Thursday, September 30, 2010

SALING ATAU SALIN TAK TUMPAH ?


Pada13 September 2010 lalu, akhbar Utusan Malaysia,
Penyebar Fikiran Rakyat 
telah membuat satu rencana tentang keluarga Sofea Jane.  


Selanjutnya akhbar  itu bercerita bahawa 
rupa anak sulung Sofea,  Arissa yang saling tak tumpah seperti ibunya. 

Betul ke penggunaan peribahasa Saling Tak Tumpah itu ? 
Apa yang saya tahu ialah Salin Tak Tumpah. Bukan Saling Tak Tumpah.
Salin dan saling tu ada beza.
 Sekarang mari kita lihat apa kata SMK Perimbun, Cheras.
 Saya tak jumpa yang DBP punya.
Yang ini pun sudah mencapai matlamat saya.




              
  Sila klik untuk besarkan dan lihat peribahasa nombor 16.
 
Memang saya tak jumpa peribahasa Saling Tak Tumpah. 
Apa yang saya jumpa ialah peribahasa yang berbunyi Salin Tak Tumpah.

Salin Tak Tumpah bermaksud dua orang yang serupa benar. 



"eleh  ini perkara kecik .. tak usahlah nak di besar-besarkan " 

Mungkin itulah reaksi Utusan Malaysia,  kalau ditimbulkan perkara ini. 


Kuman H1N1 pun kecik juga ! 

..................................................................................................

Sub-Entri - Jamuan Raya Orang.

Saya terbaca dalam beberapa blog dari bloggers yang bertugas
di Kementerian Pengajian Tinggi tentang jamuan hari raya mereka baru2 ini
di PICC, Putrajaya. Sikit pun tak ajak.  Nampak meriah dan mewah betul. Merelip-relip.  Jeles saya.
Sekarang saya nak bagi dia orang jeles pulak. 
Tengok gambar siapa kat bawah ni.


London, Negeri Sembilan.  Apa kata Emme .. hehe !
.
.

Wednesday, September 29, 2010

SONYUM SOKOJAP 19 - LAWAK USTAZ SAYA ..!


Ustaz  pun pandai melawak. Tapi lawak mereka ada mesej dan berkisar tentang agama.













Lawak Satu

Ustaz cerita, ada orang tanya dia:

"kalau  pergi ke Mekah kita tak kena tukar salam ke Ustaz ?"

"kenapa pulak",  Ustaz tanya balik.

"Salam Satu Malaysia boleh guna ke ?" - orang itu jawab sambil bertanya.


Lawak Dua.

Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang sembahyang sambil meniarap dalam kapalterbang dalam perjalanan ke Mekah, lalu Ustaz bertanya:

"Kenapa awak sembahyang macam itu ? "

"Kan ke Ka'bah kat bawah. Tak kan Ustaz tak tahu pulak ", jawab orang itu.


Lawak Tiga.

Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang sembahyang, sebelah kakinya atas simen dan sebelah lagi atas sejadah.

Ustaz tanya orang itu:

"kenapa kaki kiri tak letak atas sejadah sama ?"

"Masa ambil sembahyang tadi, saya sempat  basuh kaki kanan jer, air dah habis" jawab orang itu.


Lawak Empat.

Ustaz cerita dia pernah lihat ada orang angkat tangan masa Takbiratulihram cuma setakat bahu sahaja. Setelah orang itu selesai sembahayang,  Ustaz pun bertanya:

"kenapa tak angkat tangan sampai aras telinga"

"Kan ke saya angkat tangan  sampai aras telinga tadi" - jawab orang itu.




Gambar Hiasan - Ihsan Google



Mesejnya.

Kita kena belajar, kalau tak tahu. Dan kalau tak faham, tanya. Jangan main tafsir-tafsir sendiri.

.

Tuesday, September 28, 2010

LEPAK ..!




Penduduk tempatan risau lihat warga asing lepak.


Komen saya kepada penduduk tempatan:

baguslah awak semua menunjukkan kerisauan tu, tapi ..

yang awak risau sangat kat warga asing lepak tu KENAPA?
awak tak risau ke kalau tengok warga tempatan lepak ?
padahal nisbah lepak warga tempatan  lebih tinggi dari warga asing.

patutnya awak semua  lebih risau kalau tengok warga tempatan lepak.
atau mungkinkah awak tak risau sebab warga tempatan ADA PERMIT untuk lepak !

( maaf bebanyak kepada penduduk tempatan .. terkasar sikit entri kali ni ).

p.s. secara jujurnya saya mengaku bahawa sekali sekala saya pun kekadang terlepak juga .. tetapi tentulah selepas mendapat permit dari Mak Ngahnya !  Inilah tempat lepak  kegemaran saya sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari Bukit Putus.



Sila perlahankan "volume'" kepada sesiapa yang alahan kepada bunyi angin !


Bagi yang tidak dapat muat turun videonya atau malas nak tunggu,
boleh tengok gambar bawah.
Pandangan secara langsung dari bilik beradu kami !



tempat lepak paling selamat .. dari godaan !
(tetapi tak berapa selamat dari melayan permintaan atau suruhan)
.
.

Monday, September 27, 2010

4 JAM DI DANOK .

Minggu lepas saya sibuk di antara Tahap 1 dan 2. Antara sebabnya, pergi 'out station', pergi kelas, pergi rumah terbuka, kenduri kawin dll. Sehubungan dengan itu saya minta maaf banyak-banyak sebab langsung tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan. Bila tiba keadaan begini, ada juga terfikir nak berhenti sahaja dari berblog. Tapi bila dah lapang sikit, fikiran itu segera menghilang.

Kembali kepada tajuk entri kali ini. Saya pergi ke Alor Setar pada hari Rabu dan balik hari Khamis. Ada kerja sikit. Flight saya hari Khamis tu dari Alor Setar ke Senawang KLIA jam 9.20 malam. Kerja tu pukul 2 petang dah selesai. Jadi untuk memenuhkan masa, saya dan geng-geng lain buat keputusan masuk ke pekan Danok, Thailand. Tak jauh dari sempadan Malaysia.

Masuk dan keluar tak ada masalah. Ikut laluan VIP. Tanpa soal, tanpa berhenti, terus masuk sampai ke sebelah sana. Kon-kon yang ada habis di angkat untuk memberi laluan. Ternyata kereta yang dinaiki sudah dikenal baik oleh Imigresen sebelah Malaysia, mahu pun sebelah Siam.



Namun begitu saya keluar juga sekejap. Nak ambil gambar.
Nampak tak tulisan "Thailand Selamat Datang" kat belakang tu.
Terlebih terang pulak.



Kemudian kita singgah di sini. Bacalah sendiri.
Saya pun tak faham dia tulis apa.


Lepas tu kita jalan-jalan. Selang beberapa pintu, jumpa kedai ini. Kedai tempat orang lelaki berseronok-seronok. Saya cuma ambil gambar sahaja. Tak berani nak masuk. Lagi pun dia orang tak berani nak kacau sangat sebab 3 orang geng wanita kami semua bertudung bahkan seorang tu pakai telekung mini.



Gajah pun kita dapat tengok. Tak payah pergi Zoo. Penjaga dia macam nak paksa kita beli tebu yang dia jual untuk di beri kepada gajah dia.
Ada pula main paksa-paksa orang. Mentang-mentanglah dia ada gajah.



Jumpa CIMB, CawangaN Danok.
Lupa pula nak rompak cuba keluarkan duit.


Pemerhatian saya dari lawatan singkat ke Danok.

1. Antara dosa dan pahala atau jalan ke syurga dan neraka, hanya sebelah menyebelah. Terserah kepada kita nak pilih yang mana. Tiada orang paksa dan tiada orang yang tegah. Tepuk dada ..!

2. Ramai lelaki Melayu dari Malaysia sudah berada di sini. Sebab besoknya Jumaat, Kedah cuti. Hari Khamis malam Jumaat adalah untuk mereka berhibur. Mereka duduk-duduk dengan GRO sambil "minum-minum." Saya yakin mereka orang Melayu Malaysia kerana bila kita berjalan melalui mereka, ternampak mereka segan-segan sambil menundukan muka dan ada cuba yang nak melindungi muka dengan sebelah tangan. Dia ingat kami dari JAWI kot !

3. Bahasa yang digunakan oleh peniaga di sini adalah bahasa Melayu dan urusniaga dalam RM. Rasa macam shopping kat Kota Bharu saja. Hati saya kembang memikirkan betapa bahasa dan duit kita di gunakan sepenuhnya untuk urusniaga di sana. Tak terfikir dek saya misalnya kat Alor Setar peniaga kita cakap Siam dan urusniaga dalam matawang Baht.
.
.

Friday, September 24, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - LEBIH BAIK JADI KELAWAR !


Ada tak nampak mereka berlanggar sesama-sendiri.
 Padahal mereka terbang serentak dalam jumlah beribu-ribu.
Kita manusia ni, kadang-kadang jalan yang begitu lengang 
kat kampung pun boleh bertembung.
Kat lebuh raya tak usah ceritalah.
 Lihat sajalah statistik kematian semasa Ops Sikap 22 yang lepas.
Semuanya kerana masing-masing nak tunjuk samseng, keras kepala dan ego.



Mereka juga  tak berebut-berebut untuk mendapatkan tempat.
Tak ada pun undang-undang dan polis untuk menguatkuasakannya.
 Mereka tidak  membunuh dan membakar mayat seteru mereka 
sebagaimana yang diperlakukan ke atas Datuk Sosilawati.
Mereka juga tidak bergaduh  adik beradik
  berebutkan tanah pusaka.

Dan lagi ..
Mereka tidak membuang atau meninggalkan bayi mereka
 kat tong sampah atau gantung kat pagar masjid.



Haa .. yang ini jangan tiru. Sila guna komensen !
Ia khusus untuk kelawar sahaja.
Kalau kita tiru tidur begini .. apa jadi ? 
Rasanya tak lama .. pengsan, sebab darah turun ke kepala.
Kalau terlena .. berdebum jatuh, sebab terlepas pegangan.
Macam orang yang tertidur kat kelas diploma Syariah !
Tapi mereka ini tak pengsan dan tak terjatuh.
Sesungguhnya maha bijaksana Allah yang mencipta mereka.
Subhanallah.


Inilah rupa bilik tidur saya di rumah tumpangan di Alor Star ! 
Tak perlulah saya tidur bergayut !

p/s: Percaya atau tidak. Orang Negeri Sembilan tidak ada mempunyai sifat keakuan. Mereka hanya ada sifat keedenan sahaja. Apa kata Ikan Emas ?
.
.

Tuesday, September 21, 2010

BOLEH PERCAYA KE DENGAN BILANGAN PENGUNJUNG KITA ?



Cantik tak nombor tu ? 20002. Itulah kononnya jumlah pengunjung ke blog saya pada petang 15 September 2010 yang lalu. Taklah ramai mana. Memandangkan saya berblog secara aktif cuma baru lebih kurang setahun, kira o.k jugalah jumlah tu.

Tapi yang memusykilkan saya adalah tentang jumlah pengunjung yang berbeza dilaporkan oleh pihak yang berbeza.
Contohnya. Bila saya taip 'al-lavendari' kat carian Google, banyak pihak yang menyimpan maklumat dan statistik tentang blog kita. Canggih betul. Di bawah ni satu contoh.





Yang saya nak highlightkan ialah tentang bilangan pelawat harian. Katanya di anggarkan 1,179 pelawat. Ia ke ? Macam tak masuk akal jer rasanya. Kalaulah betul, tentulah dah berjuta orang melawat blog saya. Tetapi kenyataannya, baru sekitar 20 ribu orang sahaja. Saya mula jadi was-was.

Mungkinkah ada blog orang lain yang menggunakan alamat yang sama ? Mungkin ke ?

Yang sedihnya anggaran nilai blog saya dikatakan hanya sebanyak $2,660 USD atau $4 USD sehari. Nampaknya tak cukup nak beri anak isteri makan. Kenalah bawa teksi di malam hari !

Yang di bawah ini satu lagi laporan dari kompeni lain pulak!


Laporan ini tak banyak beza dari yang mula-mula. Tapi tetap berbeza.
Yang atas kata pelawat harian sebanyak 1,179, manakala yang ini kata 1,190 orang.




Laporan yang di atas ini bagus sikit. Dia kata nilai blog saya $2,778.
Hasil harian sebanyak $8. Hasil Bulanan $232. Manakala pelawat harian pula seramai 2,222 orang dan pelawat bulanan pula seramai 66,663 orang. Wow. ! Lagilah tak munasabah !


Yang ini pulak lagi menarik, siap dengan gambar blog saya sekali.



Yang di bawah ini agak lucu. Tetiba jer saya tersenarai menjadi salah seorang Independent Financial Advisor in Sandakan Blogs hanya gara-gara satu entri saya tentang lawatan ke Sandakan baru-baru ini !




* Sekarang saya rasa macam tak bebas. Macam duduk dalam sangkar. Sentiasa di perhatikan orang. Jadinya besok saya teringin nak terbang ke Alor Star dalam usaha untuk mencari sesuap nasi. Mungkin dua tiga hari ni tiadalah entri baru dan komen dari saya.
.
.

Monday, September 20, 2010

5 + 5 + 1 SEBAB MENGAPA SAYA TAK BUAT RUMAH TERBUKA .

Sekarang ni dah RANCAK orang bandar buat rumah terbuka sampailah habis Syawal nanti. Minggu sudah masing-masing balik kampung. Nanti tak "menang tanganlah" kita hendak memenuhinya.

Ramai juga sahabat2 saya yang  bertanya "tak buat rumah terbuka ke ?"

Jawap saya tetap seperti tahun dulu juga ... Tak buat !

Kenapa ?

Alasannya pun sama macam tahun dulu juga. Saya dah beri 10 sebab  seperti di bawah (KLIK):



* Dan tambah satu lagi sebab baru. Kini bapa mertua saya yang terlalu "uzur pemikiran" sudah tinggal bersama saya sejak awal tahun ini. Nanti kalau saya buat rumah terbuka, terlepas pulak dia ... jenuh saya nak mencarinya. Takkan nak minta tetamu pulak tolong carikan !

Sekian di maklumkan. Terima kasih. 
.

Saturday, September 18, 2010

SAYA TERLUPA ANAK PEREMPUAN SAYA SUDAH BESAR.



Sebentar tadi sekembalinya dari sembahyang Subuh di surau, saya terus masuk ke bilik Ifa, anak perempuan saya yang  berada di tahun 6 untuk mengejutkan dia.

"ifa bangun"

Lalu saya beredar ke meja komputer untuk main game melihat FB dan blog. Selepas beberapa lama, Ifa masih juga belum bangun, lalu sekali lagi saya ke biliknya yang hanya bersebelahan.

"ifa ifa bangun lah .. kenapa awak ni liat sangat nak bangun"

"banguna nak buat apa ?

"sembahyang subuh laaa ..."

"ayah niii ..."

"ok. ok. sori .. ayah lupa"


* Ayahnya masih belum dapat 'adjust' lagi pemikiran dia. Dia ingat anak perempuan dia masih di Tahun 1.
.

Friday, September 17, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - HIDUP SAYA BAGAI DI NERAKA.


"Hidup saya bagai di neraka" - kata bekas isteri Tiger Woods.

Amboi-amboi sedapnya mulut dia bercakap.
Macam tahu-tahu jer macam mana rasanya hidup di neraka !

Selanjutnya bila terlihat tajuk kecil di bawah keratan akhbar di atas yang berbunyi  "Heidi mahu kecilkan semula saiz payu dara" segera saya teringatkan entri saya yang bertajuk  "Bila agaknya nak puas" . Mesti klik terutamanya bagi mereka yang tak pernah rasa puas.

.


Thursday, September 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA - Satu Untuk Engkau, Satu Untuk Aku !


السلام عليكم ورحمته الله وبركاته
Selamat Menyambut Hari Malaysia. 
Kali ini saya nak tulis sesuatu yang agak serius.
 Oleh itu mari kita fikir dan bincang secara serius.


Agih secara adil - Tun M

Pergaduhan, pemberontakan hatta peperangan boleh berlaku sekirannya kekayaan negara tidak diagih secara adil. Atau pun jika dilihat oleh rakyat pengagihannya telah dibuat secara tidak adil. Adil tidak bermaksud dibahagi sama banyak atau sama rata tetapi dibahagi berasaskan hak dan keperluan.

Jika pengagihan yang tidak adil berlaku dalam satu kaum yang sama, maka pergaduhan, pemberontakan atau peperangan boleh berlaku di antara kelas. Maksudnya di antara yang miskin dengan yang kaya.

Dan sekiranya pengagihan tidak dilakukan secara adil di antara  kaum, maka pergaduhan atau peperangan boleh berlaku di antara kaum.

Pergaduhan, pemberontakan atau peperangan samada di antara kelas atau di antara kaum adalah buruk dan tidak kita kehendaki.

Barang di jauhkan Allah, janganlah sampai terjadi demikian di negara kita.

Oleh itu kekayaan negara haruslah diagihkan secara adil dan juga hendaklah dilihat oleh rakyat sebagai telah diagihkan secara adil, samada di dalam sesuatu kaum atau pun di antara kaum. 

Memang hampir  mustahil untuk membuat pengagihan dan mendapat keadilan yang sempurna di dunia ini. Tetapi sekurang-kurang lakukan  segenap usaha supaya rakyat dapat dan boleh melihat serta berpuashati bahawa  pemerintah telah pun berusaha sedaya upaya untuk membuat pengagihan secara adil. 

Berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pengetahuan saya terhadap negara-negara lain, saya rasa sangat bersyukur di atas segala kesenangan yang telah dan sedang saya nikmati sekarang ini.  Sumbangan saya kepada negara pun tidak sebanyak mana berbanding sumbangan negara kepada saya, kecuali menjadi seorang pembayar cukai dan saman yang sangat patuh. 

Walaupun demikian, saya juga mengakui bahawa sistem pengagihan yang berjalan belum sempurna dan  masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.  Namun begitu, bila melihat dan menilai diri sendiri, saya pun bukanlah sempurna sangat !  

.................................................................................. 

Sub-Entri: Ini mungkin kes terlepas pandang !


Kudrat tua tak berdaya: Pasangan warga emas ambil upah
 asing plastik RM2 sehari selepas JKM henti bantuan bulanan.

Walau pun mungkin mereka mendapat upah hanya RM2 sehari ... tetapi mereka ini adalah lebih mulia dari orang ini.


p/s:  Dalam pada itu, saya rasa terkilan kerana masih ada lagi orang yang tak faham tentang konsep  negara Malaysia. Kalau tak percaya sila baca entri ringkas saya yang bertajuk "Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak?"  (klik) 

.
.

Wednesday, September 15, 2010

ZIZAN MAHU EMPAT ANAK !


"Zizan mahu empat anak" - Harian Metro Rabu, 15 September 2010.

Saya secara peribadi sangat tidak selesa dengan penggunaan perkataan "mahu" di sini. Ia seolah-olah membayangkan bahawa orang yang berkata itu ada kuasa untuk mahukan sesuatu. Macam seorang Boss cakap kepada Pembantu Peribadinya

"saya mahu awak taipkan surat ini sekarang juga".

Soalnya sekarang, adakah kita sebagai manusia boleh berkata 'saya mahu empat anak' atau 'saya mahu dua orang anak lelaki'.

Kita minta dari siapa sebenarnya? Atau kita mengarahkan siapa sebenarnya?
Alangkah sombongnya kita. Alangkah tidak sedar dirinya kita !


* Mungkin Zizan tidak berkata begitu. Mungkin wartawan yang tulis begitu. Atau memang begitu.


.


Tuesday, September 14, 2010

SETIAP 10 - 15 MINIT SAYA KENA KE "SUNGAI"


 
Tak tahu punca makan apa. Puas saya fikir apa yang telah saya makan. Tak dapat jawapannya. Sebab sejak malam raya lagi, semasa 'round' takbir rumah ke rumah dah mula makan macam-macam.
 
lemangsataylontongmeesotowhippotatoesdokongmeejawaagaragarorentehsupekor antara sebahagiannya.

Saya terima hukuman ini (Meminjam kata-kata seorang blogger popular). Makan tak ingat dunia. Benarlah bahawa kebanyakan penyakit berpunca dari makanan.  Hari ini dah mula masuk pejabat. Pejabat masih lengang sebab kawan2 masih ramai yang bercuti. Bolehlah jalan-jalan blog kengkawan.

Mula-mula terasa sakit, saya makan Pil Chi-Kit Tek Aun, tak berkesan. Saya malas nak pergi klinik sebab ingatkan tak serius.  Kelmarin pergi rumah kakak, kat  Ulu Kelang. Dia beri ubat sakit perut anak dia yang ada berlebih seperti gambar di atas. Saya dah telan ikut arahan dan  perut saya dah berasa selesa sikit hari ini walaupun belum pulih seperti sedia kala. 

Semasa di Ulu Kelang, kalau tak sakit perut, teringin juga nak pergi rumah Yunus Badawi. Manalah tahu dia beri duit raya. Lepas juga duit minyak dan duit tol. Dia khabarnya baru dapat durian runtuh dari Nuffnang.



Sebahagian kecil adik-beradik dan anak-anak buah saya yang datang beraya.

.

Saturday, September 11, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 14 - WORLD TRADE CENTER, NEW YORK.

Assalamualaikum dan selamat hari raya. Sebenarnya saya rasa teragak-agak nak buat entri ini.  Bimbang tak ada orang  baca. Maklumlah ini hari raya yang kedua. Rancangan tv pun best-best belaka.  Tapi hari ini ada satu peristiwa penting. Peristiwa tersebut telah merubah pandangan dunia barat terhadap Islam. Peristiwa itu berlaku di New York, 9 tahun lalu. Saya sorot kembali kenangan saya berkaitan dengan insiden tersebut.

 
Hari ini pada 11 September 2001,  dunia digegarkan oleh
berita bangunan berkembar World Trade Center (WTC)
di New York runtuh akibat rempuhan kapalterbang "pengganas".
Semasa berita itu disiarkan di tv kita,
mata saya macam tak percaya melihatnya.

Saya pernah berkesempatan berada di puncak menara tersebut.
Pada masa itu, saya tidak terfikir langsung yang bangunan itu
akan dirempuh oleh kapal terbang.
Kalaulah saya terfikir, pasti saya tidak akan mendekatinya.


Gambar 1: Bangunan WTC dari kejauhan.




Gambar 2:  Pemandangan dari atas feri dlm perjalanan (dah lupa pergi ke balik)


Gambar 3. Statue dari arah belakang. Gambar tak berapa terang.
Maklumlah kamera masa tu. 
Lepas snap tawakkal jerlah. Kalau elok, eloklah. Kalau tak elok, nasiblah.
Bukan boleh nak check macam sekarang.



Gambar 4: Bergambar sebelum menaiki bangunan WTC. 
Tok kami tak berani nak naik.
Dia tunggu kat bawah. Nasib baik dia tak jalan-jalan ke tempat lain.



Gambar 5: Berada di atas puncak bangunan WTC. Pada masa tu (tahun 1982/83), WTC adalah bangunan yang tertinggi di dunia. Bila saya  melihat ke bawah 
nampak kapalterbang bersimpang-siur  menuju destinasinya.

Natijah dari peritiwa tersebut, negara barat mula menunjukkan minat dan cuba memahami Islam. Ada yang memusuhi dan ada juga yang bersimpati. Ini tergambar dalam tentangan dan sokongan warga Amerika terhadap cadangan membina sebuah Pusat Kebudayaan Islam berhampiran "ground zero" (bekas tapak WTC). Dan terbaru cadangan sebuah gereja kecil di Florida yang di ketuai oleh Terry Jones untuk membakar al-Quran. Mudah-mudahan rancangan itu tidak kesampaian. Semoga selepas ini semakin ramai orang barat akan cuba memahami Islam dan seterusnya memeluk ugama suci ini.

* Ishh .. kalaulah kejadian rempuhan itu berlaku semasa saya berada di atas WTC itu atau saya berada dalam kapalterbang itu ... barangkali tak dapatlah saya buat entri ini.
.
.

Friday, September 10, 2010

ESOK SAH RAYA. UNTUK KESEKIAN KALINYA SAYA NAK UCAPKAN ...


jangan lupa menziarahi sanak saudara  ..
jangan dok asyik berlengkar depan tv sahaja !


nak cakap banyak2 pun tak boleh .. mulut penuh ! hehe   


SmileyCentral.com

" tak mau sedih2 tau ! "




"semoga kita semua dapat  bertemu lagi dengan bulan Ramadhan di tahun hadapan"


...........................................................................................

 dan dalam kita bergembira, janganlah lupa 
kepada mereka di luar sana 
yang hidup sengsara sehingga
ada yang sampai merempat 
 makan d.e.d.a.k untuk bersahur dan berbuka ...!



Harian Metro: 7 September 2010.


Ya Allah .. kenapakah sampai jadi begini ???
.

Thursday, September 9, 2010

ALAHAI JURULETRIK !



Minggu lepas saya pergi rumah juruelektrik. Ada masalah sikit dengan air letrik kat rumah saya. Banyak lampu tak NYALA. Semua dah ganti. Mentol dah, Starter dah. Tapi tak boleh NYALA juga. Selain dari itu plug kat tempat tengok tv pun tak ada karan.


"Nanti saya datang" katanya.

"Jangan lambat sangat. Ni dah dekat nak raya" balas saya.

Hari ini pun dia masih belum sampai.

Saya telefon adik suruh tanyakan. Kebetulan rumah dia sebelah menyebelah.

"Dia dah balik kampung" adik saya beritahu.

Alahai bangsa ku !

Kalau nak balik kampung pun, apalah salahnya cakap kat saya.
.
.

Tuesday, September 7, 2010

POKOK TUNJUK LANGIT, PELURU BERPANDU ATAU APA ?

Kelmarin saya pergi ke Putrajaya mengambil sesuatu dari ofis lama. Dalam perjalanan balik saya terlihat objek ini. Ia menarik perhatian saya. 


Coba teka, pokok apakah yang di tengah2 itu ?
Adakah itu yang di namakan Pokok Tunjuk Langit ?


atau .. Peluru Berpandu ?





..............................................................................

kad raya dari kakcik sekeluarga.  terima kasih kakcik.



 kad raya dari miszsephia. terima kasih misz.


kad raya dari sahromnasrudin. terima kasih rom.




kad raya dari Ust. Abd Razak. terima kasih ustaz.



kad raya paling sempoi dari anif. maaf dicuri tanpa izin !

.
.