Ada masa dan ketikanya lebih baik kita dapat maklumat hanya dari satu sumber sahaja.
Kalau kita cuba dapatkan maklumat dari banyak sumber, kita mungkin konfius untuk memilih sumber mana yang betul. Contohnya; kalau kita nak tahu waktu, jangan tengok jam kat kedai jam. Kalau ada seratus buah jam kat kedai jam tersebut, kemungkinan kita akan dapat seratus masa.
Lebih baik kita tanya masa kat pengawal, tak ada kacau fikiran.