Ada 10 (sepuluh) sebab mengapa saya tak buat rumah terbuka tahun ni ( macam juga tahun2 sebelumnya ):
1. Saya malas nak gaduh2. Setiap tarikh yang saya cadang nak buat, ada je orang lain nak buat. Tak pelah, saya izinkan dia orang buat dan biarlah saya mengalah.
2. Kalau semua orang buat rumah terbuka, siapa lak nak pergi ke rumah terbuka. Jadi biarlah saya berkorban dengan pergi ke semua rumah terbuka kawan2 yang menjemput.
3. Saya tak pandai nak bajet makanan. Kalau buat banyak, tapi orang tak datang, membazir pulak. Membazir tak elok. Kalau buat sikit, tak cukup pulak. Nanti kawan2 mengumpat. Mereka dapat dosa. Oleh kerana saya tak nak membazir dan tak mahu kawan2 dapat dosa, maka sebab tulah saya tak buat rumah terbuka.
4. Satu lagi, kesian kat kawan2 yang dah tak larat nak pergi ke rumah terbuka. Kalau saya juga buat, makanya bertambah lah satu lagi rumah yang kawan2 saya kena pergi. Mereka mungkin berkata "alangkah bagusnya kalau dia tak jemput aku". (Sebab saya pernah terkata begitu. Bayangkan pergi satu rumah terbuka kat The Curve, habis 5 jam pergi balik. Jalan jem giler ! Makannya tak sampai pun 10 minit)
5. Saya tak nak blog terabai. Kalau buat rumah terbuka tentu banyak persediaan kena buat. Kemudian badan tentulah penat. Maka akan kuranglah masa untuk mengunjungi blog kawan2. Kesian kat kawan2 yang penat2 buat entri, nanti tak ada lak orang nak baca. Sekali lagi biarlah saya berkorban dengan mengunjungi blog kawan2. (Itupun tak dapat nak kunjung semua ... sebab banyak sangat rumah terbuka kena pergi)
6 -10. Ada lagi ... 5 sebab cukuplah dulu kot !
p.s walau bagaimanapun kepada sesiapa yang nak datang beraya ke rumah saya ... rumah saya sentiasa terbuka 24 jam sehari, dari jam 2 petang hingga 6 petang. Tapi kena beritahu dulu, takut tak ada kat rumah sebab pergi rumah terbuka kawan2.
* terkini .. sambungannya kat sini !
.
.
* terkini .. sambungannya kat sini !
.
.
baru balik dr rumah terbuka..sempat gak jengok ke sini..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewaaahhh...siap bg sebab tu ek nape tak wat umah terbuke yeee..
hmm...tak wat umah terbuka pun takpe asalkan pegi ke rumah terbuka org yang da jemput kite tu ekk..hehe
moga kenyang selalu di musim rumah terbukak ini..jangan terlondeh da la ekk..hakhak
Setuju sangat2...sama lak alasan kita...hehehehe!
ReplyDeletesaya juga baru pulang dari rumah terbuka :D
ReplyDeleteterharu sangat dengan alasan yg no 5 tu...bestkan berblog ni walaupun saya tak selalu update blog..tapi saya suka singgah blog kwn2.
ReplyDeletetrend hidup masakini. Kalau dikampung hari-hari rumah terbuka .
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSama laa kita..umah ni sentiasa terbuka..datang jekk..bukan kena tunggu buat umh terbuka br nk dtg...aduhai..
owhhh tuan...
ReplyDeleteDah habis raya baru nak jemput ke rumah ekh ? hahaaa tak sesuai tauu..
Alasan tuan memang besh !
Besh untuk mereka yang memang
suka beri alasan ...
cari alasan...
and
nakkan alasan..
sesah tau nak cari alasan . Bukan semua orang ada bakat . kann
kannn....
Saya suka no3. Tuan memang baik hati !
Macamana tu? 24 jam sehari tapi dari jam 2 hingga 6 petang je...
ReplyDeletetrend raya sekarang, nak raye pun ken bgtau especially uma taman..cth, nk raye mlm, ptg kne bgtau nk dtg ( bukan sruh masak berat tp takut tuan rumah tak bersedia terima tetamu kan).zmn dh berubah kan..
ReplyDeletesha
ReplyDeletet. kasih kerana sempat jug menjengok. tidur dalam kekenyanganlah awak ye!
cik amy
insyallah, belum terlondeh lagi.
DUN Behrang
satu undi lagi untuk saya. t.ksih
Aisha
rumah terbuka sesama senegara asal atau orang tempatan?
fadzilah
jemputlah singgah bila2 masa.
abu muaz
benar ... di kampung hari2 rumah terbuka kecuali kg baru dan kg datuk keramat kot !
Pn Kartini
ada juga geng saya rupanya !
Linda
kalau nak ikutkan raya cuma pada 1 syawal sahaja. orang tua2 pada 2 syawal lagi dah mula puasa 6. kita je kata raya sebulan. sapa mulakan entahlah. nasib baik bangsa/ugama lain tak macam tu. kalau tidak sepanjang tahunlah kita beraya. apa tidaknya ... depavali sebulan, raya cina sebulan, krismas sebulan, gawai dayak, sebulan. meriah juga. boleh jadi slogan "welcome to Malaysia, celebrations thru out the year, kalau u tak percaya, marilah cuba".
kakcik
maksudnya sesiapa sahaja boleh datang.
sahrom
beritahu bukan suruh masak, tapi nak tahu ada orang kat rumah ke tidak. tapi kalau dia nak masak juga, elok juga.
terlondeh??... hahahahhaha
ReplyDeletetp betullah, antara 2 menjemput atau memenuhi jemputan tu, yg memenuhi jemputan adalah wajib dilaksana. Kira bagus sgtlah saudara penuhi jemputan...
a'a kn...bleh pakai gak lasan2 ni
ReplyDeletesharamli
ReplyDeletepakailah ... tak payah bayar royalti !
banyak eh alasan....baru 5 tu, lagi 5 bakal menyusul. Baik ati sungguh kan...hahahaha
ReplyDeletesaya suka sbb yang ke 6 sampai ke 10 tu...sungguh halusinasi...
ReplyDeletehehe
ReplyDeletetunggu sambungan
annie, alvin dan mamamin.
ReplyDeletetunggu ... sebab ada lagi jemputan rumah terbuka.
bahkan sekarang jiran depan rumah tengah ligat berkaroke jamuan rumah terbuka raya.
sahlah kalau sy buat rumah terbuka al lavendari pasti tk dtg sbb blog sy pun tak dtg gak kan...:)
ReplyDeleteIDALARA
ReplyDeleteSAYA MENGAKU TAK DAPAT NAK JENGOK BLOG KENGKAWAN SEKALIGUS. MEMANG TAK KECUKUPAN MASA. TAPI SAYA CUBA GILIRKAN ATAU MELAWAT IKUT TERDAYA SAJA. HARAP MAAF BEBANYAK. KALAU IKUTKAN HATI SAYA NAK LAWAT SEMUA BLOG FOLLOWER. CUMA SAYA UTAMAKAN MEMBALAS SEMUA KOMEN WALAU MACAMANA SIBUK SEKALIPUN.
rumah saya sentiasa terbuka 24 jam sehari, dari jam 2 petang hingga 6 petang.
ReplyDelete.
.
klu sy ikut ilmu kira2 yg sifu sy pernah ajar, dari 2 petang hingga 6 petang, baru 5 jam... bukan 24 jam..
takpe.. nanti sy cari batu, kira balik.. mungkin 21 jam tu tercicir kat mana2...
KTS
ReplyDeleteSAYA DAH KIRA SEMULA .. SAYA SILAP. SEBENARNYA 28 JAM, BUKAN 24 JAM ! TERIMA KASIH KERANA MENEGUR.