Saya merasa tersangat bangga dengan Bahasa Melayu (BM). Bangga kerana ada bangsa lain di negara lain menghormati BM.
Kira-kira dua tahun lalu saya ada menghadiri kursus pendek di Switzerland, lebih tepat lagi di bandar Luzern. Sebuah bandar peranginan yang sangat cantik. Khabarnya banyak penggambaran filem Bollywood di buat di sini.
Di masa senggang, penganjur ada membawa peserta mendaki gunung Titlis di banjaran Alps. Pendakian di mulai dengan menaiki tren (macam di Bukit Bendera) dan kemudiannya di teruskan dengan kereta kabel untuk sampai ke puncaknya.
Gambar berikut adalah gambar kami di kaki gunung Titlis sebelum memulakan pendakian.
Kira-kira dua tahun lalu saya ada menghadiri kursus pendek di Switzerland, lebih tepat lagi di bandar Luzern. Sebuah bandar peranginan yang sangat cantik. Khabarnya banyak penggambaran filem Bollywood di buat di sini.
Di masa senggang, penganjur ada membawa peserta mendaki gunung Titlis di banjaran Alps. Pendakian di mulai dengan menaiki tren (macam di Bukit Bendera) dan kemudiannya di teruskan dengan kereta kabel untuk sampai ke puncaknya.
Gambar berikut adalah gambar kami di kaki gunung Titlis sebelum memulakan pendakian.
Berikut adalah gambar sebelum memasuki kereta kabel, untuk meneruskan perjalanan ke puncak.
Dan berikut adalah gambar di dalam kereta kabel yang saya fokuskan kepada ayat yang menggunakan BM untuk menerangkan tentang kereta kabel tersebut.
Apa yang sangat membanggakan saya ialah tulisan dalam kereta kabel tersebut yang turut mengggunakan BM iaitu "Selamat datang di kereta kabel pertama di dunia yang bergantung berpusing". Daripada beberapa ratus lagi bahasa lain di dunia ini, BM telah di pilih sebagai salah satu daripada tiga bahasa yang di gunakan untuk menerangkan tentang kereta kabel ini. Saya ulang, cuma tiga bahasa sahaja di gunakan. Saya pasti itu BM, bukan Bahasa Indonesia kerana Bahasa Indonesia tidak menggunakan perkataan berpusing tetapi dia guna perkataan berputar.
Siapa yang tidak kembang hati apabila melihat BM di julang oleh bangsa lain.
Dan saya tidak pasti apakah BM mendapat pengiktirafan atau layanan yang serupa di negaranya sendiri. Saya tidak pasti kerana masih timbul persoalan ini - Ke mana bahasa Melayu? dalam Mingguan Malaysia keluaran Ahad 4 Oktober 2009. Bersambung ...!
aku juga bangga!!
ReplyDeletetapi sayangnya kalau orang sendiri tidak mahu menggunakannya :)
assalammualaikum
ReplyDeleteturut berbangga
bangga nya rasa di hati...kita masih di pandang orang kuar...
ReplyDeleteBangga!
ReplyDeleteDiulangi sekali lagi Bahasa Melayu bukan bahasa Indonesia ...
((Sambil jeling pembawa buluh runveng Bendera ~ xoxoxoxo))
>____<
Tetap bangga dgn Bahasa ibunda ...
ReplyDeleteBangga sungguh, bahasa kita terpilih. Harap2 ada negara lain lagi yg turut mendaulatkan bahasa kita kan
ReplyDeletebahasa melayu kita di malaysia adalah di tepi jalan dan dalam demontrasi
ReplyDeletemak..ai,
ReplyDeletemcm..xpecaya laa
negara,luar guna bahasa kite..
satu,pghormatan...
tahniah..
ahli bahasa kiter...dpt
mmertabatkan..
bahasa ibunda kite..
hu3..trharu
" Bahasa lambang bangsa "
Wahh... beshnya tuan berpeluang ke Switzerland. Memang menarik tuh .
ReplyDeleteYup. Itu bahasa kebangsaan kita . Memang Bahasa Melayu !. Bangga kann..
Malangnya ditempat kita . Bahasa Melayu terpinggir dengan sendirinya. Saya masih ingat pihak yang 'terlibat' ada buat peraturan papan tanda yang salah tatabahasanya or selain dari BM tidak dibenarkan disetiap premis .
But now.. sunyi sepi .. terkubur bersama ...owhh ! malang sungguh..
harus bangga di malaysia selalu suka hapuskan bahasa melayu...
ReplyDeleteAssalamualaikum, harap-harap lebih ramai orang luar menggunakan bahasa kita ditempat2 awam mereka...
ReplyDeletewah ku pn bangga. cuma melayu ppunye bahasa semakin dpndg rendah. wuhu..
ReplyDeleteTeman juga tumpang berbagga..
ReplyDeleteassalamualaikum wbt..
ReplyDeleteAnda membuat saya rindu dengan switzerland..
Bahasa melayu dan orang berbangsa melayu terdapat dimerata-rata didunia.
Pernah sekali konvensyen Melayu Sedunia ingin dianjurkan tetapi tidak mendapat sokongan dari kerajaan Negeri..
Terkubur begitu sahaja!!! tapi masih lagi mencari bangsa melayu dipelusuk dunia.. RAMAI..
Teringat kata-kata ini ::
TAK MELAYU HINGA DI DUNIA..
seronok anda ke titlis.. jgn lupa ke gottard pass yang sungguh menakjubkan juga..
Kakcik tumpang berbangga.. cuma apakah nilainya BM ini di kalangan orang melayu sendiri yang kononnnya elit lagi terpelajar?
ReplyDeletealahaiii... typo salah tu
ReplyDelete** pembetulan
"TAK MELAYU HILANG DIDUNIA ""
heeee
Bagus bro...di saat Malaysia diperlekehkan jiran sendiri yg rabun istilah serumpun, yg dengki menebal di hati...
ReplyDeletedh tu camne org malaysia sndiri dok berbangga dgn bhsa asing... ingat nk tujuk hebat n pro la.. tp kita still rakyat malaysia jd berbangga dgn bhsaibunda kita..
ReplyDeleteAL...cuba tanya swiss guy kat kereta kabel tuh...sape punya ide buh BM kat situ..i nak tabik spring lah kat org tuh.
ReplyDeletemmg bangga ada yg guna BM
ReplyDeletesalam en Alv,
ReplyDeletetapi ramai org2 bijak pandai melayu bangga bila bercakap omputeh walao dinegara sendiri.
teringat juga saya ketika berada bersama org german ketika saya berkurus disana. sembang2 punya sembang, saya sempat ajarkan beberapa perkatan melayu. terkeju saya bila mereka kata perkataan AMUK juga sama dgn perkataan german. erkkkk... ya ke?
heeeeeeee
sltEDI, aklcitizen, sayu=pilu,hobbit,pn kartini, annecute, mamai, damaiinx, alvin,tertatak murni, fatihah, lanabulu, kakcikseroja, DUN Behrang, raihan, sha, maiyah.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkunjung dan turut sama berbangga dengan BM yang kita kasihi. mari kita buktikan dgn berbahasa dengan betul.
linda
ReplyDeletememang cantik tempatnya. menakjubkan bila berada di banjaran alps tu. tapi hujan emas di negeri orang ...
mari kita memberi sumbangan dgn memartabatkan BM semasa berblog.
mamamin
ReplyDeletekomen puan mengesahkan apa yang saya ceritakan dan bukan cerita rekaan saya. manalah tahu kok ada yg ragu2! tkasih.
pn bluecity
ReplyDeletememang perkataan amuk ada dalam bahasa inggeris dan diiktiraf berasal dari BM. cuma ejaannya tak sama. dlam BI di eja "amuck". begitu juga perkataan orang utan. tapi pronounce tak sama, ikut lidah mereka.
memang rasa bangga
ReplyDeletenamun hati rasa mual melihat bahasa Malaysia dirojak2kan bila menonton drama di tv orang malaysia..terkadang rasa mcm berada di negara mat saleh pulak..
idalara
ReplyDeletenampaknya buat masa ini kita telah jelah dulu perasaan tu.
Salam jumaat
ReplyDeleteTerharu sangat dan bangga.
Salam,
ReplyDeleteBetul apa yg Tn Hj sebut, hujan emas tempat org, drpd beku dek salji, lebih rela bpanas kat tmpt sndri kan. Luzern pun chantik juga kan..
Salam kunjungan...
ReplyDeleteDatang mencari jawapan...
Teratak Usang
kena pergi tengok ni
ReplyDeletesaper tak bangga.
ReplyDeleteSaya rasa Bahasa Indonesia, sebab kalau BM ditulis "Selamat Datang Ke.." kalau B Indonesia "Selamat Datang Di.."
ReplyDeleteKalau pun ia Bahasa Indonesia tapi ia tetap BM dan bukannya bahasa Jawa, Bugis, Banjar, Madura dll.
Deletelagi pun pusing dalam bahasa Indonesia bermakna pening .. eg kepala gue pusing !