Walaupun saya telah cuba sehabis daya membuat entri atau meninggalkan komen yang tidak menyakitkan hati sesiapa, namun sebagai manusia biasa saya percaya tentu ada entri atau komen saya yang tidak disenangi. Oleh itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini saya ingin memohon maaf daripada anda semua pembaca blog ini seandainya saya telah berbuat demikian.
Kepada rakan-rakan yang kerap meninggalkan jejak di blog saya tanpa jemu, saya ucapkan ribuan terima kasih dan minta maaf banyak-banyak jika saya tidak sempat membalas lawatan anda semua.
Akhirnya terimalah serangkap pantun dari saya di perantauan:
Sama-sama panjang umur kita jumpa lagi puasa dan raya tahun depan. Insyaallah.
Sama-samalah kita Pak Ngah.
ReplyDeleteRaya nanti balik Perlis jadi saya bercadang nak beraya ke rumah Pak Ngah...sudi terimakah....ahahaa...
silalah berkunjung ke teratak buruk kami .. kecik tapak tangan,,nyiru saya tadahkan.
DeleteSaya pun sama kalau ada tersalah taip komen yang mengguris hati Pak Ngah bagai mengguris dengan pisau.
ReplyDeleteSatu saya nak tanya, bedil tu apa? Yang saya tau, bedil tu macam bedilan meriam buluh. Ada ke orang main meriam buluh sebelum Maghrib? Hehehe...
bedil tu meriah buluh .. budak-budak bukan dia kira masa bila main benda tu.
DeleteAssalam bro....
ReplyDeleteSamo2 lah kito berayo dan bermaaf maafan...zahir dan batin (kok2 asap paip ese menganggu hidung pak ngah dulu....)
ps. Kalau di Kelantan, "bedir" maknanya senapang...
alaikumsalam.
DeleteSiapkah gerangan yang menghisap paip ini ? daripada nama yang diberi, saya tidak dapat nak kenalpasti siapa .. . apa-apa pun maaf diterima.
Salam PakNgah. Lama tak jumpa.
ReplyDeleteSaya pun sama. Ampun maaf zahir batin, setiap perbuatan dan kata-kata serta gelak tawa saya. Mohon ampun maaf dari Pakngah dan Makngah yang cun melecun tu.
Raya di Perlis lah ya... Mai la berjalan beraya ke kampung saya di Tanjong Piandang.
Salam kembali. Memang nampaknya raya kat Perlislah tahun ni. Sebelum ini dah pernah beraya kat sini. Terima kasih atas jemputan tapi tak dapatlah nak pi kot.
DeleteSelamat Hari Raya pak... Maaf Zahir dan Batin..
ReplyDeleteSelamat hari raya dan MZB juga dari saya. Terima kasih kerana sering berkunjung ke blog saya.
Deleteselamat hari raya tuan. mohon maaf sekiranya ada tersilap kata tersalah bahasa sepanjang berblog ni.
ReplyDeleteMaaf diterima. Hehe. Terima kasih.
DeleteSalam 0-0 PakNgah, dan juga Salam Lebaran~ :D
ReplyDeleteSalam kembali. Kita mmg 0-0 sejak dulu kala. SHRAF MZB.
Delete