Thursday, October 22, 2009

SAMBUNGAN MENGAPA SAYA TAK BUAT RUMAH T.E.R.B.U.K.A.



Atas permintaan beberapa pembaca iaitu Puan Mamamin, Annie dan Alvin (walupun macam perli je) , saya beri lagi 5 sebab mengapa saya tidak buat rumah terbuka tahun ni.

6. Saya tak nak ada kawan kecik hati sebab tak jemput mereka. Ye lah kadang-kadang tu terlupa, kadang-kadang terlepas pandang. Bukan tak nak jemput. Dia orang ni pun satu, kalau tukar nombor telefon bukannya nak beritahu. Jadi kalau tak buat rumah terbuka, tak timbul lah masalah tu.

7. Saya tak nak mengganggu jalan. Kalau saya buat rumah terbuka, saya kena pasang khemah atas jalan depan rumah saya sebab kawasan rumah saya sempit. Nanti susahlah orang nak lalu-lalang. Disebabkan saya nak buat rumah terbuka, jalan jadi tertutup pula.

8. Saya tak mahu seorang Mamat tu datang. Dia tak tahu saya tak suka dia datang. Kalau saya buat rumah terbuka dia pasti datang. Tak payah jemput. Dengan tidak membuat rumah terbuka, dapatlah mengelakkan daripada Mamat tu datang. (Untuk pengetahuan, Mamat tu dah 7 kali keluar masuk Hospital Bahagia).

9. Saya tak nak kawan katerer saya marah. Dia pernah pesan, kalau nak buat rumah terbuka, mesti ambil dia. Tapi masakan dia tak sedap. Kalau saya nak buat rumah terbuka, terpaksa ambil dia. Tanpa saya buat rumah terbuka, tak adalah saya menimbulkan kemarahan dia.

10. Sebenarnya saya malas nak fikir dan buat macam-macam. Pergi jemputan rumah terbuka orang lagi senang. Biarlah dia orang fikir dan buat itu semua. Bak kata Finaz, buat rumah terbuka tu tak wajib, tapi memenuhi jemputan rumah terbuka itu wajib. Saya harus akur dengan nasihat yang baik itu !
.
.

30 comments:

  1. Inilah salah satu kebaikan duduk di kondo (disamping beberapa keburukan yg boleh disenarai panjang..). Apa kata awak buat "blog terbuka" sempena raya. Kite bertandang blog di alam cyber pun kira eratkan silaturrahim jugak kan?

    Errmm betul laa kata Mamamin, kalau tak datang melawat abang al-lavender sehari cam tak sah..nape yek?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    tersenyum baca sambungan alasan2nya..Ada logiknya di situ..
    Cuma yang 'si mamat' tu...kesian dia ekk..dah 7 kali kuar masuk hospital ekk..ish7:):)

    ReplyDelete
  3. isshhh sape yg berani perli bos say nih?? ekeke

    bila nk dtg pb lagik?byk benda nk ngadu nih huhu

    ReplyDelete
  4. sian Mamat tu..kal0 dy baca ni sah kecik ati...hu3

    ReplyDelete
  5. Kalau sume org pikir mcm yg sdr Al-Lavendari pikir, nampak gayanya budaya rumah terbuka bertukar jadi rumah tertutup. Aman...sume baik hati tak nak nyusahkan org dan tak nak disusahkan.. Anyway, reasonable.. elok difikir2kan terutamanya kepada org perempuan, tak penat nak sediakan itu ini. I LIKE...

    ReplyDelete
  6. hmmmmm... alasan2 yang boleh diterima akal!

    ReplyDelete
  7. aku setuju...sebab alasan ini cukup berguna untuk aku

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum

    yang no 10 tu setujulah sangat..

    ReplyDelete
  9. alasan wa x nak buat rumah terbuka


    >>jemputan kerumah terbuka sangat meriah, so x sempat nak buat rumah terbuka ... xder masa. schdule pack!


    alasan g umah tbuka


    >>> skodeng anak dara tuan umah




    >>_____________<<

    ReplyDelete
  10. en al-lavendari.. aku juga setuju dengan sbb2 kamu. amat relevan aku praktikkan bila ada org tanya nanti...

    ReplyDelete
  11. abg paling perihatin ngan sekeliling...kalau semua org berpikiran macam abg..mesti tak kan ujud umah terbuka pada masa hadapan..

    ReplyDelete
  12. Hidup ini penuh pilihan.Dan Pilihlah yang terbaik untuk anda.

    ReplyDelete
  13. owh tuan..

    saya suka alasan no8.
    Pastinya mamat tuh dah berulang alik rumah tuan sebanyak 8 kali.
    kasihan kann..kann..

    hahaa.. tq kerana menceriakan malam hari saya .

    ReplyDelete
  14. saya suka alasan yg no 10 tu..
    malas nak pening2 kepala jika nak buat rumah terbuka..

    p/s: tapi kalau pegi umah terbuka best kan! boleh mkn sedap2...hehehe

    ReplyDelete
  15. salam.
    hehe. umah terbuka?
    hee sambungan eh.

    alasan xnk mengganggu jalan? ;p

    ReplyDelete
  16. hahahah..btul tue..buat uma yg sentiasa terbuka lg senang..tak pyh pasang khemah, orde katerer tp bukak je pintu..klu org datang, datang je la (walau jamah kuih raye kan)..klu nk mkn berat2, pi la uma terbuka yg buka pd ari tue je..uma yg nie hari2 buka hehehe...(so tak sempat nk buat makanan berat kan)

    ReplyDelete
  17. salam en alv,

    saya juga tak buat open haouse di rumah sewa saya disini, walo ramai kawan2 dan jiran2 desak saya.

    alasan:
    hanya saya yg tahu
    so, saya senyum dan diam aja , dan saya tak akan kecil hati kalo mereka2 tak ajak saya pergi open house rumah2 mereka.

    saya ok jerk

    ReplyDelete
  18. heh!!

    laporan atas semua 10 sebab anda sudah di baca..

    biarlah sape pun nak kecik hati kan? kelesaan sendiri kena diutamakan.. lebih2 lagi kita yang dah tua2 ni kan al-lavendari..

    sekian. terima kasih :)

    ReplyDelete
  19. mamamin buat rumah terbuka macam orang dulu-dulu.. raya 30 hari sesiapa nak dtg .. dtg saja..

    dtg mengejut pun xpe, apa yang ada kat dapur tu.. hidang makan jerk sama2 :)

    ReplyDelete
  20. Elok tu..
    Kadang2 kalau buat rumah terbuka pun sampai membebankan kita buat apanya kan?
    Pegang prinsip sendiri..
    Bila senang buat dan bila rasa tak payah tu buat do no je..
    Orang...kalau boleh nak buat jamuan sepanjang tahun baru depa lagi suka..
    Lagi pun banyak perkara juga yg tak eloknya kat open house ni..tst laa..ok

    ReplyDelete
  21. aina
    blog saya sentiasa terbuka sejak saya melahirkannya.
    mamamin kata awak silap faham. cuba baca komennya dalam entri orang di makan harimau.

    pn kartini
    saya sudah siasat mamat tu. dia bukan sdr mara puan.

    fatrina
    nak jugak datang, tapi parking problem. nak bawa tempat parking dari sini tak boleh lak ! kan BPA ada kat paracel "B"

    sharamli
    mamat tu reti kecik hati

    annie
    jangan lah fikir macam saya lak !

    kakcikseroja
    diterima dan masuk akal kan ?

    mamai
    akhirnya awak setuju juga ye !

    aklcitizen
    nak saya tambah no 11 ?

    frodo
    wah ! schdule pack, apa bendanya tu ?

    tedi
    t.kasih kerana tak bantah.

    alvin
    minta2lah tak ramai orang fikir macam saya.

    aishalife
    itulah pilihan saya !

    linda
    tak simpati langsung dgn si mamat tu !

    fadzilah
    awak tak dengar lagi alasan saya yang ke 13 !

    ftyyhahh
    kat sana ada gak ke rumah terbuka ?

    sahrom
    t.kasih kerana sokong saya.

    bluecity
    alasan no 11 lah tu !

    mamamin
    ye ke kita dah tua ? bila start umur tua tu ?

    lanabulu
    t.kasih kerana sokong saya.

    kepada semua yang tidak komen.

    terima kasih kerana bersetuju dengan alasan2 saya secara diam2.

    ReplyDelete
  22. Mamamin,

    Sorry sorry... ya ampun. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mamamin tak kecik hati kan?
    Apa pun, memang blog ni menarik untuk di singgah setiap hari. Singgah tengok 'blog' jer tau.... bukan singgah tengok 'tuan punye blog' ... Lain tu maknanya kan?

    p/s: kalau rasa2 ada ada pingan nak melayang, bagi tau saya yer. saya nak sambut, rumah saya tak cukup pinggan kikikiki....
    *just kidding

    ReplyDelete
  23. saya setuju dgn semua komen...hehehehhehehe

    ReplyDelete
  24. aina@azila

    saya rasa komen saya terdahulu ada juga relevannya dalam kes silap fakam awak dgn mamamin. saya cari balik komen saya, dan dengan keizinan saya, saya copy dan paste di bawah.

    al-lavendari said...

    seminggu dua ni saya sibuk pindah ofis. baru dapat baca entri awak bertarikh 14 Okt. bila berkomunikasi melalui tulisan, akan ada dua kekurangan untuk menjadikan komunikasi itu sempurna i.e intonasi suara dan gerak tubuh. dua2 tu penting untuk bolehkan kita tafsir sesuatu mesej itu dgn tepat. misalnya ayat "panjatlah lagi", kalau tidak diucapakan dan tak dapat dilihat pengucapnya, kita tidak pasti samada ayat itu menyuruh atau pun menegah sebenarnya. begitu jugalah dgn mesej dalam sms orang itu, tanpa mendengar intonasi dan melihat gerak badan penuturnya, awak sudah membuat satu kesimpulan. kesimpulan awak mungkin betul dan tidak mustahil juga salah. kalaulah niat orang itu ikhlas, alangkah kecil hatinya. mungkin dia akan kata "tobat aku tak nak nasihatkan dia lagi". awak juga yang rugi, hilang satu kawan. cuma kawan sebenar saja yang mahu menegur kawan. dan saya menulis ini pun dah bimbang pula, takut awak kata apa2 pulak nanti. tapi percayalah, itulah pandangan ikhlas saya kerana saya tak ada kepentinga apa-apa. maaf kalau tulisan ini membuatkan meroyan awak datang kembali! hehe

    10:33 PM

    p.s. i rest my case !

    ReplyDelete
  25. mamamin
    mamamin pun satu, kepala saya dah lebam2 baru nak "clear the air" !
    saya harap mamamin ampunkanlah dosa aina@azila tu dunia akhirat, dari hujung rambutnya hingga ke hujung kakinya.

    ReplyDelete
  26. atacha.

    saya harap sangat awak hentam saya seperti selalu. saya agak awak mesti cakap, saya ni tangkai jeringlah, t..i hidung masinlah. (Tengok betapa buruk perangai saya membuat prasangka yang bukan2 terhadap awak)

    ampun kan saya dari hujung kaki sampai hujung rambut !

    ReplyDelete
  27. kekekekek

    aina! aina!

    xpe!! saya ok jerk.. saya kesian kat al-lavendari jerk, x memasal dahi benjol.. heh~~

    ReplyDelete
  28. adeh al-lavendari..

    saya pun baru terperasan komen aina a bit late .. [sori lambat clear the air] hahaha

    komen aina xde la ape sangt, tapi hujung dia tu ada lak tanda soal "nape yerk??" <<-- ni yang saya gerun

    terima kasih kerana selalu ingat mengingati.. i do appreciate!!

    case closed !!!

    ReplyDelete
  29. org kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih..


    .
    .


    tapi dalih awak baru sepuluh.. tak cukup lagi ni :P

    ReplyDelete
  30. "TAK NAK SERIBU DALIH"

    ITU BUKAN KATA-KATA SAYA. ITU ORANG KATA.

    SAYA TIDAK BERGANJAK DENGAN 11 ALASAN YANG TELAH SAYA BERI. AWAK TERLEPAS PANDANG 1 ALASAN SAYA YANG TERBARU.

    MUNGKIN AWAK TERBANYAK MAKAN COKLAT KOT !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.