ini seandainya saya telah berbuat demikian.
 
Kepada rakan-rakan yang kerap meninggalkan jejak di blog saya tanpa jemu, saya ucapkan ribuan terima kasih dan minta maaf banyak-banyak jika saya tidak sempat membalas lawatan anda semua.


Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya di perantauan:


Sama-sama panjang umur kita jumpa lagi puasa dan raya tahun depan. Insyaallah.









Tuesday, July 15, 2014

MASA MULA PINDAH SAYA AGAK SEGAN.

Masa mula-mula pindah sini dulu, saya agak segan-segan juga nak 'join' orang sini di majlis-majlis seperti kenduri kawin, aqeqah dan sebagainya.

Selain mereka tak kenal saya, dan sudah tentulah saya pun tak kenal mereka; saya tak tahu nak bercakap loghat orang sini dan tak berapa faham cakap orang sini. Saya juga khuatir orang sini tak faham cakap saya. Kalau saya nak tiru tiru pulak, takut orang sini langsung tak faham.

Kalau saya pergi kenduri pun saya duduk kat meja sesama keluarga saya atau keluarga isteri saya. Kalau ada orang lain kat meja itu, saya cuma berbalas senyuman. 

Tapi apabila selepas beberapa minggu, ada yang mula menyapa saya. Dari isi sapaan mereka saya tahu mereka telah pun mengenal saya dalam diam. Misalnya.

"Pak Masri macamana ?".  Masri tu adalah bapa mertua saya.

"Zimi tak balik ?"
. Zimi itu adalah nama abang ipar saya yang tinggal di Manjung, Perak.

"Dah lepas anak ikan?"
. Maknanya mereka tahu saya buat kolam ikan kat rumah dan tengah mencari anak ikan untuk dimasukkan.


Dari teguran itu, saya pasti mereka telah buat sedikit 'kerja rumah' mengenai saya. Dan saya rasa amat senang dengan apa yang berlaku dan semakin selesa duduk di tempat orang ini. Ini menggambarkan bahawa penduduk kampung tempat saya tinggal ini masih lagi padu perhubungan mereka serta mengambil tahu dan peka dengan orang keliling.

Namun begitu saya tetap missed ke tiga-tiga cucu saya yang tinggal di Selangor dan Negeri Sembilan.

 

Cucu pertama - Amirin (Yin)


Cucu ke dua - Iris (Yis)


Dia dua orang tu berjangkit penyakit dalam entri saya sebelum ini. Cucu saya yang ke tiga kecik sangat lagi, belum pandai bergaya, tapi saya masukan juga gambar dia seperti di bawah.



Izzatul Iman.


Wednesday, July 9, 2014

WW # 107 : FESYEN SENYUM DULU, KINI DAN AKAN DATANG.



DULU


KINI

.
 
 



AKAN DATANG.




Sunday, July 6, 2014

SAYA TAK SUKA PENGHISAP ROKOK YANG ARROGAN.


Berlin: Mahkamah German memerintah seorang perokok tua supaya mengosongkan rumah yuang diduduki kira-kira 40 tahun selepas jiran-jirannya mengadu tentang asap rokoknya. 

Kalau anda nak hisap rokok, hisaplah. Saya tidak ada kuasa nak melarangnya, walau telah difatwakan merokok adalah haram. Bagi yang  tidak mahu mematuhinya, tidak ada undang-undang yang boleh mensabitkan kesalahan kecuali merokok di kawasan larangan seperti di dalam hospital dsb.

Ada juga yahg berkata, tak ada nas dalam al-Quran yang mengharamkan merokok. Dalam al-Quran juga tidak ada disebut ganja, morfin, heroin, ketamin dsb termasuk biawak sebagai benda-benda yang diharamkan.

Tapi itu bukan isu yang saya nak bincangkan kat sini.  Apa yang ingin saya sentuh ialah isu setengah dari sesetengah dari penghisap rokok yang tidak menghormati hak orang yang tidak merokok untuk menikmati udara bersih. Udara ini secara semula jadinya adalah bersih sebelum dicemarkan oleh manusia sendiri. Kadang-kadang perokok ini bertindak seolah-olah udara ini adalah hak dia seorang dan mereka bebas melakukan apa yang dia suka.

Saya pernah menerima kata-kata yang kurang enak dari salah seorang jemaah di surau tempat saya, yang sedang menghisap rokok dengan kengkawan yang lain di bawah khemah, selepas Maghrib sementara menunggu masuk waktu Isyak  bilamana saya menghampiri mereka:

"Orang yang tak pandai campur orang ni, kena duduk jauh-jauh". 

Kata-kata itu jelas ditujukan kepada saya kerana tiada orang lain kecuali saya yang berjalan menghampiri mereka. Dia menganggap saya ini anti sosial kerana tidak merokok. Saya tahu dia bergurau tapi gurauan dia itu susah untuk saya nak telan.

Nasib baik dia tak duduk kat Berlin. Kalau dia duduk kat Berlin, tahulah nasib dia seperti yang diceritakan dalam keratan akhbar di atas.

Nota kaki: Saya cukup takut dengan asap rokok selepas 6 hari terlantar di hospital seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri ini sedikit masa dahulu.

Friday, July 4, 2014

KETAHUILAH RAHSIA BERHIJAB.



 Cakap apa tu ?

Dalam masyarakat Islam kita sekarang, saya percaya anda pernah bertemu dan berinteraksi dengan 4 golongan wanita ini. 

Golongan 1: Berhijab dan menjaga adab.

Alhamdulillah. Inilah muslimah yang terbaik dan patut diteladani. Bertuahlah ibubapa mendapat anak perempuan begini dan kalau sudah berumah tangga, bertuahlah suami mendapat isteri yang begini.

Golongan 2: Tidak berhijab tetapi menjaga adab.

Walaupun tidak sebaik golongan pertama tetapi ia lebih baik dari golongan ke 3 dan ke 4. Syaratnya mereka ada azam untuk berhijab tetapi atas desakan pekerjaan seperti menjadi pramugari Air Asia misalnya, mereka tidak berupaya lagi untuk berhijab. Mereka tetap mengerjakan amal ibadat seperti yang dituntut di samping menjag mulut serta budi perkerti sebagai seorang Muslim.

Golongan 3: Berhijab tetapi tidak menjaga adab

Mereka behijab layak seorang muslimah sejati tetapi tidak menjaga adab. Mereka berhijab kerana ikut-kutan. Iman mereka tidak kukuh. Percakapan mereka busuk kerana suka mengumpat dan memuji diri di samping  berat tangan untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain. Mereka seolah-olah menyangka kerana mereka telah berhijab mereka sudah terlepas dari dosa pahala. Sangatlah rugi golongan ini.

Golongan 4: Tidak berhijab dan tak beradab.  

Golongan ini tidak perlulah saya huraikan ciri-cirinya. Sangat jelas. Marilah kita doakan mereka mendapat hidayah agar segera berhijab serta menjaga adab.

Nota kaki. Entri ini berdasarkan sebuah kuliah yang disampakan oleh seorang Ustaz di masjid di tempat saya sekarang. Dia merujuk kepada wanita tetapi saya rasa ia boleh juga digunapakai kepada kaum lelaki dengan menukar perkataan hijab kepada serban dan jubah.

Lampiran.


Kalau hendak berhijab jangan bertangguh-tangguh jika tiada masalah untuk melakukannya kerana sesungguhnya saat kematian tidak bertangguh bila sudah tiba waktunya DAN juga janganlah bersyarat.




"SELAMAT MENERUSKAN PUASA"