Monday, October 5, 2009

SIAPA LEBIH BERANI ?


Dulu-dulu siapa lebih berani, pahlawan Melayu ke pahlawan bangsa lain? Saya kata tentulah pahlawan Melayu lebih berani. Sebab ? Mereka berlawan pakai keris jer. Mereka tak pakai panah atau lembing. Dan juga tak pakai baju besi. Kadang-kadang tu hanya 'berkaki ayam'. Mereka berlawan pulak berdepan-depan dan ada "body contact". Kaki menendang, tangan menepis, badan mengelak!

Bangsa lain pulak yang berperang pakai lembing ke, panah ke .. semua dari jauh-jauh. Kalau dekat nanti takut kena rejam atau kena panah ... Nanti mati pulak.

Yang paling lucu dan paling tak berani ialah pahlawan yang pergi berperang pakai baju besi ... nampak biji mata saja. Jenuhlah lawannya tetak dia dengan pedang, atau rejam dengan lembing, semua tak makan. Dia pun letihlah tetak lawannya dengan pedang atau rejam dengan lembing, pun semua tak makan juga. Dua-dua pakai baju besi sebab takut mati. Lepas seminggu berlawan, akhirnya mati juga .... mati kelaparan!

Itu dulu. Sekarang semua sudah berubah. Sekarang orang berperang dah tak pakai keris, pedang, lembing, panah atau sebagainya. Semuannya dah semakin tak berani. Nak pergi menyerang pun sorok-sorok, teropong dari kapal selam. Atau pun pakai roket dari jarak jauh ... beribu-ribu batu, guna satelite untuk kenalpasti sasaran.

Dalam pada itu pun, orang Melayu masih lagi di atas, masih lagi top. Buktinya ... Nodin Mohd Top !
.
.

44 comments:

  1. mmg nama nordin tgh top sekarang nie..sape2 yg nama nordin jaga2 la..bukan stakat polisi (polis indonesia)cari, fbi pon cari kot heheheh...

    ReplyDelete
  2. aku setuju orang melayu memang meletop

    ReplyDelete
  3. Bagus juga N3 ni :)

    tak le melayu asyik layu.....

    ReplyDelete
  4. Setuju Pak. Tapi rasnya besi lebih berani hingga dapat gelaran Besi Berani.

    ReplyDelete
  5. salam menjengah lagi di sini..

    moga tuan blog dirahmati Allah selalu..




    ceria sentiasa di hati!

    ReplyDelete
  6. Payahhh..nak ulas ttg mat top ni sbb kita tak jelas ttg dasar perjuangan dia yg sebenarnya..
    Selama ni pun kita hanya menerima news hanya dari media semasa yg ...
    hhmm..entahlah
    Moga anak2 dan istri2nya yg masih lagi tinggal tidak akan terabai..

    ReplyDelete
  7. memang dak Nordin tu, serba serbi top...

    ReplyDelete
  8. orang melayu top ke? memang mana ada bangsa lain didunia yg menunggang motor macam mat-mat top kita tunggang..... kalau nak jadi doktor lama kena belajar... top-top dekat kampung dan bandar kita ramai bebudak melayu jadi doktor cucuk sendiri. Hang tuah kata takkan melayu hilang didunia...... memang top pun..... melayu ni.Pemimpin melayu pun begitu..... top-top juga .

    ReplyDelete
  9. salam..

    aah la hehe. br ku perasan psl top ;p

    ReplyDelete
  10. salam alV,

    zaman la ni org perang pake 'warfare'@ peperangan elektronik, jamming2 segala. sekali serang , semua sistem jammm..
    heeeeeee..

    nordin top leh ke dipanggil hang? mcm hang tuah or hang jebat?
    mayb hang top ? or
    hang jer la...
    hahahahhah

    ReplyDelete
  11. salam..

    ya memang top..setuju dengan ulasan tuan abu muaz..


    n3 yg bagus..

    ReplyDelete
  12. Memang memang...org sekarang makin penakut... main serang hendap dari jauh jer...tak berani face to face.

    Setuju dgn School of Tot.. yang paling berani ialah besi...besi berani.

    ReplyDelete
  13. sharamli.
    memang awak top kali ini ... orang pertama beri komen.

    ReplyDelete
  14. dulu aku berperang menggunakan pen dan kertas.
    sekarang lagi canggih pakai notebook sahaja....!

    salam kenal!!
    salam skodeng!!

    ReplyDelete
  15. sahrom.
    dah mati pun dia orang cari lagi !

    ReplyDelete
  16. mamai
    akhirnya awak setuju juga dgn saya.

    ReplyDelete
  17. kakcikseroja
    banyak lagi kehebatan melayu kakcik!

    ReplyDelete
  18. SOTs
    besi berani bukannya orang. besi berani tak hebat mana ... masuk air tenggelam juga. spanar hidup lagi top. buat macamana pun, nama dia tetap spanar hidup.

    ReplyDelete
  19. cik amy sensei.
    t.kasih atas doa. amin

    ReplyDelete
  20. org melayu mmg nak top n glamer..
    tu sbb melayu yg byk masuk program realiti tv...nak cepat top!!

    ReplyDelete
  21. anniecute.
    lain macam je bunyi komen tu. apanya yang serba serbi tu?

    ReplyDelete
  22. Ftyyhahh
    belajar rajin2 supaya jadi top student.

    ReplyDelete
  23. bluecity
    nordin tu bukan orang kedah. cuma kat kedah je depa dok panggil hang2 ni. dia juga bukan keturunan Hang Li Po!

    ReplyDelete
  24. AL
    t.kasih kerana dalam sibuk2 pun, masih sempat meluangkan masa untuk singgah.

    ReplyDelete
  25. aina@azila.
    rujuk komen saya kepada komen SOTs. kawan awak atacha pergi mana?

    ReplyDelete
  26. sl tedi
    salam kenal juga.t.kasih kerana sudi skodeng.

    ReplyDelete
  27. fadzilah
    saya tak nak top glamer tapi nak top kaya !

    ReplyDelete
  28. ekeke.. tak hilang melayu didunia:)

    ReplyDelete
  29. salam al-lavenderi..

    sekarang masih lagi ada pejuang spt itu tapi banyaknya baling batu sembunyi tangan krn kalau nak guna keris belum apap2..baru nak cabut keris dan nak buka langkah pencak silat... dah kojol kena tembak..mana ada yg kalis peluru dah panglima skrng..

    ReplyDelete
  30. zaman dah berubah.. dunia dah maju.. pahlawan melayu masih lagi paling top sbb ikut zaman, ada kemajuan.. up-to-date gitu.. eheh!

    ReplyDelete
  31. maiyah
    selamat kembali ke persada siber !

    ReplyDelete
  32. zai
    tapi ada juga orang yg ada hati nak serang negara kita pakai buluh runcing !

    ReplyDelete
  33. mamamin.
    setuju, anak2 saya pun semuanya top. selalu minta duit nak top-up hp lah smart-tag lah !

    ReplyDelete
  34. entri kita sama hari ni.. tentang kepahlawanan melayu..

    Part mati kelaparan tu.. mmg ironi abis.. haha

    dulu ketua peperangan.. dia ke depan dulu bila nak menyerang.. sekarang ni.. dia dok kat rumah sambil goyang kaki cakap kat telepon bagi arahan "tembakler..tembakler.."

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.